Anda di halaman 1dari 3

TEKS KETUA JABATAN IKHTISAS

Assalammualaikum wbt,

Yang saya hormati,saudara pengacara majlis.Yang berusaha Puan Mazshaffiqah bt Mizan,

Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.Yang berbahagia Tuan Hilmi Bin Zulkefli,Timbalan

Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan warga KMPH yang disayangi sekalian.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Yang pastinya setiap perpisahaan pasti amat

Menyedihkan dan menyakitkan.Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama,pasti

Ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.Hari ini,kita semua

Akan merasa terharu kerana perpisahan ketua yang amat sayangi dan kasihi.Pada saya puan

Mazshafiqqah bukan sahaja ketua tetapi saudara kita dalam keluarga besar KMPH ini.

Masa begitu pantas berlalu,kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai

Komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu

Pantas meninggalkan kita.Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan puan Mazshafiqqah

Sebagai pengarah di KMPH ini.

Sikap beliau yang berdedikasi terhadap tugas dan bertanggungjawab serta pada masa yang sama

Berpegang teguh pada prinsip.Malah sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang,

Memahami dan sentiasa berusaha mempermudahkan urusan serta tidak menyusahkan orang

Yang menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan diteladani

Oleh kita semua.

Pastinya kita semua akan merindui beliau.Dengan hati yang berat,perpisahan dengan Puan

Mazshafiqqah kami relakan jua dan Insya-Allah,persahabatan kita tidak akan terhenti di sini
Dan akan terus berpanjangan.

Pada kesempatan ini,saya bagi pihak Kolej Matrikulasi Pahang ingin merakamkan setinggi-

tinggi uacpan penghargaan dan terima kasih kepada puan Mazshafiqqah bt Mizan di atas

sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di sini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berbahagia Dato Hilmi Bin Zulkefli yang sentiasa menyokong dan mendorong perjuangan

Puan Mazshafiqqah atas tanggungjawab yang telah diamanahkan sepanjang perkhidmatannya.

Kita berdoa,semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan

Mazshafiqqah dan keluarga,dipanjangkan usia,diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan

Ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,bangsa dan negara.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini,izinkan saya menghadiahkan pantun khusun untuk Puan

Mazshafiqqah,

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami separuh nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada pauh didaik,

Bawa sebiji ke tanah seberang,

Kalau ada budi yang baik,

Sampai mati dikenang orang.


Jadi saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan mazshafiqqah dan kepada semua

Yang hadir,selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Yang bakal menjelang tiba.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai