Anda di halaman 1dari 4

Apakah itu Pusat Sumber Sekolah?

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan


akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai
sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak
dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen
bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PSS
Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan
Negara

MISI PSS
PSS Togop Bertaraf 5 bintang Menjelang 2010
MOTO PSS
PSS CEMERLANG TOGOP GEMILANG

MATLAMAT PSS

Meningkatkan mutu pendidikan sekolah


Membentuk profession perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin
untuk membantu pembinaan sahsiah guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
OBJEKTIF PSS
Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
Menyediakan tempat untuk guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan
pembelajaran.
Meningkatkan profesionalisme guru.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.


JADUAL WAKTU PENGGUNAAN PSS TAHUN ____

Anda mungkin juga menyukai