Anda di halaman 1dari 34

Tajuk : Cara-Cara Menggalakkan Pengguna Tempatan Membeli Barangan Malaysia

Dalam menongkah arus perdana era globalisasi, liberalisasi dan dunia tanpa sempadan,memang tidak
dinafikan bahawa dunia kita telah melangkah ke arah modenisasi. Abad ke-21 telah menyaksikan
bahawa pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan yang dilaksanakan supaya negara
kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara moden yang lain. Sama ada kita
sedar atau tidak lantaran, kita selalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan yang beronak
yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah
banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba
masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran
tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk
keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu
mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis
memandang rendah barangan tempatan seharusnya dilontar jauh-jauh dari sudut pemikiran kita dan
sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard
barangan sendiri. Walau bagaimanapun, berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati
bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan barang buatan negara malah menyokong
barangan buatan Malaysia telah menurun setiap tahun. Mengapakah perkara sebegini berlaku ?
Mengapakah rakyat negara tidak sanggup menyokong buatan negara? Tepuk dada tanyalah selera
kerana isu-isu ini telah menjadi buah mulut masyarakat negara kini. Berita ini sering dipaparkan di
dada-dada akhbar dan tidak kurangnya di media massa. Pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk
menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia terutamanya rakyat negara sendiri.

Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap rakyat kita sendiri,
untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus
mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan
negara ini. Rakyat Malaysa perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap
prejudis terhadap barangan tempatan. Manfaat serampang dua mata akan dinikmati oleh pelbagai
pihak apabila rakyat mengutamakan barangan tempatan. Manfaat pertama ialah dapat mengelakkan
pengaliran keluar wang negara ini. Kedua, dapat menggalakkan pembangunan industri tempatan yang
berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Berikutan itu,
FOMCA(Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia) dengan kerjasama semua gabungan persatuan
pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna.
Senarai itu boleh diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan
berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita
dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu. Berikutan itu, pengguna dan
rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu
kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat
membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang
bergantung pada produk import.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya sehingga menyebabkan ramai yang
rambang mata. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan
keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran di luar negara. Barangan elektronik
seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan
Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai
jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Untuk
mengalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia, rakyat sendiri perlu mengamalkan tabiat
berbelanja secara berhemat. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan di
kalangan rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada penurunan ringgit disebabkan kemudahan
memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan
mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan
hutang. Dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat dan berfikir sebelum membeli, rakyat dapat
menjimat pembelanjaan malah dapat digunakan samasa kecemasan . Tindakan ini bagai sambil
menyelam minum air. Rakyat sepatutnya menyokong barang buatan Malaysia yang tidak sekadar lebih
murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Kalau
rakyat Malaysia sendiri tidak menyokong negara sendiri lebihnya kepada pendatang dan pembeli
daripada luar negara. Rakyat seharusnya memberikan sokongan sepenuhnya kepada negara sendiri
dengan membeli barang buatan Malaysia yang semakin meningkat mutunya dan mampu bertanding
dengan negara lain yang maju.
Pada era langit terbuka ini, media massa merupakan satu medium yang signifikan dalam
mempengaruhi pemikiran orang ramai. Sebagaimana, yang kita tahu, media massa boleh dibahagikan
kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Dalam hal ini, pihak media memainkan peranan
yang penting dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian
barangan buatan Malaysia. Pihak media cetak memainkan peranan dalam menerangkan kebaikan
barangan buatan Malaysia serta faedahnya malalui surat khabar dan majalah. Media cetak digalakkan
mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan Malaysia kerana
dapat mempengaruhi minda manusia yang ramai bagai mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Hal ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran
barangan tempatan. Manakala, media elektronik seperti radio, televisyen dan internet juga merupakan
wadah yang penting dalam penyebaran maklumat. Sebagai contoh, kewujudkan online membeli-belah
membolehkan rakyat membeli barang buatan Malaysia dengan senang melalui internet.
Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota
masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan
atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan
dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Usaha sama kerajaan dan artis tempatan
dalam mempromosikan barang buatan Malaysia dapat menarik minat orang ramai terutamanya
golongan remaja. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa merupakan elemen yang
penting dalam usaha mengalakkan orang ramai membeli barang buatan Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan barangan
Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat adalah mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar
harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika
ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat
secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai
contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan
barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan
kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh
digunakan tanpa was-was. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen
pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke semasa.
Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo barangan Malaysia
kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus bersikap
komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan mereka
pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk Malaysia. Pegawai kerajaan yang
bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan
Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan tidak sekadar bekerja bagai
melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai
implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik
rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi
penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang
tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai
kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk
menangani masalah ini.

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan
pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa
hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas tajaan pengeluar
kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jusco,
Tesco, Metrojaya, Parkson, Mydin dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau jualan murah
tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat menawan,
para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh
potongan harga yang istimewa. Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah
Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia. Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan
Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan
Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merancakkan dan memacu
tranformasi ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk
semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi
impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan
peranan masing-masing. Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster,
menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang tua-tua, di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan amat sinonim dengan kempen tersebut dapat mencelikkan minda
pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk
membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Dengan mengadakan
kempen kesedaran dan ceramah yang pelbagai bentuk, barang buatan Malaysia dapat diperkenalkan
kepada orang ramai supaya semua orang tidak kira orang tempatan atau pendatang dapat mENARIK
minat terhadap barang buatan Malaysia.

Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak
kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana semangat
patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk membeli
barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara, taat setia
kepada raja dan negara ,dan sanggup berkorban untuk negara boleh disuntik kepada generasi muda
kita. Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk
membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti
menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut
seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keEMPAT malalui Dasar
Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik nagara lain yang baik untuk meningkatkan
taraf kehidupan negara ke araf baru. Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan
ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat
dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan
remaja juga merupakan harapan negara kita ,ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di
pasaran. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, kita mendapati bahawa pihak
sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan masyarakat membeli barang buatan
Malaysia.

Secara tuntasnya, pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat membeli barang
buatan Malaysia. Berbagai-bagai pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam mempromosikan kabaikan dan faedah membeli barangan buatan Malaysia. Pegawai
kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran
barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan bukan sekadar
bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik
rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi
penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi
kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai
kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk
menangani masalah ini. Ibu bapa juga harus menjadi rol model dan suri teladan yang baik kepada
anak mereka kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak-anak seperti sebutir permata yang
belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah
dan berSINAR. Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia
Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa
yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita,
tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia
yang bermutu tinggi.

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Berderap seiring berjalan pulang,

Mawar disisip hiasan si dara,

Remaja kini berperibadi cemerlang,

Menjadi tunjang aspirasi negara.

Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan
kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan
seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar
perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria
yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Tajuk : Usaha Menangani Kemalangan Jalan Raya

Isu nahas atau kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang sering
menghantui kita setiap hari. Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku pada musim perayaan
khususnya bukan sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan rakan-rakannya, tetapi kerugian
modal insan yang besar kepada negara. Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya
merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas
mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan dan latihan pekerjaan. Oleh itu, prakarsa yang
pragmatik haruslah dilaksanakan dengan drastik, efektif bagi mengekang kadar kemalangan jalan
raya yang saban tahun semakin meningkat.

Sebenarnya pelbagai modus operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap,
Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster,
kempen kesedaran dan termasuk penguatkuasaan dijalankan merupakan antara prakarsa kerajaan
untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah
diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini misalnya lebih menumpukan kepada sikap pengguna
jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya
terutamanya pada musim perayaan. Namun, perkara yang masih membimbangkan ialah banyak
jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia
yang semakin menggawatkan lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan saban tahun.
Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus
menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba selain, mengambil kesempatan menguji
kemampuan kenderaan masing-masing memecut.

Usaha mensifarkan kemalangan jalan raya bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata. "Tiada apa
yang mustahil di dalam dunia ini." Ungkapan kata ini sangat sinonim dengan sesiapa sahaja yang
bertekad untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hal ini juga seolah-olahnya merupakan kenyataan
beramaran bahawa sekiranya seseorang mahukan sesuatu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja.
Manusia, sekiranya dalam keadaan terpaksa boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa kerajaan tidak mahu langsung
kemalangan jalan raya pada musim perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil. Menurutnya,
keadaan "nahas sifar" ini boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya
disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops
Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi
nyawa yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya, takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan
Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri.
Slogan, Anda Mampu Mengubahnya memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan
raya.

Enam belas menara pemerhati polis beroperasi di seluruh negara bermula penghujung Jun tahun ini
dalam usaha pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan
maut. Dengan kehadiran polis trafik yang dapat dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya di
semua menara berkenaan akan memberikan kesedaran dan mengingatkan pengguna supaya
memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan mengatakan bahawa tiga buah menara itu yang dibina oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS) Berhad sebelum ini telah terbukti keberkesannya. Manakala, Program Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya (PPKJR) dapat membantu memberikan kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu
yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya.

Selain usaha pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk
dilaksanakan ialah melalui pendidikan. Tidak ada yang tidak kena dengan kempen atau ops yang
dilancarkan setakat ini, cuma pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan, barangkali seawal
mungkin. Melalui pendidikan sahaja, sikap pemandu di Malaysia ini berupaya diperbetul. Program
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih
akan dapat membantu memberikan kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang
berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan
jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik,
badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi
merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi
undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain merupakan punca peningkatan
kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap
hipokrit apabila ada kelibat polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan
jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut daripada
disaman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan, arahan, dan barisan
tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang
ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan tetapi memberikan
faedah kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah
sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pemandu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mahu kaedah pemberian mata 'demerit'
kepada pesalah jalan raya dihidupkan semula bagi memastikan pemandu kenderaan yang banyak
menerima saman disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya beroperasi dengan baik sekiranya
diselenggarakan dengan betul. Malah, kaedah pemberian mata 'demerit' itu mampu mengurangkan
masalah kemalangan jalan raya kerana lesen pemandu yang kerap melakukan kesalahan jalan raya
tidak dibenarkan diperbaharui. Pada awal tahun ini, PDRM meminta supaya Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi
membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian
setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Ketua Trafik
Pasukan Bukit Aman ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II Nooryah Md. Anuar memberitahu,
sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu itu
terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di
bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis
saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak
menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah
berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan
raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini
amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah
kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai
perangkap had laju dan merakamkan pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh
Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan
dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera
Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang
memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan
akan mengawasi aspek kesalahan lalu lintas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan
menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan
memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti
pendakwaan. AES ialah antara empat projek yang dicadangkan kementerian itu di bawah Pelan Induk
Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun (2006-2010). Projek lain pula membabitkan program dalam
pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, dan perlindungan alam sekitar. AES akan diletakkan di
lorong-lorong kenderaan awam di Kuala Lumpur, lampu-lampu isyarat di seluruh Shah Alam dan juga
di kawalan perangkap had laju di Lebuh Raya Utara Selatan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap
pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk
mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat
kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat
pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya,
sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas itu. Negara-negara
seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan sistem
ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Secara tuntas, pihak polis atau penguat kuasa memang sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk
mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah
tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak
berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik
kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas
jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu
perkara yang mustahil. Tegasnya, setiap pengguna haruslah mempunyai komitmen yang perlu
ditunaikan setiap kali berada di jalan raya. [1 361 patah kata]

CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana

Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang

mengajarnya membaca dan menulis. Nah, inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru

dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat matahari

yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak

watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan pengorbanan guru,
tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, cara-cara menghargai jasa guru

yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dan dipericikan untuk kepentingan bersama.

Memetik kata-kata daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang

menyatakan bahawa pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan mengharapkan ibu

bapa menggalakkan anak-anak mereka menghargai jasa guru. Berdasarkan pernyataan tersebut,

jelaslah adab menghormati guru merupakan elemen penting dalam memupuk budi bahasa dan

adab sopan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan

dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa

bermanis muka sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberikan salam ketika berhadapan

atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang

menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sikap seperti masuk telinga kiri keluar telinga

kanan perlu dielakkan. Dalam konteks ini, mereka sewajarnya memberikan tumpuan dan perhatian

sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang

tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila,

tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru

merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan

amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara yang tidak boleh

dikesampingkan oleh pelajar yang terpancar akhlak mulianya. Antara ciri pelajar yang berdisiplin ialah

mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme,

vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan

rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar

seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu

memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan

cemerlang. Peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, membuktikan

kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi

pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan

penghormatan pelajar kepada guru.

Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan

mengingati dan menghargai jasa guru merupakan amalan yang mulia. Para guru akan berasa bahawa

jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai pendidik lagi. Kita boleh menghargai

jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari tersebut,

sewajarnya pelajar memberikan hadiah kepada guru yang mengajar mereka sebagai tanda

penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak

semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang

tulus lagi ikhlas. Nilai bukan ukuran tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih bermakna. Sekiranya pelajar

tidak mampu memberikan hadiah, cukuplah sekadaru ucapan selamat hari guru.

Amalan ziarah-menziarahi guru perlulah dijadikan budaya dalam kalangan pelajar. Menziarahi

guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru. Sebagai

manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
kemungkinan guru ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya

kerana malang tidak berbau. Sebagai pelajar, kita perlu menziarahi mereka jika mereka

menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit paha kanan paha

kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan untuk

menggembirakan guru sekali gus mengurangkan beban kesakitan yang ditanggung. Jika mereka

mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang

mereka tanggung. Hal ini amat bertepatan dengan peribahasa, berat mata memandang, berat lagi

bahu memikul. Jelaslah bahawa frasa, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar

omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah

mengajar dan mendidik kita selama ini. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya

atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka.

Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya.

Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik anak watan

dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa

mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya, harimau mati

meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta

pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.

Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas

walaupun dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita

mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang

kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah bait-bait puisi di bawah.

Guru,

kau ibarat dian yang membakar diri

melahirkan insan yang lestari

tanpa mengira waktu dan hari

segala ilmu dicurah dan diberi

kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi

tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup Orang Kelainan Upaya

(OKU).

Tidak kuminta lahir ke dunia,

Tidak kuduga cacat begini.

Bukan kuminta kasih dan manja,

Bukan kurayu bantu simpati.

Demikianlah senandung sayu daripada sebahagian lirik lagu yang bertemakan Orang Kelainan Upaya

(OKU). Mereka yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna tidak pernah menyesal akan

ketentuan-Nya. Sebagai makhluk Tuhan, golongan OKU ini reda dengan takdir-Nya. Di dunia ini, sejak
azali lagi terdapat insan yang sempurna kejadiannya, begitu juga sebaliknya. Terdapat insan yang

kurang bernasib baik, iaitu tidak sempurna sifat fizikal mereka di dunia ini. Kehadiran mereka

menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa dan sebagai manusia yang sempurna sifatnya, kita

mestilah membantu golongan OKU menghadapi liku-liku hidup yang mencabar. Oleh itu, beberapa

prakarsa boleh kita lakukan untuk meningkatkan taraf hidup golongan OKU.

Antara uslub yang dapat kita lakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup OKU di negara kita

adalah dengan memberikan mereka peluang dalam bidang kerjaya. Kita boleh membantu mereka

berdasarkan tahap kemampuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka mempunyai

keistimewaan dalam bidang kraf tangan, agensi tertentu bolehlah mengambil mereka sebagai pekerja

atau melatih mereka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang tersebut. Hal ini secara tidak

langsung akan berupaya meningkatkan industri kraf tangan Malaysia yang akhirnya menjadi sumber

pendapatan negara. Kini, banyak institusi kewangan mengambil OKU sebagai kakitangan mereka

kerana kualiti kerja OKU setanding, malah adakalanya lebih hebat daripada manusia normal. Begitu

juga dalam bidang ekonomi dan pendidikan, terdapat pakar ekonomi dan pendidikan yang berjaya di

negara kita, antaranya Allahyarham Profesor Dato Ismail bin Salleh yang buta matanya telah diberi

pengiktirafan yang sewajarnya dan beliau berupaya membuktikan golongan OKU sememangnya

berupaya melaksanakan sesuatu amanah jika diberi peluang. Oleh itu, janganlah kita sisihkan mereka,

hulurkan tangan, ringankan beban, bantulah mereka berdasarkan tahap kemampuan mereka masing-

masing.

Selain itu, inisiatif yang boleh dilakukan untuk membantu mereka ialah memperbanyakkan

infrastruktur atau kemudahan kepada mereka khususnya di tempat-tempat awam. Kemudahan seperti

laluan pejalan kaki atau laluan untuk kerusi roda perlu dibuat untuk memudahkan OKU bergerak

dengan selesa. Selain itu, tandas dan tempat letak kereta yang khas untuk mereka juga perlu

disediakan. Hal ini demikian kerana, golongan OKU akan mengalami kesukaran kerana

ketidakupayaan mereka dari segi fizikal sekiranya menggunakan kemudahan awam yang sama seperti

orang yang sempurna sifat fizikaInya. Oleh itu, pelbagai kemudahan perlu disediakan untuk

meningkatkan taraf hidup mereka. Malangnya, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab

mengambil kesempatan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan kepada mereka. Kita

sepatutnya membantu golongan OKU, bukan menyukarkan kehidupan mereka kerana kekurangan

yang dimiliki, bak kata peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tuntasnya,

kewujudan kemudahan asas yang lengkap mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka,

sekali gus mereka dapat menikmati hidup yang selesa seperti manusia lain akibat daripada kecaknaan

kita terhadap kebajikan mereka.

Prakarsa seterusnya ialah, kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang secukupnya dalam bidang

pendidikan. Kita perlu ingat bahawa golongan OKU ini seharusnya diberikan peluang dan kemudahan

dalam pendidikan yang secukupnya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kita boleh menyediakan

pendidikan khas seperti bahasa isyarat kepada golongan OKU. Terdapat beberapa buah sekolah yang

menyediakan kemudahan seumpama ini dan tindakan yang bijak ini perlu dicontohi oleh masyarakat

pada hari ini. Selain itu, terdapat juga iqra Braille yang dicipta bagi golongan yang buta. Kemajuan

teknologi sememangnya mendatangkan maslahat kepada insan, khasnya kepada OKU kerana

memudahkan mereka mendapatkan pendidikan yang mendalam berkaitan ilmu-ilmu agama. Oleh hal
yang demikian, masyarakat perlu membantu OKU dengan menyediakan pelbagai kemudahan dalam

bidang pendidikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus globalisasi, yakni mendapat

pendidikan yang berkualiti. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya, marilah bersama-sama kita jayakan hasrat murni ini demi masa depan OKU

kerana aspek pendidikan merupakan aset penting untuk setiap individu mencapai kecemerlangan

hidup di dunia dan di akhirat.

Tuntasnya, semua pihak perlulah berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai

anggota masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan golongan OKU. Segala amal baik yang dilakukan

akan merealisasikan visi kudsi negara ke arah melahirkan masyarakat penyayang seperti yang diwara-

warakan oleh pemimpin negara. Hal ini bertepatan dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang

terkenal dengan keluhuran budi, adab dan nilai-nilai murni yang tinggi dan moleklah kita jelmakan nilai

tersebut terhadap anggota masyarakat kita yang kurang bernasib baik. Bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat, marilah kita mengatur langkah sederap, seia sekata agar taraf hidup

OKU lebih terjamin dan dapat merealisasikan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan.

Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi

yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri

pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi

itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara

kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang

tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang

pelancong yangmenyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada

negara. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara

menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato Sri

Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi

tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan

dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan

efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu

memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita

sehingga menjadi prasarana kelas pertamaterutamanya destinasi yang menjadi tumpuan

pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana

seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong

yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan

wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk

memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang

datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus

menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di
sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi.

Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi

syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi

bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu

destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan

elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita.

Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong

itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan

mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara

memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang

tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara

membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel

yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang

kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung

lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar

industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di

negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang

menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster,

majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan

halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia

sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi

Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu

ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang

ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan

datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-

badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan

perkembangan industri ini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan

kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat

segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan

Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.

Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus

ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk

melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti
perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan pelancong

agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan

lebih kerap dan lebih banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan

perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat

oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus

berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-

badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf

dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan

Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang

dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan

meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negarakepada perwakilan

atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia

dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran

sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan

pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja.

Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh

daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum

air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti

negara yang menarik.

Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan

negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia.

Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu.

Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap

ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing

bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan

lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka

dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa

memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia perlulah

mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya,

sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu meningkatkan bidang pelancongan

negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan

untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan

komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik

rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha

yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar

melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus berkembang

dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja,
diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan

iktisad (ekonomi)negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang

semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan

dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik

dalam kalangan marhaen(golongan bawahan) di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih

mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan

pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu

perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa

dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya

semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu

kita amalkan.Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di

sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang

pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan

seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus

diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan

kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-

anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi

teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa

menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang

jahat malah lebih teruk lagi. Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang

daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga

walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak

sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya,

semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus

dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat

dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama

dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.

Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan

dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk memupuk semangat kejiranan

dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti

dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal

keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua

pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri

dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda

kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini akan
mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat

kejiranan yang hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk

masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan

semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan aktiviti

gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil

berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara

bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk

kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-

kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi

jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang

mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain

barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di

samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana

Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-

royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan

kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa

aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah

terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan

memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran

dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.

Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk

berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai

contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya

majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya

pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan perayaan,

rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama

lain ibarat kata bidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi

dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran

program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh

di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah

terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-

mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat

kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita

akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu

berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana

menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan

bahawaberat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita

mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan

yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang

dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan

bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak

mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan

seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh

itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata Jiran Sepakat

Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja

seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan

mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan

usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu,

semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk

menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai

manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang

perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu

kenal-mengenali. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh

dan kukuh. /

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara

membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun

seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun isu

memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi

konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh

setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk

mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi

semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato Dr.

Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang,

kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita disaat kita berada dalam

kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari.

Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua

lapisan masyarakat.

Sudah terang lagi bersuluh cara memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri

teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-

anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri

teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih

teruk lagi. Sebagai contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun

mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong

dengan jiran agar dapat memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran terbuka
dan luas akan mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu agama yang secukupnya supaya

mereka menjadi jiran yang baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Natijahnya,

semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekaligus

dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak

bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa bertanggungjawab

mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti, anak burung yang baru belajar terbang daripada

ibunya. Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal adalah buta manakala amal tanpa agama adalah

lumpuh. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan menjadi suri

teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang baik dan

bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka

negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan

negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.

Memetik wasitah nirmala seterusnya minhaj untuk memupuk semangat kejiranan dalam

masyarakat setempat di Malaysia ialah kita perlu bertegur sapa dengan jiran kita yang lain. Hal ini

demikian, kita akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan

silaturahim. Biasanya jiran yang berwawasan dan cemerlang mampu memupuk semangat kejiranan.

Jiran yang berwawasan bertepatan dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang

harmoni. Oleh itu, kita perlu bertegur sapa bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu

padu.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang perlu dilakukan oleh

kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri dan bodoh

sombong Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen di negara kita akan kepentingan

semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka

1 Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara

ini. Selain mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa

supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang . Hal ini kerana, tak kenal maka

tak cinta dan jiran sepakat membawa berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan

Sukarela merupakan elemen terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam

sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya, kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah

semangat kejiranan maka rakyat Malaysia mampu menjadi bangsa kelas pertama di persada dunia.

Sebagai pengitlakkannya, isu semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di

Malaysia. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan

kukuh. Sememangnya negara kita tidak memiliki semangat kejiranan kerana masing-masing

mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu tentang hal orang lain. Oleh itu, kita perlu

memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Golongan remaja seharusnya

menyuburkan semangat kejiranan seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh,

patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam menyuburkan semangat

kejiranan. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan semangat kejiranan maka negara Malaysia

akan melahirkan generasi yang berdisiplin dan berhemah.


Petang hari memancing ikan,

Terlupa janji dengan Pak Musa;

Semangat kejiranan perlu diamalkan,

Agar negara aman sentosa.

BERJIMAT CERMAT

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas

daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak

boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi

terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan

sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang

dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,

inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya

kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus

diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak

dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang

berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen

berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar

melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan tamak

haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan

kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan

masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja

mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap

membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang

buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan

khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha

menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara

berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga

barangan.

Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang

berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan

kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat

melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara

Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap

masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan

badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan

tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa.
Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna

Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi

untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan

dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan

keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan

sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk

memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-

peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan

hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah

Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur

bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna

daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi

bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh

diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada

kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang

kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini,

pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap

mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada

pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk

mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa

untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti

lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang

terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan

undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga.

Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan

hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua

kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan

tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga

barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu,

persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan

terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut,

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas

kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi

menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu

kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang

lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan

keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna yang tidak

berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum

dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat.

Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk
menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila

berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan

agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat

oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh

ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak

mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan

masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan

dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan

ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang

bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah

mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu,

Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin

Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.

Cara untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Marcapada ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan

harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin

erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun

Abd. Razak tentang slogan 1 Malaysia telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma

dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu,

apakah prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan

keharmonian dan keamanan di negara kita?

Prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap

individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada

individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansurdan saling sayang menyayangi

antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan

seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia,

hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya,

rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak

seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari

mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat

mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti

keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah kerana

sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap individu memainkan peranan

yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di

Malaysia hari ini.

Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di

negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah mengadakan

aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum.

Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-
masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya

supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan

kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu

mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam

dan memakai sari bagi kaum India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri

pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka memasuki alam dewasa.

Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan

kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak kata peribahasa jika tidak

dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

Amalan masyarakat itu juga salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan

masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Amalan masyarakat yang baik dapat mengamankan

masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan

pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. Sebagai contoh,

pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang

berlainan disertai dengan pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya

amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan,

sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan tradisi

masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran

hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum, seperti yang diperjelas dalam peribahasa ke

lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki.

Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan

keharmonian dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini demikian kerana,

media massa merupakan satu mekanisma atau alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat

atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat. Sikap mudah

terpengaruh dengan media massa seperti radio atau televisyen merupakan senario yang biasa kita

lihat pada hari ini. Dengan tersiarnya iklan-iklan atau cerita-cerita yang bertemakan perpaduan dan

keharmonian, semangat cinta akan keamanan akan terus tersemat di dada semua rakyat di Malaysia.

Sebagai contoh, cerita dan iklan seperti filem Papadom dan iklan TM yang memaparkan

persahabatan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media massa tidak

memainkan peranan mereka sebagai alat sebaran am terpantas, sudah pasti keharmonian dan

kemakmuran masyarakat sukar dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa

media massa merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam mengekalkan

keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat

berbilang kaum di negara kita. Hal ini demikian kerana negara kita mengamalkan amalan demokrasi

dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Gagasan 1 Malaysia yang sentiasa

berubah bergantung kepada sesuatu peristiwa yang penting telah membawa kepada satu transformasi

yang drastik dalam mengekalkan keharmonian negara. Setiap rakyat haruslah sanggup berjuang

berkorban dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan, keamanan dan cara hidup tanpa

mengira kaum. Sebagai contoh sempena Hari Kemerdekaan ke-54 tahun 2011, pengasas cogan kata

1 Malaysia, Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Datuk Seri Mohd Najib B. Abd Razak telah
menjadikan tema 1 Malaysia kepada tema transformasi berjaya,rakyat sejahtera. Seandainya

kerajaan memainkan peranan dengan betul, jujur dan amanah sudah pasti kesejahteraan hidup

bermasyarakat dalam pelbagai kaum dapat dikekalkan. Tegaslah bahawa kerajaan merupakan satu

pihak yang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang

kaum.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian

antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah berganding

bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta kerjasama antara sekolah,media

massa dan kerajaan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu,

sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita sama-

sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh beerti kepada

masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana sesungguhnya Bulat air

kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat.

MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di

belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan

dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi

sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah

Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan

semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya

apakah faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat ?.

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah

akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik

antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran.

Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta

sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan

baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat

dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan

gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang

masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat

dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di

negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap

masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan

masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama

akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka

terutama pada musim perayaan, sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam,
masyarakat India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut.

Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk

berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai

kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di

negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu

kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan

demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu.

Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan

atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa

bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam

keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk

yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang

lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri

masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya,

sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik

cogan kata jiran sepakat membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin

keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama

menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian

pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan

kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan

melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman

mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan

cogan kata jiran sepakat membawa berkat dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah

pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang

mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini

demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang

berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan

baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian

tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis

rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan

tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan

kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya

antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum

akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana

masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.


Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata jiran sepakat

membawa berkat . Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat

kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan

meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap

masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara

supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Jenayah Siber - SALAH LAKU MORAL MENERUSI INTERNET

Kita sering digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang

menceroboh laman-laman web sosial, kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa. Perbuatan itu

mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat kewangan kerana penggodam tersebut membuat

pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Sayangnya kes-kes sedemikian akhirnya dilupakan begitu

sahaja umpama layang-layang putus tali. Kes sedemikian menggambarkan betapa penciptaan

peralatan komunikasi seperti internet telah disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak

bermoral untuk tujuan plagiasme. Secara ringkasnya, salah laku menerusi internet adalah

bertentangan dengan etika, tatasusila dan salah di sisi undang-undang seperti yang ditegaskan oleh

baginda Rasulullah s.a.w yakni Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan

madu.

Perlakuan salah laku menerusi internet melibatkan perlakuan gangguan seksual. Hal ini demikian

kerana segelintir masyarakat yang gilakan kebebasan seks menggunakan internet untuk menawarkan

khidmat seks malahan ada yang memaparkan perlakuan sumbang yang bertentangan dengan nilai,

etika dan peradaban manusia normal. Isu ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat

besar kerana salah laku sedemikian akan terus dimanipulasi tanpa pengujungnya, ibarat kecurian

maruah yang tidak dapat dikembalikan. Sebagai contohnya, aduan daripada Syarikat Komunikasi

Multimedia (SKMM) mendakwa bahawa banyak laman sesawang yang telah diceroboh oleh golongan

yang tidak bertanggungjawab untuk menghantar emel berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan

sekerja, dan pengguna lain. Tegasnya, salah laku internet ini jika dibiarkan ibarat membiarkan bisul

kecil yang akan memakan sel-sel tubuh dan tulang-temulang manusia sehingga menjadi bangkai

bernyawa.

Perlakuan salah saku internet juga menyebabkan manusia semakin hilang harga diri. Hal ini

sedemikian menggambarkan bahawa generasi kini semakin cetek agama dan budaya. Hal ini

dibuktikan daripada laporan seorang Ketua Perunding Pengurusan Perkhidmatan dan Perundingan,

HiTech Managed Services yang mendakwa ramai pekerjanya telah menerima emel lucah daripada

penggodam tidak bertanggungjawab. Sesiapa sahaja boleh mengirimkan emel sedemikian asal sahaja

mereka mahir teknologi maklumat termasuklah kanak-kanak kerana kerja ini sangat mudah dilakukan.

Tambahan pula, maklumat mengenai teknik menggodam begitu mudah didapati di Internet. Dalam

hal ini, hanya keimanan dan didikan agama yang mantap boleh menjadi benteng kepada perlakuan ini.

Pendita bijak pandai pernah mengatakan, Kesilapan yang kecil boleh membawa banyak perkara buruk

kepada mangsanya.

Perlakuan salah laku tidak bermoral melibatkan sebilangan besar masyarakat merangkumi golongan

remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ramai penggodam internet terdiri daripada golongan
remaja. Mereka begitu mahir melakukan penipuan, pencurian identiti, phishing, pencurian data,

spyware, dan malware. Fenomena ini sangat sukar untuk dikesan dan memberi impak negative

kepada masyarakat dan negara. Sebagai contohnya, perbuatan salah laku moral penggodam internet

telah menggunakan laman web untuk meraih populariti seperti laman web Facebook dan Twitter.

Mereka mencuri maklumat peribadi, gambar-gambar dan video dan menyalahgunakannya untuk

tujuan yang tidak sihat. Oleh itu, semua pengguna laman sesawang ini perlu berhati-hati kerana

dibimbangi perbuatan mereka akan menyusahkan sendiri. ibarat menepuk air di dulang akhirnya

terpercik ke muka sendiri.

Langkah menangani kemelut ini perlu dilakukan agar kita tidak menjadi mangsa penggodam

komputer. Dalam erti kata lain, seseorang itu mesti mempunyai etika siber kerana pengetahuan ini

akan akan mengajar pengguna lebih berhemah dan bertanggungjawab. Seandainya, setiap pengguna

mampu melaksanakan etika siber dengan baik sudah pasti perlakuan salah laku tidak bermoral ini

tidak berlaku. Selain itu, pengguna perlu mempunyai program antivirus yang baik, mengemas kini

kata laluan, belajar untuk membuat kata laluan yang selamat serta tidak mendedahkan maklumat

peribadi kepada individu tidak dikenali. Hal ini dibuktikan dari laporan CyberSecurity Malaysia,

sebanyak 4,000 kes jenayah siber dikenal pasti berlaku di Malaysia sejak dua tahun lalu. Pendek kata,

jika pengguna internet mengamalkan sikap sediakan payung sebelum hujan, sudah tentu mereka akan

dapat mengurangkan kes salah laku moral internet yang mereka layari. Prof Hamka pernah berpesan,

Gunalah akal kerana akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan tidak menjerumuskan

manusia kepada kehancuran sebaliknya jika manuasia menggunakan hawa nafsu, ia akan membawa

kesesatan.

Pihak berwajib telah mengenal pasti bahawa perlakuan salah laku moral menerusi internet juga

melibatkan kes jenayah komputer. Hal ini demikian dibuktikan daripada kajian Mohd Ali, wakil SKMM

yang menegaskan bahawa kebanyakan kes melibatkan pengeluaran wang mangsa tanpa kebenaran

melalui mesin juruwang automatik (ATM) manakala kebanyakan kes jenayah Komunikasi dan

Multimedia pula membabitkan perbuatan merosakkan rangkaian pondok telefon. Oleh itu, langkah

menangani kes jenayah ini memerlukan kepakaran pihak berwajib, khasnya pihak polis dalam

menangani jenayah ini. Justeru, pihak SKMM telah menganjurkan bengkel multimedia dengan PDRM.

Hal ini bertujuan meningkatkan keupayaan pihak berkuasa dalam menangani siasatan dalam hal

berkaitan jejayah siber.

Sebagai natijah daripada perbincangan ini, dapat saya simpulkan bahawa salah laku moral menerusi

internet merupakan masalah sejagat. Bermakna usaha membendungnya juga perlu kerjasama sejagat

seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Yang berat

sama kita pikul yang ringan sama kita jinjing, barulah masalah ini berjaya kita tangani. Pujangga juga

pernah mengingatkan kita agar berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi

merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan. Golongan muda merupakan

pemangkin kesejahteraan negara dan mereka yang perlu diberi kesedaran tentang isu ini. Didikan

agama yang mantap daripada ibu bapa, disusuli dengan kesepaduan pendidikan di sekolah dari aspek

sahsiah dan jati diri akan membentuk golongan ini sebagai insan berpekerti mulia. Bijak mengendali

arus pembangunan globalisasi dan tidak mudah tunduk dengan arus liberalisasi. Mereka mesti menjadi

seperti pepohon yang rendang tempat insan tumpang berteduh, bukan sekadar menjadi seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Hal ini demikian

kerana mereka merupakan pasak keutuhan negara pada masa akan datang, umpama madah

pujangga yang berbunyi, teguh rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana bangsanya.

Peranan anda untuk membanteras kegiatan lumba motosikal haram daripada terus leluasa?

Kegiatan lumba motosikal haram semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga boleh dikatakan

sudah menjadi tokak dan nanah kepada negara. Baru-baru ini rancangan 999 di TV3 telah menyiarkan

kegiatan lumba motosikal haram dan melalui rancangan tersebut didapati majoriti pelumba haram

ialah golongan remaja. Golongan remaja merupakan aset penting negara yang akan memimpin kita

pada zaman atom akan datang. Seandainya, kebanyakan remaja kita terlibat dengan kegiatan lumba

haram nescaya negara kita tidak akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-

negara maju yang lain. Pelbagai minhaj yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan saya sebagai

remaja yang prihatin turut berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam membanteras masalah ini.

Oleh itu, terdapat variasi peranan yang boleh saya mainkan dalam membanteras kegiatan lumba

motosikal haram di negara ini.

Peranan perdana yang akan saya lakukan bagi membanteras kegiatan lumba motosikal haram di

negara kita ialah saya akan mengajak dan membimbing rakan-rakan saya daripda terus terjebak

dalam kegiatan lumba haram. Hal ini demikian kerana remaja mudah terikut-ikut dengan perbuatan

rakan sebaya. Demi memastikan rakan-rakan saya tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram, saya

akan mendedahkan keburukan kegiatan lumba haram kepada mereka. Jika rakan saya meminati

perlumbaan bermotor, saya akan menasihati mereka supaya mereka meyertai perlumbaan di litar

yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. Dasawarsa ini, banyak litar perlumbaan motosikal telah dibina

seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Oleh itu, saya akan menasihati mereka supaya

mereka melakukan anjakan paradigma daripada terjebak dengan lumba haram kerana perlumbaan

haram boleh mengorbankan nyawa. Andai kata, saya tidak membimbing dan menasihati mereka,

sudah pasti mereka akan hanyut dalam kegiatan lumba haram. Tegasnya, saya akan mengajak dan

membimbing rakan-rakan saya supaya meninggalkan kegiatan perlumbaan motosikal haram ini dan

seterusnya kegiatan lumba motosikal haram ini dapat dibanteras.

Seterusnya, pada hemat saya, para remaja juga boleh membanteras kegiatan ini daripada leluasa

dengan mencadangkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pihak sekolah. Pihak sekolah melalui

kaunselor boleh melancarkan pelbagai program atau kempen yang bertujuan untuk membendung

serta membanteras gejala lumba motosikal haram yang sering dilakukan oleh golongan remaja.

Program yang dianjurkan oleh pihak kaunselor ini diharapkan mampu memberikan kesedaran dan

keinsafan kepada pelumba- pelumba cilik di sekolah saya. Antara program yang boleh dilaksanakan

adalah seperti mengadakan ceramah- ceramah kesedaran kepada para pelajar khususnya pelajar

bermasalah yang sering terlibat dalam kegiatan ini. Sekiranya pihak sekolah dan kaunselor sama-

sama berkolaboratif dalam menjayakan kempen membanteras kegiatan lumba motosikal haram di

sekolah saya akan menurun. Jelaslah bahawa pihak sekolah melalui pihak kaunselor mestilah

berganding bahu untuk melancarkan kempen dan program bagi membendung kegiatan ini daripada

menjadi tokak dalam nadi kehidupan masyarakat dan negara.


Di samping itu, saya juga akan mengkhabarkan berita mengenai kegiatan lumba motosikal haram

yang melibatkan kenalan saya kepada ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan

orang yang bertanggungjawab dalam mendidik dan memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh

anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah sentiasa mengambil berat perihal anak- anak mereka meskipun

ketika anak- anak mereka melakukan aktiviti luar rumah. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah sentiasa

memantau gerak-geri kerja anak- anak mereka terutamanya pada musim cuti persekolahan. Jika ibu

bapa tidak memantau gerak- geri kerja anak mereka, sudah pasti anak- anak mereka mengambil

peluang keemasan ini untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti lumba motosikal haram.

Oleh itu, sebagai remaja yang prihatin, saya akan melaporkan kegiatan lumba motosikal haram yang

dilakukan oleh rakan- rakan saya kepada ibu bapa mereka sebelum masalah ini semakin membarah

kerana pepatah Melayu ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan.

Seterusnya, saya juga akan melaporkan kegiatan lumba haram yang semakin meruncing pada hari ini

kepada pihak berkuasa supaya masalah ini tidak terus bermaharajalela dan membelenggu masyarakat

kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pengangkutan

Jalanraya (JPJ) merupakan agensi utama dalam membanteras masalah ini. Pihak berkuasa haruslah

mempunyai modus operandi yang signifikan dalam membasmi kegiatan ini iaitu dengan mengadakan

sekatan jalan raya dan rondaan di kawasan yang disyaki menjadi tempat lumba haram. Sekiranya

saya tidak memainkan peranan saya iaitu dengan melaporkan kegiatan lumba haram kepada pihak

berkuasa dan sekadar melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, sudah tentu

kegiatan ini akan berlarutan dan menghantui kehidupan masyarakat kita. Sudah terang lagi bersuluh

bahawa tanggungjawab saya sebagai seorang remaja yang prihatin amat membantu pihak kerajaan

dalam mensifarkan kegiatan lumba haram di negara kita.

Selain itu, sebagai seorang remaja yang prihatin, saya juga akan mencadangkan tempat khusus untuk

remaja berlumba kepada pihak kerajaan. Dengan hal yang demikian, kegiatan lumba haram dapat

dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak kerajaan perlu

menyediakan lebih banyak litar lumba di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan remaja untuk

menarik minat mereka agar tidak terjebak dalam kegiatan lumba haram. Litar-litar yang disediakan

perlu dititikberatkan dari aspek keselamatan dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik di

samping mengenakan kos yang lebih rendah agar remaja lebih berminat untuk mengunjunginya.

Sekiranya pihak kerajaan tidak melaksanakan cadangan ini maka kegiatan lumba haram akan terus

berleluasa dan menjadi bertambah serius. Sudah terang lagi bersuluh, saya juga akan mencadangkan

tempat-tempat khusus untuk remaja berlumba kepada pihak kerajaan bagi membanteras kegiatan

lumba haram bagi terus leluasa.

sebagai konklusinya, kegiatan lumba motosikal haram yang dilakukan oleh golongan remaja

sememangnya mendatangkan impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara malah turut menjadi

virus epidemik yang akan menjatuhkan imej negara di mata dunia luar. Oleh hal yang demikian, begitu

peri vitalnya remaja menyedari peranan mereka dalam membanteras kegiatan haram ini. Sebelum

nasi menjadi bubur, kita sebagai remaja haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi kegiatan

lumba motosikal haram ini daripada terus leluasa. Dengan mengetahui tanggungjawab kita sebagai

seorang remaja, seyogia negara dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekali gus

meminimumkan statistik kematian di negara Malaysia.


Peranan anda dalam usaha menangani masalah buli

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam

kehidupan masa kini. Gejala buli merupakan jenayah yang acapkali dilakukan oleh remaja sehingga

sering menjadi bahan perbincangan melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan

orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif kepada pembuli dan

pemangsa. Mungkinkah ini salah satu cara pergaulan remaja sekarang? Dan saya sebagai anak jati

bumi merdeka ini bertanggungjawab membantu kerajaan menghalang fenomena ini daripada terus

menjadi bisul dan bernanah dalam masyarakat.

Langkah perdana yang bakal saya lakukan untuk mengatasi gejala buli dalam kalangan remaja

pelajar di sekolah saya adalah dengan melaporkannya kepada guru disiplin atau pihak pentadbir. Hal

ini demikian kerana guru disiplin, kaunselor dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)

boleh bertindak pantas menjejak pelajar yang terlibat dengan buli. Dan jika sabit kesalahan berserta

bukti sahih, pembuli-pembuli tersebut akan dikenakan tindakan disiplin. Sebagai contohnya, ibu bapa

mereka akan dipanggil ke sekolah dan pelajar tersebut akan digantung persekolahannya. Tindakan ini

bertujuan memberi pengajaran kepada pelajar tersebut dan pelajar lain yang berhasrat melakukan

tindakan yang sama. Dalam hal ini, saya akan berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak

sekolah. Sebarang perbuatan yang mencurigakan, akan saya laporkan kepada guru disiplin agar

mereka dapat membuat pemantauan segera. Sesungguhnya, saya melakukan tanggungjawab ini

dengan ikhlas demi menjaga imej sekolah dan penghuninya, bak kata pepatah takut kerana salah

berani kerana benar.

Saya bersedia untuk menjadi saksi jika kes yang dilaporkan memerlukan saya berbuat demikian. hal

ini demikian diperjelas oleh peribahasa yang bermaksud, jika tangan berani mencincang bahu pula

mesti berani memikulnya. Seandainya, pihak sekolah memanggil ibu bapa pelajar yang terlibat

dengan buli ke sekolah, dan memerlukan saksi yang melihat kejadian tersebut, saya bersedia untuk

tampil untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Dalam hal ini, jika saya tidak bertindak sudah pasti

peristiwa hitam yang pernah berlaku di SMK Agama Ampangan Seremban, Negeri Sembilan akan

terulang sejarahnya. Saya tidak mahu noktah hitam tersebut tercatat di sekolah saya seterusnya pihak

sekolah akan dipersalahkan. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, saya mesti pantas bertindak agar

fenomena ini tidak mencatat tintanya si sekolah saya. sesungguhnya, saya bertanggungjawab

menjaga nama baik sekolah saya bak kata peribahasa cubit paha kanan paha kiri terasa juga.

Menyedari hakikat ini, saya mesti membantu pihak sekolah menangani gejala buli dalam kalangan

pelajar.

Selain itu, saya akan menghubung pihak polis jika terdapat unsur-unsur keganasan dan jenayah buli

dalam kalangan remaja jika kejadian itu berlaku di luar waktu persekolahan. Seandainya saya

bertindak pantas, sudah pasti kejadian ini dapat dielakkan dan pembuli dapat ditangkap oleh pihak

polis. penangkapan ini akan menjadi teladan kepada remaja lain yang bertindak liar tanpa

menghiraukan batas-batas kemanusiaan. Sungguhpun begitu, penangkapan ini bukan bertujuan

mengaib remaja terbabit tetapi sebagai peringatan bahawa hidup ini ada peraturannya, seperti kata

peribahasa hidup dikandung adat mati dikandung tanah. Tindakan saya membuat aduan kepada

pihak polis semata-mata untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat, tegak

rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana bangsanya. Tegasnya, tindakan saya ini bertujuan
menghalang penularan kegiatan jenayah dalam masyarakat sekali gus membanteras kacang-kacang

hantu yang suka membuat onar dan menganggu kedamaian masyarakat setempat.

Serentak dengan itu, saya juga akan bergiat cergas dalam kelab antijenayah sosial di sekolah seperti

Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD). Saya juga akan mengajak rakan-

rakan saya untuk bergerak aktif dalam kelab ini. Semoga penglibatan ini dapat membantu kami

menangani gejala buli dalam kalangan rakan-rakan dan tindakan yang akan kami lakukan untuk

menghadapinya. Selain itu, kelab ini boleh melatih kami mengisi masa lapang secara berfaedah

melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Sebagai contohnya, kami boleh mengasah bakat dengan

melukis mural sekolah, membersih kawasan persekitaran dan melakukan kerja-kerja kebajikan di

rumah orang-orang tua. pendek kata banyak yang boleh kami pelajari melalui aktiviti yang disusun

oleh kelab antijenayah, malahan langkah prakmatik ini mampu menjadi agen menangani masalah buli

dalam kalangan pelajar dan remaja.

