Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM NEWSPAPER IN EDUCATION (NIE) SEMPENA BULAN BAHASA SMK SERI TANGKAK

1. Nama program : Newspaper In Education (NIE)


2. Tarikh : 1 Julai 2015
3. Hari/Masa : 7.30 pagi - 8.50 pagi
4. Tempat : Kelas tingkatan 2 BR,ZM, DL, NL
5. Objektif : 1. Mengeksploitasi surat khabar Bahasa Inggeris sebagai bahan bacaan utama
untuk memperluaskan pengetahuan dan perbendaharaan kata
2. Mencungkil kreativiti pelajar serta mengembangkan semangat bekerjasama
dalam kumpulan

6. Sasaran : Pelajar tingkatan 2

7. Butiran aktiviti

Pertandingan Newspaper In Education (NIE) adalah salah satu aktiviti anjuran Panitia Bahasa Inggeris
sempena Program Bulan Bahasa 2015. Dalam aktiviti ini, pelajar dibahagikan dalam kumpulan bertiga
dan dibekalkan surat khabar lama dan kad manila. Pelajar diberi kebebasan memilih topik sendiri atau
memilih daripada contoh yang diberi ; Environment, Sports, People , Food, Places of Interest
Pelajar dikehendaki meneroka surat khabar untuk mencari kandungan yang sesuai berkaitan topik
yang dipilih. Potongan surat khabar yang dikumpulkan ditampalkan atas kertas manila yang
dibekalkan. Setiap kumpulan harus membentangkan hasil kerja mereka secara kreatif dalam bentuk
peta i-think.

8. Penilaian Program

8.1 Kekuatan Program

i) Aktiviti dalam berkumpulan membantu pelajar lemah mengambil bahagian secara aktif
ii) Aktiviti menggunakan bahan cetakan berunsur Bahasa Inggeris dapat meningkatkan
kemahiran membaca pelajar
iii) Pelajar secara tidak langsung menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi

8.2 Kelemahan Program

i) Beberapa kumpulan tidak dapat menyiapkan aktiviti dalam masa yang diberikan
ii) Pelajar tidak bersedia dengan alat tulis yang diperlukan untuk aktiviti
iii) Bekalan surat khabar tidak mencukupi

8.3 Cadangan Penambahbaikan

i) Memberikan pelajar topik terlebih dahulu supaya mereka boleh bersedia lebih awal
ii)Pelajar mengumpulkan surat khabar lama dalam kelas masing masing beberapa hari sebelum
program
iii) Menyediakan alatan gam dan gunting sekiranya pelajar tidak bersedia
9. Dokumentasi bergambar

Disediakan oleh,

(SANKALAH SUNDARARAJU)

Anda mungkin juga menyukai