Anda di halaman 1dari 12

REKABENTUK PEMASANGAN KEMUDAHAN TELEFON

( BAHAGIAN 3 PERALATAN PABX )

PERALATAN PABX
DARI PENULIS

1
Nota ini adalah catatan ringkas mengenai peralatan PABX yang bertujuan untuk
dijadikan hanya sebagai panduan bagi kakitangan Cawangan Elektrik yang masih
baru dalam bidang ini.

Isi kandungan di dalam nota ini adalah dari pengalaman penulis dalam tugas
hariannya dan data-data yang telah dikumpul sepanjang pengalaman beliau.
Kebanyakan fakta-fakta juga diperolehi dari buku panduan STMB iaitu STM
`GUIDELINES ON PLANNING REQUIREMENT FOR CABLING OF BUILDING FOR
TELEPHONE SERVICES yang boleh dibeli dari STMB. Rujukan juga dibuat dari
katalog-katalog jualan pembekal di sekitar Kuala Lumpur.

Dimaklumkan bahawa tekknologi elektronik in sering berubah mengikut


perkembangan zaman dan catatan ini perlulah dikemaskini oleh para peserta dari
masa ke semasa mengikut pengalaman masing-masing.

- NFR

He who travels in search of knowledge


Walks in the path of ALLAH

1.0 PENDAHULUAN

Setelah Jabatan Telekom Malaysia mengswastakan Syarikat Telekom Malaysia


pada 01.01.87, kerja-kerja pemasangan sistem kemudahan telefon untuk
bangunan-bangunan Kerajaan telah dipertanggungjawabkan kepada JKR
MALAYSIA yang berperanan sebagai juruperunding pihak Kerajaan untuk
semua bentuk infrastruktur.

Pemasangan dan pembekalan telefoni selama ini dikendalikan oleh JTM/STM.


Walaubagaimanapun kontrak pembekalan STM telah tamat pada 20.8.87 dan
pihak juruperunding pula perlu mengambil alih tugas mengendalikan
pemasangan dan pembekalan peralatan telefoni.

2
Memandangkan peralatan ini adalah berasaskan elektronik, Cawangan
Elektrik secara langsung mengambil alih tugas ini selaras dengan
memperkembangkan skop kerja cawangan bagi menghadapi era Komputer
dan Komunikasi.

Bagi menghadapi cabaran dekad 90an dan RMK6, sewajarnyalah kita


memperlengkapkan diri dengan pengetahuan asas kemudahan telefon agar
kemajuan profesion dapat berkembang dan tugas dapat dilaksanakan dengan
lancar.

2.0 MENGENALI PABX

PABX adalah sejenis alat suis telefoni yang menjadi kunci bagi sesbuah sistem
perhubungan atau telekomunikasi. Peralatan lain yang sejenis ialah Key
Telephone, PMBX dan lain-lain.

PABX adalah singkatan untuk Private Automatic Branch Exchange.

Fungsi utama PABX ialah mempertingkatkan taraf komunikasi di zaman ini


menjadikan ia lebih mudah, lebih berkesan dan lebih cekap supaya
perniagaan atau pembangunan menjadi lebih produktif.

Kemajuan PABX telah melalui empat (4) generasi semenjak ianya pertama
direka pada 1876. Walau pun didalam era Komputer dan Komunikasi, di
Malaysia kita agak ketinggalan dalam penggunaan gerasi terbaru tetapi arus
perkembangan di negara ini begitu cepat berkembang dan kita kini dalam
persediaan untuk penerimaan generasi terbaru, iaitu ISDN (Integrated
System Digital Network) atau Rangkaian Sistem Digital Sepadu.

3.0 KEPERLUAN STMB UNTUK PEMASANGAN PABX

Bagi pemasangan PABX tiga bilik diperlukan iaitu :-

Bilik PABX
Bilik Batteri
Bilik Operator

Ketiga-tiga bilik ini bersama Bilik SDF sebaik-baiknya ditempatkan


berhampiran antara satu sama lain di tingkat bawah.
3.1 Bilik PABX

Bilik PABX yang berasingan dari bilik SDF diperlukan sekiranya:-

a. Jumlah sambungan telefon melebihi 300


b. Ruang lantai tidak terhad

Saiz bilik PABX adalah mengikut saiz peralatan. Jadual di Appendix 1 adalah
sebagai panduan.

Bagi menempatkan peralatan PABX bilik tersebut perlu mempunyai ciri-ciri


berikut :-

3
3.1.1 Bilik PABX tidak boleh ditempatkan di lokasi berikut :-

Bilik loji pendingin udara


Bilik dandang (boiler)
Dapur
Laluan/Ruang Legar Utama
Stor
Tandas
Bengkel
Bawah tangga terbuka
Bilik Elektrik

3.1.2 Ia perlu bebas dari gegaran, pancaran matahari, habuk dan kelembapan.

3.1.3 Lantai perlu mempunyai kemampuan menampung beban sebanyak 300-1000


kg/m perseg.

3.1.4 Bahan lantai adalah dari jenis anti-statik atau tidak mudah kumpul habuk
seperti permaidani atau vinyl.

3.1.5 Memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) punca alir keluar 13A. Sekiranya
jumlah sambungan adalah melebihi 1000, mata kuasa 3 fasa mungkin
diperlukan.

3.1.6 Memerlukan sistem hawa dingin 24 jam untuk mengawal paras kelembapan
bilik antara 305-65% dan suhu antara 15C-30C. Dengan itu bilik tersebut
mesti bebas dari ruang udara (fully enclosed).

3.1.7 Sistem pencegah kebakaran jenis pancutan air tidak dibenarkan,. Halon,
CO2 atau jenis tangki sembur mudah alih adalah dibenarkan.

3.1.8 Ketinggian bilik tidak kurang dari 3000mm

3.1.9 Perabot sebuah meja lengkap dengan laci berkunci bersama satu kerusi
perlu dibekalkan untuk menyimpan dokumen dan kerja menyelenggara dan
memprogram.

3.1.10 Kelegaan ruang peralatan PABX perlu diletakkan sekurang-kurangnya 1m


dari dinding dengan kelegaan ruang sebanyak 1m di bahagian depan untuk
penyelenggaraan.

3.1.11 IDF Intermediate Distribution Frame yang berasingan perlu disediakan


untuk bilik PABX sekiranya ianya jauh dari bilik SDF.

3.1.12 Pintu berasingan diperlukan untuk bilik PABX dan bilik SDF walaupun bilik
tersebut berkembar, kerana bilik SDF adalah di bawah tanggung jawab
STMB.

3.1.13 Pepeti lantai mesti dibekalkan dan saiznya mesti cukup besar untuk
memuatkan kabel PABX dari peralatan ke bilik SDF, ke sesalur naik dan ke
bilik operator.

4
3.2 Bilik Bateri

Bilik berasingan tidak diperlukan jika `maintenance-free battery digunakan.


Jika bateri biasa jenis Ni-Cad digunakan, bilik bateri yang disediakan perlulah
cukup besar untuk mengisi unit-unit bateri. Bilik tersebut mestilah berkembar
dengan bilik PABX tetapi diasingkan secara fizikal untuk mengelak asid dan
gas (fumes), dan mempunyai ciri-ciri berikut sebagai keperluan :-

3.2.1 Jubin gilap (glazed tiles) setinggi 1500 mm pada semua lapisan dinding
dalam

3.2.2 sinki membasuh

3.2.3 kipas pelawas

3.2.4 saiz minima bilik ialah 3000 mm x 1800 mm

3.3 Bilik Operator

Bilik Operator perlu ditempatkan tidak lebih dari 50 meter dari bilik PABX;
seelok-eloknya di tingkat yang sama. Bilik ini memerlukan perkara berikut :-

3.3.1 Meja dan kerusi untuk konsol telefon, pencetak dan satu kabinet besi.

3.3.2 1 talian sambungan kategori C

3.3.3 Sistem hawa dingin pejabat

3.3.4 Sekatan separuh kaca

3.3.5 Bilik operator tidak seharusnya dipencilkan dari ruang bekerja biasa supaya
tidak menimbulkan kebosanan operator telefon tetapi dikawal
keselamatannya.

Adalah lebih praktikal untuk menyatukan bilik PABX dan bilik bateri dan
mempunyai susunatur bilik seperti yang ditunjukan di Appendix 2.

Apabila memajukan lukisan susunatur kepada STMB untuk kelulusan,


perkara-perkara berikut perlulah dimasukkan :-

Lokasi SDF atau MDP


Lokasi pit dan lurang terdekat dengan SDF/MDP
Lokasi bilik PABX/Bateri dan susunatur peralatan
Lokasi bilik operator dan konsol
Semua saiz dan laluan pepeti untuk penyambungan kabel
Semua kemasan bilik
Semua keperluan Elektrik

5
4.0 BILA PERLU MENGGUNAKAN PABX

Pada dasarnya tidak ada peraturan yang khas tentang bila perlu mengguna
peralatan PABX. Namun begitu, sebagai satu garis panduan, peralatan PABX
seharusnya digunakan apabila keperluan sambungan telefon adalah melebihi
40 bilangan.

Untuk bilangan sambungan yang kurang daripada 40, adalah lebih praktikal
dan ekonomikal menggunakan sistem Key Telefon.

Keperluan mutakhir telefon perlu ditentukan oleh pihak pelanggan.


Diperingkat awal rekabentuk, anggaran boleh dibuat berdasarkan
pengalaman dan norma keperluan telefon yang paling praktikal mengikut
penggunaan ruang yang berasaskan keluasan lantai bangunan.

5.0 MENENTUKAN SAIZ PABX

Menentukan saiz PABX adalah penting kerana ini akan melibatkan satu kos
yang tinggi. Perekabentuk juga perlu berhati-hati supaya peralatan yang
dibeli kelak adalah menepati kehendak pelanggan.

Kesilapan memilih saiz yang sesuai boleh merugikan pihak pelanggan,


menyebabkan penggunaan sistem yang kurang produktif, menimbulkan
berbagai masalah operasi dan secara langsung menunjukkan imej jabatan
yang kurang cekap dan berpengetahuan.

Berikut adalah garis panduan untuk menentukan saiz sesebuah PABX :-

a. Perolehi semua keperluan telefon (talian sambungan, talian terus,


talian data, dll.) dari pihak pelanggan. Keperluan tersebut seharusnya
dieprolehi melalui Cawangan senibina yang akan memajukan lukisan
susunatur kepada Cawangan Elektrik.

b. Dengan menggunakan borang petunjuk telefon seperti di dalam


Appendix 3, isikan keperluan telefon tadi.

c. Saiz minima PABX adalah jumlah talian sambungan yang diperlukan


oleh pihak pelanggan yang dijadikan angka puluh terhampir.

d. Saiz maxima PABX adalah jumlah saiz semua papan agihan


sambungan yang digunakan.

e. Nisbah maxima yang dibenarkan oleh pihak STMB untuk mendapatkan


talian terus PABX adalah 1 DEL : 10 sambungan. Untuk tujuan
keselesaan komunikasi dan mengurangkan kesesakan trafik dalam
rangkaian dalaman telefon, nisbah tersebut boleh berbeza dari 5,6,7
atau 8 sambungan untuk 1 DEL. Nisbah ini banyak bergantung
kepada keperluan arus trafik komunikasi yang dijangka oleh pihak
pelanggan.

6
CATATAN

DEL talian terus atau talian ibusawat


EXT talian sambungan

5.1 Contoh Kerja

Satu blok bangunan 4 tingkat yang mempunyai sayap kiri dan sayap kanan. 1
papan agihan diperuntukkan untuk satu sayap.

