Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
A
1 Abu Dajal [Pengganggu]
5 Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara
diam-diam]
11 Alas cakap/Alas kata [Kata-kata pendahuluan yang diberi sebelum sesuatu perkara
utama dibincangkan]
13 Ali Baba [Orang Melayu yang mendapat lesen atau kontrak dan menggadaikannya
kepada orang bukan Melayu]
15 Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]
17 Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan
seseorang]
18 Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]
19 Anak bangsawan /Anak panggung / Anak wayang [Pelakon atau orang yang
menceburkan diri dalam bidang lakonan pentas atau layar perak]
20 Anak anak [Boneka atau patung]
22 Anak buah [Anak saudara, iaitu anak kepada abang atau kakak / Orang kampung yang di
bawah jagaan penghulu atau ketua kampung]
23 Anak bulan [Bulan yang baru terbit pada awal bulan / Leher baju kurung yang digunakan
sebagai pola]
24 Anak emas [Anak yang sangat disayangi / Pekerja yang disayangi oleh majikan]
25 Anak gahara [Anak yang dilahirkan oleb permaisuri raja daripada keturunan raja juga]
32 Angkat kaki [Cabut lari / Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera atau secara
tergesa-gesa]
B
39 Bagi muka [Terlalu dimanjakan]
40 Bahasa dalam / Bahasa istana [Bahasa khas yang digunakan oleh golongan istana]
47 Banyak mulut / Mulut murai [Suka bercakap banyak atau suka berleter]
49 Barang kemas [Banang perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, atau batu
permata]
50 Batu api [Penghasut yang menyebabkan dua pihak bergaduh, bermasam muka, atau
tidak bertegur sapa]
53 Bawa bersemuka [Menemukan dua pihak yang berselisihan untuk mencari jalan
penyelesaian]
59 Berat kepala [Pening atau sakit kepala / Susah memahami sesuatu pengajaran]
68 Berdiri di alas pagar [Tidak menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap berkecuali]
69 Berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah
meninggal dunia]
71 Beri jalan [Memberi pendapat atau menunjukkan cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah]
saksi dalam sesuatu perbicaraan /Meminta petunjuk daripada onang yang bodoh]
79 Bertegang urat / Bertegang leher [Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah walaupun
pendapatnya salah]
87 Bongkok udang [Bongkok di tengah bahagian belakang (biasanya pada orang muda)]
93 Buat duit [Membuat sesuatu yang menguntungkan atau berikhtiar untuk mendapat
banyak duit]
97 Budaya kuning [Cara hidup atau adat resam yang sumbang dan bertentangan dengan
masyarakat timur]
101 Bulat fikiran [Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad]
106 Buruk makan [Makan dengan gelojoh atau lahap atau rakus]
107 Buruk siku [Meminta balik barang atau sesuatu yang telah diberi kepada orang lain]
111 Buta huruf / Buta kayu [Tidak tahu membaca dan menulis]
112 Buta hati [Seseorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan / Tertutup akal fikiran
atau tidak berilmu pengetahuan]
113 Buta ayam [Rabun ayam / Kabur mata atau penglihatan pada waktu senja]
C
117 Cabut nyawa [Rasa hendak mati]
118 Cacing kepanasan [Orang yang sentiasa gelisah atau kehidupan yang sangat sempit
dan serba-serbi kekurangan]
121 Cakap angin [Butir percakapan yang tidak sah atau tidak betul]
122 Cakap besar [Meninggi diripadahal tidak mampu melaksanakan apa yang dikata]
127 Cina buta [Mengambil upah mengahwini dan menceraikan isteri yang ditalak tiga]
129 Cukup bulan [Akhir bulan / Genap hari untuk ibu bersalin]
D
131 Dalam tangan [Sudah pasti boleh dapat]
132 Dalam genggaman [Di bawah perintah / sudah mendapat sesuatu yang dihajati]
134 Darah daging [Tali persaudaraan yang rapat seperti abang, kakak, adik, atau anak]
136 Darah gemuruh [Mudah gugup atau cemas apabila menghadapi sesuatu keadaan]
139 Duit kopi / Duit teh [Wang yang diberi kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu]
140 Dunia terbalik [Keadaan yang berlawanan jika dibandingkan dengan keadaan yang
sebenarnya]
G
142 Gaji buta [Gaji yang diterima tanpa bekerja]
143 Ganti rugi [Memberi barang atau wang sebagai menggantikan sesuatu kerugian (wang
pampasan)]
144 Gelap hati [Sukar belajar]
145 Gelap mata [Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak]
146 Gila bahasa [Perangai yang kurang sihat atau tidak panjang fikiran]
147 Gila bayang [Perasaan ingin akan sesuatu, tetapi tidak mungkin diperoleh]
H
149 Halwa telinga [Bunyi-bunyian atau nyanyian untuk hiburan]
151 Hangat-hangat tahi ayam [Tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu usaha atau
pekerjaan]
166 Ibu keladi [Ibu yang beranak ramai / orang tua yang masih berkelakuan seperti orang
muda]
J
172 Jadi kaki [Orang yang menjadi anggota sesuatu kumpulan jahat]
174 Jadi umang-umang [Orang yang suka bergaya atau berlagak dengan pakaian orang lain]
179 Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu)
180 Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat
atau mesra]
181 Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi
menjauhkan diri apabila didekati]
182 Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]
183 Jiwa hamba [Orang yang tidak bercita-cita tinggi dan selalu berasa rendah diri]
185 Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]
187 Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]
194 Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]
196 Kera sumbang [Orang yang tidak suka bercampur dengan orang lain]
197 Keramat hidup [Orang ailm atau orang yang disegani dalam masyarakat kerana ikhlas
dan amanah]
199 Keras hati [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]
201 Khabar angin [Berita yang belum pasti kebenarannya atau belum disahkan]
203 Kutu embun [Orang yang suka merayau-rayau tidak tentu haluan pada malam hari]
L
M
211 Mabuk asmara / Mabuk kepayang / Mabuk kecubung [Hilang akal atau seperti gila
kerana jatuh cinta]
212 Mabuk darah [Pening kerana melihat atau kehilangan terlalu banyak darah]
218 Mandi bunga [Mandi dengan pelbagai jenis air bunga untuk menolak bala]
221 Masin lidah [Apa yang diucapkan selalunya secara kebetulan menjadi kenyataan]
225 Masuk campur / Masuk tangan [Turut serta dalam sesuatu perkara]
229 Mata petai [Mata yang tidak dapat melihat dengan betul]
230 Mata kayu / Buta huruf [Tidak tahu menulis atau membaca]
231 Mati celik [Meninggal dunia sebelum mendapat apa yang dihajati]
239 Menunjukkan muka [Hadir di sesuatu majlis untuk menunjukkan diri sahaja]
240 Menyimpan hati [Mempunyai perasaan terhadap seseorang / bercita-cita untuk memiliki
sesuatu]
249 Musuh dalam selimut / Gunting dalam lipatan [Orang yang kita sangkakan kawan
sebenarnya musuh yang cuba menjahanamkan kita]
N
250 Naik angin / Naik darah [Menjadi marah]
O
253 Orang gaji [Pembantu rumah]
P
259 Panjang tangan [Suka mencuri]
262 Pasar gelap [Tempat urusan jual beli barang secara haram]
263 Patah hati [Kecewa kerana gagal mendapatkan sesuatu]
268 Pembasuh mulut [Buah-buahan atau kuih yang dimakan selepas makan makanan berat]
274 Pisau cukur [Perempuan yang memikat lelaki dengan tujuan untuk mengikis wangnya]
275 Potong leher [Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal]
279 Putih mata [Kecewa kerana tidak dapat sesuatu yang dihajati]
Q
281 Quran buruk [Orang lama yang pada suatu masa dahulu berpengaruh, tetapi kini tidak
lagi]
R
282 Raja sehari [Pengantin]
S
288 Sakit mata [Benci memandang]
293 Saudara anjing [Adik-beradik tiri, iaitu seibu, tetapi berlainan bapa]
T
300 Tahi judi [Orang yang kuat berjudi]
303 Tali barut [Orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak musuh]
310 Terang-terang tanah [Waktu pagi ketika matahari baru hendak terbit]
313 Tin kosong [Orang yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak tahu melakukannya]
317 Wang kopi / Wang teh [Wang yang diberi sebagai hadiah kerana mengerjakan sesuatu]
318 Zaman atom [Zaman yang mengejar kemajuan sains dan teknologi]
Perumpamaan
A
319 (Bagai) abu di atas tunggul [Sesuatu keadaan yang tidak tetap)
320 (Seperti) anai-anai bubus [Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu
perhimpunanl
321 (Seperti) anak ayam kehilangan ibu [Akibat perceraian, orang yang ditinggalkan
kehilangan pemimpin atau ibu bapa]
322 (Seperti) anjing bercawat ekor [Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa,
pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah]
323 (Seperti) anjing berebut tulang [Orang tamak yang berebutkan bana]
324 (Bagai) anjing buruk kepala [Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat]
325 (Seperti) anjing dengan kucing [Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu]
326 (Seperti) anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya [Berbuat baik bukan dengan orang
yang sepatutnya, mengada-ngadalah dia]
327 (Seperti) anjing menggonggong tulang [Orang yang mendapat sesuatu barang yang
disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain]
328 (Seperti) api dalam sekam [Kejahatan yang berlaku secara diam-diam]
330 (Seperti) aur dengan tebing [Hidup tolong-menolong antara satu dengan lain/saling
bergantung antara satu sma lain]
331 (Seperti) ayam berak kapur [Tubuh yang kelihatan letih dan lesu]
333 (Bagai) ayam disambar helang [Orang yang hilang dengan tiba-tiba]
335 (Seperti) ayam patuk anaknya [Menghukum anak bukan bertujuan untuk menyeksa,
tetapi untuk membaiki kelakuan si anak]
B
337 (Bagai) balak terendam [Orang gemuk yang malas bengerak]
338 (Bagai) bajak wangkang makan berangkat [Orang yang gemar dipuji]
340 (Seperti) Belanda minta tanah [Apa yang diambil lebih banyak danipada apa yang
diminta]
341 (Seperti) belangkas [Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh
dipisahkan]
343 (Seperti) belut pulang ke lumpur [Orang yang pulang tempat asalnya setelah puas
menrantau]
344 (Bagai) kain tiga hasta [Orang miskin yang serba tidak mencukupi]
345 (Bagai) bertepuk sebelah tangan [Perasaan kasih sayang yang datang daripada
sebelah pihak sahaja]
346 (Seperti) beruk berayam [Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak
tahu menggunakan harta itu]
349 (Seperti) budak sapu hingus [Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis]
351 (Seperti) bulan dipagari bintang [Seorang gadis yang cantik, dikelilingi pula oleh gadis-
gadis cantik yang lain akan kelihatan lebih cantik lagi gadis itu]
353 (Bagai) bulan penuh purnama [Keadaan atau wajah yang begitu cantik)
354 (Bagai) buluh ditarik songsang [Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau
sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki]
356 (Bagai) bunga raya kembang pagi [Menggambarkan orang yang berkulit putih, mukanya
selalu merah]
357 (Umpama) bunga mekar dipakai, layu dibuang [Perasaan kasih yang tidak kekal yang
boleh bertukar benci apabila ada kekurangan]
358 (Seperti) buntal kembung [Seseorang menjadi malas akibat terlalu kenyang]
359 (Bagaimana) bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah yang
dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya]
360 (Seperti) burung gagak pulang ke benua [Orang yang baru pulang dan merantau, tetapi
perangainya seperti dahulu juga]
361 (Umpama) burung, mata terlepas, badan terkurung [Keadaan hidup seseorang yang
berada dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan]
C
362 (Bagai) cacing gila [Perempuan yang suka bertandang dan berpergian]
363 (Bagai) cacing kena air panas [Selalu gelisah kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain]
364 (Bagai) cembul dapat tutupnya [Sesuai benar]
365 (Seperti) cicak makan kapur [Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan
sendiri]
366 (Seperti) cincin dengan permata [Pasangan yang amat sesuai dan sepadan]
D
367 (Bagai) dakwat dengan kertas [Tidak pernah bercerai atau sangat padan]
368 (Bagai) denai gajah lalu [Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar]
369 (Bagai) dihiris dengan sembilu [Rasa sakit dan pedih hati]
370 (Umpama) duduk di atas daun [Seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram]
371 (Bagai) daun dalam daging [Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati]
372 (Umpama) durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa [Orang
yang lemah tidak berdaya untuk menentang orang yang berkuasa dan menerima kerugian]
E
373 (Bagai) emak mandul baru beranak [Gembira atau kasih-sayang yang terlalu amat]
377 (Seperti) embun di hujung rumput [Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan
hilang juga]
378 (Seperti) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain]
G
379 (Bagai) gagak menggonggong telur [Perempuan hodoh yang berpakaian cantik]
383 (Seperti) gergaji dua mata [Orang yang menjadi orang tengah atau pesuruh kepada dua
pihak, akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak itu]
384 (Seperti) gunting makan di hujung [Orang yang kata-katanya tajam, tetapi tidak terasa
akan ketajamannya kerana dia bijak menyusun kata-kata]
H
385 (Seperti) halilintar membelah bumi [Menunjukkan bunyi yang sangat kuat]
386 (Seperti) harapkan pagar, pagar makan padi [Mengharapkan orang menolong kita,
tetapi orang itu pula yang merosakkan kita]
387 (Seperti) harimau menunjukkan belangnya [Orang yang berkuasa atau berani
menunjukkan kelebihannya]
388 (Bagai) haruan makan anak [Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri]
391 (Seperti) hujan jatuh ke pasir [Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu
membalas budi]
I
392 (Seperti) ikan dalam belat [Menunjukkan sesuatu tempat itu terlalu sesak]
393 (Seperti) ikan kena tuba [Penduduk di sesuatu tempat atau kampung mendapat
kemalangan secara beramai-ramai]
394 (Seperti) ikan pulang ke lubuk [Orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau
ke kampung halamannya]
395 (Seperti) isi dengan kuku [Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan]
396 (Seperti) itik mendapat air [Terlalu gembira kenana mendapat barang yang digemari]
397 (Bagai) itik pulang petang [Benjalan dalam keadaan berlenggang atau lambat]
K
398 (Bagai) kaca jatuh ke batu [Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh kerana
terlalu kecewa]
399 (Bagai) kacang direndang [Menunjukkan bunyi atau letupan yang berturut-turut]
400 (Seperti) kacang lupakan kulit [Orang yang tidak tahu mengenang budi]
401 (Seperti) kaduk naik junjung [Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila
mendapat pertolongan daripada orang lain]
402 (Seperti) kaduk kena siram air tahi [Orang yang tidak berguna dalam masyarakat, tetapi
bertambah bilangannya]
403 (Bagai) kambing dihalau ke air [Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara yang
tidak disukainya]
404 (Seperti) kambing dimandikan pagi [Orang yang sangat malas melakukan sesuatu
pekerjaan]
405 (Bagai) kapak naik peminangan [Perbuatan yang tidak sesuai dengan adat dan jika
dibuat juga akan kelihatan ganjil]
406 (Bagai) katak di bawah tempurung [Orang yang kurang pengetahuan dan sempit
pemikirannya]
407 (Seperti) katak kena simbah air [Orang yang tidak dapat menjawab sesuatu soalan]
408 (Bagai) keli kena ketuk / keli dalam lubang [Onang yang suka bersungut tetapi tidak
tahu apa yang disungutkannya[]
409 (Seperti) kera dapat bunga [Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu
bagaimana hendak menggunakan barang itu]
410 (Seperti) kera sumbang [Takut atau malu hendak bencampur dengan orang]
411 (Bagai) kelip-kelip terbang malam [Rahsia yang tidak dapat disembunyikan]
412 (Seperti) kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu [Hidup miskin dan melarat]
413 (Seperti) kerbau dicucuk hidung [Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain]
414 (Seperti) kerbau runcing tanduk [Orang jahat yang terkenal akan kejahatannya]
415 (Seperti) ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menyuruh orang lain
berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul]
416 (Laksana) kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga
perginya [Orang yang ditawan oleh pihak musuh, jika dilayan dengan baik sekalipun,
sekiranya terlepas akan pulang ke negerinya semula]
417 (Seperti) kucing berakkan rambut [Keadaan orang yang terlalu susah atau sakit]
418 (Seperti)kucing dengan panggang [Lelaki dengan perempuan tidak boleh dibiarkan
bergaul bebas. Jika dibiarkan juga alamat akan berlaku sesuatu yang buruk]
419 (Seperti) kucing dibawakan lidi [Menunjukkan ketakutan yang amat sangat]
421 (Seperti) kucing miang [Terlalak-lalak membuat bising pada waktu tengah malam]
425 (Seperti) kura-kura di atas dahan [Orang yang bodoh apabila menghadapi kesusahan
tidak tahu berikhtiar untuk melepaskan diri daripada kesusahan itu]
426 (Seperti) langau di belakang gajah [Orang yang terlalu manja dengan seseorang
tentulah akan selalu sahaja berdamping dengan orang itu]
427 (Seperti) lebah mengumpulkan madu [Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha,
akhirnya akan terlaksana cita-citanya]
428 (Seperti) lebah kasihkan telurnya [Kasih sayang yang amat sangat sehingga tidak boleh
berpisah lagi]
429 (Umpama) lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat [Perempuan yang
elok rupanya tetapi berperangai jahat]
430 (Bagai) lesung dengan antan [Dua orang yang secocok dan bersesuaian]
432 (Seperti) lipas kudung [Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja]
M
433 (Bagai) melepaskan anjing tersepit [Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih]
434 (Bagai) melepaskan batuk di tangga [Membuat sesuatu kerja, tetapi tidak pernah
selesai]
435 (Seperti) melukut di tepi gantang [Manusia yang merasakan dirinya tidak penting
kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan
pertolongan kerana dirinya sendiri susah]
436 (Bagai) menarik rambut dalam tepung [Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-
hati]
437 (Bagai) menatang minyak yang penuh [Memelihara anak dengan penub kasih sayang]
439 (Bagai) mencurah air di daun keladi [Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi
sebarang kesan]
440 (Bagai) mendukung biawak hidup [Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita]
441 (Bagai) menghitung bulu kambing [Pekerjaan yang sia-sia]
442 (Bagai) menjenguk jerat sial [Singgah ketempat jagaannya, tetapi tidak memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh]
443 (Bagai) murai tercabut ekor [Penempuan yang suka bercakap banyak]
P
444 (Bagai) pahatdengan pemukul (Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi atau
disuruh]
447 (Bagai) parang buruk, tali sabut tidak tergolok [Tidak berkuasa melakukan pekerjaan
kerana terlalu lemah]
448 (Seperti) pinang dibelah dua [Pasangan yang sama cantik dan sama padan]
449 (Seperti) pinang pulang ke tampuk [Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula
atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu benda yang
sesuai pada tempatnya]
450 (Seperti) pipit menelan jagung [Orang yang kurang berada mahu menyamakan
kedudukannya dengan orang kaya, kelak dirinya mendapat kesusahan]
451 (Umpama) pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri [Orang yang mempunyai
kuasa dan harta kekayaan serta bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya]
453 (Seperti) pungguk rindukan bulan [Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi
gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya]
R
456 (Bagai) rambut dibelah tujuh [Terlalu sedikit]
458 (Bagai) rotan, asal berinsang dicucuk belaka [Tidak memilih makanan atau pakaian]
459 (Seperti) rusa masuk kampung [Onang yang tidak pernah pergi ke bandar akan
tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar]
S
460 (Seperti) sampah hanyut [Orang hina yang tidak dihiraukan lagi oleh orang lain]
461 (Bagai) si buta kehilangan tongkat [Orang yang dalam kesusahan apabila ditimpa
kesusahan yang lain, maka bertambah susahlah dia]
462 (Seperti) si buta mendapat tongkat [Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau
pangkat]
463 (Bagai) si kudung mendapat cincin [Beroleh keuntungan, tetapi tidak dapat merasakan
keuntungan itu]
T
465 (Bagai) tanduk bersendi gading [Dua orang atau benda yang amat bensesuaian, jika
disatukan akan menjadi padanan yang cantik]
466 (Seperti) tebu di mulut gajah [Sesuatu yang digemari dan apabila diperoleh tidak akan
dilepaskan]
467 (Bagal) telur di hujung tanduk [Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit sahaja
boleh jadi rosak binasa]
468 (Bagai) tikus jatuh ke beras [Orang yang telah memperoleh kekayaan, tetapi tidak akan
menceritakan bagaimana dia memperoleh kekayaan itu kepada orang lain]
469 (Bagai) tikus membaiki labu [Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi
cuba membaikinya hingga benda itu menjadi bertambah rosak]
U
470 (Seperti) udang dibakar [Kulit yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan akibat
kepanasan]
471 (Seperti) udang tahi di kepala [Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang]
472 (Seperti) ular kena palu [Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok tidak lurus]
473 (Seperti) uar lidah bercabang [Kata-kata yang tidak boleh dipercayai]
475 (Bagai) umang-umang [Orang yang suka berpakaian cantik walaupun pakaian itu bukan
kepunyaannya]
476 (Bagai) unta menyerah diri [Orang lurus dan bodoh yang selalu menjadi mangsa orang
yang cerdik]
W
477 (Laksana) wau melawan angin [Kehendak orang besar atau orang yang berkuasa tidak
dapat dihalang oleh orang yang lemah]
478 (Bagai) wau putus tali [Berserah kepada nasib sahaja kerana sudah tidak mampu
berusaha]
Bidalan
A
479 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah
berusaha]
480 Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang
lazim]
B
481 Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang
sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
482 Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih
baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]
483 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembira]
484 Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang
sesuai]
485 Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap
tentang hal orang lain]
487 Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian
baru bertindak]
488 Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan
sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
489 Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]
490 Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu,
yang senang dibuat kemudian]
491 Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan
kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
493 Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji
dahulu dan lakukannya sampal selesai]
494 Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih
bercakap besar]
495 Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati (Biar miskin asalkan berbudi
bahasa dan berhati mulia]
496 Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak
menyesal]
497 Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat
daripada kalah kepada orang yang lemah]
498 Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak)
499 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri
adalah lebih baik daripada dipecat]
500 Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
501 Biar luka di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah
kerana melarikan diri]
502 Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak
menjadi korban]
503 Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan
kehormatan daripada mati dalam kehinaan]
504 Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan
danipada mati kerana membuat kejahatanl
506 Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja
itu susah]
507 Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
508 Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]
509 Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak)
510 Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan
mengingati perkara yang baik sahaja]
511 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya
tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
512 Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat [Sesuatu masalah
dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]
C
513 Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan
(menggunakan) sesuatu]
D
515 Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]
516 Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal
[Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh]
517 Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
518 Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup
menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
519 Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah [Lebih baik mati
danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]
E
521 Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [jika tutur katanya elok,
seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan
dikenang walaupun ia telah mati]
522 Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang
sepatutnyal
G
523 Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? [Sesuatu yang
telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]
524 Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-
kata orang]
525 Genggam bara api biar sampa jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang
susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]
H
526 Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan]
527 Habis alur maka beralu-alu [Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan,
barulah gunakan paksaan]
528 Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang
tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
529 Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]
530 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
[Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu]
531 Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup
untuk diri sendiri dan masyarakat]
532 Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
533 Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat [Sesetengah pekerjaan tidak mungkin
dapat diselesaikan sekali gus]
I
534 Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa
supaya tidak terpedaya dan habis harta]
J
535 Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun
apabila berada di negara asing]
536 Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah [Berhati-hati dalam semua perkara]
537 Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam
hati sangat suka]
538 Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [angan sombong apabi ia
mendapat sesuatu kelebihan]
539 Jangan berebutkan tembikar pecah [Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang
tidak ada gunanya]
540 Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
541 Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orng lain]
542 Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
543 Jangan dibiarkan sampai naik ke mata [Sesuatu perkara yang tidak balk jangan
dibiarkan sampal melampaul batas]
544 Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat
musuh]
545 Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
546 Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya [Jangan disangka bahawa idea
yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]
547 Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan
kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
548 Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak
baik (jahat) jangan dibiasakan]
549 Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang
yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
550 Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak
cukup syarat]
551 Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan
kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
552 Jangan puntung berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan
diungkit-ungkitkan lagi]
553 Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
554 Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
555 Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah [Jika menjadi ketua, akan ada
orang yang membenci kita]
556 Jikalau menampi, jangan tumpah padinya [Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya
tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]
557 Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan [Perkara yang tidak dapat kita
selesaikan, janganlah kita kusutkan]
K
558 Kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang
tidak mampu kita lakukan]
559 Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan
keadaan]
560 Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya [Kerja yang dimulai jangan
dibiarkan terbengkalai]
561 Kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal [Hidup akan senang jika kita banyak
mempunyai kawan]
562 Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan
sebarang kerja yang baik]
563 Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila bendepan dengan masalah, carilah puncanya]
L
564 Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan [Jangan cepat percaya akan
kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang]
565 Lembu dogol jangan dibalun [Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana
jika dia melawan berbahaya]
M
566 Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
567 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita
berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
568 Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke
negara asing, hendaklah melakukan perkara yang benguna dan tidak membuang masa
begitu sahaja]
569 Mengais hendaklah berkuku [Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk mencari kerja]
570 Mengambil contoh kepada orang yang sudah mengambil tuah kepada yang menang
[Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja]
N
571 Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
572 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang jika kita berjimat
cermat]
O
573 Ombak yang kecil jangan ditidakkan [Jangan mengabaikan perkara yang kecil]
574 Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang [Jangan mencela kesusahan
yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya]
P
575 Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama
menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
576 Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak
akan tercapal jika malas berusaha]
577 Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
581 Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
582 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan
memberikan hasil yang memuaskan]
583 Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi
kesusahan
584 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu
kerja, akhirnya memperoleh kejayaanl
585 Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan
pendapatan]
586 Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan
untuk menang]
587 Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita
lakukan]
588 Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas [Hendaklah mengkaji
sesuatu kerja dengan teliti dari awal sampai akhir supaya dapat dilakukan dengan selamat
dan sempurna]
T
589 Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan [Jika kita tidak tahu membuat sesuatu, jangan
menghalang orang lain untuk mencubanya]
590 Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu
tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
591 Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan
bantuan orang untuk berjaya]
592 Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar
orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
593 Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah
dengan bijaksana dan adil]
594 Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampal landak ditendang [Jangan hina orang
kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
595 Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
596 Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri [Kalau kita bertemu dengan jalan
buntu ketika mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk mengatasinya]
Y
