Anda di halaman 1dari 15

MODUL LDP

SAINS
SMKRJ

1
Teknik Pengendalian Botol Reagent

Menuangkan larutan dari botol reagen seperti Rajah a dan Rajah b.

Rajah a: Kaedah membuka penutup botol reagen

2
Rajah b: Kaedah menuang larutan dari botol reagen

i. Pastikan label botol reagen itu sama dengan larutan bahan kimia yang
diperlukan.

ii. Pegang botol dengan cermat dengan labelnya mengarah kemuka kita.

iii. Pegang tabung uji dengan tangan sebelah lagi. Tabung uji hendaklah
dipegang dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

iv. Tanggalkan penutup botol reagen dengan jari kelengkeng dan pegang
penutup botol dengan jari kelengkeng dan tapak tangan. Jangan
letakkan penutup diatas meja.

v. Baca label sekali lagi untuk memastikan larutan yang hendak digunakan
itu betul.

vi. Tuang larutan secara perlahan-lahan ke dalam tabung uji dari tepi botol
jauh dari label. Ini dapat mengelakkan labelnya daripada menjadi kotor.

3
vii. Biarkan larutan itu mengalir perlahan-lahan ke dalam tabung uji sehingga
cukup.

viii. Jangan sekali-kali menuangkan larutan yang berlebihan ke dalam botol


itu semula. Ini akan mencemarkan seluruh larutan yang lain.

ix. Sumbatkan botol itu dengan penyumbatnya.

x. Letakkan kembali botol itu di tempat asalnya.

Teknik Pengendalian Tabung Uji

Memanaskan larutan dalam tabung uji seperti a.

Rajah a: Kaedah memanaskan larutan dalam tabung uji

i. Pegang tabung uji dengan pemegang tabung uji.

ii. Panaskan tabung uji dalam bahagian nyalaan biru penunu Bunsen.

iii. Jangan halakan mulut tabung uji ke arah orang.

Pemasangan Termometer Ke Dalam Penyumbat

4
i. Seringkali pengguna termometer menghadapi masalah mengeluarkan
termometer daripada penyumbat atau membaca paras merkuri yang
terhalang oleh penyumbat.

ii. Masalah itu selalu timbul apabila termometer dibiarkan di dalam


penyumbat untuk tempoh masa yang lama.

iii. Termometer sukar diluncurkan kerana sudah terlekat pada penyumbat.


Masalah ini dapat diatasi jika teknik yang betul digunakan untuk
memasang termometer ke dalam penyumbat.

5
Teknik Mengunakan Rod Kaca

1. Menyiring larutan menggunakan rod kaca

- Gunakan rod kaca untuk menyiring larutan seperti Rajah 1.

Rajah 1: Kaedah menyiring larutan

6
- Halakan cecair ke rod kaca dan pastikan aliran cecair menyelusuri rod kaca.

2. Rod kaca juga digunakan untuk mengaulkan cecair dalam bikar.

PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS

Pengendalian Alat Kaca

Kaca adalah sesuatu bahan yang digunakan secara luas di dalam pelbagai
bidang. Terdapat banyak peralatan diperbuat daripada kaca, antaranya peralatan
kegunaan harian/domestik, peralatan kegunaaan saintifik dan teknologi moden.
Alat kaca diperbuat daripada berbagai jenis kaca untuk kegunaan khusus di dalam
bidang saintifik terutama di dalam makmal sains.

Guru sains, kakitangan makmal dan murid harus mempunyai pengetahuan serta
kemahiran dalam menggunakan dan mengendalikan alatan kaca dengan selamat,
supaya aktiviti kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

Jenis-Jenis Kaca

Kaca boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu kaca soda (soda-lime
glass), kaca borosilikat dan kaca khas (lead glass/special glass). Alatan kaca yang
terdapat di makmal kebanyakannya dihasilkan daripada kaca soda dan kaca
borosilikat. Setiap jenis kaca tersebut mempunyai ciri-ciri khusus seperti dalam
jadual di bawah:

Jadual 1: Jenis-jenis kaca

Jenis Kaca Ciri-Ciri

i. Mempunyai warna yang cerah (hijau cerah).


Kaca soda (Soda -
lime glass)
ii. Keupayaan mengembang yang tinggi
(mengembang dengan cepat apabila
dipanaskan).

iii. Apabila dibakar akan mengeluarkan warna


merah pucat atau kekuningan.

iv. Contoh: mentol, botol minuman, cermin


tingkap

7
i. Mempunyai warna agak gelap.

ii. Keras dan kuat (dinding tebal).

iii. Keupayaan mengembang yang rendah


(mengembang dengan lambat apabila
dipanaskan).

Kaca borosilikat iv. Apabila dibakar, kaca borosilikat akan


(Borosilicate mengeluarkan warna merah cerah.
glass)
v. Tidak mudah pecah apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.

vi. Contoh: bikar, kelalang kon, kondeser,

vii. tabung uji, botol media

i. Sesuai untuk cantuman diantara logam dan


Kaca khas (Lead kaca.
glass / special
glass) ii. Digunakan dalam mentol telivisyen, lampu
flourescent.

Alatan Kaca Yang Biasa Digunakan Dalam Makmal Sains

I. Pipet.

II. Buret.

III. Silinder bersenggat (silinder pengukur).

IV. Bikar.

V. Kelalang volumetrik (kelalang isipadu).

VI. Kelalang kon.

8
VII. Botol kaca dan Botol reagen.

VIII. Tabung uji.

IX. Tiub kaca dan Rod kaca.

Bikar

Bikar di dalam makmal terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk dari 5 ml
hingga 5,000 ml. Kebanyakan makmal sains mempunyai bikar saiz 50 ml, 100 ml,
250 ml, 600 ml, 1,000 ml dan 2,000 ml. Bikar digunakan untuk membuat anggaran
sesuatu nilai isipadu larutan dengan berpandu kepada senggatan yang terdapat di
luar dinding radas seperti Rajah 1(a) dan 1 (b).

Rajah 1a: Bikar plastik

Rajah 1b: Bikar kaca

9
Kegunaan Utama Bikar

i. Memindah larutan dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah melalui
muncung bikar.

ii. Memanas larutan dengan menutup bahagian atas dengan piring kaca (watch
glass) untuk menggelakkan larutan daripada memercik.

iii. Menimbang bahan kimia dan membuat larutan kimia.

Buret

Buret merupakan suatu tiub kaca yang terturus liang serta bersenggat dan
mempunyai injap seperti Rajah 1. Buret digunakan untuk mengukur dan
mengeluarkan sebarang isipadu larutan dengan tepat (ketepatan 0.1ml). Kegunaan
utama buret adalah untuk pentitratan. Terdapat pelbagai jenis buret yang
mempunyai muatan isipadu yang berlainan. Contoh muatannya 1 ml, 2 ml, 5 ml
dan 10 ml. Makro buret pula mempunyai isipadu 25 ml, 50 ml, dan 100 ml.

Rajah 1: Pelbagai jenis buret

Buret mempunyai injap untuk mengeluarkan larutan semasa menjalankan kerja-


kerja amali. Terdapat beberapa jenis injap pada buret.

10
a. Pengapit Sepit (Klip Mohr)

Buret jenis ini digunakan bersama-sama dengan berbagai jenis jet buret dan
disambungkan dengan tiub getah kepada bahagian bawah buret. Klip Mohr
digunakan untuk mengawal pengaliran isipadu seperti Rajah 2a.

b. Injap Stop-cock

Terdapat dua jenis injap stopcock iaitu penutup-kaca (glass-stopper) dan penutup
TEFLON (sejenis plastic) seperti dalam Rajah 2b. Buret jenis ini adalah lebih
sesuai untuk kerja analilis volumetrik. Penutup perlu disapu gris seperti vaselin
atau jeli petroleum untuk mengelakkan kebocoran dan membolehkan penutup
dipusing dengan licin. Jangan gunakan terlalu banyak gris kerana ini akan
menyumbat lubang di dalam penutup dan juga bahagian jet buret.

c. Injap Sepit (Pinch valve)

Buret jenis ini mempunyai satu injap. Injap ini berfungsi apabila ditekan bahagian
tengahnya dengan jari. Ia diperbuat daripada getah yang mempunyai lubang di
kedua-dua hujung. Ia disambungkan ke bahagian bawah buret dan juga jet buret.
Injap jenis ini sesuai serta mudah digunakan dan dapat mengawal pengaliran
isipadu larutan dengan lancar seperti Rajah 2c.

Rajah 2a: Pengapit Sepit (Klip Mohr)

11
Rajah 2b: Injap Stopcock"

12
Rajah 2c: Injap Sepit (Pinch Valve)

Teknik untuk mengendalikan buret.

a. Basuh buret dengan air paip dan kemudian bilas dengan air suling diikuti
dengan larutan yang akan diisikan.

b. Isikan buret dengan larutan sehingga melebihi 1cm hingga 2cm daripada
paras tanda maksima.

c. Pastikan buret diapitkan menegak pada kaki retort.

d. Pastikan bahagian jet buret dipenuhi dengan larutan sebelum memulakan


eksperimen. Ini dilakukan dengan membuka injap buret dan membiarkan
sedikit larutan mengalir keluar. Jika terdapat gelembong udara di bahagian
jet ketuk perlahan-lahan untuk menghilangkannya.

e. Untuk mengeluarkan larutan dari buret, tangan kiri mesti mengelilingi


bahagian injap stopcock seolah-olah mengenggamnya.

f. Pada masa yang sama ibu jari dan jari telunjuk dengan sokongan jari tengah
digunakan untuk memusing stopcock seperti Rajah 3.

13
Rajah 3: Teknik memegang dan memusing injap stopcock.

g. Cara yang berkesan untuk membaca atau melihat meniskus pada buret ialah
paras mata bersamaan dengan tanda paras larutan di dalam buret. Gunakan
sekeping kertas putih yang sebahagian digelapkan dilekat pada batang
buret. Lekatkan keping kertas ini dengan bahagian yang gelap di bawah
paras cecair dan yang terang di bahagian atasnya untuk melihat meniskus
dengan tepat seperti Rajah 4.

Rajah 4: Teknik membaca meniskus pada buret

14
Jika larutan alkali perlu digunakan dan dimasukkan ke dalam buret, maka buret
tadi hendaklah dibasuh dengan larutan asid nitrik cair dan bilas dengan air sebaik
sahaja amali selesai untuk mengelakkan alkali melekat pada kaca buret.

Mencuci Buret

a. Asingkan penutup kaca atau plastik serta tiub getah atau injap getah dan
juga jet kaca. Rendam di dalam detergen yang sesuai dan bilas dengan air.

b. Cuci buret dengan detergen dan air. Guna berus pencuci buret jika perlu.

c. Basuh buret dengan air paip dan pastikan tidak ada buih sabun yang melekat
pada sebelah dalam buret.

d. Bilas dengan air suling dan jemur di rak buret.

15

Anda mungkin juga menyukai