Dari borang petunjuk telefon yang telah diisi, kiraan berikut telah dibuat :-

Muatan minima : 5 + 4 + 12 + 15 + 6 + 11 + 4 + 3 = 60 ext

20% simpanan = 12 ext

Jumlah = 72 ext

Dibawa ke angka puluh terdekat = 70 ext

Talian terus : 70/6 = 11.7 atau 12 DEL

Muatan maxima : ( 10 x 5 ) + ( 20 x 3 ) = 110 ext

Talian terus : 110/6 = 18.3 atau 19 DEL

Dengan itu saiz muatan PABX adalah :-

Bilangan minima talian sambungan 70


Bilangan minima talian terus PABX 12
Bilangan maxima talian sambungan 110
Bilangan maxima talian terus PABX 19

Adalah diingatkan bahawa saiz muatan ini perlu ditentukan oleh


perekabentuk dengan persetujuan pihak pelanggan.

6.0 GAMBARAJAH SKEMA/PENDAWAIAN SISTEM TELEFON

Gambarajah skema telefon merupakan nadi pada sesuatu pemasangan


telefon. Ia menunjukkan bagaimana sistem tersebut diagihkan dan
menggambarkan keperluan kemudahan telefon untuk sesuatu projek secara
keseluruhan. Dengan itu memahami gambarajah skema telefon adalah
sangat penting.

Cawangan Elektrik yang bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja


pemasangan telefon, perlu menyediakan gambarajah ini supaya peralatan
yang ditender adalah bersesuaian dengan sistem yang diperlukan.

7
Secara keseluruhan, gambarajah skema yang dikehendaki oleh pihak STM
adalah seperti di Appendix 4.

Gambarajah skema yang lengkap perlu menunjukkan perkara-perkara


berikut:-

a. penyambungan kabel dari SDF ke IDF


b. penyambungan kabel dari IDF ke PABX
c. penyambungan kabel dari PABX ke konsol operador
d. penyambungan kabel dari IDF ke semua papan agihan di setiap lantai dan
sayap
e. semua papan agihan untuk talian sambungan l/d saiz, nama dan
lokasinya
f. semua papan agihan untuk talian terus l/d saiz, nama dan lokasinya
g. saiz-saiz kabel yang digunakan
h. saiz bingkai menegak (vertical frames) untuk menempatkan blok penamat
(termination block)

7.0 KEMUDAHAN PABX ( PABX FACILITIES )

Kemudahan yang ada didalam PABX adalah berbeza mengikut jenama


peralatan dan keupayaannya. Bermacam-macam jenis kemudahan telah
diperkenalkan masakini dan ini telah memudahkan berbagai bentuk kerja.
Walaubagaimanapun kemudahan-kemudahan ini terbahagi lepada 4 kategori
:-

Kemudahan minima ata piawai (standard facilities)


Kemudahan pilihan (optional facilities)
Kemudahan yang boleh diprogram (programmable facilities)
Kemudahan oleh STMB

7.1 Kemudahan minima kemudahan ini merupakan asas yang


diperlukan didalam semua peralatan PABX untuk kebanyakan jabatan
pelanggan. Kemudahan ini selalunya telah sedia dibekalkan bersama-
sama PABX tersebut. Ianya tidak perlu dibeli untuk diwujudkan
kepada pihak pengguna.

Appendix 5 menunjukkan contoh kemudahan asas ini.

7.2 Kemudahan yang boleh diprogram kemudahan ini merupakan


sebahagian daripada kemudahan yang sedia dibekalkan bersama
peralatan PABX tetapi tidak diprogramkan kerana tidak menepati
kehendak pelanggan. Ini mungkin atas sebab-sebab kawalan
pengurusan/pentadbiran. Kemudahan ini mungkin diperlukan oleh
pelanggan A tapi bukan untuk pelanggan B. Contohnya, panggilan
bangun pagi diperlukan di Hotel dan rumah rehat tetapi untuk pejabat
atau institusi kewangan. Contoh yang lain pula adalah seperti DO NOT
DISTURB dan PRIORITY CALL untuk hospital tidak diperlukan untuk
pejabat.

Kemudahan seperti ini juga tidak memerlukan peruntukan yang lebih.

8
7.3 Kemudahan pilihan Kemudahan pilihan ini merupakan
kemudahan yang khusus untuk keperluan pelanggan kerana ianya
memerlukan hardware dan `software yang berasingan. Pengujudan
kemudahan ini didalam sistem komunikasi mungkin melibatkan
perkara-perkara berikut :-

a. Kelululusan pihak STMB diperlukan kerana ianya melibatkan


jumlah talian masuk STMB.

b. kos tambahan kerana perlu memasukan hardware dan


software yang khas.

c. Kos operasi yang lebih tinggi kerana sewa bulanan talian


telefon yang berlainan kadarnya

d. Satu sistem komunikasi yang sofistikated tetapi tidak memberi


kesan dalam peningkatan produktiviti. Dengan itu mungkin ia
tidak mendapat justifikasi yang sepadan dengan keperluan.

Di antara kemudahan-kemudahan tersebut yang sering diperlukan


ialah :-

DID - Direct in-dialling, panggilan dari luar dibuat


terus ke sambungan dengan menggunakan kod khas tanpa
bantuan operator. Kemudahan ini hanya diberikan untuk
sistem telefon yang mempunyai lebih dari 100 sambungan.

Call Detail Recording menyambongkan pencetak untuk


merakam setiap panggilan keluar samada melalui operator
atau tidak. Ini adalah untuk pihak pentadbiran mengawal
panggilan persendirian.

Feature Telephones set telefon yang mempunyai banyak


kemudahan kawalan yang canggih.

Voice Mail rakaman suara yang boleh menolong pemanggil


memberikan pesanan dan senarai sambungan telefon melalui
beberapa langkah yang telah dirakamkan supaya pemanggil
mendapat pegawai yang berkenaan. Ini selalunya diperlukan
untuk institusi yang mengendalikan banyak perkhidmatan
awam dan jumlah operator adalah terhad, apabila operator
menjadi terlalu sibuk.

Sistem rangkaian (networking) sistem ini adalah untuk


menghubungkan satu sistem komunikasi dengan yang lain
dalam satu bangunan supaya kemudahan pemindahan
maklumat dan perhubungan adalah cepat dan mudah.

Digital line untuk membolehkan computer mikro berhubung


antara satu dengan yang lain melalui PABX.

9
Dataline untuk membolehkan peralatan komunikasi data
seperti mesin fax digunakan.

Tie lines menghubungkan antara satu PABX dengan PABX


yang lain di tempat yang berjauhan. Kemudahan ini perlu
melalui talian ibusawat.

7.4 Kemudahan oleh STMB kemudahan ini merupakan jenis talian


yang tidak melalui peralatan PABX seperti :-

Plan 107 satu talian terus ditapis oleh pembantu atau


setiausaha

Plan 105 Dua talian terus ditapis oleh pembantu atau


setiausaha

Plan 4 talian selari (parallel lines)

Hot lines talian khusus untuk panggilan penting/kecemasan


sahaja

Incoming lines talian yang membolehkan panggilan masuk


sahaja

Outgoing lines talian yang membolehkan panggilan keluar


sahaja

Both ways kemudahan talian terus biasa dimana panggilan


keluar dan masuk boleh dibuat

Direct Intercome Line kemudahan yang menghubungkan


sesuatu talian dengan yang lain tanpa mendail, tapi dengan
hanya mengangkat ganggang telefon sahaja.

Semua kemudahan-kemudahan tersebut tertakluk kepada keupayaan


STMB dan peruntukan talian di ibusawat tempatan.

