Anda di halaman 1dari 1

Tarikh:XX/XX/2011

Saudara/Saudari
Hadir

Saudara,

AJK Kecil Ahli Pertolongan Cemas

Perkara yang tersebut di atas dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan MechMar Boilers Sdn Bhd yang diadakan pada 1/12/2010,
keputusan sebulat suara telah diambil di mana saudara/saudari dilantik sebagai salah
seorang AJK Kecil Ahli Pertolongan Cemas syarikat ini.

Sebagai AJK Pertolongan Cemas saudara/saudari akan disenaraikan di dalam Jadual


Bertugas Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan bersama-sama dengan
AJK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MechMar Boilers Sdn. Bhd. Jadual akan
diserahkan kepada saudara/saudari sebaik-baik sahaja ianya siap dibuat.

Tugas saudara/saudari sebagai AJK Pertolongan Cemas adalah seperti berikut:

1. Membantu atau merawat dengan segera mana-mana perkerja yang ditimpa


kemalangan dan lapurkan kepada AJK Keselamatan Dan Kesihatan bertugas
dengan segera.
2. Memeriksa kesemua Lima (5) lokasi tempat terletaknya Peti Pertolongan
Cemas dan memastikan peti tersebut mempunyai ubat-ubatan dan lain-lain
keperluan yang mencukupi.
3. Memastikan keadaan bilik rawatan sentiasa kemas dan bersih.
4. Lain-lain tugas yang berkaitan dengan Ahli Pertolongan Cemas

Diharap saudara/saudari dapat memainkan peranan sebagai Ahli Pertolongan Cemas


dengan berkesan dan berkualiti kearah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
MECHMAR BOILERS SDN BHD

LIEW KAI SIANG


PENGERUSI
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

s.k. KPPMMB Sdn Bhd

Surat/cemas

Anda mungkin juga menyukai