Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT DATUK RADIN MALLEH


MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH
BERSEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN TENOM COFFEE VALLEY


5 JULAI 2017

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

[Dif dif kehormat]

(PENGHARGAAN)

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa
Pelaksana, atas jemputan untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Tenom Coffee Valley
ini. Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bersama
sama dengan [dif kehormat] tuan tuan dan puan puan yang hadir pada majlis hari ini.

2. Dikesempatan ini marilah kita bersama sama bersyukur kepada tuhan yang maha kuasa
atas keberkatannya, di mana kita dapat bersama sama berkumpul pada hari ini bagi
menyempurnakan Majlis Perasmian Tenom Coffee Valley.

3. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Tenom
Coffee Valley 2017 ini.

(TENOM DAN GLOBALISASI)

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Dalam mengharungi arus globalisasi yang semakin sukar diduga, Daerah Tenom tidak
terlepas daripada terkena tempiasnya sehingga kita perlu memilih sama ada tenggelam
dalam arus globalisasi ini atau meluncur kehadapan bersamanya. Perusahaan Kopi Tenom
telah memilih untuk meluncur jauh bersamanya sehingga nama Tenom terpampang luas di
persada antarabangsa, malah Biji Kopi menjadi tugu utama Daerah Tenom.

5. Menyingkap sejarah daerah prominen Pahlawan Antanom ini, pengeluaran kopi di Sabah
telah pun bermula sejak daripada pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Sepanjang pemerintahan British, nenek moyang kita menjadi semakin mahir dalam
perusahaan kopi dan melalui pahit getir yang mereka lalui, mereka mewariskan
pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga ini kepada generasi kita.

1
6. Oleh itu, sebagai warga Tenom kita seharusnya berbangga dengan pencapaian perusahaan
Kopi Tenom dan terus menjadi pendokong kuat kepada agenda pengantarabangsaan ini.

(ASPIRASI DAN HASRAT TENOM COFFEE VALLEY)

Hadirin yang dihormati sekalian.

7. Hari ini kita dapat menyaksikan sebuah lagi sejarah atau milestones dalam perjalanan
Daerah Tenom menuju ke puncak globalisasi iaitu pembukaan Tenom Coffee Valley. Tujuan
utama pembukaan kawasan ini ialah:

8. Satu, Bagi mewujudkan kawasan agro-tourism atau perlancongan agro di Tenom


memandangkan ramai pelancong domestik dan pelancong luar Negara gemar melawat
Sabah terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Pantai Barat disajikan dengan makanan
laut. Maka di provinsi Sabah Tengah kita sajikan mereka dengan perlancongan agro-tourism
ini.

9. Kedua, Bagi meningkatkan ekonomi pengusaha kopi tempatan tidak kira bangsa dan agama
serta status seseorang itu. Penumpuan perusahaan kopi di sini diharapkan dapat menjana
pendapatan mereka secara konsisten sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.

10. Ketiga, Inisiatif ini juga merupakan satu usaha kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai
penduduk tempatan untuk menceburi bidang perusahaan kopi ini bagi memastikan supply
and demand (Pengeluaran dan permintaan) komoditi ini sentiasa stabil dan sentiasa berada
dipasaran.

(PENGHARGAAN JAWATANKUASA PELAKSANA HARI KAAMATAN DAN MALAM APRESIASI


KAAMATAN 2017)

11. Hadirin sekalian, sebelum saya merasmikan pembukaan Tenom Coffee Valley ini, terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam mejayakan program program bersempena dengan Hari
Kaamatan 2017 yang telah berlangsung dengan jayanya. Selain itu, Saya ingin turut
mengucapkan tahniah kepada bakal bakal pelaksana Malam Apresiasi Kaamatan 2017.
Pelaksanaan Malam Apresiasi Kaamatan ini adalah tanda penghargaan pihak kerajaan
tempatan terhadap kejayaan program - program yang dilaksanakan sepanjang Hari
Kaamatan berlangsung yang telah melibatkan usaha keras pelbagai pihak. Diharapkan
jawatankuasa lantikan ini dapat melaksanakan Majlis Malam Apresiasi Kaamatan 2017
dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang akan terlibat.

2
12. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya menyeru kepada semua warga Tenom untuk
bersama sama membantu memastikan hasrat pembukaan Tenom Coffee Valley ini
tercapai dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada jawatankuasa pelaksana yang terlibat
atas kegigihan mereka yang sentiasa peka dengan pembangunan ekonomi rakyat.

Akhir sekali, dengan hormat takzimnya, saya merasmikan Pembukaan Tenom Coffee Valley.

Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai