Anda di halaman 1dari 19

APA ITU RESELLER DROPSHIP DAN APA RUGI DAN

UNTUNGNYA

Reseller menurut kami adalah orang atau pihak yang menjual kembali produk
orang lain atau supplier dimana reseller ini berdiri sendiri atau bukan
merupakan pegawai dari si supplier. Reseller tersebut diharuskan membeli
dulu produk yang ingin dijual sebagai stock. Namun adalagi turunan dari
reseller, yakni dropshipper. Tujuannya hampir sama dengan reseller tapi
perbedaannya pada stock barang. Dropshipper tidak melakukan stock barang,
mereka hanya memamerkan gambar kepada calon pembeli. Sehingga jika ada
yang mau membelinya maka barang dikirimkannya dari supplier ke konsumen
langsung, namun atas nama si dropshipper. Itu untuk menjaga supaya si
konsumen tidak malah lari ke supplier utama apabila ingin membeli ulang.
Maka dari itu supplier sebaiknya tidak ikutan berjualan eceran, karena bisa
saja si konsumen googling produk tersebut berdasar merek dan menemukan
supplier utama yang menjual dengan harga yang lebih murah daripada si
dropshipper. Beban dropshipper tambah berat karena harus bersaingan
dengan supplier.
apa itu reseller dropship

Jadi rugi dong jadi dropshipper? Engga juga, ada ruginya ada untungnya.

Keuntungan jadi dropshipper

1. Minim modal untuk memulai usaha karena tidak memerlukan stock barang
2. Tidak perlu memikirkan tentang produksi produk beserta quality control, dimana
itu memerlukan ilmu untuk melakukannya. Jadi anda hanya fokus memasarkan
saja.
3. Tidak perlu galau karena rugi kalau ada barang yang tidak laku atau dead stock.
4. Bisa ganti-ganti supplier atau lebih dari 1 supplier bila dirasa supplier tersebut
tidak cocok
Kerugian jadi dropshipper

1. Tidak tahu stock yang ready apa saja. Maka dari itu cari supplier yang bisa
menyediakan tabel stock secara online dan update terus.
2. Tidak punya kendali penuh terhadap stock. Kita tidak tahu apakah produk jenis
tersebut seperti apa, kondisi sebenarnya seperti apa, apakah cacat atau tidak.
Tidak jarang juga lho calon pembeli yang ingin difotokan langsung dulu
produknya. Karena mereka sadar bahwa foto yang di showcase itu foto yang
sudah dimark-up kualitas fotonya.
3. Apabila supplier melakukan kesalahan, reputasi dropshipperlah yang akan
hancur. Kesalahan supplier yang sering terjadi adalah salah ukuran, salah jenis
barang, salah alamat (bukan lagu ayu ting ting ya,haha), dan salah-salah yang
lain. Selayaknya kalau kesalahan ini terjadi yang menanggung dana kerugian
adalah pihak suppliernya sendiri.
4. Diskon yang didapat biasanya tidak terlalu besar bila dibanding dengan reseller
yang men-stock sendiri.
Itulah artikel tentang apa itu reseller dropship dan beberapa untung dan
ruginya. Setiap jenis usaha pasti ada untung atau ruginya. Tinggal pilih mana
yang cocok untuk kita. Untuk mulai mencari supplier bisa dengan
mengunjungiwebsite khusus supplier. Mudah-mudahan bermanfaat.

Apa Itu Dropship?


Apa itu dropship? Mungkin anda yang masih baru tertanya-tanya apa itu dropship?
Bagaimanakah sistem dia? Halal ke? Baik buruk dropship? Dropship ni sesuai untuk
siapa? Anda jangan bimbang kerana saya akan cuba terangkan kepada anda dengan
lebih detail lagi apa itu maksud dropship. Kepada pelawat blog saya, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana dalam blog ini saya hanya tuju khas
kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak denganperniagaan online.

Daripada pengalaman saya, dropship ini adalah sejenis perniagaan di mana kita
menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi
orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada
orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda
tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan
praktikal, itulah maksud dropship. Saya harap anda lebih memahami serba sedikit
sistem dropship ini.

Semua benda ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan sistem dropship ini adalah,
anda tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. Sudah tentu jika
anda ingin membuka stor memerlukan modal yang besar. Selain itu juga, anda
tidak rugi apa-apa pun jika tiada pelanggan yang membeli barang daripada anda.
Cumanya, anda tidak dapat untung sahaja.

Dari segi modal pula, anda tidak perlu keluarkan sedikit pun wang anda kerana
anda hanyarolling duit yang pelanggan bayar kepada anda untuk anda bayar balik
kepada supplier anda. Untung anda simpan terus. Biasanya untung yang anda akan
dapat adalah di antara RM5-RM10 untuk setiap barang. Jangan risau, anda sebenar
sudah mendapat harga yang cukup murah daripada supplier anda untuk jual balik
kepada pelanggan anda. Anda sebenar yang menentukan untung tadi. Bukannya
supplier anda.

Dari segi kekurangan pula, supplier anda mesti tidak mempunyai stok yang cukup
untuk setiap masa. Jadi andaikata anda nak jual baju muslimah jenis XX saiz M.
Ada pembeli dah bertanya kepada anda untuk membeli baju tersebut. Tetapi
apabila anda menghubungi supplier anda tadi, mereka dan kata sold out. Ini akan
menjejaskan kredibiliti anda sebagai seorang penjual yang professional. Mungkin
pelanggan tadi dah lari kepada penjual lain. Perkara ini cukup merugikan anda
bukan? Perkara ini dah terjadi kepada saya.

Halal ke sistem dropship ni? Semestinya halal lagi suci. Kita cuma menjadi agen
atau orang tengah sebagai transaksi jualan. Tiada paksa memaksa dan tiada istilah
menindas mana-mana pihak dalam sistem ini. Malah, jika ada barang yang di
hantar itu rosak, sesetengah supplier menawarkan pula untuk pemulangan secara
percuma dan diganti dengan yang lebih elok. Jadi, tiada apa yang perlu anda
ragukan tentang sistem ini. Lakukan bisnes secara yakin!

Siapa sebenar yang layak untuk guna sistem dropship ini? Bagi saya, sistem
dropship ini amat sesuai kepada golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit
sampingan dengan buat bisnes. Antaranya adalah pelajar, pekerja kerajaan, guru-
guru dan lain-lain lagi. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka akan
menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan
daripada supplier untuk dihantar terus kepada pelanggan tanpa menyimpan stok!

Baiklah, setakat ini sahaja atikel untuk kali ini. Pada masa akan datang, saya akan
menulis pula bagaimana nak guna sistem dropship dengan lebih berkesan dan
bagaimana untuk mengelakkan kekurangan dengan menggunakan sistem ini seperti
yang saya nyatakan sebelum ini.

Sekian!

Apa itu Dropship?

Salam sejahtera,

Semasa memberikan talk berkenaan asas perniagaan Internet di Shah


Alam pada awal bulan Ogos yang lepas, ada seorang peserta
bertanyakan saya solan. Soalannya kepada saya adalah, Apa
itudropship?. Baiklah, mungkin ada dikalangan anda yang masih
belum tahu apa itu perniagaan Internet secara dropship.
Jadi, terdetik dihati saya untuk menulis secara ringkas untuk pembaca
website saya yang budiman berkenaan soalan tersebut. Harapan saya,
penulisan ini dapat membantu anda untuk lebih tahu apa itu dropshipdan
mungkin juga anda boleh memulakan perniagaan anda
secaradropship hanya dari rumah.
Pengenalan Dropship.
Secara ringkasnya, Dropship adalah apabila anda berniaga sesuatu
produk dengan cara menjadi orang tengah dan menjual produk tersebut
kepada pelanggan anda. Apabila anda menjalankan perniagaan secara
dropship, anda tidak perlu menyimpan stok untuk jualan. Rujuk rajah di
bawah.

Cara memulakan perniagaan dropship.

Tugas pertama anda adalah, mencari produk yang anda ingin jual.
Pastikan pembekal tersebut ada menjalankannya secara dropship.
Selepas itu, anda boleh hubungi mereka untuk menyatakan minat anda
untuk menjadi agen dropship produk mereka. Untuk menjadi agen, ada
yang berbayar, ada juga yang percuma. Bergantung kepada pihak
mereka.

Mulakan perniagaan dropship anda.

Selepas selesai menjadi agen dropship, kebiasaannya anda akan


dibekalkan dengan gambar dan harga produk mereka. Jadi, gunakan
gambar dan harga tersebut untuk tujuan promosi anda. Anda boleh
mempromosikan produk tersebut kepada jiran, rakan di tempat kerja dan
juga website atau laman jualan anda.

Menjana pendapatan dari dropship.

Setelah selesai melakukan promosi, anda biasanya akan ada pelanggan


yang ingin membeli produk tersebut. Jadi, ambil tempahan daripada
pelanggan anda bersama bayaran untuk produk itu. Seterusnya, berikan
maklumat tempahan dan bayaran kepada pengedar produk tersebut.
Selepas itu, pengedar akan menghantar produk terbabit terus kepada
pelanggan anda. Biasanya, pengedar akan beri harga agen kepada anda.
Anda jual kepada pelanggan mengikut harga pasaran. Di sinilah anda
akan menjana pendapatan.

Ringkasannya, sebagai agen dropship tugas utama anda adalah


melakukan promosi, ambil tempahan dari pelanggan dan bayar kepada
pembekal mengikut harga yang telah dipersetujui untuk setiap barang.
Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk beli barangan
secara borong dan menyemakkan rumah untuk simpan stok barangan
tersebut.
Dropship mungkin istilah yang janggal dan jarang didengar oleh sesetengah
orang. Namun bagi mereka yang setiap hari bergelumang dalam dunia
perniagaan, istilah ini pasti sudah tidak asing lagi di telinga mereka.
Tentu ada di antara anda yang ingin memulakan perniagaan tanpa perlu
merasa sakit kepala; bimbang tentang modal, bimbang produk yang dijual
tidak ada keberkesanannya atau sambutan dingin pembeli terhadap produk
yang dijual. Jika anda dalam kalangan anda yang mempunyai alasan-alasan
sebegini, maka kaedah Dropship mungkin boleh menjadi pilihan perniagaan
anda.

Dropship merupakan istilah jual beli yang menjadi trend terkini dalam dunia
perdagangan dalam talian. Dropship atau juga dikenali sebagai Dropshipping
merupakan satu rantaian perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu
produk atau servis dengan pengedar (iaitu anda). Pengedar hanya perlu
membayar kepada pembekal harga produk dan servis yang dijual kepada
pembeli. Tugas anda hanyalah untuk mempromosi produk yang dijual oleh
pembekal dan melakukan urus niaga pesanan dengan pembeli. Setelah
pembayaran dibuat oleh pembeli, anda akan menghantar pesanan itu kepada
pembekal yang seterusnya akan membungkus dan menghantar produk
tersebut terus ke alamat pembeli. Konsep yang nampak mudah bukan? Anda
sebagai pengedar akan memperoleh keuntungan atas angin, tanpa perlu
menyimpan stok atau menyediakan kos modal yang tinggi. Kebiasaannya
keuntungan anda adalah berdasarkan perbezaan margin harga jual yang
diberikan oleh pembekal kepada anda sebagai agen Dropship dengan harga
yang ditawarkan kepada pembeli.

Contoh pengiraan keuntungan anda:


Pihak pembekal (DropShipper) akan memberikan anda akses katalog produk mereka
dengan harga barang yang diberikan kepada anda dikira dengan harga istimewa.
Contohnya, harga yang diberikan kepada anda untuk sepasang kasut adalah RM24.00
dan kos penghantaran pula adalah sebanyak RM6.00.

Anda pula menjual produk tersebut di laman e-dagang anda dengan mengenakan
harga pasaran iaitu sebanyak RM50.00 termasuk kos penghantaran. Pembeli
kemudiannya membuat pesanan dan pembayaran kepada anda. Perbezaan harga jual
beli produk inilah sebenarnya merupakan keuntungan yang akan anda peroleh. Dalam
contoh ini, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak RM20.00 bagi setiap pasang
kasut yang dijual!

Tanpa perlu ada modal dan produk untuk memulakan perniagaan, anda sebenarnya
sudah boleh bergelar usahawan. Kalau moto syarikat penerbangan tambang murah Air
Asia, Everybody can fly, mungkin moto perniagaan berkonsepkan Dropship ini pula
Everybody can do business!

Bagaimana untuk memulakan perniagaan Dropship


Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana jika ingin memulakan perniagaan
berkonsepkan Dropship ini. Pertama-tama, apa yang perlu anda buat adalah mencari
DropShipper yang sah yang menawarkan servis Dropship kepada pengedar. Namun,
anda tentu tidak mahu terjebak di dalam scam perniagaan dalam talian kerana tidak
dinafikan kes-kes penipuan seperti ini banyak terjadi. Oleh itu, bagaimana anda boleh
mengenal pasti syarikat DropShipper yang anda pilih itu merupakan syarikat yang sah
dan telus dalam menjalankan perniagaan mereka?
SIASAT. Ya, anda perlu menyiasat latar belakang DropShipper yang dipilih, pastikan
sama ada mereka ini di bawah kategori pengilang atau pemborong. Siasat maklumat
syarikat penjual, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat, pastikan syarikat ini
merupakan syarikat yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang. Semak nama
pemilik, alamat syarikat dan nombor telefon untuk dihubungi, pastikan ianya memang
wujud. Kenal pasti kepakaran dan pengalaman mereka, sudah tentu semakin lama
syarikat ini menjalankan perniagaan mereka, semakin anda boleh mempercayai
syarikat tersebut. Lakukan carian mudah melalui internet, untuk mengetahui jika
terdapat sebarang aduan dari ejen Dropship yang lain terhadap syarikat itu, tidak kisah
lah aduan dari segi produk, servis atau berkenaan syarikat itu sendiri. Ambil tahu
mengenai kos penghantaran dan kenal pasti syarikat pos laju pilihan mereka ketika
berurusan. Kenal pasti jumlah tenaga kerja yang mereka ada. Jika boleh, sediakan
dokumen syarat-syarat bertulis atau kontrak, yang meliputi jaminan untuk produk
pembeli. Ini penting bagi memastikan pembeli mendapat pulangan jika produk yang
dibeli itu rosak, tidak sampai pada masa yang ditetapkan atau dalam situasi yang lebih
teruk produk itu tidak sampai langsung ke tangan pembeli. Sekiranya anda sudah
berpuas hati dengan syarikat DropShipper anda, maka anda bolehlah membuka akaun
peruncit dan dapatkan kod keahlian anda dengan syarikat berkenaan.

Untuk menjadikan proses urus niaga lebih efisien, maka anda bolehlah mewujudkan
satu laman web e-dagang ataupun akaun Facebook untuk perniagaan anda. Gunakan
ia sebagai tempat di mana anda melakukan promosi untuk melariskan produk yang
dijual. Pamerkan dengan jelas gambar-gambar produk dan juga sedikit penerangan
mengenai produk. Jika anda memperniagakan produk pakaian, pastikan ukuran saiz
ada disertakan sekali. Jangan lupa untuk menyediakan borang pesanan untuk
pengunjung laman web anda membuat pesanan melalui talian untuk produk yang
ingin dibeli. Borang pesanan perlulah lengkap dengan ruang untuk pembeli
memasukkan butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan
produk yang ingin dibeli.

Apabila pelanggan sudah membuat pesanan, dan anda sudah pun memastikan yang
pembayaran telah dibuat, maka anda bolehlah menghantar pesanan tersebut kepada
DropShipper dengan menyertakan butiran peribadi pelanggan. DropShipper
kemudiannya akan memproses pesanan itu, dan produk akan dibungkus dan dihantar
terus kepada pelanggan. Nama dan alamat anda akan ditulis di bungkusan tersebut,
sebagai sumber rujukan pembeli. Gunakan tracking number daripada DropShipper
anda, untuk anda memeriksa transaksi dan status penghantaran dengan syarikat pos
laju yang digunakan.
Tips Kejayaan Perkhidmatan Dropship

Tip 1: Kaji Pasaran Anda Cari produk yang senang untuk dijual! Buat sedikit kajian
untuk mengetahui permintaan pasaran anda, agar hasil jualan anda lebih banyak dan
lebih tinggi keuntungan yang diperoleh. Anda juga boleh menjual produk yang anda
minati, kerana secara semula jadinya anda akan menjadi lebih berminat untuk
memasarkan produk yang anda jual itu.

Tip 2: Kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh Dropshipper. Ada kalanya lebih
senang untuk menjana keuntungan apabila terdapat kepelbagaian produk yang dijual,
agar pembeli mempunyai pilihan ketika membeli. Sudah tentu anda tidak mahu
pembeli anda berpaling dan membeli dengan penjual yang lain semata-mata atas
alasan barangan yang dikehendaki tidak dijual oleh anda. Jika produk yang dijual
adalah produk makanan, pastikan anda menjaga sensitiviti para pembeli. Cari produk
yang diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pastikan
juga ia mempunyai standard dan kelulusan piawaian yang diperlukan dan diiktiraf
oleh badan-badan piawaian seperti SIRIM.

Tip 3: Gunakan platform dalam talian untuk jualan anda Promosi produk anda
secara meluas melalui pelbagai platform dalam talian seperti laman web e-dagang,
Facebook, blog, di laman web bidaan seperti e-bay dan juga di laman web forum
seperti mudah.com. Kunjung laman web yang berbentuk forum ini dan sesekali
komen terhadap isu-isu semasa. Jangan lupa untuk membuat pautan laman web anda
setiap kali anda memberi komen anda. Anda juga boleh membuat pautan laman web
anda di dalam e-mel anda. Terdapat pelbagai lagi cara untuk anda mempromosikan
perniagaan anda, maka jadilah seorang yang lebih kreatif untuk membolehkan
perniagaan anda lebih dikenali.

Tip 4: Tentukan berapa peratus keuntungan yang ingin anda peroleh. Dengan adanya
matlamat seperti ini, maka anda akan lebih fokus dalam perniagaan anda. Buat
perbandingan harga produk yang ditawarkan oleh agen DropShip yang lain dan
pastikan keuntungan yang diperoleh berbaloi dengan daya usaha anda. Jangan lupa
untuk menyediakan kunci kira-kira untuk anda mengira keuntungan perniagaan anda
pada setiap hujung bulan.

AWAS ! Sisi Buruk Perniagaan DropShip


Tahu kah anda dengan menceburi perniagaan berkonsepkan DropShip ini, nasib
perniagaan anda berada sepenuhnya pada tangan pembekal anda. Disebabkan anda
tidak memiliki stok produk dan tidak mempunyai kawalan terhadap inventori produk
yang anda jual, anda tidak dapat mengawal berapa cepat produk yang dibeli sampai ke
tangan pembeli. Semuanya bergantung sepenuhnya kepada pembekal untuk
membungkus dan menghantar produk kepada pembeli. Jika pembekal melakukan
kerja ala kadar, maka sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi perniagaan anda.

Ada juga terjadi masalah pembekal kehabisan stok produk mereka dan tidak
memaklumi perkara tersebut kepada agen mereka. Maka secara tidak langsung anda
akan mendapat tempiasnya. Agak mendukacitakan jika anda tidak dapat memenuhi
permintaan pelanggan anda, terutama yang kerap kali membeli dengan anda. Kes-kes
seperti ini, adalah di antara penyebab titik peralihan pembeli dan perkara yang
menakutkan mungkin terjadi pembeli beralih kepada pengedar lain, saingan anda
sendiri!

Isu perkhidmatan pelanggan daripada DropShipper juga sering kali menjadi masalah
besar. Kebanyakan DropShipper mempunyai perkhidmatan pelanggan yang buruk,
malah ada yang tidak langsung mempunyai perkhidmatan pelanggan di syarikat
mereka. Jika anda berhadapan dengan situasi pelanggan yang tidak berpuas hati
dengan produk yang diterima, maka anda akan terperangkap antara memuaskan hati
pelanggan dan menunggu resolusi daripada pembekal anda.

Saingan juga mungkin akan menjadi salah satu masalah perniagaan DropShip.
Saingan terjadi kerana terlalu ramai yang ingin menjadi agen Dropship. Jika ada agen
yang tidak kisah margin keuntungan yang kecil, maka mereka tentu tidak kisah untuk
menjual produk yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dari anda!

Kesimpulannya
Apa yang telah dibincangkan dalam artikel ini diharap sedikit sebanyak dapat
dijadikan pembuka minda dan garis panduan kepada anda yang berminat untuk
memulakan perniagaan DropShip. DropShip boleh menjadi satu peluang pendapatan
yang sangat baik jika dilakukan dengan perancangan yang teliti dan dilaksanakan
dengan betul. Kunci kejayaan sesebuah perniagaan ala DropShip ini sama sekali
bergantung pada pembekal yang kita pilih. Cari dan pilihlah pembekal yang sah dan
berdaftar agar risiko perniagaan anda dapat di minimumkan. Lakukan promosi anda
dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan semua media yang ada. Layani
dan jaga hati pelanggan anda dengan sebaiknya, agar mereka akan acap kali berurus
niaga dengan anda.
Secara ringkasnya, DROPSHIP = Anda tak perlu simpan stok, Anda tak perlu modal.
Anda hanya perlu PROMOSI sahaja !

Dilema Agen Dropship & Masalah Perang


Harga
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, ada dua produk yang pernah popular dan sering
menjadi rebutan buat mereka-mereka yang ingin mendapatkan kesan pelangsingan badan
dengan cepat. Dua produk tersebut ialah

1. Losyen Felinna Inch Loss, dan

2. Pil kuruskan badan, Figure up

Kali terakhir saya dengar, pil figure up ini bermasalah dari segi kandungan dan ada isu
dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Masa tu saya aktif menjual dua produk ini
sebagai agen dropship, namun setelah keluar berita yang kurang elok tentang produk ini,
saya terpaksa hentikan kerja-kerja pemasaran.
Lumrah perniagaan barang kesihatan. Niche ini memang ada potensi untuk hasilkan
pulangan yang lumayan, namun risikonya ialah, apabila ia beri kesan negatif pada
penggunanya, ia boleh menyebabkan satu Malaysia tolak produk ini.

Pada waktu tu, bukan saya seorang yang jual produk ini. Ada ramai lagi. Kalau buka FB,
rasanya tak sah kalau tak jumpa iklan dua produk ini.

Sekejap-sekejap keluar iklan tentang Figure up, tak lama lepas tu jumpa pulak iklan tentang
Felinna.

Macam mana pulak dengan harga?

Pelbagai.

Ya. Ada yang jual murah. Ada yang jual mahal.


Ada yang jual murah, tapi harga tak termasuk pos. Bila buat kira-kira semula, harga sama je
dengan yang mahal.

Ada yang jual mahal, tapi ada pakej free delivery siap dengan free gift lagi.
Masing-masing ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Sebagai pelanggan,
nak pilih yang mana? Yang murah, atau yang servis baik punya?

Pesan guru pemasaran saya,

jangan bersaing dalam bab harga.


Peniaga A jual murah. Peniaga B jual murah sikit dari peniaga A. Tiba-tiba kita masuk ke
pasaran yang sama, terus open satu harga yang lebih murah dari peniaga A dan peniaga B.

Bunuh pasaran ni namanya. Satu kaedah meniaga yang tak sihat. Yang peliknya, ramai
pulak tu yang buat macam ni. Lagi produk tu tak laku, lagi murah dia jual.

Walaupun kita menang dalam kategori harga terendah, kita tetap kalah dalam persaingan
yang kita sendiri reka.

Peniaga A mungkin dah ada pelanggan mereka sendiri.

Peniaga B pun mungkin sama juga. Dia dah ada pelanggan sendiri.

Kita andaikan, kedua-dua peniaga A dah letakkan margin keuntungan yang mereka
sasarkan iaitu RM20 untuk satu produk.

Kita pulak, disebabkan nak menang, dengan harapan akan dapat customer yang ramai, kita
sanggup compromise dan hanya ambil untung RM5 sahaja untuk setiap barang yang
terjual.
Kerja kita sebenarnya sama banyak dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh peniaga A
dan B. Bezanya, untuk setiap jualan yang terhasil, mereka dapat untung RM20, kita pulak
hanya dapat RM5.

Tak berbaloi.
Kalau tak bersaing dalam bab harga, macam mana? Macam mana kita nak bersaing dengan
orang lama dalam industri yang sama yang kita berada sekarang?

Ada banyak lagi ruang untuk kita bersaing. Bersainglah dari segi servis. Sebagai contoh

1. Servis penghantaran percuma

2. Complimentary Free Gift


3. Jaminan kepuasan (satisfaction guarantee)
4. Money back guarantee
5. After sales support
Daripada pemerhatian saya, point nombor 1 hingga nombor 3 adalah perkara biasa.

Yang luar biasanya ialah apabila ada yang berani offer money back guarantee (jaminan
pulangan wang) dan juga after sales support. After sales support ni saya masih jarang
jumpa. Akan dibincangkan lebih mendalam dibawah.
Orang yang buat dropship, ramai yang tak berani nak bagi money back guarantee.
Perbualan kat bawah ni biasa berlaku antara saya dengan kenalan yang buat dropship, yang
minta pendapat tentang bisnes yang mereka buat.

==============================

sebelum kita sembang panjang, boleh saya tau mana awak dapat supply produk-
produk yang awak jual ni? Awak buat dropship ke atau beli sendiri then simpan stok?
Saya buat dropship je, tak ada modal la nak beli sendiri, nak simpan stok, lagi pun risiko
dia besarlah Kang tak terjual nanti macam mana
Kalau buat dropship, kenapa tak offer money back guarantee?
Mana boleh offer money back guarantee. Produk ni untung dia pun baru berapa. Kang
elok-elok saya nak buat duit, tiba-tiba jadi kena keluar lagi banyak duit pulak
==============================

Tujuan kita offer money back guarantee bukan sebab nak beri peluang kepada customer
untuk mintak balik duit dia suka-suka hati. Bukan macam tu.
Peranan money back guarantee adalah sebagai pelincir yang melancarkan proses jualan.
Bila ada money back guarantee, pelanggan jadi lebih yakin dan tak teragak-agak
untuk bank in duit ke akaun kita.
Itu yang kita mahukan.

Jangan risau la. Sepanjang saya buat dropship, tak pernah lagi customer mintak balik duit
dia. Paling teruk pun, diorang akan mintak tukar barang, sebab barang yang dia dapat
kurang sempurna.

Kalau mereka mintak balik duit sekalipun tak ada masalah. Kita anggap je la duit yang kita
kena keluarkan untuk refund duit customer tu sebagai modal perniagaan kita. Walaupun
orang katadropship ini perniagaan tanpa modal, TAPI, janganlah sampai kita tak siap
sedia dengan modal langsung. Kita berani jual barang dekat customer, kita jugak kena
berani tanggung kalau ada apa-apa masalah yang akan timbul.
Dari perspektif saya sebagai penjual, saya berani rekemen sesuatu produk dan berani buat
marketing untuk sesuatu produk sebabnya saya yakin

1. Produk tu berguna

2. Produk tu bagus

3. Supplier saya mampu untuk deliver produk tu dalam keadaan yang baik

Manakala dari perspektif pembeli pula, mereka sanggup untuk buat pembelian kerana

1. Mereka nak/mahu/ingin/perlu produk tersebut

2, Mereka yakin kita memang boleh dipercayai

Ini melahirkan satu situasi menang-menang antara kita sebagai penjual, dan juga
pelanggan kita.Money is not an issue.
Kat Malaysia ni, teruk macam mana pun servis yang diterima oleh pelanggan, majoritinya
lebih suka ambik pendekatan

ala tak pe la. kali ni kita bagi peluang, esok lusa jangan harap aku nak order dengan dia
lagi
My point is, amat jarang untuk mereka minta refund, lebih-lebih lagi bila kita dah letakkan
syarat siap-siap, kalau nak mintak refund
1. Mula-mula kena ambik gambar produk yang diterima kemudian emel pada kita gambar
tersebut

2. Balut elok-elok produk tersebut dan hantarkan semula pada kita

3. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli

4. Setelah produk sampai pada kita, barulah kita refund

Ingat pembeli nak buat macam tu? Leceh. Jangan harap mereka akan buat. Mungkin
daripada 100 orang, akan ada seorang je yang buat macam tu. Oh saya bukan bagi anda idea
untuk jual barang reject ye. Jangan salah faham pulak.
Sekarang saya nak sentuh mengenai servis after sales support.

Daripada 10 pelanggan yang kita dapat, belum tentu kesemua sepuluh orang ini betul-betul
faham cara menggunakan produk yang mereka beli.

Lepas beli, kalau ada masalah mereka nak tanya pada siapa? Dekat mana mereka nak buat
rujukan?

Ketakutan pembeli bukanlah hanya ketika hendak membeli sahaja, malahan, setelah
pembelian dilakukan, mereka masih lagi menyimpan perasaan takut.

Jadi, apa kata kita lenyapkan ketakutan tersebut dengan menawarkan after sales service
kepada pembeli-pembeli produk kita.

Caranya?

Sediakan group khas yang mereka boleh sertai. Kita namakan group tersebut sebagai group
support.

Gunakan skrip ini jika bersesuaian dengan situasi dan perniagaan anda.
Terima kasih kerana puan sudi berurusniaga dengan saya. Bagi memastikan puan
mendapat layanan yang terbaik, saya ingin jemput puan untuk sertai group berikut >>
[nama group anda]

Sekiranya puan ada sebarang pertanyaan tentang produk atau apa sahaja, team saya dengan
senang hati akan bantu puan.

Saya juga menyediakan voucher diskaun, khas untuk ahli sahaja bernilai RM100 untuk ahli
baru yang menyertai group tersebut

Lepas pelanggan kita dah join group kita tu nanti, apa akan jadi? Dia akan selalu kacau kita
ke? Dia akan tanya macam-macam ke? Dia akan susahkan hidup kita?

Jawapannya, tidak. Mereka tak akan susahkan kita, malah akan lebih memudahkan kita.

Kita mudah nak keep in touch dengan mereka.

Kita juga mudah untuk build relationship dengan mereka.

Paling penting, kita mudah untuk promosikan sebarang produk baru kepada mereka.
Pernah dengar kan

Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding menjual kepada
pelanggan yang kita tak pernah berurusan.
Dalam hal ini, anda pasti tak menyangka, customer yang selama ni cuma beli kain dari
anda, bila anda dah masukkan mereka dalam satu group khas yang menghimpunkan
produk-produk lain yang turut dijual, mereka juga akan shopping untuk beli produk lain.

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai