Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

MATAPELAJARAN SAINS
KELAS 3A
MASA 8.15-8.45

TEMA SAINS HAYAT


TAJUK MANUSIA
STANDARD 2.1 MEMAHAMI PENGETAHUAN TENTANG KEGIGIAN MANUSIA
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 2.1.2 Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi
OBJEKTIF Murid dapat menghubungkait 3 jenis gigi dan fungsinya berdasarkan struktur
PEMBELAJARAN gigi.
KRITERIA Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
KEJAYAAN
1) Melukis gambar 3 jenis gigi
2) Murid menjelaskan fungsi 3 jenis gigi dan dapat menghubungkait
dengan struktur gigi

AKTIVITI Aktiviti Pemula (Set Induksi)

- Murid mendengar lagu bertajuk Gigi


- Murid disoal tentang lagu yang mereka dengar
(Apakah yang kamu tahu tentang lagu yang kamu dengari tadi?)
- Guru menyoal -Apakah jenis-jenis gigi?-(Pengetahuan sedia ada)
Aktiviti Utama
- Murid melihat gigi rakan mereka dan melukis 3 jenis gigi dalam
kumpulan.(Aktiviti Kumpulan 1)
- Setelah siap gambar dilukis, guru menunjukkan gambar 3 jenis
gigi pada slaid.
- Murid menaakul struktur setiap gigi dan menyenaraikan fungsi-
fungsi gigi (Aktiviti Kumpulan 2)
- Murid menampal senarai fungsi gigi di hadapan kelas. Setiap
kumpulan memberi komen pada setiap kumpulan yang lain.
- Guru menstruktur semula idea-idea murid dengan mengunakan
slaid.

Aktiviti Penutup
- Murid menjawab soalan hubungkait fungsi dan giginya pada peta
pokok yang diedarkan.(Aktiviti Individu)
- Soal jawab jenis gigi dan fungsinya.

EMK: TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


KPS: MERAMAL, MEMERHATI,
Nilai/Moral: BEKERJASAMA, BERSUNGGUH-SUNGGUH

BBM POWERPOINT SLAID, LAGU GIGI

IMPAK/REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Anda mungkin juga menyukai