Anda di halaman 1dari 17

KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA


24 MEI 2014

1.0 PENGENALAN

Program Gotong Royong Perdana ini adalah merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan ) SK Senadin, Miri dengan
kerjasama PIBG sekolah SK Senadin, Miri. Program ini adalah berfokus kepada aspek
bergotong-royong untuk membersih dan mencantikkan kawasan dalam sekolah agar bersih
dan selamat kepada semua warga sekolah.

Program ini dilaksanakan di peringkat sekolah dalam usaha untuk menangani masalah
kawasan sekolah yang kurang ceria dan agak kurang selamat kepada warga sekolah
terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Program ini adalah merupakan salah satu program yang akan mendedahkan dan
mempupuk pelajar kepada semangat bekerjasama sesama sendiri di samping mendedahkan
mereka tentang cara-cara untuk bersosial dengan orang yang lebih dewasa daripada
mereka.

1
2. 0 TUJUAN

Program Gotong-Royong Perdana ini bertujuan untuk :

1. Memupuk atau menanam sikap kerjasama dalam kalangan murid-murid.


2. Mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dengan pihak komuniti setempat terutama
sekali ibu bapa murid.
3. Membaik pulih kawasan sekolah yang agak terbiar dan kurang selamat.
4. Menceriakan kawasan sekolah agar lebih sedap mata memandang.

3.0 TEMA

Projek Gotong Royong Perdana ini bertemakan 1 Sekolah 1 Kerjasama selaras dengan
matlamatnya untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama yang diwujudkan antara
warga sekolah dan masyarakat setempat dalam usaha mengeratkan silaturahim di antara
mereka.

4.0 MATLAMAT

Usaha murni untuk mewujudkan program ini adalah berdasarkan matlamat berikut :

4.1 Hasrat untuk mewujudkan satu program sokongan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.
4.2 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara
sekolah dan masyarakat dalam usaha mengeratkan silaturahim .
4.3 Memperkenalkan dan menyebar luas pasukan sokongan komuniti. Aktiviti-aktiviti dan
sumbangan yang dilaksanakan oleh pihak komuniti seperti PIBG perlu dimaklumkan
kepada masyarakat sekeliling dan warga sekolah. Ini bertujuan supaya sumbangan
mereka dihargai dan dengan cara ini menjadikan pelajar rasa dilindungi dan
dilindungi oleh ibu bapa mereka walaupun ketika mereka sedang berada di sekolah.

2
5.0 OBJEKTIF
Objektif mengadakan projek gotong-royong berkenaan adalah seperti berikut :
5.1 Melahirkan warga sekolah yang sihat, berfikiran positif dan berkualiti ke arah
menanam sikap bekerjasama dan saling membantu sesama sendiri.
5.2 Di samping itu, juga dapat berkongsi idea serta informasi dalam usaha untuk
menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang selamat dan ceria.
5.3 Mewujudkan murid-murid yang cintakan sekolah.
5.4 Mewujudkan persediaan sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
5.5 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan
masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

6.0 JADUAL PELAKSANAAN

6.1 Program ini melibatkan seluruh warga sekolah SK Senadin, Miri dan murid-murid
Tahap II yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6 yang sahaja.
Jawatankuasa program di peringkat sekolah dianggotai oleh semua guru.

Program ini juga melibatkan pihak komuniti luar seperti pihak Majlis Bandaraya
Miri, ibu bapa murid bagi melicinkan lagi perjalanan dan keberkesanan program
Gotong-Royong Perdana ini.

3
6.2 Pembahagian Tugas Gotong-Royong

Bil Kawasan Tindakan Bidang tugas

01 Kaum ibu, guru Mencabut rumput


Kawasan 1 perempuan dan murid- Menanam pokok bunga
murid perempuan. yang baru
Kawasan
depan dewan Mencabut lalang yang
serbaguna tumbuh dan
sekolah membersihkan kawasan
sekitarnya.