8.0 PERBEZAAN DENGAN PERALATAN KEY TELEPHONE

Pada dasarnya Key Telephone mempunyai fungsi yang sama dengan PABX
iaitu untuk mengagihkan panggilan telefon bagi stop atau keperluan yang
lebih kecil. Akan tetapi terdapat beberapa perbezaan yang agak ketara di
antara peralatan PABX dan Key Telephone.

8.1 MDP Papan agihan Utama (Main Distribution Point Box)


Lazimnya dalam system Key Telephone. SDF tidak diperlukan kerana
keperluan telefon yang kecil. Untuk itu penggunaan MDP adalah mencukupi.

8.2 Kabel kabel telefon yang digunakan untuk sistem ini ialah kabel telefon PVC
4/0.63 (2 pair) manakala sistem PABX menggunakan kabel 3/0.63 atau
2/0.63.

10
8.3 Bilik bateri sama sekali tidak diperlukan

8.4 Kemudahan sistem rangkaian tidak dapat diwujudkan

8.5 Kemudahan pemindahan data (data transmission) tidak dapat diadakan

8.6 Set telefon perlu dibeli bersama-sama dengan sistem ini manakala set telefon
untuk sistem PABX boleh disewa dari STMB

8.7 Jarak yang paling jauh dibernarkan antara set telefon dengan Key Service
Unit ialah antara 100m hingga 200m mengikut jenama peralatan manakala
PABX pula boleh menjangkau hingga 8km.

9.0 SPESIFIKASIN PABX

Spesifikasi PABX perlu merangkumi perkara berikut sebagai keperluan minima


:-

Dari jenama yang diluluskan oleh pihak STMB


Dari generasi DIGITAL
Kaedah SPC, Stored Programme Control
Bersesuaian atau boleh diubahsuai untuk menerima teknologi ISDN
dengan menggunakan kaedah port
Bateri dari jenis tiada penyelenggaraan sealed lead acid
IDF penyambungan jenis quick-connect
Pembumian kurang dari 1 ohm
Pengujian dan memulatugaskan sistem
Latihan
Lukisan dan manual serta salinan pengujian

Contoh spesifikasi dalah seperti di Appendix 6

10.0 SENARAI KUANTITI PABX

Senarai kuantiti PABX perlu merangkumi perkara-perkara berikut :-


Peralatan PABX dan keterangan mengenai muatan minima dan
maximanya
Bilangan talian DID yang dikehendaki (jika perlu)
Bilangan talian ikatan atau tie lines (jika perlu)
Bilangan set feature telephone
Bilangan set konsol operator dan kelengkapannya
Bateri dan jenisnya
Mesin pencetak
Kabinet, meja dan kerusi
Pembumian
Pengkabelan
Pengujian dan memulatugas (testing and commissioning)

Contoh senarai kuantiti dan senarai jenama barangan adalah seperti di


Appendix 7

11
11.0 MEMANGGIL TENDER

Peralatan PABX boleh dipanggil dengan 3 cara :-

a. KONTRAK UTAMA (DIRECT CONTRACT)


Kerja hanya meliputi membekal pasang peralatan PABX sahaja dan
pembekal mesti berdaftar dengan kementerian kewangan

TAJUK KECIL : 040200 atau 040204


KELAS/CLASS : Kementerian Kewangan

b. SUB-KONTRAK kerja-kerja elektrik


Pembekalan dan pemasangan PABX adalah termasuk didalam kerja-
kerja elektrik yang mana kontraktor elektrik perlu melantik sub-
kontraktor telefon yang berdaftar dengan PKK dan juga pembekal
PABX yang berdaftar

KEPALA : VII
KEPALA KECIL : 1

c. SUB-KONTRAK kerja-kerja telefon


Pembekalan dan pemasangan PABX adalah termasuk didalam kerja-
kerja pemasangan kemudahan telefon yang mana kontraktor telefon
perlu melantik pembekal yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan

KEPALA : VIII
KEPALA KECIL : 2a, 2b

12

Anda mungkin juga menyukai