Anda di halaman 1dari 3

Sedasarwasa ini , sering meniti dari bibir ke bibir manusia tentang isu obesiti .

Kecanggihan teknologi menyebabkan penghasilan makanan proses dan


pembukaan lebih banyak restoran makanan segera menjadikan sesetengah rakyat
Malaysia tidak mengamalkan pemakanan yang sihat . Berdasarkan kajian dari Unit
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan , menunjukkan peratus obesiti meningkat
secara mendadak dalam kalangan golongan dewasa iaitu daripada 4.4 peratus pada
tahun 1996 kepada 14 peratus pada tahun 2006 meningkat kepada 15.1 peratus
pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015. Mengikut
pendefinisian dari Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Ketiga , obesiti
bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak berlebihan yang
berupaya mencederakan organ organ penting dalam badan .

Obesiti atau kegemukan berlebihan pada tisu dapat dirawat dengan penjagaan
makanan yang sihat. Pemakanan seseorang itu perlu teratur dengan
mempraktiskan diet seimbang setiap hari.. Pengurangan pengambilan gula juga
adalah satu ikhtiar bagi mengurangkan lemak terkumpul .Pengurangan gula juga
dapat menjadikan keseimbangan kandungan glukosa dalam badan yang dapat
mengurangkan risiko seseorang itu menghidap penyakit kencing manis .

Di samping itu, pengambilan makanan yang sihat melahirkan masyrakat yang


sihat dan mempunyai kestabilan emosi . Kajian menunjukkan bahawa sesorang
yang menjaga gaya pemakanannya lebih bersikap positif . Hal ini sekaligus ,
meningkatkan keseimbangan sistem perdedaran darah serta daya imunisasi
seseorang bagi melawan penyakit . Hal ini meningkatkan stamina seseorang agar
tampil cergas sepanjang hari .

Pemakanan sihat juga merangkumi cara penyediaan makanan iaitu


memperbanyakkan pengambilan makanan yang melalui penyediaan yang lebih
mengekalkan khasiat seperti merebus dan mereneh dalam badan seseorang
berbanding kaedah menggoreng yang meningkatan tempoh penghadaman .
Kelewatan penghadaman makanan memberikan kesan sampingan kepada tubuh
seseorang yang akhirnya membawa kemudaratan terhadap seseorang seperti
penyakit obeisiti.
Kesimpulannya , masalah obesiti ini dapat ditangani sekiranya semua pihak
berusaha mengekalkan pemakanan sihat dan prihatin tentang amalan gaya hidup
sihat.
menjurus kepada masalah obesiti.

Anda mungkin juga menyukai