Anda di halaman 1dari 3

11/3/2017 Cikgu Anelyza SPM: BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA

More Next Blog amirulasyraf0147@gmail.com Dashboard Sign Out

Cikgu Anelyza SPM


Saturday, November 20, 2010 Blog Archive
2016 (21)
BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA 2015 (35)

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula sering 2014 (32)
melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung 2013 (8)
berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah,
geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta 2012 (70)
lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala kehidupan. Bencana 2011 (27)
alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini, walaupun teknologi semakin
2010 (44)
berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat
menghalang bencana alam yang ganas melanda. Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa December (1)
telah menggemparkan dunia apabila semua berita melaporkan berlakunya ombak besar iaitu November
tsunami di Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu nyawa. Kejadian dahsyat itu masih (16)
meninggalkan kesannya hingga kini malah masih menjadi mimpi ngeri buat semua yang terlibat. PESANAN
Memang tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak belakangan ini banyak bencana alam yang TERAKHI
berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita dan juga negara-negara jiran seperti gempa bumi R
DARIPAD
di Pakistan dan di China, taufan Nargis di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina. A
Fenomena yang terbaharu ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai SEORANG
masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata memandang, berat lagi GURU
bahu memikul, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang JENAYAH
memerlukan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban. PERDAGA
NGAN
MANUSIA
Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh menyalurkan bantuan dengan (PUNCA,
kutipan derma. Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat KESAN &
memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. LANGKA...
Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti TEKNIK
ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah bencana berlaku, pastinya mangsa RUMUSA
N
bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka
telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, pelbagai peringkat KEPENTING
kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun pihak AN
MENGUAS
kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia. Contohnya dapat AI
dilihat apabila pihak TV3 telah mengadakan Karnival Jom Heboh untuk membantu mangsa- BAHASA
mangsa tragedi yang menyayat hati di seluruh negara ini. Mantan Menteri Belia dan Sukan INGGERIS
pernah menyatakan bahawa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan dan USAHA-
harus berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang lain yang memerlukan supaya Tuhan akan USAHA
melipatgandakan nikmat tersebut. Jelaslah di sini bahawa kita tidak harus lokek dalam MEMART
ABATKAN
menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa BAHASA
dapat hidup sempurna seperti kita. MALAYSIA

B)
Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita dalam membantu KELUARG
dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan atau mencari mangsa yang A/IBU
hilang selepas kejadian bencana alam. Muktahir ini, banyak pasukan penyelamat Malaysia BAPA
diterbangkan ke negara-negara jiran yang mengalami bencana alam untuk memberikan bantuan CARA
yang semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang berani menjadi penyelamat kerana MUDAH
UNTUK
takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka
MENULIS
ibarat wira dari Malaysia yang datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai KARANGA
penghuni di muka bumi ini. Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan N
SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama BANTUAN
dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Mereka membantu bukan untuk balasan KEMANUS
atau ganjaran, namun membantu atas dasar kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka IAAN
MALAYSIA
perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana alam ini.
Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu BERUNDING
platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita LEBIH
BAIK
berpegang pada kata pepatah, hari tidak selamanya panas. DARIPAD
A
Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini BERPERA
NG
disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga
yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk memberikan bantuan kepada negara-negara PERSEDIAA
jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan N
SEBELUM
mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan MENCEBU
bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai RI
oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang mengalami KERJAYA
MENCABA
kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh R DAN ...

http://anelyza.blogspot.my/2010/11/bantuan-kemanusiaan-malaysia.html 1/3
11/3/2017 Cikgu Anelyza SPM: BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA
Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat kerana Kesan-Kesan
perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi Teknologi
Maklumat
gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin
(ICT)
yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para
sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani PECUTAN
TERAKHI
kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan R PROSA
berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini. TRADISIO
NAL SPM
2010
Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan mangsa-mangsa kejadian
bencana alam ini. Doa yang dipohonkan adalah agar mereka tabah menghadapi dugaan daripada PECUTAN
Tuhan Yang Maha Mengetahui. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh TERAKHI
R CERPEN
mendoakan kesejahteraan hidup mangsa bencana yang masih hidup atau yang telah terkorban / DRAMA
mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian seperti Berita Harian, KOMSAS
Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan bahawa solat hajat dan bacaan Yasin secara SPM 2010
besar-besaran telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh lebih daripada PECUTAN
2000 orang rakyat prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang di-Pertuan Agong. TERAKHI
Berdasarkan senario ini, terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan bermacam-macam R KOMSAS
SPM 2010
bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan yang diberikan lantaran kita sedar bahawa apa-apa (PUISI
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tuntasnya, doa dapat kita hadiahkan kepada mangsa MODEN)
kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga secara tidak langsung boleh
PECUTAN
melahirkan rasa simpati dan insaf supaya kita sekali tersengat selalu beringat. TERAKHI
R KOMSAS
SPM 2010
Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang diberikan
(PUISI
seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk TRADISIO
semula. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau, NA...
Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan semula sistem TAJUK-
pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa TAJUK
gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan POPULAR
BM SPM
sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula
2010
pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit. Sokongan dan bantuan
kepakaran yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di samping dapat October (10)
memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang
September
tidak diduga itu.
(2)

Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan August (4)
dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walau di July (4)
mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu
April (6)
menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat wajar membudayakan sikap saling membantu
selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah March (1)
buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersama-sama
menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan hendak 2009 (39)
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rasulullah juga pernah bersabda, Tidak sempurna
iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu
menyayangi diri kamu sendiri. Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat menyempurnakan Followers
iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian mereka seperti Followers (706) Next
sediakala.

Dicatat oleh Cikgu Anelyza di 11:54 PM

No comments:
Follow

Post a Comment

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Goo Sign out

Publish Preview Notify me

Pautan pada catatan ini


Create a Link

Newer Post Home Older Post

http://anelyza.blogspot.my/2010/11/bantuan-kemanusiaan-malaysia.html 2/3
11/3/2017 Cikgu Anelyza SPM: BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Watermark theme. Powered by Blogger.

http://anelyza.blogspot.my/2010/11/bantuan-kemanusiaan-malaysia.html 3/3

Anda mungkin juga menyukai