Anda di halaman 1dari 4

Lapis Sinu Ngenang (MEMOIR)

Bahan-Bahan
Resepi : Asiah Asong
Loyang : 9x9x3
500gm Butter
170gm Cream Oreo(inti oreo)
1SB Ovelet
10 Biji Telur gred A
397gm Susu Pekat Manis
100gm Horlick
260gm Tepung Hong Kong
50gm Nestum Cerelac
400gm Cream Cheese
80 Keping Biskut Oreo
Cheese Parut
Cara Membuat
Pukul butter bersama cream Oreo dan Ovelet sampai kembang. Masuk cream
cheese. Pukul sebati. Masuk telur satu persatu. Sebatikan. Masuk susu pekat.
Sebatikan. Masuk Horlick. Sebatikan. Masuk Nestum. Sebatikan. Masuk tepung.
Sebatikan.
Bakar lapis pertama menggunakan api atas bawah dalam 5 minit. Selepas itu bakar
menggunakan api atas sahaja sampai masak. Sambung melapis untuk lapis yang
seterusnya. Suhu 180C.
Parut cheddar cheese di setiap lapisan biasa. Letak biskut oreo pada lapisan ke 3, 6,
9, 12 dan 15 (terakhir). Saya susun 16 keping biskut oreo pada lapisan oreo. Senang
untuk jual cara potong. 4 potong semua dapat sama jumlah biskut oreo.
Sesuci Hati Wiena (Creamy)
Resepi Asal V1: Asiah Asong
Loyang: 9x9

Bahan A
500gm Mentega
500gm Cream Cheese
1 SB Ovelet
250gm Susu pekat manis

Bahan B
4 Biji telur

Bahan C
250gm Tepung Hong Kong
50gm Nestum Cerelac
100gm Coffeemate

Bahan D
14 Biji Putih Telur
1 ts Cream of tartar
120gm gula halus
- Pukul putih telur dan cream of tartar, masuk sedikit demi sedikit gula halus. Pukul sehingga
bertanduk. Ke tepikan.

Bahan D - Perasa
1 SB Strawberry Esen
50gm Strawberry Jem
1 SB Jus Lemon
1 SB Coklat Paste
Coklat Chip Putih secukupnya.

Cara-cara
- Pukul A sehingga kembang putih dan gebu.
- Masuk B. Pukul sebati.
- Masuk C. Sebatikan.
- Satukan adunan A, B dan C dengan D yang telah dipukul tadi.

Bahagi 3 bahagian.
1) Asal + Jus Lemon ( 10 Lapis, 5 atas, 5 bawah)
2) Merah + Strawberry Jem + Strawberry Esen (4 bahagian, 2 atas, 2 bawah)
3) Hitam + Coklat Paste + Tabur Coklat chip Putih (2 lapis di bahagian tengah).

Bakar ikut gambar sebagai rujukan. Guna suhu 160C oven besar 100L. Kalau oven kecil,
turunkan suhu. Bila atas sudah bertukar sedikit keperangan, keluarkan dari ketuhar. Bubuh lagi
satu lapis. Bakar sehingga selesai.

Nota
Jangan over baked. Nanti hasil tidak memuaskan. Guna Butter berkualiti tinggi
Lapis Elsa
Resepi Asal: Asiah Asong
Loyang: 88

Bahan-Bahan
500gm mentega
10 biji telur
1 SB Ovelet
397gm susu pekat manis
50gm nestum cerelac
250gm Tepung Hong Kong
100gm gula halus
100gm horlick
170gm Sekaya
250gm Cream Cheese
2ts Vanilla Prima
100gm Jem Blueberry

Cara-cara:-
Pukul mentega, ovelet dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis.
Masukkan susu pekat manis. Sebatikan. Masukan sekaya. Sebatikan. Masukkan horlick,
tepung dan nestum. Gaul rata.

Cara Membahagi Adunan


1) 5 lapis. Warna Turquoise. Masuk Vanilla Prima. Gaul rata.
2) 5 lapis. Warna Biru. Masuk Jem Blueberry. Gaul rata.
3) 5 lapis. Warna putih. Masuk cream cheese yang telah diputar lembut. Gaul rata.

Cara Bakar.
Bakar lapisan pertama, cream cheese hingga habis. Selepas itu baru bakar warna biru.
Seterusnya bakar adunan warna Turquoise. Setiap lapis dibakar dalam jangka masa 7 ke 10
minit atau sehingga warna atas kek bertukar perang. Suhu oven 180C. Atau mengikut
kesesuaian oven masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai