Anda di halaman 1dari 15

BAB 6 NUTRISI

Rumusan Bab

6.1 Jenis-jenis Nutrisi


6.2 Konsep Gizi Seimbang
6.3 Malnutrisi
6.4 Pencernaan Makanan
6.5 Proses Penyerapan dan Assimilasi Makanan Tercerna
6.6 Pembentukan Tinja dan Penyahtinjaan
6.7 Menilai Tabiat Makan
6.8 Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat
6.9 Kepentingan Makronutrien dan mikronutrien dalam Tumbuhan
6.10 Fotosintesis
6.11 Mekanisme Fotosintesis
6.12 Faktor yang mempengaruhi Fotosintesis
6.13 Amalan Sikap Sayang terhadap Tumbuhan
6.14 Teknologi dalam Pengeluaran Makanan
6.15 Perkembangan Teknologi Pemprosesan Makanan

Peta Konsep

6.1 Jenis-jenis Nutrisi


1. Terdapat dua jenis nutrisi utama.
(a) Nutrisi autotrof
(b) Nutrisi heterotrof

Nutrisi Autotrof
1. Ini adalah sejenis nutrisi di mana organisma menyentisiskan sebatian organik yang kompleks daripada bahan inorganik yang
ringkas.
2. Autotrof adalah organisma yang menjalankan nutrisi autotrof. Autotrof boleh menyentisiskan makanannya sendiri melalui
(a) Fotosintesis proses menyentisiskan sebatian- sebatian organik daripada karbon dioksida dan air, dengan menggunakan
cahaya sebagai sumber tenaga, oleh tumbuhan hijau (fotoautotrof)
(b) Kemosintesis proses mensintesiskan sebatian organik dengan menggunakan bahan inorganik seperti hidrogen sulfida
atau ammonia, oleh jenis bakteria tertentu (kemoautotrof)

Nutrisi Heterotrof
1. Ini adalah sejenis nutrisi di mana organisma memperoleh tenaga daripada pengambilan dan pencernaan bahan organik,
biasanya tisu tumbuhan dan haiwan.
2. Heterotrof adalah organisma yang menjalankan nutrisi heterotrof (organisma yang tidak boleh mensintesiskan nutriennya
sendiri).
3. Terdapat tiga jenis nutrisi heterotrof:
(a) Nutrisi holozoik
Organisma menginges bahan organik pepejal, yang dicernakan dan diserap ke dalam badannya. Contoh: Manusia, haiwan
(b) Saprofitisme
Organisma disebut saprotrof memakan bahan organik mati dan mereput. Contoh: Bakteria, fungi
(c) Parasitisme
Parasit memakan dengan menyerap nutrien daripada organisma hidup yang dikenali sebagai perumah.
Contoh: Kutu dan kutu rambut, cacing pita, bakteria dan fungi
6.2 Gizi Seimbang
1. Suatu gizi seimbang seharusnya mengandungi karbohidrat, protein, lipid serta vitamin, air dan pelawas dalam perkadaran
yang betul
2. Nilai tenaga adalah kandungan haba yang dihasilkan apabila satu gram makanan dioksidakan dengan sepenuhnya.
3. Unit nilai tenaga adalah Joule per gram (Jg-1)/kalori.
4. Nilai tenaga sesuatu makanan boleh ditentukan oleh pembakaran jisim makanan yang diketahui dengan sepenuhnya dalam
kehadiran oksigen dalam suatu kalorimeter.
5. Haba yang dibebaskan dipindahkan kepada suatu isipadu air yang diketahui. Suhu air akan naik.
6. Nilai tenaga makanan (J g1) =

7. Keperluan tenaga harian bergantung kepada faktor-faktor berikut.


(a) Umur
(b) Jantina
(c) Badan
(d) Pekerjaan

8. Jadual di bawah merumuskan ujian-ujian makanan karbohidrat, protein dan lipid.

Vitamin
1. Suatu kumpulan sebatian-sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti kecil oleh organisma hidup bagi pengekalan
kesihatan yang baik dan metabolisme yang cekap.
2. Vitamin mesti diperolehi melalui makanan.
3. Vitamin dikumpulkan ke dalam dua kategori:
(a) Vitamin larut-lemak:
Vitamin A, D, E dan K
boleh disimpan dalam lemak badan
(b) Vitamin larut-air
Vitamin B dan C
Vitamin B boleh berfungsi sebagai koenzim
tidak boleh disimpan dalam badan
Mineral
1. Mineral adalah nutrien-nutrien inorganik ringkas diperoleh melalui gizi bagi pengekalan kesihatan baik.
2. Mineral dibahagikan ke dalam dua kumpulan
(a) Makronutrien diperlukan dalam kuantiti yang besar
(b) Mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil
Pelawas
1. Juga dikenali sebagai serabut, pelawas terdiri daripada selulosa dan adalah bahagian tumbuhan yang tidak tercerna.
2. Makanan kaya dengan serabut adalah buah-buahan, sayuran, biji benih dan bijan.
3. Fungsi pelawas:
(a) Ia mempunyai suatu kemuatan menyimpan air yang tinggi dan membekalkan jisim kepada kandungan dalam usus.
(b) Membantu dalam peristalsis yang membenarkan otot usus untuk memegang makanan dan menggerakkannya di sepanjang
salur alimentari.
(c) Menghalang pengumpulan bahan-bahan toksik dalam rektum.
4. Kekurangan pelawas boleh menyebabkan sembelit.

Air
1. Ia terdiri daripada 70% daripada jumlah berat badan.
2. Fungsi
(a) sebagai pelarut bagi kebanyakan bahan-bahan kimia
(b) bertindak sebagai medium pengangkutan bagi nutrien- nutrien dan gas-gas respirasi
(c) sebagai medium bagi tindakbalas biokimia dalam sel
(d) mengawal dan mengekalkan suhu badan
(e) menolong dalam proses- proses perkumuhan seperti perkumuhan urea, asid urik dan mineral berlebihan melalui
perpeluhan dan kencing

Tips
Untuk menentukan kepekatan asid askorbik dalam jus buah-buahan, hafalkan formula berikut:

6.3 Malnutrisi
1. Malnutrisi disebabkan oleh pengambilan suatu gizi tidak seimbang, samada nutrien-nutrien tertentu yang kekurangan,
berlebihan atau dalam perkadaran yang tidak betul.
6.4 Pencernaan Makanan
1. Pencernaan adalah proses yang mengurai bahan-bahan makanan kompleks kepada molekul- molekul larut yang lebih ringkas.
2. Pencernaan mengurai kanji kepada glukosa, protein kepada asid amino dan lipid kepada gliserol dan asid lemak.
3. Bahan-bahan ini diserap oleh sel-sel dalam badan untuk menjalankan proses-proses metabolik.
4. Dalam manusia, pencernaan berlaku dalam salur alimentari yang bermula pada mulut dan berakhir pada dubur.
5. Sistem pencernaan terdiri daripada salur alimentari dan kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam proses pencernaan.
6. Sistem ini terdiri daripada mulut, esofagus, perut, pankreas, hati, pundi hempedu, duodenum, ileum, sekum, kolon, rektum
dan dubur.
7. Makanan bergerak dalam sistem pencernaan melalui peristalsis.
Rajah 6.1 Sistem pencernaan manusia
Sistem Pencernaan dalam ruminan dan rodensia

1. Ruminan dan rodensia adalah herbivor yang memakan tumbuhan yang mengandungi selulosa, suatu polisakarida tak larut.

2. Rodensia seperti arnab dan tikus mempunyai suatu sekum besar yang menyimpan bakteria penghasil-selulosa.
3. Pencernaan selulosa berlaku dalam sekum.

Tips
Pergerakan makanan dalam sistem pencernaan lembu, suatu ruminan.
Mulut Rumen Retikulum Mulut Omasum Abomasum Usus kecil
Perbandingan pencernaan selulosa antara manusia, ruminan dengan rodensia
Perbezaan

6.5 Penyerapan dan Asimilasi Makanan Tercerna


1. Oleh kerana pencernaan, bahan makanan kompleks diuraikan kepada nutrien-nutrien larut.
2. Nutrien-nutrien ini adalah sedia ada kepada semua sel-sel badan melalui proses dikenali sebagai penyerapan.
3. Kebanyakan makanan tercerna diserap dalam usus kecil.

Ciri-ciri penyesuaian usus kecil


1. Usus kecil adalah panjang yang mewakili suatu luas permukaan yang luas bagi penyerapan.
2. Permukaan dalamnya berlipat- lipat untuk menambahkan luas permukaan bagi penyerapan.
3. Lipatan-lipatan ini diliputi dengan banyak unjuran-unjuran berbentuk jari disebut vili. Sel-sel epitelium suatu villus
mempunyai suatu lapisan unjuran-unjuran mikroskopik disebut mikrovili. Vili dan mikrovili menambahkan luas permukaan
sedia ada bagi penyerapan.
4. Sel-sel epitelium yang melapisi vilus adalah sangat nipis supaya bendalir-bendalir boleh meresap merentasinya dengan
pantas.
5. Ia mempunyai suatu bekalan kapilari darah yang kaya dalam setiap vilus, yang membolehkan makanan tercerna diserap dan
diangkut ke semua bahagian badan yang lain. Setiap vilus mempunyai suatu lakteal (salur limfa) untuk mengangkut asid lemak
dan gliserol.

Proses penyerapan
1. Nutrien-nutrien diserap melalui resapan ringkas.
2. Glukosa, asid amino, vitamin B dan C dan mineral meresap merentasi sel-sel epitelium vili dan diserap ke dalam kapilari-
kapilari vili. Nutrien-nutrien ni disalurkan ke dalam vena labuhan hati yang menuju ke hati. Dari hati, nutrien-nutrien diangkat
ke semua sel-sel badan.
3. Asid lemak, gliserol dan vitamin- vitamin A, D, E dan K memasuki lakteal vili dan dibawa dalam salur-salur limfa.

Penyerapan air dan mineral dalam kolon


1. 90% air dan garam mineral diserap pada kolon.
2. Kandungan dalam kolon menjadi lebih pepejal.

Fungsi-fungsi utama hati


(a) Penyimpanan nutrien
Glukosa larut ditukar kepada glikogen tak larut untuk disimpan dalam hati.
(b) Memproses hasil pencernaan.
Asid-asid amino berlebihan dikeluarkan oleh hati
Ia ditukar kepada urea oleh proses deaminasi (penyingkiran kumpulan amino)
Urea, kemudian dikumuhkan oleh ginjal.
(c) Detoksifikasi
Bahan toksik seperti dadah, alkohol dan racun ditukar kepada sebatian-sebatian kurang toksik.
Hasil detoksifikasi disingkirkan melalui hempedu atau air kencing.
6.7 Menilai Tabiat Makan
1. Ia adalah penting bahawa kita mengamalkan tabiat makan yang baik.
2. Tabiat makan yang baik bermaksud mengambil makanan dalam kuantiti yang betul pada masa yang betul.
3. Masalah kesihatan berkaitan dengan tabiat makan.
(a) Gastrik
(b) Kegendutan
(c) Anoreksia nervosa
Mereka mengelak daripada memakan
I n i menyebabkan kehilangan berat yang berlebihan

6.8 Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat


1. Kesihatan kita bergantung kepada sistem pencernaan yang sihat.
2. Untuk menjaga sistem pencernaan
(a) mengambil makanan pada masa-masa yang tertentu.
(b) mengelakkan daripada makanan ringan.

6.9 Kepentingan Makronutrien dan Mikronutrien dalam Tumbuhan


Unsur-unsur diperlukan oleh tumbuhan
1. Tumbuhan memerlukan nutrien- nutrien mineral yang boleh diperolehi daripada air tanah untuk membina bahan-bahan
organik dan nutrien-nutrien bagi pertumbuhan tumbuhan yang sihat.
2. Unsur-unsur dikelaskan kepada:
(a) Makronutrien
Diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Contoh: karbon (C), hidrogen (H), oksigen (O), nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K),
kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (S).
(b) Mikronutrien
Diperlukan dalam kuantiti yang sangat kecil. Contoh: mangan (Mn), zink (Zn), kuprum (Cu), boron (B), molibdenum (Mb),
klorin (Cl) dan ferum (Fe)

Fungsi dan kesan kekurangan mineral dalam Tumbuhan

6.10 Fotosintesis
1. Tu m b u h a n memerlukan karbon dioksida dan air untuk mensintesiskan karbohidrat dalam kehadiran tenaga cahaya.
2. Tumbuhan membebaskan oksigen semasa fotosintesis.
Penyesuaian tumbuhan daripada habitat berbeza untuk mejalankan fotosintesis
1. Tumbuhand daripada habitat-habitat berbeza disesuaikan kepada keadaan- keadaan persekitaran di mana ia hidup.
2. Maka, penyebaran stoma dan kloroplas dalam tumbuhan berbeza.

6.11 Mekanisme Fotosintesis


1. Fotosintesis berlaku dalam kloroplas-kloroplas.

2. Kloroplas mengandungi himpunan cakera-cakera pipih disebut grana (granum) mengandungi pigmen, klorofil yang
menyerap cahaya matahari.
3. Terdapat dua peringkat utama dalam fotosintesis.
(a) Tindakbalas cahaya
berlaku dalam kehadiran cahaya
berlaku dalam granum
granum mengandungi banyak klorofil
(b) Tindakbalas gelap
berlaku kedua-dua apabila bercahaya dan apabila gelap
berlaku dalam stroma
terdapat enzim-enzim diperlukan bagi tindakbalas gelap.
Tindakbalas cahaya
1. Klorofil menyerap tenaga cahaya.
2. Tenaga cahaya ini digunakan untuk memecahkan molekul- molekul air dalam kloroplas kepada ion-ion hidrogen dan ion- ion
hidroksil. Proses ini disebut fotolisis air.

3. Tindakbalas cahaya juga meningkatkan aras tenaga klorofil dan menyebabkan setengah elektron teruja untuk meninggalkan
klorofil.
4. Ion-ion hidrogen menerima elektron-elektron daripada klorofil dan membentuk atom-atom hidrogen. Tenaga dibebaskan
dariapda elektron-elektron teruja digunakan untuk membentuk ATP.

5. Atom-atom hidrogen akan memasuki tindak balas gelap untuk bergabung dengan karbon dioksida untuk menjadi karbohidrat.
6. Kemudian, ion-ion hidroksil membebaskan elektron- elektronnya kepada klorofil untuk meneutralkannya.
7. Kumpulan-kumpulan hidroksil terbentuk, kemudian bergabung untuk membentuk air dan oksigen.
8. Oksigen dibebaskan ke dalam atmosfera.

Tindakbalas gelap
1. Molekul-molekul ATP dan atom-atom hidrogen daripada tindakbalas cahaya bergerak kepada stoma.
2. Karbon dioksida bergabung dengan atom-atom hidrogen untuk membentuk CH2O.

3. CH2O adalah unit asas bagi pembentukan glukosa. Enam unit CH2O akan bergabung untuk membentuk suatu molekul
glukosa.

Gambarajah skema fotosintesis

Persamaan untuk mewakili proses fotosintesis.


6.12 Faktor-faktor Mempengaruhi Fotosintesis
Kepekatan karbon dioksida

Jika suhu dan keamatan cahaya adalah tetap, peningkatan dalam kepekatan karbon dioksida akan menambahkan kadar
fotosintesis sehingga ia mencapai aras tertentu.
Selepas aras ini, kadar fotosintesis tidak akan meningkat lagi.
Ini kerana faktor-faktor lain seperti keamatan cahaya menjadi faktor pengehad.

Keamatan cahaya

Jika kepekatan karbon dioksida dan suhu dikawal, peningkatan dalam keamatan cahaya akan menambahkan kadar
fotosintesis sehingga ia mencapai titik tertentu.
Selepas titik ini, kadar fotosintesis tidak akan menambah lagi.
Ini kerana faktor-faktor lain (seperti kepekatan karbon dioksida) menjadi faktor pengehad.
Kadar fotosintesis boleh ditambahkan dengan menambahkan kepekatan karbon dioksida.

Suhu

Kadar fotosintesis bertambah apabila suhu meningkat.


Apabila suhu adalah terlalu tinggi, kadar fotosintesis menurun dan akhirnya berhenti sama sekali.
Ini kerana enzim-enzim ternyahaslikan pada suhu tinggi.

6.14 Teknologi digunakan dalam Pengeluaran Makanan


1. K a e d a h - k a e d a h untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran makanan dalam negara.
(a) Penyemaian padi secara terus
(b) Hidroponik dan aeroponik
Hidroponik adalah teknik bagi menanam tumbuhan dalam suatu larutan kultur lengkap yang mengandungi semua
nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan
Aeroponik adalah kaedah di mana tumbuhan digantung dalam ruang khas dengan akar-akar didedahkan kepada udara
(c) Pembiakbakaan
Kaedah ini melibatkan pembiakbakaan memilih jenis-jenis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri berfaedah tertentu.
(d) Kultur tisu
(e) Kejuruteraan genetik
Ini adalah teknik yang melibatkan manipulasi gen, di mana gen-gen berfaedah dipindah daripada satu organisma
kepada organisma lain.
6.15 Perkembangan Teknologi Pemprosesan Makanan
1. Pemprosesan makanan bermaksud proses menyediakan makanan untuk menjadikan makanan tahan lama atau menjadikannya
lebih menarik dan lebih sedap.
2. Kaedah-kaedah pemprosesan makanan:
Makanan diawet dengan memusnahkan mikroorganisma hadir dalam makanan atau dengan menghentikan aktiviti-aktiviti
mikroorganisma. Kaedah-kaedah adalah
(a) Memasak makanan pada suhu tinggi.
(b) Menggunakan garam, gula dan cuka untuk mengawet makanan.
(c) Menapai jus buah-buahan dan makanan lain menggunakan yis untuk menghasilkan etanol.
(d) Menyimpan makanan pada suhu rendah (peti sejuk).
(e) Mengetinkan makanan.
(f) Pempasteuran makanan (contoh: susu)
(g) Mengeringkan makanan di bawah matahari panas.

UJIAN PANTAS
Soalan Subjektif

Bahagian A

1. Rajah berikut menunjukkan sistem pencernaan manusia.

(a) Labelkan bahagian A I dalam ruang yang diberikan dalam gambar rajah. [9 markah]
(b) Namakan proses yang terlibat dalam menggerakkan makanan ke bawah salur A. [1 markah]
(c) (i) Berikan satu rembesan yang dihasilkan oleh hati yang membantu pencernaan. [1 markah]
(ii) Di manakah ia disimpan? [1 markah]
(iii) Bagaimanakah rembesen ini disalurkan ke dalam duodenum? [1 markah]
(d) Nyatakan enzim yang dihasilkan oleh pankreas dan fungsinya. [6 markah]
(e) (i) Berikan jus pencernaan yang dirembeskan oleh C. [1 markah]
(ii) Selain daripada pepsin, apakah enzim lain yang dihasilkan olehnya? [1 markah]
(iii) Apakah fungsinya? [1 markah]
(f) Apakah yang berlaku kepada makanan tercerna pada E? [ 1 markah]
(g) Seseorang menghidap batu karang dalam organ I perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang kaya dengan lemak?
Terangkan mengapa. [2 markah]

Bahagian B

2. (a) Dengan bantuan suatu gambar rajah berlabel, terangkan bagaimana susunan, bentuk dan struktur daun disesuaikan untuk
mengoptimakan fotosintesis. [12 markah]
(b) Huraikan mekanisme fotosintesis dalam suatu daun.

3. (a) (i) S e o r a n g pelajar mengambil makanan berikut sebagai sarapan.


2 keping roti bermentega
Satu telur separuh masak
Satu gelas susu
Terangkan proses pencernaan yang berlaku ke atas makanan bermula dari mulut. [10 markah]
(ii) Bincangkan apakah yang berlaku kepada mulut selepas pencernaan lengkap. [6 markah]
(b)
Penglihatan yang kurang baik pada waktu malam
Muka dan kulit kelihatan pucat
Menghidap goiter
Jika simptom-simptom berikut berlaku kepada seseorang, terangkan bagaimana dia boleh mengatasi simptom- simptom ini
dengan mengubahkan gizinya. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai