Anda di halaman 1dari 7

ETIKA KEUSAHAWANAN

1. Apakah Maksud Etika Keusahawanan?


Peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam
perniagaan

2. Kaitan dengan etika lain


2.1 Etika Keperibadian Islam
Sebelum mencebur diri dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus
membangunkan etika keperibadian Islam yang kuat, unggul dan jitu dalam
dirinya. Langkah ini sebagai pelindung dan day atahan untuk menghadapi
pancaroba perniaggan dalam nasa akan datang. Antara etika peribadi Islam
(juga dikenali sebgai sifat mahmudah):

Amanah
Benar
Jujur
Bersikap adil
Warak
Pemaaf
Belas kasiha (empati)
Bijaksana
Berhikmah dalam setiap tindakan
Tawaduk
Merendah diri
Qanaah (cukup setakat pencapaian yang termampu)
Bertawakkal
Ikhlas
Sentiasa berdoa kepada Allah SWT
Bersabar
Menjauhi sifat takut
Membantaras sifat malas
Berlapang dada.

2.2 Etika Kerja


Seorang usahawan jug aperlu beretika dalam bekerja dan mejalani
perniagaan. Etika kerja seorang usahawan:

Berdedikasi
Bekerja keras
Bersungguh-sungguh
Mencari perusahan yang halal
Mempelbagai sector usaha
Mengembangkan modal dan keuntungan
Mensyukuri hasil yan gdiperolehi dengan tiga cara
o Membayar zakat
o Bersedekah
o Memberi hadiah
Menghindar sumber yan gharam
Tidak putus asa

2.3 Etika Kemasyarakatan


Proses perniagaan melibatkan masyarakat dan orang ramai. Interaksi
antara peniaga dengan pelanggan membentuk jaringan perhubungan yang
intim. Etika perhubungan dan masyarakat peniaga adalah:

Menjauhi sifat hasad dengki dengan pesaing


Memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain.
Bersimpati dengan golongan yang kurang bernasib baik
Setia kawan dengan rakan kongsi.
Nasihat-menasihati dengan berhikmah
Mengeluarkan zakat.
Bertoleransi
Bersifat dermawan dan pemurah
Tidak bakhil/tamak
Bersabar dengan karenah pelanggan.
Menjadi diri sebagai contoh yan gterbaik kepada orang lain.
Tidak boros
Penyayang, teruta kepada ahli keluarga dan staf perusahaan.

3. Pegangan Bertauhid/Berakidah

Prinsip akidah merupakan teras paling utama yang dapat mengikat hubungan
seorang usahawan dengan Tuhan yang menciptanya, yang memberiny arezeki
dan mengawal semua aktiviti hidupnya. Dengan itu, seorang usahawan harus:
Beriman kepada Allah SWT
Merapatkan ikatan hubungan dengan Tuhannya (hablum minallah).
Mengakui bahawa Tuhan menciptanya dan memberinya nyawa untuk
hidup
Mengakui bahawa Tuhan yan gmenentukanrezeki, jodoh dan ajalnya.
Yakin dengan Tuhan mengawasi semua aktiviti kehidupanya.
Yakin bahawa segala kecurangan akandibalas dengan seksaan dan
neraka di akhirat nanti.

4. Hukum Syariat
Seorang usahawman harus memegang kuat syariat Islamdengan segala tindak-
tanduk kehidupan seharianya:
4.1 Di rumah
4.2 Dipejabat, di kilang atau ditempat kerja
4.3 Ketika bermesyuarat
4.4 Dalam membuat keputusan

Seorang usahawana sentiasa mengamalkan perundangan Islam dan tatacara


muamalat islam, antaranya:

Tidak mengamalkan (mengambil dan memberi) riba (interest).


Tidak berbohong atau menipu pelanggan.
Tidak menzalimi orang lain.
Tidak menipu dalam sukatan dantimbangan.
Menunaikan janji.
Melangsaikan hutang.
Tidak ingkar dalam perjanjian yang dimeneteraikan bersama.

5. Akhlak Usahawan
Seorang usahawan yang berjaya sentias amenjadi idola kepada orang bawahan
yang belumberjaya. Beliau inarat cermin kepada kegemilangan dankehebatan
umat Islam.

Kelemahan peribadi sebagai seorang manusia harus disembunyikan dan


berdailoglah dengan Tuhan untuk minta ampun dan bertaubat atas dosa dan
kesilapan itu tetapi apabila berhadapan denganmasyarakat dan oorang ramai,
seorang usahawan harus membawa imej bersih, yakin, mantap dan berwibawa.

6. Takah Menjadi Usahawan


Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin menyenaraikan tahap-tahap untuk
menjadi seorang usahawan.

6.1 Memiliki ilmu asas (fardhu ain)dan ilmu makrifat (ilmu untuk mengenal
sesuatu)
6.2 Taubat dari dosa-dosa yang lalu.
6.3 Tahan dengan godaan
6.4 Tabah mengharungi rintangan.
6.5 Ada kuasa pendorong
6.6 Muhasabah diri atas kelemahan dan kecacatanakhlak
6.7 Memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT.

7. Pentingnya Ilmu Pengetahuan


Tradisi menimba ilmu perlu diteruskan. Usahawan perlu keluar daripada
kelompok mereka dan berbual dengan rakan-rakanlain dari dewan-dewan
perniagaan lain.Oleh itu, jangan lokek berbelanja untuk menghadiri kursus
dan seminar untuk membina rangkaian pad amasa hadapan.

Dr. Khairi Irfan, jutawan internet dalam usia 25 tahun dalam bukunya NOTA
JUTAWAN NOTA MOTIVASI, apakah pelaburan paling menguntungkan
jika anda mempunyai RM1000, RM5000 atau RM10000? Jawab beliau,
laburkan wang tersebut dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan dalam
bidang yang ingin diceburi dengan membeli buku, majalah, CD, VCD,
mengikuti seminar, kursus, bengkel, masuk kolej, mengikuti PJJ dan
sebagainya.

8. Prinsip tidak memudaratkan (No Injury Principle)

Dalam etika perniagaan Islam, prinsip ini merujuk kepada peraturan yang
menggerakkan tindakandan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam
hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi.

Ia bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan


manusia. Antaranya:
8.1 Mengurang atau menghindarkan langsung anggapan dan sangkaannegatif
terhadap orang lain.
8.2 Menjauhi sikap dengki-mendengki.
8.3 Tidak mementingkandir sendiri
8.4 Mengelakkan sikap tidak adil terhadap orang lain
8.5 Menghindarkan kesan negatif produk atau perkhidmatanterhadap
pengguna.
8.6 Mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
8.7 Jangan melakukan tindakan atau sikap yan gmemudaratkan orang lain.
8.8 Tidak melakukan tindakan yang memudaratkan dir sendiri
8.9 Sentiasa dalam kehidupan dan kegiatan yang seimbang.
8.10 Sentiasa memburu keberkatan ilahi.
8.11 Mensasarkan kecemerlangan dalampencapaian matlamat
perniagaan
8.12 Tidak terlibat dengan perkara yan gmemudaratkan perkembangan
mental, emosi , spiritual dan fizikal masyarakat dan individu
8.13 Setiap aktiviti dan tindakan bersesuaian dengan tujuan syariat
Islam diturunkan iatu untuk memelihara 5 perkara asas kehidupan:
o Agama
o Nyawa
o Akal
o Keturunan
o Harta

9. Keadilan Dalam Perniagaan.

Keadilan meletakkan sesuatu ditempatnya dengan betul. Dalam konteks


ini,implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang
dikehendaki oleh syariat Islam.

10. Amanah & Benar Dalam Perniagaan


Tindakan dan keputusan yang bersifat amanah dan kebenaran perlu bagi
memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang sama ada pembeli
atau pengusaha mendapatkanya.

Amanah adalah satu sifat mahmudah yang membawa kepada sifat takwa yang
sangat dituntut oleh Islam. Penipuan dan perpecahan akan daapt dielakkan
sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar.

Contoh klasik: Ketika Zaman Khalifah Umar al-Khattab,

Satu malam, ketika beliau melalui sebuah rumah, lalu terdengar perbualan
antara seorang ibu dan anak perempuanya yang masih kecil.

Kata si ibu: Engkau campurkan air ke dalam susu supaya kita boleh
menjualnya dengan lebih banyak dan mendapat keuntungan berlipat ganda.

Jawab si anak, Tak boleh ibu. Perbuatan ini tidak amanah. Bukankah
khalifah Umar al-Khattab melarang umat Islam menipu?

Ibunya memberi jaminan, Kau jangan bimbang. Khalifah Umar tidak ada
disini dan dia tidak akan tahu.

Si anak menjawab dengan penuh yakin, Kalaupun Khalifah Umar


tidak tahu tetapi Tuhan Umar dan Tuhan kit asemua tetap akan tahu.
Bukankah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui?

Jawapan itu menyebabkan ibunya terperanjat dan timbul rasa insaf dalam
dirinya.

Sikap begini amat dituntut dan menurut al-Tarmizi, Rasullulah SAW telah
bersabda
Daging yang tumbuh daripada unsur yang haram tidak memberi
faedah,melainkan nerakalahtempat yang sewajar baginya

11. Curang Dalam Perniagaan

11.1 Dalam surah al-Nisa (ayat 29),


Wahai orang yangberiman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama
kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah
kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa
mengasihani kamu.

11.2 Surah al-Mutaffifin: Ayat 1-7


Kecelakaan besarlah bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
iaitu orang yang apabila menerima sukatan (cupak @gantang) daripada orang
lain mereka mint adipenuhi. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau
menimbang untuk orang lain mereka menguranginya. Tidakkah orang itu
yakin bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan (hidup semula
sesudah mati)?. Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), hari
berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya
(mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)!
Sesungguhnya Kitab suratan amal orang yang derhaka tersimpan dalam
Sijjin.

11.3 Pengajaran supaya jangan Curang

Allah menghnina orang yangmenipu atau menzalimi orang lain dalam


perniagaan.
Definis menipu dalam surah di atas ialah orang yang apabila
melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut jumlah dan
tempoh yang ditetapkan tanpa bertangguh, tetapi apabila ia berkaitan
dengan hak orang lain di amemberi kurang daripada sepatutnya atau
sengaja melengah-lengahkan.
Allah mengaitkan perniagaan dengan akauntabiliti dan
tanggungjawab kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti..
Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan, tidak akan
menipu dan berlaku zalim dalam perniagaan.

12. Haram Menyorok Barang.

Termasuk dalam ialah sifat amanah dan benar tidak menyorokkan barangan
perniagaan. Menyorok barangan ialah perbuatan yang berbahaya kepada
masyarakat dan negara.

Kesanya boleh dikaitkan seperti berikut:


1. Kekurangan barang keperluan asas, sedangkan ia sangat
mustahak dan diperlukan masyarakat.
2. Harga barangan akan meningkat naik.
3. Mendorong kepada berlakunya inflasi
4. Akan berlaku penzaliman jika barang yang dosorok terpaksa
dimusnahkan seperti memusnahkan barang makanan atau membunuh
haaiwan ternakan.
5. Akan berlaku pembaziran jika barangan yang disorok rosak atau
busuk.
13. Rumusan Etika Dalam Perniagaan

Soalan yang perlu ditanya dalam memulakan perniagaan mengikut etika


perniagaan Islam ialah:

13.1 Bolehkah sesuatu barangan itu dikeluarkan atau sesuatu


perkhidmatan itu diberi sebaik mungkin?
13.2 Jika tidak boleh, apakah implikasinya pada hukum syariat dan
undang-undang Negara?
13.3 Jika boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari
sudut halal dan haramnya Dan dari sudut kualiti agar ia tidak
merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna?
13.4 Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut
bertentangan dengan etika Islam?
13.5 Adakah gaji atau upah yang diberikan kepada pekerja berpatutan
dengan kerj ayang dibuat?
13.6 Adakah suasana kerja yang disediakan sesuai untuk meningkatkan
produktiviti dan kualiti?
13.7 Adakah kerja memproses barangan atau perkhidmatan tersebut
memberi kesan negatif kepada alam sekitar?
13.8 Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau
menyediakan perkhidmatan tersebut menepati prinsip Islam?

RUJUKAN: Mohd. Fadzillah Kamsah & Muhammad Zakaria (2008). Langkah Bijak
Usahawana Terbilang. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai