Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

.
Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri perkhemahan Go Green Camp 2016 peringkat sekolah, Sekolah
Kebangsaan Bandar Pusat pada kali ini .

Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-
tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang
berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,

Engkau perbaikilah akhlak kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan
terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang
merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan


kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh
ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini


akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati
samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .




.
.


.

Anda mungkin juga menyukai