597 Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu
hendaklah dengan bijaksana]
598 Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah
sempurna jadinya]
Pepatah
A
599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
602 Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan
ada rezeki kita]
603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak
orang berkumpul]
604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan
kesempatan untuk berbuat jahat]
605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada
ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]
606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan
dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]
607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan
mendapat balasan yang baik juga]
608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu]
610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]
611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa
perhitungan]
613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala
senang dan kadangkala susah]
614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri
pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-
baik, kita akan diketepikan]
615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang kecil]
616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut]
617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau
kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]
619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit
asalkan barang itu tahan lama]
620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap
besar]
621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan
sehingga selesai)
622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu
perlu sehingga selesai]
623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur
dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh
hasilnya]
624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]
625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan]
628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau
sebagainya]
629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu
masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]
630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama
kuat]
631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan
menjadi sombong]
632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak
tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya]
633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh
seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan
menghadapi kesukaran]
634 Apa payhnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak ditepati]
635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang
diperlukan]
637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan]
638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan
perlindungan]
641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang
kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan
orang kaya]
642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang malang]
643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]
644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu
mungkin akan berubah nasibnya]
645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan
mendapat malu]
B
646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah
kelakuan anaknya]
648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan
melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba
masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]
650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan
sesuatu bangsa itu]
653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak
dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]
654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai
kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]
655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-
tiba terlepas ke tangan orang lain]
656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah
berbelanja besar]
657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah berhadapan
dengan pelbagai masalah]
658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak
akan pandai]
659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang
belum cukup umur sudah mahu beristeri]
660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang
itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]
662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembiral
664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]
665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]
668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat
seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja,
sama ada susah atau mudah]
671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]
672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu
mendapat kerugian]
673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-
baik semula]
675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak
mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]
676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri
lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]
677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau
memuji]
678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]
679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua
saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]
680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja
daripada pendapatan]
682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula
sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah
hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]
684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar
langsung]
685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]
686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu
pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]
687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya
tetapi membenci mentuanya]
689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan
masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana]
691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya,
tidak mahu menjenguknya lagi]
692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi
rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah kaya]
C
695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang
berpangkat tinggi]
696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat
berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar,
hasil pekerjaan tiada)
699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara waktu
sahaja sementara belum ada yang lebih baik]
700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]
702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil
yang baik dan lumayan]
703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan
sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]
704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan
membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu
pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak]
706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan
kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]
D
707 Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita
ketahui]
708 Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud
yang tersembunyi]
709 Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat
mengenali peribadinya]
710 Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana
kelakuan yang tidak senonoh]
711 Datang seperti ribut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi
lambat pulih]
712 Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak pentingi]
713 Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [tidak sama kasih kepada anak
sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
714 Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat
dibuktikan kebenarannya]
715 Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk
[Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh
dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima
padahnya]
716 Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan
mendatangkan kerugian]
717 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir
sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja]
718 Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
719 Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
720 Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kening, direndam tidak basah, ditetak tidak putus
[Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]
722 Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang
lain]
723 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat
dicapai]
724 Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu
kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]
725 Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik
akan didatangi pencuri]
726 Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat,
anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yang kaya]
727 Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika tenjadi sesuatu perkara atau perselisihan,
hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
728 Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]
729 Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat
karib]
730 Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]
731 Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
732 Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]
733 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau [Orang yang pendiam tetapi tangkas
bekerja dan berfikir]
734 Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]
E
735 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan,
elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu
selamat]
736 Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul
supaya selamat]
737 Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu
disebut berulang kali]
738 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri
sendiri]
739 Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua,
tentu hasilnya tidak menjadi / Seorang isteri yang menduakan suami]
740 Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan
berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]
741 Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan,
atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]
742 Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut
menghadapi risikonya]
G
743 Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi
bahasanya]
744 Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
[Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]
745 Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah
meninggal dunia]
746 Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak
meninggalkan hanta]
747 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa
bengaduh, rakyat yang menderita]
748 Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseonang suami yang meninggalkan isteni tanpa
memberi nafkah atau menceraikannyal
749 Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]
750 Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
751 Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
752 Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat,
tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]
753 Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
754 Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak atau isteri sendiri walaupun
perangai mereka buruk]
755 Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya
berselisih faham juga]
756 Gigi tanggal, rawan murah (Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
757 Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis
sekiranya tidak ditambah]
758 Guru kencing berdiri, murid kencing berlari [Murid mencontoh kelakuan guru terutama
dalam perkara yang tidak baik]
H
759 Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat
menyejukkan hati yang marah]
760 Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang
akibat kesalahan yang sedikit]
761 Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga
sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
762 Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul
orang lain]
763 Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak
berniat membenci atau menganiaya orang lain]
765 Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan
kebolehannya]
766 Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya
mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]
767 Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
768 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian
yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-
sama mendapat sedikit]
769 Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya
mendapat malu]
770 Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]
771 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan
berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai
alasan akan diberikan]
773 Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti
bangsanya pun sudah tidak ada / Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
774 Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan
dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan
perhatian terhadapnya]
775 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut
peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
776 Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang
yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna
dibuang]
777 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
[Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih
baiklah berada di negara sendiri]
778 Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan
pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]
779 Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
780 Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu
mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]
781 Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak dapat
dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]
I
782 Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh
hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]
783 Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang
digambarkan]
784 Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa
beringat-ingat]
785 Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
786 Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya
[Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]
787 Itik berenang dalam air mati kehausan [Menderita kesusahan walaupun banyak wang]
J
788 Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui
kelebihan sesuatu ilmu]
789 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak
merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup
banyaklah pengalamannya]
790 Jauh panggang dan api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
791 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang dihajati]
792 Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku,
masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
793 Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang
mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang
kebanyakan]
794 Jiwa hergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan
berbahaya]
795 Jong pecah, yu yang kenyang [Dalam keadaan huru-hana tentu ada onang yang
mendapat keuntungan]
796 Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
K
797 Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu
tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
798 Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]
799 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Pendapatan yang diperoleh cukup
untuk sehari sahaja]
800 Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik,
ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]
801 Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau
percintaan tenjadi daripada satu pihak sahaja]
802 Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan
sebagai milik sendiri]
803 Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan
dibalas dengan kejahatan]
804 Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai
membawa diri, hidupnya akan selamat]
805 Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh
diubah lagi]
806 Karam berdua basah seorang [Dua onang yang melakukan kesalahan tetapi seorang
sahaja yang dihukum]
808 Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan
sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
809 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau
menghadapi kesusahan]
810 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu
bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]
811 Kecil tapaktangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati
kerana nasihat atau pertolongan orang lain]
812 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit
banyak akan turun kepada anaknya]
814 Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
815 Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah
dilafazkan mestilah ditepati]
816 Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga
seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]
817 Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih
tajam daripada senjata]
818 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-
tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]
819 Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan
daripada kerja sendiri]
820 Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin
serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya,
ada juga faedahnya]
821 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat
sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
822 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana
dia berada]
823 Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana
selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
824 Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan
berlagak seperti orang kaya]
825 Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang
walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendini yang lebih besar tidak disedari]
826 Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus
datang daripada kedua-dua belah pihak]
L
828 Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
829 Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula
yang dipersalahkan]
830 Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak
yang berbeza]
831 Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
832 Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat
balasan yang baik]
833 Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak
terlepas daripada melakukan kesalahan / Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau
cabarannya]
834 Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi
sindiran yang tajam]
835 Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah
atau arahan]
836 Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan,
orang lain pula yang mendapat nama]
837 Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri
kerana berhajatkan sesuatu]
838 Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian berpura-
pura tidak tahu]
839 Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
840 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat,
kita juga yang menanggung akibatnya]
841 Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami
yang telah meninggal dunia]
842 Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu
telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
843 Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tencapai kehendak lain akan
tercapai juga]
844 Lurus sumpitan hendak mengena [Tipu muslihat untuk mencani keuntungan bagi diri
sendiri]
M
845 Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan
mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai
alasan akan diberikan]
846 Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]
847 Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
848 Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya,
berkehendakkan lebih lagi]
849 Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik
menjadi jahat]
850 Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat
kejayaan]
851 Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu
jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
852 Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali
dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
853 Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang
kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
854 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita
berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
855 Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
856 Melentur aur/buluh biarlah dan rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi
kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]
857 Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluanga sendiri,
diri sendiri juga yang malu]
859 Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
860 Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat
kita bekerja]
862 Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
863 Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
864 Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi
tentulah sia-sia]
865 Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
867 Menantikan kucing bertanduk [Mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
868 Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi
mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
869 Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu
menerimanya]
870 Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang
belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
873 Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
874 Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]
875 Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang
sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]
876 Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
N
877 Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan]
878 Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat
kerugian]
879 Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas
kasihan lagi]
880 Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan
tetapi keuntungannya diambil seorang]
881 Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
882 Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
883 Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga
merosakkan diri sendiri]
O
884 Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi
buktinya belum ada]
885 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi
kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]
886 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang
membuat kesalahan, orang lain pula yang menenima akibatnya]
887 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita
mendapat keuntungan kecil]
888 Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya
sama sahaja]
889 Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah
berasa gembira]
890 Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? [Orang yang berdampingan
dengan orang yang berilmu, lambat-laun akan berilmu juga]
P
891 Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
892 Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan
kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
893 Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
894 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang
mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat
sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
895 Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
896 Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya / Suami isteri
yang telah bercerai berbalik semula]
897 Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
899 Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah
kekayaannya]
901 Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu
ditujukan kepada orang lain]
902 Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau
penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]
903 Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali [Bercerai hidup masih ada
peluang berjumpa tetapi bercerai mati bercerai selama-lamanya]
R
904 Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan
saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
905 Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
907 Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang
menyakitkan hati]
908 Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai
ibu bapa mereka]
909 Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh
direbut oleh orang lain]
910 Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
911 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
913 Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan
kepadanya]
914 Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa
berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]
915 Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana
kelakuannya sendiri]
916 Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
917 Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat
keputusan]
918 Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu mala petaka di sesebuah
negara, rakyat di negara itu akan melarikan diri]
920 Rupa harimau hati tikus [Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut]
S
921 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]
922 Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]
923 Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
924 Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar
untuk membuatnya]
925 Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya
keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
926 Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata
pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
927 Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
928 Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada
masa akan datangl
929 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana
panda] seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]
930 Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan
kemajuan dan perubahan]
931 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan
yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian
hari]
932 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam
perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
933 Siapa makan nangka, maka kena getahnya ]Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri
yang menanggung akibatnya]
934 Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang
terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]
935 Si bingung makanan Si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang
yang cerdik]
936 Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak
tahu menggunakannya dengan baik]
937 Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak
disangka-sangka]
938 Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat
kecelakaan]
939 Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu
yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]
940 Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
941 Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah
diketahui]
943 Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
944 Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
945 Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
946 Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan
seluas-luasnya]
947 Sumpit penuh tidak berisi lOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai-
pandai]
T
948 Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat
membalas dendam]
949 Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak
meninggalkan perangai buruk itu]
950 Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
951 Takkan sama getah daun dengan getah batang [kasih sayang terhadap anak sendiri
tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
952 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya
balik ke kampungnya semula]
953 Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]
954 Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan
atau kelemahan sendiri]
955 Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
956 Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan
keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
958 Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
959 Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah
kecantikannya tidak menarik lagi]
960 Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah-lembut dan murah
hati] kerap menjadi suruhan orang]
961 Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan
berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]
962 Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
difikirkan habis-habis]
963 Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat
mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]
964 Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik
sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
965 Terlepas dan mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu
bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
966 Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan din sendiri]
967 Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang
itu tentu ada cacatnya]
968 Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang
kurang baik pun boleh digunakan juga]
969 Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang
yang hina]
970 Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
971 Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kece]akaan]
972 Tong yang kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap
besar]
973 Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti
orang muda]
974 Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati
dalam segala perkara]
975 Tunggang hilang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk
membela agama, bangsa, dan negara]
U
977 Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk
gagal sangat mudah]
978 Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan
kemampuan diri sendiri]
979 Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila
membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
980 Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
981 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan
mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
982 Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
W
984 Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun,
orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
985 Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
Y
986 Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
987 Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi
penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila
orang yang berhutang itu melarikan diri]
988 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah
akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]
989 Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima
hukuman]
990 Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh
mengawasi orang yang malas akhirnya sia sia belaka]
991 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak
pasti lalu barang yang ada dibuang]
992 Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas
dengan sesuatu perolehan]
993 Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat
menyelesaikan segala sengketa]
994 Yang tegak disokong, yang lemah ditopang [Orang kaya dimuliakan, manakala orang
miskin dibantu]
Z
995 Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan
masa]
996 Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]