Selain itu, saya juga akan bergerak aktif sebagai ahli Rakan Cop dalam usaha membantu pihak polis

membanteras jenayah. Dengan menjadi ahli Rakan Cop, saya bertanggungjawab menjadi mata dan

telinga pihak polis. Jika saya mendapat maklumat berhubung kegiatan jenayah sosial seperti buli dan

kegiatan jenayah yang lain, saya boleh menghubungi pihak polis melalui talian Rakan Cop. Informasi

ini akan membantu pihak polis menangkap penjenayah-penjenayah tersebut seterusnya menjadikan

daerah kediaman saya lebih aman dan harmoni. Tegasnya, saya akan memberi sokongan padu kepada

Rakan Cop agar penjenayah yang beraja di mata bersultan di hati dapat segera dihapuskan.

Sebagai konklusi daripada perbincangan ini, saya sentiasa berharap dapat memberi bekerjsama

yang padu kepada pihak berwajib demi keamanan tanah air tercinta. Saya berharap agar lebih ramai

remaja yang seangkatan dengan saya sanggup tampil menghulurkan bantuan kepada pihak berwajib

dalam usaha menurunkan statistik penglibatan jenayah buli dalam kalangan remaja. Seandainya lebih

ramai remaja yang sanggup memberikan komitmen mereka, saya yakin masalah ini dapat segera

diatasi. Natijah daripada penurunan kadar jenayah buli ini akan memberi nafas baru kepada remaja

sekali gus menjadikan mereka modal insan dambaan negara. Dengan itu, slogan Pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara akan menjadi hala tuju Malaysia menggalas Wawasan 2020.

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT PENTING DALAM MENGHADAPI KRISIS EKONOMI HARI INI. BERIKAN

PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT.

Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir bagi

masyarakat dunia ekoran kesuraman ekonomi. . Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana

ekonomi dunia yang tidak menentu dan kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sebagai

contohnya, peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis

bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi dan menjadikan suasana ekonomi dunia

masih dalam suasana yang tidak menentu bagai cacing kepanasan. Banjir besar yang melanda

negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, Cina dan yang terkini ialah Thailand dan

Vietnam amat menakutkan kita. Namun begitu, rakyat Malaysia masih boleh menarik nafas lega

kerana negara kita tidak begitu teruk terjejas. Sungguhpun demikian, langkah awal perlu diambil agar

dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap
keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan

anggotanya.

Prakasa perdana yang boleh untuk memupuk budaya berjimat cermat terpikul pada bahu ibu bapa.

Hal ini demikian kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula di rumah. Rumah merupakan institusi

pertama yang bertanggungjawab menyemai budaya ini lantaran melentur buluh mestilah dari

rebungnya. Orang-orang tua pernah berkata, jika hendak mendidikan asas berjimat cermat dalam

segala perkara, tempat paling baik ialah dari dalam ceruk dapur sendiri kemudian barulah boleh

dilanjutkan kepada aktiviti lain yang berkaitan. Pengajaran ini dapat kita terjemahkan sebagai usaha

yang perlu dilakukan oleh setiap seisi rumah berhubung urusan perbelanjaan harian seperti makan

minum, dan penyediaan perkara-perkara asas rumah tangga. Kita tidak perlu meniru jiran tetangga

dalam soal mengatur perbelanjaan kerana sikap meniru gajah berak besar, maka kancilpun hendak

berak besar juga, akan menjerut leher sendiri. Dengan kata lainnya, perbelanjaan seisi rumah

perlulah mengikut kemampuan diri seperti kata pepatah, mengukur baju di badan sendiri. Tegasnya,

penghuni rumah yang bijak merancang perbelanjaan dan berjimat cermat tidak akan berdepan

dengan masalah kewangan tegal.

Prakasa seterusnya ialah para ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana dan

merancang perbelanjaan mengikut kemampuan. Hal ini demikian kerana ibu bapa umpama menteri

dan timbalan kewangan rumah tangga kerana segala perbelanjaan bergantung kepada kebijaksanaan

mereka mengendalikannya. Jika mereka bersikap boros dan tunduk kepada kehendak nafsu nescaya

sikap mereka akan menjadi ikutan kepada anak-anak seperti kata peribahasa air perabung akan

menitis melalui cucur atap. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlu berhemah dalam berbelanja semoga

anak-anak akan mengikut jejal langkah baik mereka kerana ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke

nasi. Lantaran itu, sebagai ketua rumah tangga mereka perlu mendominasikan amalan hidup

bersederhana sebagai jalan keluar untuk berjimat sekali gus menyahut seruan Islam agar berbelanja

berlandaskan akal bukannya nafsu yang serakah.

Prakasa selanjutnya ialah para ibu bapa perlu bijak merancang masa depan secara bijaksana. Sebagai

contohnya mereka boleh mengamalkan budaya menabung. Pada masa yang sama mereka boleh

menggalakkan anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka tambahan pula amalan ini boleh

membantu mereka pada saat kecemasan. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan. Hal

ini juga merupakan strategi untuk bertindak sebelum datang sesuatu bencana atau musibah seperti

yang pernah diingatkan peribahasa beringat sementara belum kena, berjimat sementara belum habis.

Sebagai contohnya, jika berlaku saat kecemasan seperti kematian, bencana alam, atau lain-lain

musibah, wang yang disimpan boleh digunakan tanpa meminta bantuan daripada pihak ketiga. Di sini,

membuktikan bahawa kebijaksanaan merancang masa menjamin kemantapan ekonomi, keselesaan

hidup dan kebahagiaan rumah tangga.

Seterusnya, para ibu bapa perlu bertindak menyediakan pelan bertindak bajet untuk saraan keluarga.

Jika sekiranya mereka menyusun bajet dengan teliti dan mematuhinya, saya yakin mereka tidak akan

berdepan dengan masalah kewangan. Perbelanjaan hanyalah ditumpukan kepada urusan-urusan yang

lebih penting sahaja kerana orang yang bijak menyusun perbelanjaan umpama berjalan di lantai yang

licin. Sebaliknya jika perancangan tidak disusun dengan rapi, perbelanjaan kemungkinan akan

melebihi bajet yang ada kelak yang merana diri sendiri bak kata peribahasa; hendak kaya berdikit-
dikit, hendak papa bertabur urai. Sebagai contohnya, para ibu bapa dan seluruh anggota keluarga

mesti merancang setiap perbelanjaan sebelum gaji diterima untuk mengelakkan lebihan belanjawan.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan akhirnya diri sendiri

terjerat dengan hutang akibat penggunaan kad kredit secara membabi buta. Lebih malang lagi jika

mereka berani berhutang dengan "along" hanya kerana terlalu mengejar kemewahan material,

akhirnya diri dan keluarga hidup sensara bagai nyawa di hujung pedang. Tegasnya, keluarga yang

bijak menyediakan bajet akan terhindar daripada pembaziran sekali gus mengamalkan budaya

perbelanjaan berhemah.

Prakasa terakhir yang perlu dilakukan oleh keluarga dalam usaha mengamalkan budaya berjimat

cermat ialah menggunakanhemah dan akal pada saat wang banyak di saku dan jangan sesekali

biarkan diri dikuasai nafsu yang menggila. Dengan kata lainnya, mereka perlu memiliki daya

pertimbangan yang berasaskan minda bukannya membuat keputusan berdasarkan keinginan dan

tuntunan nafsu. Hal ini demikian untuk mengelakkan sikap suka berlumba-lumba dengan jiran

tetangga atau sahabat handai. Keadaan ini memang wujud dalam masyarakat kita, di sebabkan

perasaan ingin bersaing dan ingin dipandang tinggi, mereka sanggup berbelanja besar tanpa

mengukur di baju sendiri. Akhirnya mereka juga yang ditimpa kesusahan kerana dikejar oleh si

pemberi hutang atau along. Lintah-lintah darat ini sentiasa mencari mangsanya yang tidak hemah

berbelanja kerana inilah peluang untuk mereka menangguk di air keruh. Tegasnya, keluarga yang

hemah dalam perbelanjaan akan hidup senang tanpa bebanan hutang umpama seni kata lagu Fauziah

Latif, setenang air di tasik madu.

Secara tuntasnya, seluruh keluarga di negara ini diseru agar mengamalkan budaya berjimat cermat

dengan berpegang kepada falsafah bahawa, Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak

bergantung kepada berapakah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa

banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?. Falsafah ini bertujuan mengingat dan melatih diri

dengan budaya positif sekali gus mengelakkan daripada berhadapan dengan bankrup atau gulung

tikar. Darah setampuk pinang, umur setahun jagung telah menyebabkan ramai pengusaha-pengusaha

baru dalam bidang perniagaan terpaksa gulung tikar kerana gagal mengawal perbelanjaan berhemah.

Begitu juga dengan penjawat awam yang berharap kepada pendapatan makan gaji, baru setengah

bulan wang di kocek sudah kering kerana gagal mengamalkan prinsip berjimat cermat. Sesungguhnya,

kebijaksanaan menguruskan kewangan keluarga merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga dan

keharmonian negara.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum

dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Sehubungan

dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan

luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun ada

lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup

segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk

merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam

kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota

masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat

dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan

seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat

mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih

mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau

kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk

kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan

ampuh.

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan

melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan

bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan

anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan

semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini

boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami

sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat

kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu

pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan

melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan

Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka

pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa

sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni

maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat

dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya

membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan

orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif,

semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah

kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat

dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak

kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu

padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang

harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu

elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai

jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk

pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur

gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai

perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas

sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil

mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat

hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum

juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini

banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang

menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat

banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai

contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta

tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh

para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program

Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran

dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu

memberangsangkan kepada negara.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya

masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana

malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam

mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup

besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa

akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas

pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

KELUARGA IMPIAN SAYA - : Ciri-ciri keluarga yang diimpikan

Rumahku, syurgaku merupakan ungkapan keramat yang memanifestasikan peri pentingnya setiap

ahli dalam sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin sehingga

menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama syurga. Semua insan mengidamkan

sebuah keluarga yang bahagia, tidak terkecuali saya. Dalam sebuah keluarga yang bahagia, nilai

toleransi, bertimbang rasa, kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran sewajarnya menunjangi

kehidupan seharian ahli-ahlinya. Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri

tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing

harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan

bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Oleh itu, kita harus

membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak

mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.

Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan masing-masing demi

mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk

membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang

akan membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang terbaik

kepada anak-anak seperti ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak pada era

globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa yang dipelajari, maka anak-anak ini perlu dibaja

dengan perkara yang baik dan berfaedah serta membuahkan hasil. Anak-anak umpama sehelai kain
putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik.

Sewaktu anak-anak masih kecil, ibu bapalah yang menjadi guru mereka kerana merekalah guru yang

pertama dan terdekat yang boleh membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang berwawasan

apabila dewasa kelak. Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa kerana mereka merupakan

idola anak-anak mereka semasa kecil dan hal ini dapat diibaratkan bagaimana acuan, begitulah

kuihnya. Haruslah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa pasti ada

yang akan menjejaki langkah mereka. Tuntasnya, benarlah bahawa ibu bapa haruslah membentuk

sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi fizikal mahupun rohani

mereka dan ciri keluarga beginilah yang menjadi impian saya.

Selain itu, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka yang mana intan, yang mana kaca, iaitu

mereka bijak membezakan antara perbuatan yang baik dan sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh sifat

anak-anak yang naif lantas tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan

yang buruk. Dalam konteks ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang realiti

menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu bapa harus mengawasi pergaulan anak-anak di luar

rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau bebas sehingga terjerumus ke lembah dunia yang penuh

dengan masalah sosial dan susila yang meruncing sedangkan mereka masih berumur setahun jagung

dan darah setampuk pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan

rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa depan mereka. Tidak

cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena tak bena. Sebaliknya, ibu bapa haruslah

memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang

minyak yang penuh. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak memperoleh didikan agama yang

mantap sejak anak-anak masih kecil lagi kerana tanpa pegangan agama yang kukuh mereka akan

tersesat seperti layang-layang terputus talinya. Ironinya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak

mereka kecil lagi supaya mereka tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Dalam benak

saya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.

Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian jika ibu bapa tidak

meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya untuk bertanyakan khabar. Lantaran itu, ibu bapa

haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan

masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah,

bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang

membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil

berat terhadap anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di

sekolah dan kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak seharusnya memperlihatkan sikap rakus dalam

mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap

anak-anak. Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi tetapi kasih

sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu adalah penting bagi menjana keluarga bahagia. Tidak

salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang hari, tetapi jika sering pulang lewat petang sehingga

mengabaikan makan minum anak-anak, tentu mereka akan makan hati. Peribahasa Arab pernah

mengatakan bahawa anak-anak yang kurang memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk

adalah yatim. Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan

anak-anak agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga bahagia.
Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam mana-mana ajaran

agama. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak haruslah menuruti perintah ibu bapa mereka.

Anak-anak hendaklah belajar dengan penuh kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang

kerana pencapaian tersebut dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa mereka. Anak-anak

seharusnya memuliakan maruah diri dan maruah keluarga dengan tidak melibatkan diri dengan

aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, dan menagih dadah. Anak-anak sewajarnya

mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan diri mereka tidak ubah seperti mencurahkan air ke

daun keladi. Tidak sepatutnya jasa ibu bapa yang tidak terbalas itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai

insan yang bergelar anak kita haruslah mengenang jasa mereka kerana kita ditegah untuk menjadi

seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak haruslah mengambil alih tugas ibu bapa yang dahulu menjaga

kita sewaktu kecil dan kini tugas itu diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang

sudah uzur yang sudah tidak boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu bapa boleh menatang kita

umpama anak emas, mengapa kita sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini

disebabkan oleh mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah berjasa kepada diri

mereka sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing, mendidik dan menjaga mereka sejak mereka

kecil lagi. Seandainya tiada ibu bapa,siapakah kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-anak harus

mentaati perintah ibu bapa agar keluarga bahagia dapat dibina. Sejujurnya, inilah antara ciri yang

perlu ada dalam sebuah keluarga yang menjadi impian saya.

Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat menghormati antara

satu sama lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan,

terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap

seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai orang

mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Sebagai

ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga, mereka haruslah mewujudkan

situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang

serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain.

Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek matematik, haruslah dibantu

oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang

kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan

generasi akan datang, malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.

Kita haruslah mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ke gunung sama

didaki, ke lurah sama dituruni. Tegasnya, saya mengimpikan ahli keluarga yang mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan untuk membina keluarga bahagia di samping membangunkan generasi

akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.

Kesimpulannya, itulah antara ciri keluarga yang menjadi impian saya, terutamanya setelah saya

dewasa dan membina keluarga sendiri. Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya

dalam bidang pelajaran yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah kerana

kedudukan ekonomi saya yang stabil. Selain itu, saya dan pasangan yang menjadi suri kehidupan saya

akan memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin agar anak-anak akan menjadikan kami

sebagai rol model mereka. Dengan keizinan daripada Yang Maha Esa, mudah-mudahan impian saya

akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti berusaha dengan penuh kesungguhan agar impian tidak

tinggal sebagai mimpi pada siang hari kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan. Semoga fajar yang
menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan sinaran paling

gemilang dalam kehidupan saya.

Anda mungkin juga menyukai