Anda di halaman 1dari 16

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

SK. ST. Francis, Melaka

Penjajahan & Kebangkitan


tokoh

Nama : Akhilan a/l Loga Nathan


Kelas : 5 Neptune
No. I/C : 030530 04 - 0163
Nama Guru : Puan Norsham

Biodata Murid

Akhilan 5 Neptune Page 1


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Nama : Akhilan a/l Loga Nathan

Umur : 11 tahun

Tarikh Lahir : 30.05.2003

Nama Ayah : Loga Nathan

Nama Ibu : Ginny Ganga Gouri

Bil. Adik beradik : Tiada

Cita cita : Jurutera

Hobi : Memetik gitar dan baca komik.

Falsafah Hidup : Dont worry be happy.

Penghargaan

Akhilan 5 Neptune Page 2


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima


kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan
Norsham, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi
menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang
penghasilan folio ini.

Akhilan 5 Neptune Page 3


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Isi Kandungan

Perkara Muka
Surat
1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) 5
2.0 Kedatangan Kuasa Luar 6

a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai 6


b) Kronologi Kedatangan Penjajah

7
3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar 8
4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah 9

British dan Jepun


5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan 10

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut 10

zaman penjajahan
b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan

10
6.0 Kesimpulan 14
7.0 Lampiran 15
8.0 Bibliografi 18

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan)


Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah
menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula

Akhilan 5 Neptune Page 4


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh
terbahagi kepada tiga iaitu:

a) Konsep Imperialisme : Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan


sempadan politik dan kedaulatan negara.

b) Konsep Kolonialisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta


meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh
dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban
dan budaya penjajah.

c) Konsep Mekantilisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta


meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi
dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan
bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya
melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan
cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti
tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu
negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada
istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

Akhilan 5 Neptune Page 5


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

2.0 Kedatangan Kuasa Luar


Negara kita terletak di tengah tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki
Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat
kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa
luar ke Melaka.
a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai
Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan
keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah:
Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya
kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat
perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan
Melaka pada tahun 1511.

Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa


menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat
Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah.
Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.

British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di


Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak
berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta
ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki
Melaka.

Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui


daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara
Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada
Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 selama
lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran
Jepun dua arah.

b) Kronologi Kedatangan Penjajah

Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka.


Tahun 1641 Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.

Akhilan 5 Neptune Page 6


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian


Tahun 1786
dengan Sultan Kedah.
Menerusi Perjanjian Inggeris Belanda, British mendapat hak
Tahun 1824 meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah.
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke
Tahun 1841
sebagai Gabenor Sarawak.
Tahun 1882 British menguasai Sabah.
Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun
Tahun 1942
menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar


Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan,
penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.

Faktor Huraian
Perdagangan Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah.
Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai

Akhilan 5 Neptune Page 7


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Melaka yang merupakan pusat pengumpulan


dan pengedaran rempah.
Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk
menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu,
mereka perlu mendapatkan tanah jajahan.
Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat
diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.
Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di Asia
Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga
didorong oleh hasrat untuk
menyebarkan agama Kristian di Asia
Tenggara.
Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di
Eropah, kuasa barat memerlukan bahan
mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas
dan arang batu. Bahan mentah ini
merupakan keperluan utama kilang mereka.
Oleh itu, British ingin menguasai negara kita
yang kaya dengan bijih timah.
Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain bersaing
di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah
untuk perdagangan, keperluan bahan mentah,
kemegahan dan penyebaran agama Kristian.
Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia,
Sepanyol menakluki Filipina, Perancis
menakluk Indochina dan British menakluk
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
*Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun


British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki
Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua dua Negara, British dan Jepun telah menakluk
Negara ini mempunyai tujuan mereka masing masing yang agak sama namun ada juga
yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:

British Jepun

Akhilan 5 Neptune Page 8


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Keperluan bahan mentah seperti bijih Keperluan bahan mentah seperti bijih
timah dan bijih besi bagi kilang di timah dan getah untuk kilang di
negara mereka. Jepun.
Pasaran barang kilang. Pasaran barang kilang.
Menunjukkan kemegahan dan kuasa. Menamatkan penjajahan Barat di Asia
Tenggara dengan slogan Asia untuk
Bersaing dengan kuasa barat yang Asia.
Membentuk sebuah empayar yang
lain untuk mendapatkan tanah
kuat di Asia.
jajahan.

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan


Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar
di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar
tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar
tersebut.

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan

ZAMAN TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI


PENJAJAHAN PENENTANGAN

Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah

Belanda di Perak Raja Haji

British di Perak Dato Maharaja Lela

British di Sarawak Rentap

Akhilan 5 Neptune Page 9


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

British di Sabah Mat Salleh

Jepun di Tanah Anggota Force 136


Melayu

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan


i) Sultan Mahmud Shah Sultan Mahmud Shah menentang Portugis.

Sultan Mahmud Shah telah berusaha


berkali-kali menawan semula Melaka.
Pada tahun 1515 hingga tahun 1519,
Sultan Mahmud Shah melancarkan
serangan sebanyak tiga kali.
Contohnya, pada tahun 1517, baginda
dengan bantuan askar dari Muar
menyerang Protugis di Melaka tetapi
gagal. Baginda juga gagal mengepung
Melaka untuk menyekat kemasukan
bekalan makanan. Kegagalan Sultan
Mahmud Shah ini disebabkan
pembinaan Kota AFamosa oleh
Portugis.

ii) Raja Haji Raja Haji Menentang Belanda.

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-


Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk
menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji
cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama,

Akhilan 5 Neptune Page 10


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam
pertempuran ini.

iii) Dato Maharaja Lela Dato Maharaja Lela menentang British

J.W.W.Birch merupakan Residen


pertama di Perak. Birch mengambil
alih kuasa memungut cukai
menyebabkan tindakannya itu tidak
disukai oleh pembesar. Birch
mengharamkan amalan menyimpan
hamba oleh pembesar tempatan.
Pembesar tempatan berasa marah
akan tindakannya itu. Dato' Maharaja
Lela bersama-sama dengan pembesar
tempatan yang lain merancang
membunuh Birch. Akhirnya Birch
mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

iv) Rentap Rentap Menentang British

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang.
James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu
bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang
kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga
tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal.
Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama

Akhilan 5 Neptune Page 11


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang


balas terhadap James Brooke.

v) Mat Salleh Mat Salleh menentang British


Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di
Sungai Sugut. Mat Salleh menentang
Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Penentangan ini disebabkan SBUB
mengambi hak kutipan cukai daripada
pembesar tempatan. SBUB juga bertindak
memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat
Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya,
iaitu pusat pentadbiran British. SBUB
bersetuju untuk mendamai dengan
membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah
Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati
janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB
tetapi terkorban dalam peperangan pada
vi) tahun
Angkatan Force 136 Angkatan Force1900.
136 menentang Jepun

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini
menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk
menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya


terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan
semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak
mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri

Akhilan 5 Neptune Page 12


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk
menentang Jepun.

6.0 Kesimpulan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan pahlawan yang pernah wujud di Negara
kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di
Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang
kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk
Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula
ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah
air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun
mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi
inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan
yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.

Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini
adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan
Negara.

Akhilan 5 Neptune Page 13


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

7.0 Lampiran
Lampiran 1
Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British)

Akhilan 5 Neptune Page 14


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Lampiran 2

Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu
pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand.

Lampiran 3

Akhilan 5 Neptune Page 15


Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

7.0 Bibliografi
a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5
b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan
d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?
report_id=139&xslFile=orange
e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca
f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam
g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap
h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh
i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

Akhilan 5 Neptune Page 16

Anda mungkin juga menyukai