Kaum bapa, guru lelaki Membaiki kerusi, meja


02 Kawasan 2 dan murid-murid lelaki dan almari yang telah
rosak
Bilik Kemahiran
Manipulatif Menyusun perabot yang
terdapat di bilik
Kemahiran Hidup agar
lebih kemas dan teratur
dan boleh digunakan
sewaktu pengajaran dan
pembelajaran subjek
berkenaan
Membersihkan bilik
berkenaan

7.0 PENGANJUR

4
Projek Gotong Royong Perdana ini dianjurkan oleh Jawatankuasa 3K
(Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) Sekolah Kebangsaan Senadin, Miri dengan
kerjasama pihak PIBG SK Senadin, Miri, dengan kerjasama PIBG SK Senadin, Miri.

8.0 TARIKH

Program Gotong-Royong Perdana ini dirancang untuk dijalankan pada 24 Mei 2014 iaitu
pada hari Sabtu. Tarikh dan hari yang dicadangkan ini dirasakan sesuai memandangkan
pada hari tersebut kebanyakan ibu bapa tidak bekerja dan dijangka dapat datang untuk
menyertai gotong-royong berkenaan. Selain itu, murid-murid tahun 5 dan tahun 6 juga
dapat menghadirkan diri memandangkan hari tersebut mereka tiada kelas pembelajaran
kerana hari tersebut bukanlah hari persekolahan.

9.0 TEMPAT

Kawasan yang dicadangkan untuk gotong-royong pada hari berkenaan ialah dua kawasan
sekolah Sekolah Kebangsaan Senadin, Miri iaitu :

1. Kawasan Dewan Serbaguna SK Senadin


(Kawasan depan Dewan Serbaguna sekolah)
2. Kawasan dalam Bilik Kemahiran Manipulatif

Kawasan-kawasan ini telah dikenal pasti untuk dijadikan kawasan gotong-royong


yang dirancang memandangkan dua kawasan ini memerlukan sejumlah tenaga yang agak
ramai untuk menjalankan gotong-royong itu nanti.

Dua kawasan ini juga dirasakan perlu dibaik pulih, dikemas, dibersihkan agar
masalah yang ada sekarang tidak berlarutan dan boleh menyebabkan kos
penyelenggarannya bertambah di kemudian hari kelak.

5
9. 1 Kawasan 1 (KAWASAN DEPAN DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH)

Kawasan depan Dewan Serbaguna sekolah

Pokok bunga semakin tinggi dan Pokok bunga sudah tua dan batangnya
menghalang pemandangan depan dewan. terbiar kering.

6
Pokok bunga sudah terlalu tinggi, rumput lalang tumbuh liar dan ini boleh menggalakkan
kedatangan haiwan berbisa seperti ular yang boleh membahayakan murid-murid .

Tajuk : Kawasan Depan Dewan Serbaguna Sekolah

Isu : 1. Pokok bunga semakin tinggi dan menghalang pemandangan kawasan depan

dewan.

2. Pokok-pokok terbiar, layu dan tidak dijaga.

3. Rumput dan lalang tumbuh liar.

Kesan : 1. Tidak sedap mata memandang terutama kepada orang luar yang datang.

2. Mencacatkan pemandangan dan meninggalkan persepsi yang kurang baik

daripada orang luar terhadap warga sekolah.

3. Mengundang bahaya kepada murid-murid sekolah kerana haiwan berbisa

seperti ular boleh berada di kawasan pokok bunga yang telah menjadi semak

samun itu.

Cadangan : 1. Mencabut rumput dan lalang yang tumbuh liar.

2. Mencabut pokok bunga yang layu dan sudah agak tua.

3. Menanam pokok bunga yang baru.

7
9.2 Kawasan 2 ( BILIK KEMAHIRAN MANUPULATIF)

Bilik Kemahiran Manipulatif

Banyak meja dan kerusi kelas yang patah dan rosak diletakkan
di bilik Kemahiran Manipulatif.

8
Almari kelas juga banyak yang rosak dan terbiar diletakkan
di bilik Kemahiran Manupulatif.

Bilik Kemahiran Manipulatif berselerak dan tidak dapat digunakan untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran subjek berkenaan.

Tajuk : Bilik Kemahiran Manipulatif

9
Isu : 1. Kerusi dan meja kelas-kelas patah dan rosak

2. Almari rosak dan tidak boleh digunakan

3. Bilik Kemahiran Manipulatif yang berselerak dengan perabot yang

rosak tidak dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan

pembelajaran subjek berkenaan.

4. Bilik Kemahiran Manupulatif dijadikan setor untuk menyimpan

perabot yang rosak dan tidak boleh digunakan.

Kesan : 1. Tidak boleh digunakan di dalam kelas

2. Kekurangan kerusi, meja dan almari di dalam kelas

3. Murid terpaksa berkongsi tempat duduk dan meja

4. Tiada almari untuk menyimpan buku-buku di dalam kelas

5. Bilik Kemahiran Manupulatif menjadi `mangsa untuk

menyimpan perabot-perabot yang rosak itu.

6. Bilik Kemahiran Manipulatif tidak dapat digunakan untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

Cadangan : 1. Membaiki kerusi, meja, almari yang patah dan rosak

2. Mengemas bilik Kemahiran Hidup itu sudah lebih kemas dan

teratur.

10
10.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN

Projek Gotong Royong Perdana ini melibatkan :

1. Pihak Jawatankuasa 3K SK Senadin, Miri

2. Pihak PIBG SK Senadin, Miri

3. Pihak Majlis Bandaraya Miri

4. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 SK Senadin, Miri

11.0 CADANGAN ORGANISASI

Untuk melicinkan perjalanan projek gotong-royong berkenaan, ahli jawatankuasa


akan dilantik untuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar. Berikut adalah
cadangan untuk jawatankuasa projek yang dirancang :
Jawatankuasa Program Gotong-Royong Perdana

Penasihat
Wilfred Mac
(Guru Besar)

Pengerusi
Faridah Abdul Karim
(Penyelaras 3K)

Naib Pengerusi
Habibah Osman

Setiausaha
Nurulita Bt Amat

11
Naib Setiausaha
Justinah Sukir

Bendahari

Siti Zubaidah Omar

AJK URUSETIA Zeti Faisah Bt Ahmad


Sana Bt Musa
Belinda Yusup (PIBG)
AJK PROTOKOL, JEMPUTAN Syamila Bt Mat Shah
Edwin Lapok
Siti Fatimah Hassan (PIBG)
AJK PENGACARA MAJLIS Umi Syamsiah binti Abdullah
AJK PERALATAN Bunsie Lanting
AJK PERASMIAN Sepia bt Hj. Bedol
Regina Tela
Hara Abdul Rahman
Mira Franklin
AJK JAMUAN
Mazanah Bujang
Halimah Hj Uni
Annie Ajang (PIBG)
Rafidah Bihipni (PIBG)
AJK PENDAFTARAN Noraini Hj Abdul Rahim
Aini Sidup
Annie Ahjin
Martha Bulan Kalang

12.0 TENTATIF PROGRAM

12
Masa/Tarikh Aktiviti Tempat
Sabtu 24 MEI 2014

Dewan
7.00 pagi Pendaftaran kehadiran dan ketibaan jemputan Serbaguna
SK Senadin
Nyanyian lagu Negaraku
7.30 pagi Bacaan Doa oleh Ustaz Shahrizal Yusuf Dewan
Ucapan Alu-aluan dan taklimat Guru Besar Serbaguna
SK Senadin SK Senadin
- En. Wilfred Mac
Penerangan pengagihan tugas gotong-royong

8.00 pagi Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Senadin, Ybg Dewan
En. Morni bin Tambah Serbaguna
SK Senadin
Taklimat ringkas daripada guru besar mengenai agihan
tugas.

8.30 pagi Senamrobik Senaman Pagi Dewan


Serbaguna
(Hadirin, tetamu, guru-guru dan murid-murid)
SK Senadin

8.45 pagi Pihak Majlis Bandaraya Miri tiba untuk menghantar Depan Dewan
anak pokok bunga dan biji benih. Serbaguna SK
Senadin

8.45 pagi Gotong Royong bermula Kawasan yang


telah ditetapkan.

12.00 tengah Makan Tengah hari Bilik Serba


hari guna
SK Senadin.

12.30 Bersurai
tengahari

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


13.1 Perbelanjaan

13
Bil Perkara Kuantiti Harga se unit Jumlah
1 Makan dan Minum

Peserta 200 RM 2.00 RM 800.00

Guru/ibu bapa/jemputan 150 RM 3.50 RM 450.00

2 Cenderamata :

Tetamu kehormat 1 RM 80.00 RM 80.00


3 Peralatan :
a) Kain Rentang 1 RM 80 RM 80.00
4 Pembelian peralatan
1. Berus cat (Kecil) 40 RM3.00 RM120.00
2. Bekas menyimpan cat 20 RM4.00 RM 80.00
3. Cat (tin kecil) 10 RM11.00 RM110.00

Jumlah Keseluruhan RM 1720.00

13.2 ANGGARAN PENDAPATAN

Bil Sumber Kewangan Jumlah


1 Derma daripada KK Bookstore (Pembekal buku) RM 500.00
2 Sumbangan PIBG RM 1220.00
Jumlah RM 1720.00

13.3 SUMBANGAN BAHAN/PERALATAN

Bil Bahan/peralatan Jumlah/Catatan Sumber


1 Anak pokok bunga 100 batang Majlis Bandaraya
Miri
2 Biji benih Pelbagai Majlis Bandaraya

14
Miri
3 Air mineral 10 kotak Kantin sekolah
(24 botol sekotak)
4 Peralatan seperti cangkul, pongkes, Ibu bapa bawa Ibu bapa
penukul dan sebagainya dari rumah

14.0 PERINCIAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

BIL JAWATAN BIDANG TUGAS


1 Jawatan kuasa induk Bertanggungjawab semasa tugasan jawatan kuasa
kecil berjalan dengan lancar dan permantauan harus
dibuat dari semasa ke semasa.
2 Urusetia Bertanggujawab dalam proses kelancaran kerja yang
berjalan dengan lancar semasa program dijalankan.
3 Kewangan Bertanggungjawab dari segi menerima, menyimpan
dan mengeluarkan wang.
4 Jawatankuasa Aturcara, Menentukan bilangan tetamu dan perserta gotong-
Protokol dan Jemputan royong yang akan menghadiri program tersebut serta
menyediakan surat jemputan yang lengkap dengan
maklumat program kepada mereka.
7 Jawatankuasa Perasmian Menyediakan susun atur kerusi dan mengatur acara
perasmian.
9 Jawatankuasa Siaraya, Bertanggungjawab menyebarkan maklumat seminar
Publisiti melalui kain rentang dan hebahan iklan.
10 Jawatankuasa Jamuan Menguruskan jamuan kepada peserta dan jemputan
sepanjang aktiviti program dijalankan.
11 Jawatankuasa Bertanggungjawab menguruskan dan mengelolakan
Pendaftaran pendaftaran peserta sebelum berlangsungnya
program.

15.0 PERTIMBANGAN

15
Diharapkan permohonan untuk mengadakan program Gotong-Royong Perdana ini
mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan bagi
merealisasikan usaha pihak sekolah untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
antara pihak sekolah dan masyarakat setempat dalam usaha mengeratkan silaturahim.

16.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program Gotong-Royong Perdana ini akan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada kumpulan sasaran yang ditetapkan dan seterusnya mencapai
objektifnya untuk meningkatkan kesefahaman, kerjasama dan mengeratkan silaturahim
antara pihak berkenaan.

Diharapkan dengan adanya komitmen dan sokongan padu daripada semua ahli
jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan), pihak PIBG SK Senadin ,
pihak komuniti setempat serta pihak-pihak yang berkenaan diharapkan program Gotong-
Royong Perdana ini akan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, kesulitan
dan sebagainya. Diharapkan juga cadangan kertas kerja program ini mendapat sokongan
dan pertimbangan yang sewajarnya dalam usaha kita untuk meningkatkan kesedaran dan
keprihatinan masyarakat akan pentingnya memupuk semangat gotong-royong dalam usaha
untuk mewujudkan sekolah yang ceria, bersih dan selamat.

16
Disediakan oleh, 10 April 2014

--------------------------------------------
(FARIDAH ABDUL KARIM)
Penyelaras 3K
SK Senadin, Miri

Disemak oleh,

-----------------------------------------------
(WILFRED MAC)
Guru Besar
SK Senadin, Miri

Sila edit sendiri ejaan yang salah taip


Gambar, carta organisasi, tentatif program edit dan buat dalam bentuk lampiran
Terima kasih

17

Anda mungkin juga menyukai