Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9

SEBELAH
ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI PUTRA HARMONI
DAN
PERBADANAN PUTRAJAYA
1. KELAYAKAN

Kategori Dewasa (A)

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kelab-kelab bola


sepak penduduk Putrajaya,Kawasan sekitar (berhampiran)
Putrajaya,Kelab- Kelab Sukan Kementerian, Jabatan Kerajaan
yang berpusat di Putrajaya dan juga syarikat-syarikat
swasta yang beroperasi di Putrajaya. (keutamaan di berikan
kepada penduduk Putrajaya).

1.1.1. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 18


tahun keatas.

Kategori Remaja (B)

1.2. Pertandingan ini terbuka kepada remaja dan pelajar sekolah


yang tinggal dan bersekolah di sekolah menengah di Putrajaya dan
sekitarnya.

1.2.1. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 18


tahun ke bawah.

1.3. Kelonggaran adalah di beri kepada pemain yang berumor 18


tahun kebawah untuk bermain dalam kategori A dengan kebenaran
bertulis daripada ibubapa pelajar/pemain. Pemain yang
berumor 18 tahun ke atas tidak dibenarkan sama sekali bermain
dalam kategori B.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran akan di kenakan kepada setiap pasukan. Jumlah yuran


akan di tentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang


penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum tarikh
tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Kejohanan.

2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran


penyertaan akan ditolak.

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12


orang pemain dan seorang pengurus pasukan;

3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan


menurunkan seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain
simpanan;
3.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya
seorang penjaga garisan.

4. PENGADIL
4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi
setiap perlawanan;

4..2. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertauliah


dan berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM);

4.3. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan


Bolasepak Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta
pihak penganjur kejohanan;

5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala


pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah
mati

5.3.Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan pusingan liga


(pusingan pertama) dan pusingan kalah mati
(pusingan kedua) layak ke pusingan seterunya (kalah mati).
Jika kemenangan tidak dapat di tentukan pada masa permainan:

5.3.1. Pusingan Liga - Setelah diambilkira jumlah mata,


jaringan, bolos (kena) maka pemenang akan ditentukan
melalui balingan wang siling, sehingga
pemenang di perolehi. Cara dan peraturan akan
ditentukan oleh pengadil yang dilantik oleh pengajur.

5.3.2. Pusingan Kalahmati (kedua) sepakan penalti akan


dilakukan oleh 3 orang pemain setiap pasukan.
Jika didapati masih seri, sepakan penalti oleh satu (1) orang
pemain dijalankan sehingga dapat ditentukan
pasukan yang menang. Cara dan peraturan akan
ditentukan oleh pengadil yang dilantik oleh
pengajur.

5.4. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran


pemain sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan
yang dijalankan untuk satu pasukan. Pertukaran pemain
perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh
pihak pengajur. (Borang Pertukaran Pemain).

5.5. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada


pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan.
Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang
didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

5.6. Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan


(mengikut undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau
kad merah bergantung kepada pengadil. Pemain yang mendapat
kad merah dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya.
Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan
akan dikenakan kad merah. Bagaimanapun pemain yang
mengumpul kad kuning dalam perlawanan berasingan masih
boleh meneruskan permainan.

5.7. Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah


ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas
tiupan wisel pangadil dari masa yang telah
ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan
percuma jaringan 2 0

5.8. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi


kemenangan percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara
otomatik terkeluar daripada pertandingan dan
perlawanan-perlawanan yang telah ditandinginya di anggap
BATAL.

5.9. Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan


kekacauan dalam pertandingan yang berlangsung akan di
senarai hitam dari kejohanan di Putrajaya.

6. TEMPOH PERLAWANAN
6.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7
minit untuk setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk
pertukaran tempat.

6.2. Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di peruntukan


masa perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x
1 x 10) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7. BANTAHAN
7.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia
selewat- lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut
tamat;

7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang


bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia;

7.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai


sebanyak RM200.00 (tidak dikembalikan).

7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

8. PAKAIAN PEMAIN
8.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan
warna;

8.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

8.3.
Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,
pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual
perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.
8.4. Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad semasa
perlawanan.

9. KECEDERAAN

9.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya


terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang
semasa pertandingan berlangung.

9.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan


perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3) bagi
membantu pemain
yang mengalami kecederaan untuk di hantar ke hospital
yang
berdekatan.

10. PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan


berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima
atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam
peraturan di atas.

10.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali


membawa minuman keras, memakai baju yang
mempunyai logo atau ayat minuman keras dan
mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan
Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau


melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang
negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.

10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain


menjaga kebersihan dan harta benda sekolah. Jika ada
pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan
tindakan disenarai hitamkan daripada menyertai
pertandingan musim akan datang.

Biro Sukan dan Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak 9


Sebelah,
Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9,
Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai