Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah.
Murid perlu menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Program matematik KBSR
bertujuan mengembangkan salah satu kemahiran asas iaitu kemahiran mengira
dalam kalangan murid. Dalam program yang memakan masa enam tahun ini, murid
dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif
mengikut langkah-langkah yang logik. Matematik KBSR bertujuan membolehkan
murid memahami beberapa pola dan ciri nombor, menggunakan sistem nombor
perpuluhan, dan merangsang minat murid untuk menghayati matematik.

Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan


berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR
meliputi kemahiran, nombor bulat dan operasi; pecahan dan operasi; perpuluhan
dan operasi; wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk
membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan
kemahiran asas mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan
keindahan matematik. Terdapat tujuh objektif yang telah disenaraikan, yang
merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan
masalah.

Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh
murid-murid. Ramai murid tidak suka matematik dan menganggap matematik sukar
dan membosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah matematik menandakan
suatu cabang ilmu yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang
gagal menguasai kemahiran asas tambah, tolak , bahagi dan darab sekaligus lemah
dalam menguasai pembelajaran yang lebih mendalam dalam matematik seperti
nombor nisbah misalnya topik pecahan.
Salah satu topik yang sering menjadi masalah kepada murid sekolah rendah
ialah topik Pecahan yang diperkenalkan sejak Tahun 3 seperti dalam Huraian
Sukatan Pelajaran. Perwakilan pecahan telah diterima sebagai suatu proses
pembelajaran pecahan yang penting atas beberapa sebab: Pertama, ia
menggalakkan murid berfikir secara matematik. Pemikiran matematik dapat
dikembangkan pada din murid apabila mereka menterjemah dan menjelaskan
konsep pecahan menggunakan pelbagai perwakilan (Khan, 2001; National Council
of Teachers of Mathematics (NCTM), 2000; Schultz & Waters, 2000). Kedua, ia
melatih murid sebagai seorang penyelesai masalah yang fleksibel dan kreatif
(Reys, Lindquist, Lambdin, Smith, & Suydam, 2001). Ciri-ciri ini dapat dibina pada
diri murid apabila mereka memilih, mengguna dan mengaitkan pelbagai perwakilan
dengan konsep bagi menyelesaikan masalah pecahan. Ketiga, ia membolehkan
murid memahami makna pecahan dengan lebih baik (Van de Walle,2007). Makna
pecahan yang tersirat di sebalik penggunaan nombor dan peraturan operasi dapat
difahami dengai lebih jelas apabila murid memodelkan dan memanipulasikan
perwakilan semasa menjelaskan idea pecahan.

Sebagai seorang guru matematik adalah satu tanggungjawab guru itu untuk
mencari jalan penyelesaian atau kaedah yang pelbagai untuk menangani masalah
yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mengajar
matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Guru matematik yang
berjaya harus mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Aziz, 1996). Guru boleh
menggunakan model dan contoh-contoh yang sesuai dalam pengajaran. Contoh-
contoh yang diberikan haruslah mencukupi. Menurut Gilbert et al. (1990), bilangan
contoh-contoh dalam pengajaran dan aktiviti latihan sering kali kurang mencukupi
untuk murid menguasai sesuatu konsep. Guru harus sentiasa mencuba, tetapi
mungkin lebih baik jika berlandaskan teori dan amalan yang telah diutarakan oleh
pengkaji terdahulu. Brigham et al. (2004) telah menyarankan penggunaan salah
satu teknik pengajaran topik pecahan iaitu mengunakan bahan pengajaran yang
konkrit sebelum ke bahan separa konkrit dan seterusnya sebelum ke masalah
abstrak.
1.2 Refleksi Aspek Amalan

Saya telah menjalani Praktikum Fasa 3 di salah sebuah sekolah Daerah


Inanam dan diamanahkan untuk mengajar matematik tahun 4. Semasa sampai di
sekolah ini saya telah mengambil alih tugas guru pembimbing saya untuk mengajar
topik pecahan. Sebagai seorang guru, saya haruslah sentiasa peka dengan setiap
masalah murid-murid saya terutamanya di dalam subjek yang saya ajar.

Memandang Kurikulum KBSR memperkenalkan asas pecahan kepada


murid mulai Tahun Tiga (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), oleh itu pada
permulaaan sesi pengajaran saya telah mengambil pengetahuan sedia ada murid
tahun 4 mengenai topik pecahan yang telah mereka pelajari dahulu di tahun tiga.
Saya telah membuat kuiz pantas bagi menguji pengetahuan asas murid mengenai
konsep pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan dan sebahagian
daripada satu set objek. Saya ingin melihat sejauh mana penguasaan murid-murid
di kelas tersebut dalam topik pecahan. Pada Tahun Empat, KBSR memberi fokus
secara spesifik terhadap konsep pecahan seperti Pecahan Wajar, Pecahan Setara,
Penambahan Pecahan dan Penolakan Pecahan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2004).

Hasil kuiz pantas yang dijalankan, saya dapati murid mempunyai


pengetahuan sedia ada yang terhad mengenai konsep pecahan. Oleh itu semasa
pengajaran dan pembelajaran saya yang seterusnya dalam topik pecahan ini saya
telah menggunakan bahan konkrit terlebih dahulu iaitu penggunaan jalur pecahan
kerana dalam objektif pembelajaran tahun 4 murid akan dapat menyatakan pecahan
setara bagi pecahan wajar sehingga penyebut 10. Jalur pecahan ini dapat
membantu murid dalam membuat perbandingan dengan jelas antara nilai dua
pecahan dan mencari pasangan setara dengan lebih cepat. Mereka dapat
memahami penggunaan jalur pecahan dengan dapat menyelesaikan aktiviti yang
melibatkan jalur pecahan dalam mencari pasangan setara.
Melalui pemerhatian saya terdapat kelas tahun 4 yang saya ajar saya dapati
masalah yang mereka hadapi ialah mereka senang untuk memahami peringkat
konkrit dan separa konkrit untuk topik pecahan ini tetapi apabila ke peringkat
terakhir iaitu peringkat abstrak atau algorithma mereka mula menghadapi masalah.
Murid agak sukar untuk memindahkan pengetahuan konkrit ke abstrak. Masalah
mula timbul apabila memasuki subtopik penambahan pecahan berbeza penyebut.
Mereka beranggapan boleh melakukan penambahan seperti nombor bulat biasa
antara kedua-dua pengangka dan penyebut.

Rajah 1 : Kesalahan murid dalam penambahan pecahan berbeza penyebut

Selepas saya memberikan ujian diagnostik untuk topik pecahan, saya dapat
mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid dalam topik ini. Antara masalah yang
dikenalpasti ialah mereka tidak menyamakan penyebut bagi kedua-kedua pecahan
terlebih dahulu sebelum membuat penambahan dalam kedua-dua pengangka.
Murid bermasalah dalam pendaraban dengan nombor yang sama bagi pengangka
dan penyebut kerana beberapa orang murid masih tidak mengusai fakta sifir dengan
baik. Selain itu, masalah yang saya kenalpsti melalui lembaran kerja yang mereka
lakukan adalah jawapan akhir mereka tidak dalam pecahan yang teringkas. Mereka
keliru dengan operasi yang perlu digunakan untuk mencari pecahan teringkas sama
ada perlu dibahagi dengan nombor yang sama ataupun perlu didarab dengan
nombor yang sama. Murid sama yang bermasalah dalam fakta asas darab juga
mengalami masalah dalam fakta asas bahagi.
Rajah 2: Jawapan akhir pecahan tidak dalam bentuk termudah.

Berdasarkan perkara ini, maka saya telah memikirkan Teknik yang dapat
digunakan oleh murid dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan berbeza
penyebut.Teknik yang akan dijalankan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat
pertama dinamakan Teknik Fraction Pair dan peringkat kedua dinamakan
kaedah Fraction Tree . Cetusan idea bagi kaedah ini timbul apabila murid sering
merujuk Jadual Sifir Perlbagai Guna (JSPG) untuk melakukan pendaraban tetapi
sering melakukan kesilapan dalam memilih nilai penyebut yang terkecil dan murid
sering lupa untuk menyemak jawapan akhir mereka dalam bentuk termudah atau
tidak.

Oleh itu kaedah Fraction Pair akan dapat memudahkan murid untuk
mencari pasangan setara dan murid dapat menukar kedua-kedua penyebut kepada
penyebut sepunya dengan mendarab nombor yang yang sama kepada pengangka
dan penyebut. Kaedah Fraction tree pula murid akan dapat menyemak jawapan
akhir dalam bentuk termudah atau tidak dan jika tidak mereka dapat
menukarkannya kepada pecahan teringkas.

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4,khusus


kepada topik Pecahan. Objektif pembelajaran yang perlu dicapai dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah murid dapat menambah pecahan wajar dengan penyebut
sehingga 10. Murid haruslah dapat menambah dua pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza sehingga 10 dalam bentuk termudah dengan 1 sebagai
pengangka untuk kedua-dua pecahan dan dengan pengangka yang berbeza. Hasil
refleksi pengajaran yang lalu masih terdapat beberapa murid yang lemah dalam
penambahan berbeza penyebut ini. Hal ini jika tidak diambil tindakan oleh guru ,
murid ini akan menghadapi masalah kepada pengajaran yang akan datang. Murid-
murid ini akan menghadapai masalah dalam penolakan berbeza penyebut dan
murid tidak dapat menyeleseaikan masalah yang melibatkan penambahan pecahan
wajar. Topik pecahan amat penting untuk murid kuasai kerana topik pecahan akan
berhubungkait dengan topik perpuluhan dan peratus. Jika murid lemah dalam
pecahan sekaligus akan menghadapi masalah dalam topik perpuluhan dan peratus.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima


dan mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru. Jarang sekali murid akan
mencari dan mengkaji lebih daripada apa yang diberikan oleh gurunya. Walau
bagaimanapun adakalanya kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan
maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan
menyebabkan kesilapan konsep dalam minda pelajar (Vinner, Hart & Wilson, 1994;
Kamaludin , 1996). Kesilapan konsep juga biasa dialami oleh murid apabila ia
berpindah dari satu konsep kepada satu konsep yang lain. Contoh yang jelas boleh
dilihat dalam melakukan operasi tambah nombor bulat dan operasi tambah
pecahan. Rees & Barr (1984) memberi contoh:

Rajah 3 : Contoh kesalahan dalam penambahan pecahan

Murid tersebut telah menambah pengangka dengan pengangka dan


penyebut dengan penyebut. Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan
kefahaman yang telah diterima semasa menambah nombor bulat. Masalah yang
sama timbul semasa mendarab dan membahagi antara dua pecahan. Semasa
mendarab antara dua nombor bulat, hasilnya sentiasa besar. Manakala nilai hasil
bahagi antara dua nombor bulat akan sentiasa kecil. Oleh itu setengah murid akan
membuat kesimpulan yang sama apabila mereka mendarab dan membahagi antara
dua pecahan (Nik Azis , 1996). Set fikiran (mind set) seperti di atas akan
menghalang atau mengakibatkan kesan negatif dalam pembelajaran matematik
(Noraini , 1994).
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

Mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Guru
matematik yang berjaya harus mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Azis, 1996).
Cabaran utama bagi pendidik ialah mengenal pasti amalan pengajaran yang
berkesan. Cara yang terbaik ialah dengan melakukannya dahulu, kemudian
ditentukan kelemahan dan kekuatannya. Tiada suatu kaedah yang baik daripada
yang lain, banyak faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan. Oleh itu guru
harus sentiasa mencuba, tetapi mungkin lebih baik jika berlandaskan teori dan
amalan yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu. Brigham et al. (2004) telah
menyarankan penggunaan beberapa teknik pengajaran bagi mengajar topik
pecahan, perpuluhan dan peratusan. Salah satu cara adalah guru mengunakan
bahan pengajaran yang konkrit sebelum ke bahan separa konkrit dan sebelum ke
masalah abstrak.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan analisis melalui lembaran kerja dan


ujian pra yang saya berikan, terdapat beberapa pola kesalahan murid yang dapat
saya kesan. Secara keseluruhannya, pola-pola kesalahan yang dikenalpasti
terdapat tiga iaitu yang pertama ialah kesalahan dalam menyamakan penyebut
kedua-dua pecahan atau mencari penyebut sepunya terkecil bagi kedua-kedua
pecahan. Kesalahan yang kedua ialah semasa menukar kepada penyebut sepunya
murid tidak mendarab nombor yang sama bagi pengangka dan penyebut.
Kesalahan yang ketiga pula ialah murid lupa untuk memberi jawapan akhir dalam
bentuk pecahan yang termudah atau teringkas dengan menukarkan kepada
pasangan setara terkecil.
Rajah 4 : Pola-pola kesalahan murid dalam penambahan pecahan berbeza
penyebut

Setiap kesalahan ini mempunyai punca yang tersendiri dan saling berkaitan.
Kesalahan yang pertama tidak menyamakan penyebut disebabkan oleh
kekurangan dalam penguasaan konsep penambahan pecahan iaitu hanya
penyebutnya sama boleh ditambah dan penambahan itu terhad kepada pengangka
sahaja dan konsep pecahan setara. Kesalahan kedua iaitu tidak mendarab nombor
yang sama bagi pengangka dan penyebut adalah disebebkan penguasaan sifir yang
lemah dalam kalangan murid. Mereka masih tidak dapat mengusai fakta asas
darab. Kesalahan terakhir ialah mereka tidak dapat memberi jawapan dalam bentuk
termudah adalah disebabkan mereka keliru untuk mengunakan operasi bahagi atau
darab untuk mendapatkan jawapan terkecil dan mereka sukar untuk mengenalpasti
sama ada jawapan mereka dalam bentuk termudah atau belum.
Rumusan fokus kajian saya ialah :

1. Penggunaan Teknik Fraction Pair dalam membantu murid menukar kedua-dua


penyebut kepada penyebut sepunya.
2. Teknik pokok pecahan dalam mempermudahkan pecahan kepada sebutan
terendah sekaligus memberi jawapan akhir dalam bentuk termudah.

Pendekatan saya untuk membantu murid-murid dalam menyelesaikan


penambahan berbeza penyebut ini ialah dengan menggunakan Fraction Pair untuk
mencari satu penyebut supaya sama dengan penyebut yang lain dan menukar
kedua-dua penyebut kepada penyebut sepunya. Murid akan diajar mencari gandaan
sepunya terkecil antara kedua-kedua sifir itu. Selepas itu dalam memberi jawapan
akhir hendaklah dipermudahkan kepada pecahan yang terkecil. Saya menggunakan
teknik pokok pecahan untuk membantu murid mencari pasangan setaranya dengan
bantuan Fraction Pair.

2.2 Objektif kajian

2.2.1 Objektif umum

i. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai dan


memahami konsep penambahan pecahan berbeza penyebut dalam
pecahan yang termudah.

2.2.2 Objektif khusus

i. Mengenal pasti pola-pola kesalahan murid semasa menukar kedua-


dua penyebut kepada penyebut sepunya.
ii. Menentukan penggunaan teknik FPT dalam membuat penambahan
pecahan berbeza penyebut dalam bentuk termudah membantu murid
yang lemah.
2.3 Soalan kajian

i. Apakah pola-pola kesalahan semasa penambahan pecahan


berbeza penyebut?

ii. Apakah penggunaan teknik Fraction Pair dapat membantu murid


menyelesaikan masalah penambahan pecahan berbeza penyebut?

iii. Adakah teknik Fracton Tree dapat memudahkan murid memberi


jawapan akhir dalam bentuk pecahan yang termudah?
3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kumpulan Sasaran

Subjek atau responden dalam kajian ini dipilih berdasarkan kepada


keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh penyelidik. Responden dalam
kajian ini adalah terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di
daerah Inanam. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan. Mengikut pemerhatian penyelidik, kesemua responden tersebut
mempunyai aras kemahiran yang sama iaitu berdasarkan kepada markah yang
mereka perolehi dalam ujian yang dikendalikan, penyelidik dapat kategorikan
mereka kepada murid yang lemah. Murid-murid tersebut dipilih sebagai responden
dalam kajian ini kerana mereka menunjukkan masalah dalam penyelesaian masalah
penambahan pecahan berbeza penyebut. Ini dapat dilihat daripada hasil-hasil
lembaran kerja, buku latihan serta ujian diagnostik yang mereka telah lalui. Jadual
berikut merupakan maklumat secara terperinci mengenai responden yang telah
dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini.

Jadual 1: Latar belakang responden

KOD JANTINA UMUR BANGSA AGAMA


RESPONDEN

R1 Lelaki 10 tahun Dusun Kristian


R2 Lelaki 10 tahun Dusun Kristian
R3 Lelaki 10 tahun Rungus Kristian

R4 Perempuan 10 tahun Kadazan Kristian


R5 Perempuan 10 tahun Dusun Islam
3.2 Pelaksanaan Kajian

3.2.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Berdasarkan tinjauan serta pemerhatian penyelidik ke atas


penguasaan murid-murid Tahun 4 dalam soalan penambahan
pecahan berbeza penyebut adalah amat perlu untuk merancang satu
intervensi bagi menyelesaikan masalah itu segera.

Menurut Azizi Haji Yahya dan Elanggovan (2010),


pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat
meningkatkan daya ingatan seseorang murid. Apabila seseorang
murid itu berjaya mengintepretasi sesuatu konsep itu dengan tepat,
ini bermakna konsep tersebut telah terbina kukuh dalam mindanya.

Justeru, saya mengajar semula konsep penambahan


pecahan berbeza penyebut kepada dua peringkat iaitu peringkat
pertama menggunakan teknik Fraction Pair dan peringkat kedua
ialah menggunakan teknik Fraction Tree.

Peringkat pertama ialah menggunakan Fraction pair untuk


menukar kepada penyebut sepunya dengan mencari pasangan
pecahan yang telah disediakan. Setelah pasangan pecahan telah
dipilih murid akan membandingkan dua nilai pecahan ini dengan
mencari sepunya terkecil. Setelah itu murid akan melakukan
pendaraban nombor sama bagi pengangka dan penyebut dengan
bantuan fraction pair.

Peringkat kedua ialah menggunakan Fraction Tree atau


pokok pecahan untuk menentukan sama ada jawapan akhir dalam
bentuk termudah dan jika tidak murid akan menukarkan jawapan
kepada pecahan termudah dengan menggunakan teknik pokok
pecahan dengan memecahkan faktor-faktor sepunya bagi pengangka
dan penyebut.

Mack (1998) mendapati kesalahan umum yang sering


dilakukan dalam topik pecahan ialah pecahan setara.
Mempermudahkan pecahan kepada sebutan terendah merupakan
subtopik pecahan setara. Murid yang tidak dapat memahami
pecahan setara akan mengahadapi masalah menukarkan kepada
pecahan sebutan terendah. Saya bertekad menggunakan cara yang
lebih jelas supaya murid-murid dapat mempermudahkan pecahan
dengan cara yang lebih jelas. Cara ini dinamakan Pokok Pecahan.
Pokok Pecahan merupakan operasi bahagi terhadap nombor
pecahan. Saya memilih cara ini kerana saya dapat menunjuk cara
tersebut dengan mudah dan jelas.

Di dalam melaksanakan kajian ini, saya telah memilih


Model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai panduan. Melalui
model ini, saya akan merancang kajian bermula dari tinjauan awal,
kemudian membuat pelan tindakan dan pengumpulan, pelaksanaan
tindakan dan mengumpul bukti, seterusnya membuat analisis data
dan refleksi.

Rajah 5: Model Kemmis dan Mac Taggart (1998)


Bagi mengurangkan bias di samping mencapai kebolehpercayaan yang tinggi dalam
kajian ini, penyelidik telah mengambil kira beberapa aspek penting. Aspek-aspek
tersebut adalah merangkumi:

a. Mentadbir soalan yang sama kepada setiap responden

Semua murid yang menjadi responden dalam kajian ini diberikan set soalan yang
sama setiap kali sesuatu ujian dijalankan sama ada ujian diagnostik, ujian pra dan
ujian pos. Hal ini bagi memastikan tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu
soalan dapat diukur dengan adil.

b. Mematuhi tempoh masa pelaksanaan ujian dan latihan

Responden juga harus mematuhi tempoh masa yang dipertuntukan bagi


sesuatu latihan ataupun ujian yang dilaksanakan sepanjang kajian ini
dijalankan.

3.3 Perancangan Cara Pengumpulan data

Bagi mengumpulkan data-data yang diperlukan, saya mengumpulkan data


melalui beberapa instrumen yang sesuai.

3.3.1 Pemerhatian

Saya memilih pemerhatian sebagai salah satu kaedah pengumpulan data


kerana melalui instrumen ini saya mampu mendapatkan maklumat yang
releven kepada isu dan masalah yang dikaji. Pemerhatian yang dijalankan
ialah pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian tersebut akan saya jalankan
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
melalui respon yang diberikan oleh murid-murid pada lembaran kerja, latihan
bertulis yang diberikan.
3.3.2 Ujian diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid


yang sebenar dalam soalan penyelesesaian penambahan pecahan berbeza
penyebut. Ujian ini juga dapat membantu saya untuk menentukan dan
mengenalpasti responden sebenar yang sesuai untuk kajian ini.

3.3.3 Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi


face to face antara saya dengan responden. Saya akan menemubual setiap
murid bagi mengenalpasti kenapa mereka boleh melakukan kesilapan dalam
soalan tersebut. Temu bual ini akan membolehkan saya mengetahui punca-
punca murid melakukan kesilapan dalam sesuatu soalan. Temu bual ini akan
dikendalikan oleh penyelidik dalam suasana yang selesa dan tidak memberi
ketegangan kepada responden. Saya akan mengambil responden secara
rawak dengan mengambil beberapa orang murid yang mendapat markah
yang rendah dalam ujian diagnostik.

Berikut merupakan antara soalan yang akan saya utarakan:

- Adakah soalan ini susah?

- Mengapa kamu katakan soalan ini susah?

3.3.4 Ujian Pra

Setelah responden dikenalpasti melalui ujian diagnostik, maka satu lagi ujian
iaitu satu ujian Pra akan dijalankan kepada mereka. Ujian Pra merupakan
ujian yang ditadbir sebelum sesuatu kaedah intervensi ataupun rawatan
dijalankan. Soalan ujian pra ini dapat mengukur tahap murid secara
kuantitatif. Ujian Pra adalah penting agar saya dapat membuat perbandingan
prestasi murid sebelum dan selepas kaedah intervensi dilaksanakan.
3.3.5 Ujian Pos

Selepas kaedah intervensi diperkenalkan dan dikuasai oleh murid, maka satu
lagi ujian akan dilaksanakan iaitu Ujian Pos. Ujian ini adalah untuk melihat
sejauh mana keberkesanan kaedah Fraction Pairs dan Fraction Tree yang
diperkenalkan oleh saya. Jika keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif bagi kajian ini boleh
dianggap tercapai. Bagi menentukan kebolehpercayaan Ujian Pra dan Ujian
Pos, saya harus memastikan bahawa kedua-dua set soalan ini adalah setara.

Triangulation digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan kajian


yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data
daripada punca yang berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:

a. Membandingkan pelbagai punca data responden, masa dan tempat

b. Membandingkan pelbagai keputusan responden

c. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data (Gay & Airasian, 2000)

Di dalam kaedah statistik, penyelidik akan menggunakan Microsoft Office Excell


untuk mencari taburan markah dengan menggunakan ukuran kecendurangan
Memusat iaitu min, mod dan median.

3.3.6 ABM FPT

Alat bantu mengajar yang digunakan dalam kajian ini ialah Fraction Pair.
Saya akan menyediakan 14 set fraction pair yang telah dikenalpasti iaitu sehingga penyebut
10. Fraction pair dibuat dalam bentuk jadual, iaitu ianya diadaptasi daripada Jadual Sifiri
Pelbagai Guna (JSPG) tetapi hanya mengambil beberapa pasangan yang terlibat dalam
pasagan setara dalam pecahan wajar Tahun 4. Antara Fraction pair yang disediakan ialah
2-4,2-3, 2-5, 2-6, 2-8, 2-10, 3-2, 3-6, 3-9, 4-2, 4-8, 5-10. Fraction pair ini menyenaraikan sifir-
sifir 2,3,4,5,6,8,9 dan 10. Murid akan membanding setiap pasangan ini dan mencari
gandaan sepunya terkecil dalam menukarkan penyebut sepunya.
Rajah 6: Contoh Fraction Pair yang digunakan dalam kajian

3.4 Perancangan Menganalisis Data

Cara menganalisis dibuat setelah semua data-data diperolehi dan dikumpul. Hasil
pemerhatian melalui senarai semak yang dibuat pada setiap aktiviti yang dijalankan akan
dianalisis dan diinteprestasikan dalam bentuk graf atau histogram. Tujuannya adalah untuk
melihat perubahan perkembangan murid selama 4 minggu setelah dijalankan kaedah
tersebut.
3.5 Perancangan Perlaksanaan Tindakan

3.5.1 Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Tindakan

BULAN
PELAKSANAAN
FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT
1. Mengenal pasti masalah
- Pemerhatian di sekolah sewaktu sesi P&P.
2. Pengumpulan data tinjauan awal
- Menyediakan senarai semak atau borang pemerhatian.
3. Menentukan objektif kajian dan soalan kajian yang ingin dikaji.
4. Merancang tindakan dan cara untuk mengumpul data
5. Menulis proposal kajian
6. Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan
7. Melaksanakan tindakan
8. Menganalisis hasil tindakan
9. Membuat refleksi
10. Menulis laporan kajian tindakan
11. Membentang dapatan kajian tindakan
Jadual 3: Carta Gantt menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan

MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


BIL ITEM
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1 Mengenal pasti idea umum
2 Membuat tinjauan awal masalah yang wujud di
kalangan murid-murid Tahun 5 Dedikasi
3 Membuat ujian pra untuk menentukan sampel kajian.
4 Menganalisis ujian pra.
5 Merancang tindakan yang dilaksanakan iaitu
menggunakan ABM "FPT" (Fraction Pair & Tree) .
6 Menjalankan kaedah yang dirancang.
7 Merekod dan menganalisis tindakan.
8 Menjalankan ujian pos.
9 Menganalisis dapatan ujian pos serta dokumen-
dokumen lain.
10 Melakukan perubahan atau pembetulan kepada ABM
yang dijalankan jika ada masalah yang timbul
11 Membuat kesimpulan.
3.5.2 Anggaran Perbelanjaan Kajian

Jadual 4 : Kos kajian

Bil Bahan Kuantiti Jumlah

1. Kertas Laminated 24 keping 24.00

2. Kertas A4 1 rim 8.00

3. Marker pen 5 batang 10.00

Jumlah 42.00
4.0 RUJUKAN

Cramer, K.A., Post, T.R., and DelMas, R.C. Initial Fraction Learning by Forth and
Fifth Grade Students: A comparison of the Effects of Using Commercial
Curicula with the Effects of using the Rational Number Project curriculum.
Journal daripada Research in Mathematics Education, 33 (2) (March 2002),
pp. 111-144.

Carraher, D. W. (1996). Learning about fractions. Dalam L. P. Steffe, P. Nesher, P.


Cobb, G. A. Goldin & B. Greer (Eds.), Theories of mathematical learning
(hlm. 241-266). Mahwah, NJ: Erlbaum.

Cason, M. E. (2001). Effect of instruction on third graders' fraction concepts and


representations in receptive and expressive language. Tesis tidak
diterbitkan,University of Minnesota.

Department of Education and Early Childhood Developments. (2012). Fraction


Pairs: Definitions of Strategies.
http://www.education.vic.gov.au/school/teachers/teachingresources/disciplin
e/maths/continuum/pages/fracdecdef.aspx. Dilayari pada 10 Mac 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Year 4 Mathematics Curriculum


Specification of Integrated Curriculum for Primary School. Kuala Lumpur:
PPK.

Kieren, T. E. (1980). Five faces of mathematical knowledge building.


Alberta:University of Alberta.

Lamon, S. J. (2001). Presenting and representing from fraction to rational numbers.


Dalam A. A. Cuoco & F. R. Curcio (Sid. Ed.), The roles of representation in
school mathematics (him. 146-165). Reston, VA: NCTM.

Levin, S. W. (1998). Fractions and division: Researcher conceptualizations, textbook


presentations, and student performances. Disertasi tidak diterbitkan, The
University of Chicago, Illinois.

Mack, K. N. (1998). Building a foundation for Understanding The Multiplication of


Fraction. Teaching Children Mathematics, 5, 34 -38.

Mille, M. (2012). Helping with Teaching and Learning Fractions.


http://www.homeschoolmath.net/teaching/teaching-fractions.php. Dilayari
pada 5 Mac 2013.

National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principles and Standards for


School Mathematics. Reston, VA: NCTM.

Nik Azis Nik Pa. (1987). Children's fractional schemes. Disertasi tidak diterbitkan,
University of Georgia.

Nik Azis Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan
matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nik, A. N. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., & Smith, N. L. (2009). Helping Children
Learn Mathematics. United State of America: John Wiley & Sons, Inc.

Sharp, J., & Adams, B. (2002). Childrens Construction of Knowledge for Fraction

Division After Solving Realistic Problems. Journal of Educational Research,


95, 333-347.

Zakaria, E., Mohd Nordin, N., & Ahmad, S. (2007). Trend Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
UJIAN DIAGNOSTIK LAMPIRAN A

TAMBAHKAN PECAHAN BERIKUT DAN TULIS JAWAPAN DALAM BENTUK TERMUDAH


SERTA JAWAPAN DILOREKKAN.

TAJUK: PECAHAN

ARAHAN: TULIS PECAHAN WAJAR BERIKUT

1. Satu perlapan =

2. Dua pertujuh =

3. Tiga perlima =

4. Empat persembilan =

5. Enam pertujuh =

ARAHAN : TULIS PECAHAN WAJAR BERIKUT DALAM PERKATAAN

1.

2.

ARAHAN :BERIKAN SATU CONTOH PECAHAN WAJAR DAN

LOREKKAN
LEMBARAN KERJA LAMPIRAN B

TAMBAHKAN PECAHAN YANG BERIKUT. TUNJUKKAN LANGKAH


PENYELESAIAN DAN BERIKAN JAWAPAN DALAM BENTUK TERMUDAH

NO SOALAN PENYELESAIAN
1
+ =
+ = =

2.
+ =

3.
+ =

4.
+ =

5.
+ =

6.
+ =
UJIAN PRA LAMPIRAN C

1. + = 2. + = 3. + =

5. + = 6. + =
4. + =

7. + = 8. + = 9. + =

Anda mungkin juga menyukai