Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENDAHULUAN

Tamadun India adalah sebuah tamadun unggul yang tertua di dunia dan mempunyai

keunikannya yang tersendiri. Keunikan tersebut antara lain dapat dilihat dalam kesinambungan

tradisi kebudayaan yang kekal dan berterusan tanpa banyak berlaku perubahan sejak ribuan

tahun yang lalu. Yang lebih penting lagi, tamadun India juga merupakan panduan pelbagai

bentuk budaya hingga melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini. Selain itu, pengaruh

agama menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun ini terutamanya agama Hindu,

Buddha dan Islam. Ini menjadikan seluruh pengkajian tantang tamadun India sangat berbeza dan

menarik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di dunia.

Tamadun India wujud di antara tahun 2500-1800 S.M. Tamadun Indus telah mengalami

keruntuhan selepas tempoh itu. Perkara ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kedatangan oran

Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Tamadun Indus di

kenali sebagai Zaman Vedik. Zaman ini merupakan permulaan bagi kehidupan beragama

masyarakat kerana agama Hindu lahir ketika zaman tersebut. Menjelang abad ketujuh sebelum

Masihi perhatian masyarakat beralih dari Lembah Indus ke Lembah Ganges.

Tamadun ini juga dibahagikan kepada dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya

yang berpusat di India Utara dan Dravida yang berpusat di India Selatan. Suatu yang menarik

mengenai tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah

barat, bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina. Keadaan geograF juga

merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India

Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa bentuk Fzikal,budaya, bahasa

dan amalan-amalan keagamaan.

1
Pada zaman ini juga terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.

Tamadun ini juga terdapat dua bentuk kerajaan iaitu Janapada iaitu kerajaan kecil dan

Mahajanapada atau kerajaan besar. Kerajaan-kerajaan kecil telah disatukan di bawah

pemerintahan Chandagupta Maurya. Empayar yang pertama di India telah dilahirkan pada 321

S.M.Ini berlaku apabila semua seluruh India Utara telah disatukan di bawah pemerintahan

Dinasti Maurya. Dinasti mencapai zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Asoka.

Dalam kertas kerja ini, kepercayaan, pandangan semesta dan nilai-nilai dalam tamadun india

akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

2
2.0 PANDANGAN UMUM TENTANG KEPERCAYAAN

Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos,

bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-

kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral,

agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk

meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk

mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu

cabaran.

Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik

mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan

keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inilah dianggap iktibar

tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar

dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan

kedua, nilai- nilai.

3
3.0 PANDANGAN SEMESTA

Pandangan semesta Tamadun India pula, ialah mengembangkan pandangan semesta yang

dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur

kepelbagaian fenomena dunia. Tamadun India juga menekankan sifat perpaduan di satu

peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam

realiti sosial. Jadi, di dalam Tamadun India mereka bersedia untuk menerima pelbagai sistem,

corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan. Ia tidak menuntut atau diganggu oleh

prinsip moral yang terlibat dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenaran. Pandangan

semesta ini membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan tersendiri.

Oleh yang demikian, kontradikasi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan.

Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan mengekalkan pelbagai tradisi,

pandangan dan pemikiran yang sering berbeza.

4
3.1 Sifat Penerimaan

Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan

dan zaman moden atau masing-masing dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah

menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama,

falsafah, bahasa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal

dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat

berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat perbezaan

berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan peluang bagi

pembahagian masyarakat.

Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti kebaikan

dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi, perpaduan dan tidak bersatupadu, kesetiaan dan

ketidaksetiaan, persamaan dan ketidaksamaan, integrasi dan perasingan, bekerjasama dan

persaingan, persetujuan dan konflik, persamaan dan perbezaan, keadilan dan ketidakadilan, dan

perasaan khuatir dan tidak dipedulikan. Tetapi masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak

menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan

kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat

zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar. Ini kerana

pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan dibantu oleh

organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil menentang perubahan-perubahan.

Tamadun India, khasnya tamadun Hindu, telah mengembangkan pandangan semesta yang

dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur

kepelbagaian dunia fenomena. Pandangan semesta organik ini, walaupun dibentuk berasaskan

5
sifat kerohanian, menerangkan realiti seperti yang didapati di peringkat dasar (ultimate) dan di

peringkat duniawi. Pada peringkat dasar realiti dilihat sebagai tidak berpenghujung (infinite) dan

tidak terbatas tetapi pada peringkat duniawi ia dilihat sebagai bersifat majmuk dengan pelbagai

nama dan bentuk. Tiap-tiap satu ini diakui sebagai realiti dengan unsur-unsur tersendiri di

peringkat masing-masing. Walaupun perbezaan- perbezaan ini diakui sebagai satu yang

berdasarkan tujuan ia wujud dalam konteksnya, mereka ini haruslah dilihat sebagai pandangan

terhad. Sebenarnya mereka ini adalah manifestasi kepelbagaian realiti yang tidak berbeza. Unsur-

unsur majmuk, yang dianggap sebagai manifestasi realiti mutlak, saling berhubung dan

bergantung antara satu sama lain sebagai elemen-elemen keseluruhan yang berbeza

{differentiated totality). Tiap-tiap satu boleh menjadi tumpuan bagi memahami keseluruhan.

Dengan mengidentifikasikan unsur-unsur majmuk dengan keseluruhan, konflik yang berlaku di

peringkat duniawi dapat diatasi. Jadi pandangan semesta ini menekankan sifat perpaduan di satu

permgkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam

realiti sosial, jadi ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan

kepercayaan-kepercayaan. la tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat

dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenamn. Pandangan semesta ini membenarkan

seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri. Oleh yang demikian

kontradiksi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini

menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan dapat mengekalkan pelbagai tradisi,

pandangan dan pemikiran yang sering berbeza. Pendek kata, pandangan semesta ini bukan sahaja

menerima perbezaan dan kepelbagaian tetapi menuntut supaya mereka wujud bersama.

6
Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya

merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia. Sifat ini ialah asas

pandangan semesta India yang asal. la menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara

hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan satu sama

lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradiksi bukan

sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar semua benda

dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang dan berpadu. Jadi tradisi

ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka tidak boleh

mempunyai unsur-unsur bertentangan.

Misalnya dalam aspek agama terdapat pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah yang

dianggap sebagai unsur realiti agama. Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi

yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu- ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai

upacara pengorbanan diadakan. Lama- kelamaan dewa-dewi ini hilang kepentingan dan akhirnya

lenyap dari sistem agama orang Indo Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang

berbeza dan kadang-kadang bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan

menyatakan bahawa mereka didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini

dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme

atau monoteisme mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang

Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti kesihatan,

kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan dan mereka boleh merayu kepada dewa-

dewi supaya mengurniakan nilai-nilai ini. Konsep bahawa dewa-dewi menjaga sesuatu yang

dikehendaki oleh manusia merupakan cara menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-
7
sifat kerohanian kepadanya. Bagi mereka yang mempunyai orientasi psikologi dan kemahiran

kerohanian yang tidak sesuai bagi pencanan kehidupan kekal abadi atau integrasi kosmik boleh

meneruskan usaha mencari ketuhanan dalam kehidupan seharian. Jadi politeisme memainkan

peranan mengikut rangka keperluannya. Pengikut tradisi Hindu tidak melihat apa jua kontradiksi

sebab mereka melihat kesahan berhubung dengan tujuan.

Selain daripada struktur pluralistik tradisi agama Hindu, India juga menyaksikan kedatangan

dua agama utama iaitu Islam dan Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-

masing. Kedua-dua ini wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu dan orang-orang

India menerima semua ini dengan semangat dan minda yang membenarkan perbezaan dan

kontradiksi. Di samping itu kita dapat lihat orang-orang India yang memeluk kedua-dua agama

ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu. Misalnya prasangka-prasangka kasta,

ketidakbenaran perkahwinan semula balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan.

Kontradiksi dengan ajaran Islam adalah ketara sebab terdapat orang India Muslim yang

menyembah orang soleh dan tempat pengkebumian (seperti Shaikh Chisti dan Bairom Nath)

yang bertentangan dengan monoteisme Islam. Amalan penyembahan patung- patung seperti yang

terlihat pada orang Chaurishara di Uttar Pradesh yang menyembah Kalka Sahja Mai; Meo dari

Punjab menyembahkan dewa-dewa seperti Siansi, Magti dan Lachi; Turk Nawa dari Bengal

menyembah Lakshmi; orang Muslim Bengal menyembah Sitata, Kali dan Dharmaraj; orang Shin

menyembah lembu dan orang Momin dari Kutch menyembah triniti Hindu. Tetapi masyarakat

Muslim termasuk pemerintah dan ulama menerima amalan- amalan ini dan tidak menyuarakan

bantahan terhadapnya.

Dalam sistem pemikiran falsafah Hindu terdapat enam aliran iaitu Sankhya, Yoga, Nyaya,

Vaisesika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25 tattva atau prinsip yang
8
menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan kawalan badan dan pancaindera

sebagai cara mencapai pengetahuan benar tentang Realiti Agung. Nyaya berdasarkan kepada

logik jadi penekanan terhadap pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan

teragung. Vaisesika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan dari

kehidupan duniawi bergantung kepada kebolehan mengidentifikasikan elemen-elemen atomik

duniawi. Kuasa dan undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan oleh Mimamsa manakala

Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam semua benda, dan tujuan kehidupan ialah

mencapai penyatuan roh individu dengan roh duniawi. Tentang hubungan roh individu dan

Tuhan terdapat sekurang-kurangnya tujuh interpretasi seperti dvaita (dualisme), advaita (tanpa

dualisme), suddhadvaira (tanpa dualisme secara mutlak), visistadvaita (tanpa dualisme dengan

syarat) dan sebagainya.

Kesemua aliran falsafah ini wujud pada masa yang sama dan mewakili pandangan berbeza dan

menerangkan kewujudan realiti dari sudut pandangan tertentu. Pandangan berbeza tidak

sehingga menyingkirkan sesuatu pandangan lain untuk memahami kebenaran. Pandangan

berbeza sebenarnya digalakkan oleh keinginan untuk menerangkan mengenai kebenaran dari

sesuatu sudut pandangan. Bahawa terdapat pandangan yang berbeza atau bertentangan antara

satu sama lain yang terus wujud dan berkembang menunjukkan kebolehan dan kesudian orang

India menerima pandangan yang bertentangan mengenai sesuatu perkara, biar dalam aspek sosial

mahupun dalam aspek agama atau falsafah.

Pemikiran falsafah Hindu wujud dalam suasana budaya yang sama dengan Buddhisme

danJainisme yang menekankan falsafah heterodoks dan ateistik. Kedua-dua agama ini bukan

sahaja mengelakkan perbincangan tentang Tuhan tetapi juga menafikan realiti dunia fenomena.

Doktrin maya atau illusi tentang duniawi didokumentasikan dalam aliran Yogacara dan
9
Madhyamika mazhab Buddhisme Mahayana dan juga dalam mazhab Buddhisme Hinayana yang

awal. Tambahan pula Buddha sendiri telah menolak Hinduisme, kasta dan kedudukan orang

Brahmin tetapi orang India sudi menerima agama Buddha dan rarnai yang telah memeluknya.

Semangat dan minda orang India tidak mengasingkan perbezaan dan kontradiksi kerana mereka

percaya bahawa sesuatu pandangan itu mungkin benar di sesuatu peringkat dan mungkin betui

tentang sesuatu aspek realiti.

Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspek agama membawa kesan positif bagi

masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi

sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap

seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskrimmasi dan penghinaan.

Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan

didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil, didiskriminasikan dan

dieksploitasi. Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang

berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan manusia di sisi

Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran

seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan mi. Ini

merupakan usaha golongan yang menikmati kehidupan yang baik menjustifikasikan kedudukan

mereka. Kaum wanita juga tidak dikecualikan daripada penghinaan, diskriminasi dan layanan

yang berbeza. Perkahwinan awal, amalan hipergami, pemberian dowri dan larangan terhadap

perkahwinan semula balu menyebabkan kemunculan balu- balu muda. Prasangka dan

diskriminasi terhadap balu begitu negatif sehingga mereka sanggup melakukan sati (membakar

diri) bersama mayat suami mereka daripada hidup sebagai seorang balu. Memang tidak berlaku

10
pergolakan sosial dalam masyarakat kerana perasaan batin ahli-ahli keluarga dan masyarakat

tidak dibangkitkan dan mereka menerima adat-adat ini sebagai desachara (adat sesuatu kawasan).

Dalam aspek politik terdapat konsep rajadharma atau tugas-tugas yang diwajibkan bagi

seorang pemerintah atau kerajaan. Bahawa terdapat tugas dan tanggungjawab pemerintah bererti

golongan yang diperintah mempunyai hak-hak tertentu untuk menuntut perhatian kerajaan.

Rakyat yang setia dan membayar cukai mempunyai hak untuk menggantikan pemerintah atau

kerajaan yang kejam atau tidak cekap. Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara

satu sama lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kita dapat melihat dalam

sejarah India, bukan sahaja pemerintahan (seperti Chandragupta Maurya, Asoka Harsha,

Alauddin Hussein Shah, Sultan Zainal Abidin dan Akbar) yang selaras dengan konsep

rajadharma tetapi terdapat juga pemerintah-pemerintah yang bersifat autokrat, mengganggu hak

dan kebebasan rakyat, menyalahgunakan kuasa dan tidak berperikemanusiaan.

Pada zaman pemerintahan Aurangzeb, Islam dijadikan agama rasmi negara. Pegawai-pegawai

beragama Hindu disingkirkan dari perkhidmatan kerajaan, cukai jizayah ke atas bukan Muslim

dikuatkuasakan, baginda tidak ingin menaungi sent dan agama rakyat bukan Muslim, dan kuil-

kuil Hindu dimusnahkan. Rakyat India menerima pelanggaran norma oleh pemerintah dengan

falsafah bahawa penyelewengan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Jadi sifat penerimaan

yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi pemikiran orang India sehinggalah

mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan yang berbeza dan kadang-kadang

bertentangan.

3.2 Sifat Toleransi

11
Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa British ke

India. Dasar memperkenalkan pendidikan Inggeris dan usaha-usaha yang dijalankan oleh

mubaligh Kristian telah mempengaruhi pemikiran dan perasaan orang India. Mereka mulai

menyedari beberapa kelemahan dalam masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama lalu

mengambil tindakan untuk memperbaharui masyarakat. Mereka melihat masyarakat secara kritis

dan dari sudut pandangan rasional dan apa-apa saja yang difikir tidak selaras dengan unsur

rasional dan saintifik ditentang. Masyarakat India beransur-ansur menerima pandangan semesta

atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.

Mengikut pandangan semesta ini bagi dua benda untuk wujud bersama mereka tidak boleh

mempunyai unsur-unsur berkontradiksi. Ketidaksamaan dan perbezaan akan menyebabkan

mereka percaya India akan menyaksikan perubahan-perubahan sosial dan agama, usaha untuk

menentang pihak British, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, rusuhan antara orang Hindu

dengan Muslim, tuntutan untuk negara berasingan bagi orang Muslim, tuntutan oleh kasta-kasta

bawahan untuk memperbaiki kehidupan dan kedudukan mereka, usaha-usaha perubahan

terhadap kedudukan kaum wanita dan lain-lain lagi. Ini bermakna, ciri-ciri masyarakat yang

wujud sejak zaman purba dan zaman pertengahan, dan yang telah diterima, sekarang

dipersoalkan dan ditentang.

Tamadun India mempunyai atau memiliki mekanisme yang dapat menguruskan pemikiran dan

tindakan rakyatnya, supaya dapat mengharmoniskan tendensi berkonflik yang muncul dalam

masyarakat bersifat majmuk, dan juga hubungan antara individu terpaksa menghadapi

pandangan semesta yang bertentangan. Konsep atau prinsip perpaduan dalam kepelbagaian mula

diancam dan India menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan negara.

12
Kedatangan British dan tindakan memperkenalkan pendidikan Inggeris di India telah

menyebarkan idea-idea seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran

dan kesedaran batin. Peranan mubaligh- mubaligh Kristian juga menunjukkan kepentingan nilai-

nilai ini. Oleh yang demikian sikap, perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui

perubahan utama dan mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Pandangan

semesta baru mula muncul dalam minda orang India.

Mengikut pandangan semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik

dan berbeza. la menekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang boleh

wujud secara berasingan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda lain. Ada

kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau

pertentangan antara mereka. Jadi perpaduan dilihat dalam bentuk sistem yang seimbang, tetap

dan tekun. iaitu benda-benda yang menjadi sebahagian susunan atau sebahagian dari perpaduan

tidak boleh menunjukkan konflik dan kontradiksi antara mereka. Benda-benda yang

menunjukkan konflik dan pertentangan tidak boleh wujud bersama.

Dipengaruhi oleh pandangan semesta baru ini masyarakat India mula melihat perbezaan

agama, kasta, kawasan dan jantina sebagai unsur-unsur tidak sesuai dan tidak selari dengan idea-

idea keadilan dan persamaan. Mereka melihat masyarakat India secara kritis dan melihat

ketidaktetapan, kontradiksi dan konflik dalam semua aspek masyarakat sebagai sesuatu yang

harus dipersoalkan dan diubahkan. Misalnya, perbezaan kasta dan ketidaksamaan menjadi

sasaran pembaharu-pembaharu sosial dari Raja Ram Mohan Roy sehingga ke Gandhi, Ambedkar

dan Naicker. Adat-adat sosial yang melibatkan kaum wanita seperti kahwin awal, perkahwman

semula balu, pendidikan wanita, pembunuhan bayi perempuan dan upacara sati menyentuh

kesedaran batin perubahan-perubahan di India seperti Ram Mohan Roy, Ishwar Chandra
13
Vidyanagar dan B. M. Malabari. Swami Vivekananda mengingatkan orang India bahawa

penerimaan secara buta adat-adat menyebabkan kemerosotan sosial dan budaya dalam

masyarakat India. Di kalangan orang Muslim terdapat Syed Ahmad Khan, Syed Ameer Alt dan

Bahruddin Tyabji yang memulakan pembaharuan sosial dan budaya supaya mereka menjadi

lebih progresif.

Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan orang India

supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada cengkaman kuasa imperialis. Ini menunjukkan

bahawa orang India tidak lagi dapat menerima penjajahan negara mereka oleh kuasa imperialis

asing. Dalam kehidupan sosial dan budaya, segala kontradiksi, konflik, perbezaan dan

ketidaksesuaian tidak lagi diterima tetapi hanya ditoleransikan. Sifat toleransi menjadi intipati

pandangan semesta orang India, biar orang Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan

antara kaum masyarakat India menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim.

Perbezaan dan konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan ini sehingga

tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah yang telah menerima

kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak dan kedudukan mereka yang sah

dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang untuk kebebasan dan persamaan. Sebahagian

besar dari kaum wanita dan kasta rendah yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana

tidak ada kuasa untuk melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka.

Kumpulan-kumpulan bahasa yang tinggal di merata-rata tempat di India juga menuntut

kerajaan India mewujudkan negeri-negeri berdasarkan bahasa selepas kemerdekaan. Kesan

daripada permintaan ini pembentukkan negeri- negeri seperti Andhra Pradesh (bahasa Telegu),

Tamil Nadu (bahasa Tamil), Orissa (bahasa Oriya), Karnataka (bahasa Kannada), Gujarat (bahasa

14
Gujerati), Punjab (bahasa Punjabi), Bihar (bahasa Bihari), Kerala (bahasa Malayalam) dan lain-

lain berlaku mulai tahun-tahun 1950-an.

Pandangan semesta baru yang menekankan perbezaan dan hak-hak individu member! galakan

bagi sikap kritis terhadap realiti sosial. la berkait rapat dengan tujuan sesuatu benda, dan sesuatu

benda dianggap baik atau buruk. Baik sekiranya ia memenuhi tujuan seseorang individu atau

individu-individu, atau buruk sekiranya ia menghalang tujuan. Jadi keperluan menyingkirkan

kejahatan yang wujud dalam bentuk kontradiksi, konflik dan perbezaan tidak dapat dielakkan.

Masyarakat India kontemporari menghadapi banyak masalah berkaitan dengan kasta, kaum, dan

agama kerana pandangan semesta atomistik ini yang menekankan peri pentingnya sifat

keindividuan dan toleransi, bukan sifat berkumpulan dan penerimaan.

3.3 Relevansi kepada Malaysia

Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian

kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir 1960-an,

masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang

pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau

berbeza. Dari segi demografi, kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang berbeza sama

ada menetap di perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan kaum-kaum ini kurang
15
berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan pertemuan dan pertembungan

pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima sebagai suatu realiti sosial. Kebolehan

pandangan ini untuk menerima elemen-elemen berbeza dan berkonflik dalam satu sistem

memberi satu wawasan luas dan kuasa untuk berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan

antara kaum etnik dan interaksi antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab

(komitmen), persaudaraan, hormat-menghormati dan persefahaman.

Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan semesta atomistik

iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang dari perspektif kritis. Unsur-unsur

kontradiksi antara komuniti diberi perhatian, dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan

sosioekonomi menjadi isu-isu dalam perubahan.

Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik, memerlukan kerajaan

sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami keadaan dan kedudukan sosial dan

ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Ketidakseimbangan

dari segi sosio-ekonomi telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan dasar-dasar untuk

membaiki dan meningkatkan kedudukan kaum Melayu, sebagai kaum teras di negara ini. Dasar

Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan

menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-ekonomi. DEB

(1970-1990) diterima oleh kaum-kaum bukan Melayu kerana walaupun tumpuan utama

diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain tetapi, kaum-kaum lain turut dilibatkan

tanpa pengecualian. Ini kerana program membantu kaum Melayu dianggap sementara iaitu

sehingga mereka mencapai kedudukan sosioekonomi yang lebih kurang sama dengan kaum-

kaum lain di negara ini.

16
Tindakan melanjutkan dasar-dasar yang menyebelahl sesuatu kaum atau memberikan

keutamaan kepada sesuatu kaum menyebabkan kemunculan kontradiksi baru. Wujud keadaan

kaum Melayu akan menjadi sangat bergantung kepada kerajaan sehingga tidak boleh mencapai

mobiliti sosioekonomi dengan usaha sendiri dan tidak mampu untuk bersaing secara terbuka

dengan orang bukan Melayu. Tambahan pula kaum bukan Melayu mulai mencurigai keinginan

kerajaan untuk menamatkan dasar-dasar ini. Terdapat sebilangan besar individu dalam kaum

Melayu yang telah mencapai taraf sosioekonomi yang tinggi tetapi masih menikmati

kemudahan-kemudahan yang diberi melalui dasar-dasar ini. Kontradiksi seperti ini akan

mewujudkan ketidaktentuan psikik di kalangan kaum- kaum lain yang tidak bersesuaian bagi

hubungan antara kaum dan integrasi nasional.

Dalam analisis terhadap tamadun India terdapat kemunculan tiga prinsip asas yang penting

bagi masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pandangan semesta organik membenarkan

penerimaan penuh kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi tetapi pandangan semesta atomistik

mengajar orang-orang India mentoleransikan kepelbagaian dan perbezaan dan menolak

kontradiksi. Jadi di India moden terdapat penerimaan toleransi dan penoiaksn penerimaan. Di

Malaysia juga terdapat penerimaan kepelbagaian dan perbezaan pada sebelum tahun 1970 tetapi

ia berubah menjadi toleransi kepelbagaian dan perbezaan dan penolakan kontradiksi secara

pilihan pada zaman berikut. Di sini juga kita menyaksikan penolakan 'penerimaan'.

Toleransi biasanya menandakan unsur-unsur negatif iaitu sesuatu atau seseorang tidak diterima

atau disambut tetapi bertolak ansur kerana keadaan mendesak yang tidak boleh diubah. Sifat

toleransi dalam masyarakat majmuk membawa kesan negatif. Apa yang perlu bagi integrasi

nasional dan hubungan antara kaum ialah penerimaan secara penuh segala perbezaan dan

kepelbagaian dan penolakan penuh segala kontradiksi tidak kira kaum, agama atau status sosial
17
yang lain. Barulah satu aturan sosial yang stabil akan muncul dengan nilai-nilai individu,

kumpulan, masyarakat dan nasional seperti persamaan, kerjasamapersetujuan, pencapaian,

perpaduan, integrasi dan kesetiaan.

4.0 NILAI-NILAI

Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu,

memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan

keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada

unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan

Perpaduan.

4.1 Dharma

18
Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan

masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana

sesuatu itu wujud atau berlaku). Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan

peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan

apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan

mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang

mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang

mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai

kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini

fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam

masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja

buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.

Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan

peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya,

seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan

perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya

dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti

vamadharma (bagi vama),jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi

isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang

pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam

19
masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya

adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja

yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka.

Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan rajadharma memerlukan

seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan

rakyat sebagai tugas utamanya.

Sadharna dharma menekankan sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan,

kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria,

pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia.Maka itu, dharma yang

dikaitkan dengan tugas. tanggungia^-ab dan aturan member! makna kepada kehidupan manusia

iaitu member! individu identiti dan makna kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan.

Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa

perlakuannya memberi kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk

melepaskan diri daripada kehidupan duniawi.

4.2 Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia

merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat

lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah

mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan

dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan

nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui

20
segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua,

daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu. Brahman

adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya

memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di

dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke

arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum merekayangjahat. Dia digelar sebagai

Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak

dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang

menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk

penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau

berbau dan sebagainya.

Dalam konteks menerangkan Brahman pemikir-pemikir Vedik telah membincangkan roh

individu sitau. Atman. Atman digambarkan sebagai entiti yang bersemadi dalam badan manusia

tetapi pada dasarnya adalah sama dengan Brahman. Roh individu digunakan untuk menerangkan

Brahman yang juga dikenali sebagai Paratman (roh duniawi). Atman yang sebenarnya berasal

dari Brahman menjadi berbeza kerana diselubungi oleh badan dan sehingga sifat keindividuan itu

keksA Atman tidak dapat melepaskan diri dari duniawi dan bersatu dengan Brahman. Atman

haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk mencapal Brahman.

Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan ibarat seperti garam yang

dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram, bunga api dan apt, besi dan gunting, tanah

liat dan periuk belanga, emas dan rantai dan lain-lain untuk menerangkan sifat-sifat persamaan

antara Brahman dan Atman.


21
Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih berasaskan kepada ajaran

Upanishad. Dalam usaha untuk menerangkan hubungan Atman dan Brahman pendapat mereka

berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang menekankan sifat perbezaan antara roh individu dan roh

duniawi, ada yang membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan bahawa tidak ada

keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep ketuhanan.

Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan

menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa

dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la

memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia

kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi. la merupakan penjelasan kepada

persoalan mengapa kita hams buat baik kepada orang lain? Kita harus berbuat baik kepada orang

lain kerana kita kesemuanya ini adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita

menolong diri kita sendiri. Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan

sesiapa tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri.

4.3 Karma

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan

seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula.

Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan perbuatan

sebaliknya menyebabkan pengumpul&npava karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang

mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa

menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini

22
menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya

menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain,

menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang

lain, memikirkan tentang perkara-perkarayang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah

unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju kepunya karma.

Agama-agama Budhisme dan Jainisme yang dianggap heterodoks kerana tidak menerima Veda

sebagai autoriti dan tidak mementingkan konsep ketuhanan dalam ajaran-ajaran mereka telah

menerima prinsip karma dengan makna yang sama. Prinsip ini menjadi asas pengajaran kepada

kedua-dua agama ini, misalnya Buddha yang melihat sifat keinginan sebagai sumber penderitaan

manusia mencadangkan lapan cara yang mulia seperti perbuatan yang baik, pengetahuan yang

baik, pemikiran yang baik, renungan yang baik, ucapan yang baik dan sebagainya dan semua ini

merangkumi prinsip karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa menginginkan

hasil dari kerja itu. Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan

dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai

instrumen Tuhan tanpa mengharapkanapajuapunbalasan. Agama Sikhisme yang merupakan

agama yang menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma

dalam ajarannya.Jadi karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama

di India biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks.

4.4 Ahimsa

23
Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang

dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ditegaskan oleh pemikiran falsafah

India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-

emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan

melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh

yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India

sejak zaman purba.

Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di dalam

semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti

mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang

menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai nirvana atau

pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah individu-

individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk kebebasan politik dan

mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan kekejaman untuk mengatasi

lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya

kalah dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi

sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri

manusia. Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih

sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat. Seseorang haruslah

melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi-emosi supaya dapat

mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

24
Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas

kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya

mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain.

4.5 Satya

Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat

dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu

kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa

kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,

tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan

merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan

yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai

sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan

yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna

tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu

ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik

dianggap sebagai pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak
25
memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang

mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya

sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama

dengan pihak British beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan.

Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga man dengan harapan

penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang saling

bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan

prinsip satya.

4.6 Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah

penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan

MusSim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.

Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang

mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang

dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama saereka. Pelantikan seperti

ini membantu pentadbir mewujudkan hdbungan erat dengan masyarakat Hindu. Alauddin

Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan Bengal bukan sahaja kerana melantik

orang Hindu dalam kerajaan tetapi juga kerana naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan

Hindu. Atas arahan baginda, kitab Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa
26
Sanskrit ke bahasa Bengali. Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak

mempunyai prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan

Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat

membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan penaung kepada

keseniaan dan kesusasteraan Hindu.

Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang hams dilakukan

oleh sesuatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar

kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama.

Maka itu, baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab

sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Akbar menekankan konsep kerajaan sekular dan

tanpa unsur perkauman. Sebaik sahaja Akbar menerajui takhta kerajaan baginda membatalkan

cukaijizayah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam. Antara tindakan-tindakan

lain yang menunjukkan kejujurannya menyatupadukan rakyatnya dan mengakui kebebasan

individu ialah mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat

disisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan

kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Kahwin campur antara ahli-ahli

keluarga diraja Mughal dan putera-puteri Rajput digalakkan sebagai cara mewujudkan semangat

persaudaraan antara Hindu dengan Muslim.

Melaluinya juga, sumbangan dan bantuan diberikan kepada masyarakat Hindu, sadhu-sadhu

dan pundit-pundit Hindu dan disokong oleh kerajaan seperti ulama-ulama Muslim. Geran-geran

kewangan diberikan kepada mandir sebagaimana peruntukan diberi kepada institusi masjid.

Tindakan juga diambil terhadap sati, iaitu suatu tradisi si balu [wanita] akan membakar dirinya

27
bersama mayat mendiang suaminya, walaupun ia melibatkan adat Hindu atas alasan ia tindakan

tidak berperikemanusiaan.

Akbar sedar kepentingan untuk mewujudkan suatu budaya am dan dalam hal ini, baginda cuba

menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Urdu merupakan bahasa yang digunakan

oleh orang-orang Muslim dan bahasa Hindi oleh orang-orang Hindi, tetapi asas kedua-dua

bahasa ini ialah bahasa Persia. Maka itu keutamaan diberikan kepada bahasa Persia bukan sahaja

sebagai bahasa rasmi tetapi juga sebagai bahasa pertuturan. Arahan diberi oleh kerajaan supaya

semua akaun rasmi disimpan dalam bahasa ini dan semua komunikasi haruslah dijalankan

melalui bahasa Persia. Buat kali pertamanya di India, kerajaan membina banyak sekolah dengan

pelajar-pelajar Muslim dan Hindu diajar melalui bahasa Persia. Tindakan ini boleh disamakan

dengan usaha Maharaja Cina Shih Huang Ti dalam kurun sebelum masehi yang memperkenalkan

bahasa Mandarin sebagai bahasa am.

Idea satu budaya am menggalakkannya memperkenalkan sukatan pelajaran yang sama bagi

semua sekolah sekular. Sukatan pelajaran am mengandungi kesusasteraan Persia, etika,

matematik, pertanian, geometri, astrologi, ekonomi, senipolitik, perubatan, logik, fizik, sejarah,

ilmu menyimpan akaun dan kerja pejabat. Dasar menekankan sukatan pelajaran sekular adalah

untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan perpaduan nasional. Dasar pendidikan ini

menggalakkan persefahaman budaya sehingga terdapat masyarakat Islam dan Hindu yang mula

menulis dan menterjemahkan Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Misalnya,

Mulla Abdu Qadir Badaoni bekerjasama dengan seorang pundit Hindu menterjemahkan kitab

Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Penyair terkenal Faizi menterjemahkan

Lilavati, karya klasik matematik, ke dalam bahasa Persia. Dara Shikoh, putera ShahJahan yang

berminat dalam bidang falsafah dan mistikisme Hindu bukan sahaja menterjemahkan Upanishad,
28
Bhagavadgita dan Yoga Vashistha ke dalam bahasa Persia, malah beliau menulis Majma-ul-

Bahrai (tempat pertemuan dua lawatan) yang merupakan kajian perbandingan falsafah mistik

Hindu dan Islam. Terdapat penyair-penyair Hindu seperti Chandran Bhan Brahman yang telah

mengubah syair-syair Persia yang bertaraftinggi, sama seperti Abdul Rahim Khan Khanam dan

Ras Khan yang mencipta syair-syair Hindi.

Dalam bidang sent bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan

mewujudkan stall Mughal seperti yang digambarkan dalamJama Masjid di Fatehpur Sikri. Sent

lukisan juga mengalami perubahan besar selepas Akbar menubuhkan akademi lukisan dan

pelukis-pelukis Muslim dan Hindu diberikan tugas untuk mencipta lukisan yang menggabungkan

unsur- unsur Muslim dan Hindu.

Sebagai suatu kesimpulan, Akbar bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang cekap tetapi

dapat menyatupadukan rakyatnya melalui dasar-dasar yang adil dan saksama. Baginda dapat

mengekalkan perpaduan politik, ekonomi, sosial, dan budaya dalam empayarnya yang

mengandungi pelbagai tamadun, terutama Islam, Hindu dan Buddha.

Dalam konteks ini, bandingkan dasar-dasar pemerintahan Akbar dengan pemerintahan

Aurangzeb, dan kita dapat gambaran yang bertentangan. Aurangzeb bukan sahaja menjadikan

Islam sebagai agama rasmi kerajaan, baginda juga mengamalkan sikap tidak bertoleransi

terhadap penganut agama-agama lain, lalu menghancurkan struktur harmoni, sosial dan

keagamaan yang dibina oleh Akbar. Penekanan yang diberikan kepada agama Islam begitu kuat

sehingga nyanyian, tarian, lukisan dan sajak tidak dibenarkan di balai istana. Bagi

menguatkuasakan kod etika Islam untuk semua orang Muslim, baginda melantik pegawai-

pegawai di setiap bandar untuk mendenda orang-orang Muslim yang tidak mencapaitarafmoraliti

29
yang ditetapkan. Kemudian baginda melancarkan serangan terhadap Hinduisme, mengharamkan

pesta-pesta dan perayaan Hindu pada tahun 1668, menggunakan askar-askarnya untuk

merobohkan kuil-kuil Hindu dan institusi pendidikan Hindu. Sejak Mohamad Ghazni, inilah kali

pertama India menyaksikan begitu besar bilangan kuil-kuil Hindu di India Utara yang

dimusnahkan dan digantikan dengan masjid-masjid.

Dalam bidang pentadbiran, pegawai-pegawai beragama Hindu dalam kerajaan termasuk

menteri-menteri yang meninggal dunia digantikan dengan pegawai-pegawai Muslim. Baginda

cuba mentadbir empayar tanpa melibatkan orang Hindu tetapi akhirnya menyedari bahawa ia

tidak mungkin dapat dilakukan lalu terpaksa mengambil balik kerani-kerani yang dibuang

daripada perkhidmatan kerajaan. Dengan tujuan mematuhi undang-undang Sunni, baginda

bertindak membatalkan semua cukai ke atas orang-orang Muslim dan kemudian

memperkenalkan semula cukai jizayah ke atas orang-orang Hindu.

Dasar Aurangzeb menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat

bukan Muslim dan kesannya, pemberontakan mula tercetus di seluruh empayarnya. Masyarakat

Hindu di Mathura menentang pencabulan kuil-kuil Hindu pada tahun 1669; petani-petani Punjab

memberontak pada tahun 1672; orang-orang Sikh melawan kerajaan selepas guru kesembilan

komuniti mereka, Tegh Bahadur, dipenggal kepalanya kerana tidak ingin memeluk agama Islam.

Anak Tegh Bahadur, Guru Gobind Singh bersumpah akan membalas dendam demi bapanya dan

agamanya lalu mengubah kaum Sikh menjadi tentera 'singa' yang mendedikasikan diri untuk

memusnahkan kuasa Mughal. Orang- orang Rajput yang begitu setia kepada Akbar memberontak

pada tahun 1679 dan orang-orang Maratha di bawah Shivaji Maharaj berjuang menentang kuasa

Mughal untuk mencapai kemerdekaan kawasan mereka. Kebangkitan penentangan dan

30
pemberontakan terhadap kuasa Mughal di seluruh empayar secara beransur-ansur menyumbang

kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Islam ini.

Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat keperluan dan

kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai pelbagai tamadun yang

mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. Melalui dasar yang rasional menurut

penganut Hindu, Akbar dapat menarik perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan

Muslim untuk diperakui sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya.

Manakala pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan

rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Kestabilan politik

terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi kebangkitan penentangan dan

pemberontakan dalam empayar. Maka itu, perbezaan dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan

Aurangzeb menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara

berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.

31
5.0 KESIMPULAN

Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun India, kita telah dapat membuat

satu rumusan dan ringkasan. Secara kesimpulannya, pandangan semesta dalamTamadun

India Bergantung sepenuhnya pada falsafah dan pegangan agama masyarakat di

India.Hinduisme merangkumi idea-idea agama, falsafah dan budaya.Mempunyai amalan

yang unik iaitu kepercayaan kepada kelahiran semula, peraturan sebab dan akibat, Tuhan

yang mutlak dan sebagainya.Menekankan sifat perpaduan dan sifat majmuk-

relativisme.Sifat penerimaan- menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradikasi dalam

tradisi sosiobudaya.Aspek politikKonsep rajadharma atau tugas yang diwajibkan bagi

seorang pemerintah/kerajaan.Golongan yang diperintah mempunyai hak-hak tertentu

untuk menuntut perhatian kerajaan. Akhirnya ,nilai-nilai dalam tamadun india

membincangkan tentang ajaran bhagavadgita dan isi kandungan karya tirukuran

mengutarakan nilai-nilai hidup yang penting. Enam nilai iaitu Dharma , Karma, Ahimsa,

Satya kepercayaan kepada tuhan dan perpaduan perlu didukung oleh setiap orang hindu.

Nilai-nilai ini hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan kegiatan setiap

masa.

32
6.0 RUJUKAN

1. R.Rajakrishnan, G.Sivapalan, M.Rajantheran and (2001) Iktibar Tamadun India:

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai. In: TITAS. University of Malaya Press, pp.281 -

298.

2. R.Rajakrishnan , M.Rajantheran dan (1994) Penghantaran Tamadun Indian. KUALA

LUMPUR: Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD

3. Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), Beberapa aspek tamadun Melayu,

India,China, dan Jepun, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

4. Azhar Md Aros, Ahmad Zaki Haji Latiff & Azam Hamzah (2009), Buku Revisi untuk

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

5. Azharudin Mohamed Dali (2015) Cetakan Kedua, Tamadun India, Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

6. Hashim bin Hj Musa, 2001 Pertalian Tamadun India dan China dalam Bahasa dan

Kebudayaan Melayu, Pengajian Malayu Jilid 10, Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.(Jurnal)

7. Penyelenggara : Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid ,2010 , Beberapa Aspek

Tamadun Melayu, India, China dan Jepun ,Penerbit Universiti Teknologi Malaysia .

8. Jaroslav Krejci, (1990). The Civilizations of Asia and The Middle East, London:

The Macmillan Press Ltd

33
9. Osman Bakar, (2009). Modal Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

10. Arif, S., Sulaiman, N., & Rawi, A. H. M. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: McGraw Hill.

11. T.Nirmala Devi Adluri Subramanyam Raju (2012). India And Southeast Asia Strategic

Convergence In The Twenty-First Century, Singapore: Institute Of Southeast Asian

Studies.

34
LAMPIRAN

35

Anda mungkin juga menyukai