Anda di halaman 1dari 35

Usahawan Malaysia

Menghimpunkan Usahawan-usahawan Dan Pembekal-Pembekal Dari Seluruh Semenanjung Malaysia


SATURDAY, JANUARY 31, 2009

DAN INGATLAH KAMU!!!

"Barangsiapa yang mendahulukan Allah daripada urusan dunianya maka Allah akan mencukupkan keperluannya di dunia dan di akhirat".

keusahawanan dalam konteks Islam Dalam Islam, bidang keusahawanan adalah satu bidang kerja yang penting dan dimuliakan. Dari aspek keusahawanan Islam, status kerja tidak menjadi ukuran, selama mana usaha yang dilakukan adalah dari usaha yang halal. Allah s.w.t telah menganjurkan perniagaan sebagai satu lapangan yang boleh diterokai seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan ibadat haji). Kemudian apabila bertolak turun dari Padang Arafah (menuju ke Muzdalifah), maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih di tempat Masy'aril-haram (di Muzdakifah), dan ingatlah

kepada Allah dengan Menyebut-Nya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepada kamu; walaupun, sebelum ini kamu adalah dari golongan orang yang sesat (tersalah jalan ibadatnya)." (Surah al-Baqarah:198)

Ayat ini turun sewaktu wujud keraguan di kalangan umat Islam yang mengerjakan haji pada musim itu, sama ada mereka boleh berdagang pada musim haji. Dengan terjawabnya keraguan itu, maka musim haji itu sendiri adalah satu perhimpunan antarabangsa yang banyak memberi manfaat kepada umat Islam.

Firman Allah s.w.t itu begitu jelas meletakkan pernigaan sebagai satu kegiatan yang bukan sahaja halal, malah amat digalakkan. Beberapa hadis Nabi s.a.w juga menerangkan kelebihan orang yang berusaha sendiri. Antaranya (yang bermaksud):

"Sesungguhnya, seseorang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya) adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya." (Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi: "Peniaga yang sangat benar dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin dan para syuhada." (Hakim dan Tirmizi)

Sebenarnya, generasi pertama Islam telah melahirkan ramai usahawan yang beriman yang turut memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Allah. Kualiti, keperibadian dan etika keusahawanan pada sahabatsahabat seperti Abdurrahman bin Auf, Zubair Ibnul Awwam, Talhah bin Ubaidilah dan Shuhaib bin Sinan amat tinggi. Kehebatan Abdurrahman bin Auf dalam pengendalian perdagangan dirakamkan dalam kisah terkenal ketika kota Madinah menjadi gempar dengan kedatangan kafilah perdagangan mengandungi 700 kenderaan kepunyaan beliau.

Keusahawanan adalah satu medan dakwah yang cukup penting dalam Islam. Islam amat menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kita juga sedar bahawa melalui hasil keusahawanan inilah, iaitu menerusi bidang perdagangan, Islam sampai ke Tanah Melayu.

Dalam Islam, usahawan Muslim perlu mempunyai nilai, etika dan keperibadian Islam untuk membezakan mereka dengan para usahawan lain. Antara ciri-ciri yang perlu ialah:

(i) Usahawan yang berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal bagi mendapat keredaan Allah. Mereka tidak

mencari harta untuk memuaskan keperluan material semata-mata atau bertakbur atau untuk bermegah-megah dengan kekayaan atau meminta untuk dihormati; (ii) Usahawan yang mengendalikan kerjanya berteraskan akidah Islamiah dengan menyerahkan segala usahanya di bawah peliharaan Allah serta dengan kepastian bahawa segala amalnya akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak; (iii) Usahawan yang tidak dilalaikan oleh kerja-kerja daripada mengingatkan Allah dan menunaikan fardu ain; (iv) Usahawan yang bersifat sabar, lapang dada dan tulen rasa dalam kerjanya; (v) Usahawan yang aktif dan produktif, realistik, berprinsip serta menghayati budaya kerja berrencana serta berwawasan dengan wawasan Islam.

Selain daripada sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini, seseorang usahawan Muslim perlu memenuhi etika-etika berikut: (i) Bersifat adil dan ihsan. Konsep adil merujuk kepada keseimbangan yang sempurna dan muamalat dengan menggelakkan diri daripada berurusan dengan barangan atau perkhidmatan yang haram, menjauhkan diri dari syubhat, menanam sifat jujur dalam jual beli, menjauhi riba, menjauhi penipuan dan menggelakkan diri daripada unsur-unsur perjudian; (ii) Memiliki ilmu keusahawanan dan ilmu perdagangan dari perspektif Islam. Pengetahuan ini akan membolehkan beliau memahami antara urusan perniagaan yang hak dengan yang batil. Tanpa kelengkapan ilmu keusahawanan dan ilmu perniagaan Islam, seseorang usahawan Muslim, walaupun cuba bersikap adil dan ihsan, akan tercebur atau terperangkap dalam sistem perniagaan yang penuh dengan pelbagai liku dan cabaran; (iii) Bermatlamatkan pekerjaan sebagai satu ibadah dan tanggungjawab dengan objektik-objektif berikut: - bersederhana dalam kehidupan (tawaduk); - menabung untuk keluarga dan untuk perkara-perkara luar jangka; dan - memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan fisabilillah. Posted by budakmikiat 11:29 AM0 comments

your mind~!

Posted by budakmikiat 3:04 AM0 comments

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
Maksud Kompetensi Keusahawanan

Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama.

Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini.

Senarai Kompetensi Keusahawanan

1. Inisiatif

Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa. mempunyai sikap proaktif

giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.

Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.

2. Melihat dan merebut peluang

Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain

Kompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

3. Kecekalan

Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut: tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah. Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat

Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pun pernah mengalami kegagalan.

4. Mencari maklumat

Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah: melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya

Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui.

5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi

Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah: Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik. Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu .

Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya.

6. Komitmen terhadap perjanjian kerja

Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan: kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .

Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

7. Berorientasi ke arah kecekapan

Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah:

sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan. Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan. Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

8. Membuat perancangan yang sistematik

Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik: membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat

Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.

9. Menyelesaikan masalah secara kreatif

Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah: mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif

Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.

10. Yakin terhadap keupayaan diri

Individu yang bersikap yakin terhadap diri: mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran. boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu. banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan. tidak takut mencuba dan tidak takut gagal

Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.

11. Ketegasan

Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut: berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.

Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya.

12. Meyakinkan orang lain

Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah: mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan. mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti bermaklumat dan berpengalaman

Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.

13. Menggunakan strategi pengaruh

Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah: cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan.

Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan; Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya. Posted by budakmikiat 2:57 AM0 comments

PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA


Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga. 1. Membeli barang untuk dijual semula. 2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi 3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerjapekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik. 4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga.

Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.

Jadual Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan 1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru. 3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.

Peniaga 1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna. Posted by budakmikiat 2:50 AM1 comments

DEFINISI KEUSAHAWANAN
Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1).

Jadual Menunjukkan Bidang Ilmu Keusahawanan

Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

Mengenalpasti peluang perniagaan Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai. Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai. Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat. Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk) Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.

Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lainlain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan? J: Unsurunsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.

S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan. J: Contoh usahawan yang berjaya: a) Bill Gates Program Komputer (Microsoft) b) Dato Maznah Hamid Keselamatan (Securiforce) c) Tan Sri Mustapha Kamal Pembangunan Hartanah (EMKAY) Posted by budakmikiat 2:38 AM0 comments

DEFINISI USAHAWAN.
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris entrepreneur. Perkataan entrepreneur berasal dari perkataan Perancis, entreprendre yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan entrepreneur telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada

kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

4. Websters Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Posted by budakmikiat 2:37 AM0 comments

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN


Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Posted by budakmikiat 2:36 AM0 comments

Home

Subscribe to: Posts (Atom) About Me

budakmiki View my complete profile Blog Archive

2009 (7) January (7) DAN INGATLAH KAMU!!! your mind~! KOMPETENSI KEUSAHAWANAN PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA DEFINISI KEUSAHAWANAN DEFINISI USAHAWAN. PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
PERIKANAN Keli Jadi Emas Mox Enterprise Romatech Agro Ternak Fishplaza Ikan Siakap Ketutu Keli Kanvas Laman Akuatik Pekan Aqua R & R Fishery Sinar Nurie AUTOMOTIF Emy Auto Services

E-kereta PENTERNAKAN KAMBING/LEMBU Dekebun Aminagrotech Ladang Uluyam Romatech Agro Ternak Aima Agro Farm Mission To The Top Boer Villa Cemerlang Tani EG Plantation Hannan Goat Farm Integrated Farm Kambing Boer Malaysia LTP Ladang Kambing Kami Ladang Olak Lempit Merahijau Farm Perfect Farm Perfect Agro Kian Agro Farzem-Farm Ladangtawai Kambing-Wangi Ksk AgrosLINTAH/CACING Biohirudo Lintah-kedah Warisan Agro Resources Lintahtiram Fisheriessite Nsworm PERTANIAN SAYUR-SAYURAN/BUAH-BUAHAN Anr-usahatani

Shine-AgricultureCENDAWAN Mashaza Agro Ay Enterprise Cendawan Bendang Sara Cendawan Global Cendawan Ladong Cendawan Melaka Cendawan PJ Cendawan Sungai Udang Cendawan Timur Cendawan Tiram Puchong Cendawan915 Chini Agro Cima Agro E-Cendawan Fatisha Agro Farm GOMI Mushroom Grandefarm Impian Mushroom Kulat Enterprise Maya Crops Mayang Agrotech Mentah Resources Mutiara Mushroom MyCendawan MyWish Agrotech Mzb Mushroom MZR Resources Nizam Paloh Agrotech Pekan Cendawan Permai Desa Agrotech Phoenixagri Sdn Bhd Projek Cendawan Rantau Agrotech Supply Enterprise Saifulam Agrofarm Tunas Alam Agrotech

Zumara Mushroom PERUBATAN Slim-Forever PERNIAGAAN PERMAINAN Erman Garage SalePERFUME Perfumania PerfumerackPAKAIAN/FESYEN AishahbutikHIASAN DALAMAN Auraqish Collection PANDUAN Hortikulturplaza WEB Iklan-Malaysia PERBINCANGAN

ShoutMix chat widget NEWS Berita Harian HarakahDaily.Net Kosmo! malaysiakini myMetro Utusan Online ONLINE BANKINGS AGRO BANK BANK ISLAM AL-RAJHI BANK CIMBCLICKS MAYBANK2U senarai

myspace web counter

Followers

Pengguna:Uksrecords
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amy Ukays/ Uk's /Utama/Okay /MIG /Amyza

center|Ensiklopedia Wikipedia]] Nama Penuh Tarikh Lahir Bintang Keluarga Status Asal Hobi Artis Pujaan Tahun aktif Label Tapak web Azmi Bin Hassan 1 Disember 1971 Saggitarius Anak pertama daripada empat beradik Bujang Johor Membuat lagu dan makan Alleycats, Yngwie Malmsteen dan Metallica 1985 - Kini Uk's Records Entertainment http://amyukay.blogspot.com

Azmi bin Hassan juga dikenali sebagai Amy Ukays/Uk's/Utama/Okay/MIG atau Amyza merupakan seorang pengarah muzik filem, penerbit, komposer, deejay, pengacara, penyanyi dan gitaris. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada (1 Disember 1971) di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Minat terhadap Muzik 2 Penghijrahan 3 UKAYS & UK'S 4 UTAMA & OKAY

4.1 UTAM A

4.2 OKAY

5 Metrowealth 6 UK's Kembali Berbisa 7 Portfolio

7.1 Kumpu lan

7.2 Pengal aman Kerja

7.3 Drama 7.4 Filem 7.5 Iklan 7.6 Televis yen

7.7 Radio 7.8 Album Studio

7.9 Album Artis

7.

9. 1 L a g u

[sunting]Minat

terhadap Muzik

Azmi Hassan atau Amy Uk's mula menunjukkan minat di dalam seni muzik ketika darjah 3 apabila beliau menglibatkan aktviti sekolah seperti bersyair, bersajak, dan berpantun di sekolah. Alat muzik pertama yang dimainkan adalah rekorder. Pada umur 12 tahun beliau mula menunjukkan minat bermain gitar terutama semasa bersama rakan-rakan beliau. Beliau juga akan ponteng sekolah dan bermain gitar di dalam ladang kelapa sawit milik keluarganya. Tambahan pula ketika itu, beliau dihadiahkan gitar oleh seorang penduduk Indonesia yang menetap di Malaysia, maka makin membuak-buak minat beliau bermain alat muzik tersebut. Namun begitu, minat beliau itu tidak disenangi olah kedua ibu bapanya yang ingin beliau menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akibatnya beliau berkali-kali dirotan dan dimarahi ibunya. Bukan itu sahaja, sebarang alat muzik yang dimilikki beliau akan dimusnahkan dan dibakar. Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjaya lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau terkejut dengan pencapaian beliau namun beliau tidak gembira kerana layak ke tingkatan 4. Akhirnya beliau pun berhenti dari sekolah. Selepas itu, beliau menubuhkan beberapa buah kumpulan di kampung bersama rakan-rakan. Di mana mereka menjinakkan diri di kenduri-kenduri kahwin dan majlis rasmi. [sunting]Penghijrahan Amy sentiasa bercita-cita ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang anak seni dan meluaskan lagi pengetahuan beliau dalam bidang seni muzik. Akhirnya pada tahun 1993, beliau membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau mencuba nasib apabila terbaca sebuah keratan akhbar pencarian artis di Setiawangsa. Namun niat beliau ingin menjadi komposer, walaubagaimanapun Arwah Encik Rosli yang merupakan pengasas Syarikat A&R production menerima Amy sebagai budak pembantu pejabat. Beliau bekerja selama lebih kurang setahun sebelum tercetus salah faham diantara Arwah Encik Rosli dan Amy oleh pihak ketiga. Beliau membawa diri dan bekerja di LOT 10 Bukit Bintang sebagai penyiasat di sebelah siang dan pada waktu malam beliau mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Setiawangsa. Suatu hari beliau terlihat papan tanda Digimix Studio dan beliau memohon kerja di situ. Digimix Studio merupakan syarikat dimilikki oleh Pak Ngah. Permohonan beliau diterima dan beliau bekerja sound engineer. Dari situ beliau mula belajar selok belok pengubahan lagu dan tentang rakaman album.

[sunting]UKAYS

& UK'S

Semasa bekerja di Digimix Studio, beliau bertemu dengan Mohd Komanwel (Well) yang merupakan penyanyi nasyid Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan gitaris utama Ukays. Pada pertengahan tahun 1994, Well mengajak beliau menyertai kumpulan Ukays lalu mencuba ujibakat di studio Sound Dimension di Kampung Pandan. Beliau diuji bakat oleh anggota-anggota Ukays dan pengurus mereka. Namun, oleh kerana Amy masih bekerja bersama Pak Ngah beliau hanya berhasrat menjadi pemain muzik sampingan bersama Ukays. Namun, pada suatu hari sebuah keratan surat khabar yang dinyatakan oleh Saari Amri memberitahu bahawa Amy sebagai ahli kumpulan tetap Ukays.

UK's di Singapura

Pada mulanya, beliau sayang kan kerjanya di Digimix Studio namun apabila Ukays menerima banyak tempahan persembahan beliau terpaksa berhenti bekerja. Pada tahun 1995, nama Ukays mula menempa populariti dan album Bisa Berbisa baru sahaja disiapkan namun perpecahan berlaku diantara anggota-anggota lain kerana masalah royalti. Maka vokalis Ukays iaitu Amir dan gitaris Amy sahaja ahli yang kekal. Penerbit Saari Amri dan Amir mengujibakat ahli baru iaitu Amirul (drum) dan Denil (gitar). Lalu nama Ukays ditukar kepada Uk's. Jualan album Bisa Berbisa mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penjualan 350,000 unit. Amy kekal dengan Uk's hanya sebanyak 3 album iaitu Bisa Berbisa, Tajam Menikam dan Panas Berpanjangan. Kemudian, dengan persetujuan bersama Uk's memilih untuk bersama di bawah Ambang Klasik kerana memikirkan masa depan mereka. Walaubagaimanapun, setelah memasuki Ambang Klasik, Amir pula membuat keputusan menyertai kembali Saari Amri di bawah Kumbang Production dengan album Cuma Aku yang hidup pada tahun 1997. Amy meneruskan kerjaya di bawah Ambang Klasik sebagai eksekutif bersama bekas anggota-anggota yang lain. Amy bekerja selama 2 tahun di sana. [sunting]UTAMA [sunting]UTAMA

& OKAY

Pada tahun 1998, Ambang Klasik menubuhkan sebuah kumpulan UTAMA yang dianggotai oleh anggota lama Uk's iaitu Amy, Amirul dan Denil bersama Rahmad bekas vokalis Mega. Amy tidak bersetuju dengan penubuhan kumpulan tersebut. Namun, Amy tetap meneruskan juga. Album mereka bertajuk UTAMA. Walaubagaimanapun, kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan dan album hanya terjual 15,000 unit sahaja. Tidak lama selepas itu, Amy membuat keputusan untuk meninggalkan Utama dan meneruskan kerjaya sebagai komposer.

Kumpulan Utama di bawah Ambang Klasik

[sunting]OKAY

Di atas desakkan peminat Amy telah menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu OKAY dibawah naungan syarikat pertama milik beliau iaitu OKAY Production. Album Okay merupakan album pertama yang dicipta dan diterbitkan oleh Amy sepenuhnya. Okay dianggotai oleh Aren (vokalis), Amy(gitar utama, penerbit album dan komposer.), Raja Azren (dram), Hamdan (bass), Syukri (gitar kedua). Pada penghujung tahun 1998, maka terhasillah album Rezeki dengan lagu hits Kurelakan dikau pergi, Nazaliza, Gelora dan lumrah Percintaan. Album tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lagu Kurelakan dikau pergi menjadi juara selama 4 minggu di Carta RTM Terengganu. Amy mendapat pujian yang dari para peminat dan wartawan di atas usaha beliau. Beliau amat gembira di atas kejayaan tersebut. Tetapi tidak lama kemudian apabila Okay sudah mula menempa nama di persada seni, vokalis utamanya pula mengundurkan diri. Amy redha dan akur.

Amy menghilangkan diri dari dunia rakaman album dan pulang ke kampung halaman di Parit Sulong, Johor pada tahun 1999. Berikutan kegawatan eknonomi yang melanda. [sunting]Metrowealth Pada tahun 2000, Amy mendapat tawaran berkhidmat di Metrowealth Movie Production sebagai pembantu pejabat dan penjaga skor. Hanya dengan gaji RM1000 sebulan sahaja. Walaupun begitu, beliau cekalkan hati dan meneruskan pekerjaan tersebut. Mr David Teoh merupakan CEO Metrowealth tidak mengenali siapa Amy pada mulanya, Namun, kakitangan Metrowealth mengenali Amy sebagai ahli bekas kumpulan Uk's dan akhirnya diketahui oleh David Teoh.

Amy, David Teo bersama rakan-rakan

Disebabkan itu, David Teoh menguji sejauh mana kehandalan Amy di dalam bidang rakaman studio dan muzik. Ketika itu, beliau ditugaskan menjaga vokal Adzrin dan Fazley bagi lagu tema 'Mendam Berahi'. Tugas tersebut sepatutnya dikendalikan oleh Yassin bekas penyanyi nasyid Brothers, namun beliau tidak menghadirkan kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari situ Amy mula mengorak langkah dan diberi kepercayaan oleh David Teoh untuk menguruskan tugas-tugas rakaman muzik dan studio. Setelah terbukti kemampuan Amy, beliau dinaikkan pangkat sebagai Artist & Repertoire Manager. Beliau juga diberi gelaran 'Anak Emas' David Teoh. Semasa menjadi A&R Manager beliau menjaga banyak artis di bawahnya seperti Waheeda, Giegel, Cico, Maya Karin, Saiful Apek, Erra Fazira dan ramai lagi. Amy menjaga MIG Records dan Metrowealth Movie production. Semasa itu, penjualan album lagu tema mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan album senang untuk dijual. Ini terbukti dengan penjualanan soundtrack Mami Jarum The Movie dengan 15,000 unit. Tidak dijangka, ujian kedua bakal ditempuhi oleh Amy. Di mana, Pengarah Muzik bagi filem Mami Jarum iaitu Mendiang Peter Lim telah meninggal dunia. Maka Amy ditugaskan mengubah muzik bagi filem tersebut menggantikan mendiang. Cabaran itu, merupakan sebuah ujian yang terbesar pernah dialami beliau. Di atas kepercayaan David Teoh dan Prof Razak Mohaideen, Amy menguatkan semangat dan meneruskan juga.

Amy bersama Prof Razak, Latif dan Staff Linecalear

Tidak disangka percubaan beliau buat kali pertama membuatkan hasil. Hasil kerja beliau amat disukai dan tayangan Filem Mami Jarum mencecah kutipan 3.5 juta sekaligus menaikkan nama Amy sebagai Pereka bunyi dan Pengarah Muzik Filem. Antara filem-filem lain yang telah Amy arahkan adalah Mami jarum junior, Anak Mami, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Jutawan Fakir, dan banyak lagi.

Keratan akhbar 2011

Akhirnya pada tahun 2007, Amy meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya beliau. Selepas itu beliau berkhidmat dengan beberapa syarikat besar iaitu LineClear Motion Pictures, Marina Production, Kru Music Group dan Sri Saheb Sdn Bhd. [sunting]UK's

Kembali Berbisa

UK's Kembali Berbisa

Pada tahun Mac 2009, Amy menubuhkan sebuah syarikat iaitu Uk's Records Entertainment bersama rakan kongsinya Yana Hisham. Syarikat tersebut di daftarkan di Seri Kembangan, Selangor. Amy merindui zaman kegemilangan Uk's dan berniat meneruskan kembali Uk's. Pada pertengahan tahun, mereka menganjurkan bersama sebuah Pencarian Vokalis Ukays bersama KNA Niaga Sdn Bhd ke seluruh Malaysia. Setelah mencari hampir beberapa buah tempat akhirnya bertemu dengan Mohamad Jefri Sidek yang memenangi pencarian tersebut di PPR Pudu Ulu, Cheras. Mohamad Jefri juga dikenali sebagai Epy membawakan dua buah lagu iaitu Harapkan Kekasih, kekasih pula menyisih dan Pahit akan Manis akhirnya. Lalu Amy menawarkan beliau menjadi vokalis terbaru bagi kumpulan Uk's. Kekal dengan anggota lama iaitu, Amy, Denil dan Amirul namun dengan penambahan baru iaitu Eddie sebagai keybordis. Akhirnya terhasillah Uk's Kembali Berbisa pada bulan Mei 2010. Memuatkan 12 lagu iaitu 6 lagu baru dan 6 lagu lama. Kali ini Amy tampil sebagai penerbit dan komposer bagi keenam-enam buah lagu baru tersebut. [sunting]Portfolio [sunting]Kumpulan 1. 2. 3. (1995-1997) Ukays (BMG Records) (1998) Utama Ambang Klasik) (1998 - 1999) Okay (Okay Production)

[sunting]Pengalaman Kerja 1. 2. (1993- 1995) SOUND ENGINEER - DIGIMIX STUDIO (1997- 1999) MUSIC EXECUTIVE AMBANG KLASIK (TV3)

3.

(2000- 2006) ARTIST & REPERTOIRE EXECUTIVE, MARKETING OFFICER, COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, LYRICIST, & ARRANGER.

4.

(2006-2007) KRU MUSIC GROUP, MARINA PRODUCTION, LINE CLEAR MOTION PICTURES COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER (FREELANCE)

5.

(2008) SRI SAHEB FILM PRODUCTION - COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER, MARKETING OFFICER (FREELANCE)

6. 7. 8. 9.

(2008) UKS PRODUCTION CREATIVE DIRECTOR/ FOUNDER/ COMPOSER (1997-1998) JURY FOR SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN (2003) JURY FOR AKADEMI FANTASIA (2009) JURY FOR SAFEGUARDS SECURICOR COMPETITION

10. (2010) JURY FOR SAFEGUARDS SECURICOR SINGING COMPETITION 11. (CURRENT) FOUNDER & MANAGING PARTNERS FOR UK'S RECORDS ENTERTAINMENT

[sunting]Drama 1997: MUSIC DIRECTOR - AIR MATA ATHIRAH (TELEMOVIE) TV3 2005: MUSIC DIRECTOR - MANIS MADU PAHIT HEMPEDU (BETAREC) 2005: MUSIC DIRECTOR TARIAN MELAYU TERAKHIR ASTRO 2005: MUSIC DIRECTOR DANIEL - ASTRO 2006: MUSIC DIRECTOR - MENTARI SENJA ASTRO KIRANA 2006: MUSIC DIRECTOR - MUARA DI DARAT MUARA DI LAUT RTM1 2007: MUSIC DIRECTOR - MIAZARA (26 EPISODES) TV3 2007: MUSIC DIRECTOR - SEKAM CINTA (26 EPISODES) 2007: MUSIC DIRECTOR - MENANTI SINAR ASTRO KIRANA 2007: MUSIC DIRECTOR - JENDELA HATI TERLUKA TV9 2007: MUSIC DIRECTOR - DUNIA BARU THE MOVIE (1-5 EPISODES) 2008: MUSIC DIRECTOR - ANAK MAMI SITCOM (26 EPISODES) TV9 2008: MUSIC DIRECTOR - ENIGMA TELEMOVIE (FINAL EPISODES) 2008: MUSIC DIRECTOR - TENTANG BULAN THE SERIES ASTRO 2008: MUSIC DIRECTOR KUMPULAN HANIS (26 EPISODES) - RTM

2009: MUSIC DIRECTOR - ACA DAN ATUK 13 EPISODES (RTM) 2010: MUSIC DIRECTOR - BAHASA BIARLAH BETUL 13 EPISODES (RTM) 2011: MUSIC DIRECTOR - SATRIA MEGA 13 EPISODES (RTM)

[sunting]Filem 2011: BUJANG TERLAJAK (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY) PUKUL HABIS (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY) DARAH PANAS (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY) 2010: ADIK MANJA RETURNS (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLLY) RASUK (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLLY) RAYA TAK JADI (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY) 2009: KECOH BETUL! (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY) 2008: AKHIRAT - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING) 2007: NANA TANJUNG 2 - (THEME SONG) 2007: OTAI - (THEME SONG/ MONTAGE) 2006: NANA TANJUNG (MUSIC DIRECTOR/ THEME SONG / SOUND DESIGNER) 2006: MAIN-MAIN CINTA (THEME SONG) 2006: TENTANG BULAN - (THEME SONG / MUSIC DIRECTOR/ MIXING) 2006: BUJANG SENANG - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ BUJANG SENANG) 2005: POTRET MISTIK (MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING) 2005: ANAK MAMI KEMBALI - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING/DUBBING) 2005: LADY BOSS - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING) 2005: CINTA FOTOKOPI - (THEME SONG) 2004: TANGKAI JERING (THEME SONG) 2004: HINGGA HUJUNG NYAWA - (THEME SONG) 2004: KULIAH CINTA - (THEME SONG) 2003: JUTAWAN FAKIR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)

2003: MAMI JARUM JUNIOR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING) 2003: MISTIK (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR) 2002: MAMI JARUM - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/MIXING)

[sunting]Iklan [sunting]Televisyen 2009: PITABERRY 30sec 2008: WALLS MOO (SOFEA JANE) WALLS FANTASIA MAWI POWER ROOT (FARA AF & ROSYAM NOR) POWER ROOT (EURO 2008) BANK NEGARA ADVERTISEMENT

[sunting]Radio 2001: MAMI JARUM MAMI JARUM JR 2002: JUTAWAN FAKIR MISTIK 2003: KULIAH CINTA TANGKAI JERING 2004: HINGGA HUJUNG NYAWA 2005: LADY BOSS POTRET MISTIK CINTA FOTOKOPI 2006: ANAK MAMI KEMBALI MAIN-MAIN CINTA BUJANG SENANG NANA TANJUNG TENTANG BULAN 2007: OTAI

NANA TANJUNG 2 2008: AKHIRAT THE MOVIE PROMO MYCOLA NORAINIS COOKIES MAGIC TASTE

[sunting]Album Albu m

Studio
Informasi Senarai Lagu

Muka hadapan

Senarai Lagu Bisa Berbisa - Ukays 1.Seksa 2.Kau Satu Satunya 3.Nafas Orang Kota 4.Siapa Yang Rampas Cintamu 5.Untuk Apa 6.Minda Dan Jiwa 7.Tergamak Kau 8.Nyanyian Jiwa 9.Cintaku 10.Di Sana Menanti Di Sini Menunggu 2nd [[Image:| 140px]] Tajam Menikam - Uk's Dipasarkan: [[1995] Bahasa : Melayu Format dipasarkan : Kaset Harga jualan dicadangkan : RM 13.90 Keluaran/ Edaran: BMG Records & Mekar Senarai lagu 1. Sebak 2. Membara 3. Balada Ani 4. Kekasihku 5. Prosarasa

1st

Dipasarkan: 1994 Bahasa : Melayu Format dipasarkan : Kaset Harga jualan dicadangkan : RM 13.90 Keluaran / Edaran : NSR - New Southern Records Sdn. Bhd.

6. Rhythm Si Jantung Hati

7. Bila Purnama Mengambang

Production

8. Serasi 9. Gemas Kasih Sepanjang Usia

10. Pahit akan manis akhirnya

Senarai Lagu 1. Permata Hati 2. Di luar kemampuanku Panas Berpanjangan 4. Sudah tiada tunasnya 5. Citarasa & Untuk kita semua 6. Bila diri disayangi 7. Sesak 8. Masanya 9. Satu lilin sehening malam 10. Iramaku 11. Kekasihku di menara 4th [[Image:| 120px]] Utama - Utama Senarai lagu 1. Hentikan Alasanmu 2. Membelai cinta 3. Muka Seposen

3rd [[Image:| 120px]]

Dipasarkan: 1996 Bahasa : Melayu Format dipasarkan : Kaset Harga jualan dicadangkan : RM 14.20 Keluaran/ Edaran: BMG Records & Mekar Production

Dipasarkan: 1998 Bahasa : Melayu

Format dipasarkan : Kaset & Cakera Padat Keluaran/ Edaran: Ambang Klasik

3. Dihiris memori 4. Permainan Dunia 5. Ku menantimu 6. Dirimu kuingati 7. Elina 8. Ganti 9. Kalimah Abadi 10. Kembali

Senarai lagu Okay - Rezeki 1. Ada ubi ada batas 2. Nazaliza 3. Naluri Insan 4. Kurelakan dikau pergi 6th [[Image:| 120px]] Kembali Berbisa - Uk's 5. Ku ingin bersamamu 6. Doaku buatmu ibu 7. Setia menantimu 8. Gelora 9. Lumrah Percintaan 10. Budaya kita

5th [[Image:| 120px]]

Dipasarkan: 1998 Bahasa : Melayu Format dipasarkan : Kaset & Cakera Padat

Keluaran/ Edaran: Okay Production & Ambang Klasik

Senarai lagu 1. Lepaskanmu kerna terpaksa 2. Sesak 3. Hati yang terluka 4. Rhythm berbunyi lagi 5. Lumrah Percintaan

Dipasarkan: 2010 Bahasa : Melayu Format dipasarkan : Cakera Padat Keluaran/ Edaran: Uk's Records Entertainment

Beli online di http://uksrecords.blogspot.com

[sunting]Album

6. Aku jatuh cinta

Artis

OKAY (8 SONGS) - AMBANG KLASIK UKAYS (1 SONG) AMBANG KLASIK SCOIN (2 SONGS) FMC RECORD E.Y.E (1 SONG) FMC RECORD FIFI (2 SONGS) MUSIC LAND RECORD ALINA HASSAN (1 SONG) AMBANG KLASIK DIAMOND (1 SONG) MSO RECORD FADZILAH SARIP (1 SONG)- VTR RECORD SAIFUL APEK (6 SONGS) MIG RECORD WAHEEDA (2 SONGS) MIG RECORD YANA: CERIA (7 SONGS) MIG RECORD LILY SUHANA (7 SONGS) MIG RECORD AKHIRAT THEME SONGS SRI SAHEB PRO UKS PRODUCTION COMPILATION ALBUM (5 SONGS) UKS PRODUCTION RAYA ALBUM (1 SONGS)

[sunting]Lagu SELENDANG BIRU SUHANA JASMI AKHIRAT SHARK I LOVE YOU SENIORITA BOY RAHSIA HATI CICO JOGET BERDENDANG LILY SUHANA ZAPIN ASMARA LILY SUHANA KEKAL JODOH TAK KEMANA LILY SUHANA SELAMAT PENGANTIN BARU WAHEEDA PERMATA HATIKU APEK & WAHEEDA

ANAK MAMI KEMBALI APEK SALING SAMA CINTA APEK & LILY SUHANA JIWA ALIF BA TA KUMP FUNNY MASA RIA KUMP FUNNY TANGKAI JERING KUMP FUNNY TENTANG BULAN FATIN AKU PASRAH YANA AKU REDHA YANA GO AWAY YANA HINGGA HUJUNG NYAWA YANA MAIN-MAIN CINTA MISHA & ADAM AF CINTA BERSULAM DUSTA DIAMOND BUNIAN ADZRIN & KUMP RAWANA DIRIKU KU INGATI UTAMA DOA UNTUK IBU OKAY KU INGIN BERSAMAMU OKAY KU RELAKAN KAU PERGI OKAY LUMRAH PERCINTAAN OKAY NALURI INSAN OKAY SETIA MENANTIMU - OKAY GELORA OKAY ALINA HASSAN HANYA KAU YANG MENGERTI ISITILAH CINTA SUCI SCOIN KE BAYU BIRU ADZRIN & CICO PANAHAN ASMARA - ADZRIN & ALONG PURPLE SETITIS RACUN DALAM MADU EYE SHA LA LA PRINCESS TERPENDAM DI JIWA CICO

TITIAN KEMBARA - ROZA LEPASKANMU KERNA TERPAKSA - UK'S BISIKAN RINDU NASH UBAIDILLAH & NADIA MENTOR JATUH CINTA AMY UKS & YANA SAMSUDIN TENTANG BULAN - FATIN MENCARI ASHIRA KAMAL MENJELANG AIDILFITRI OST RAYA TAK JADI - TV3 DENDAM YANG TAK SUDAH OST RASUK

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

Kategori:

Kelahiran 1971 Orang dari Johor Komposer Malaysia Penyanyi lelaki Malaysia Pengarah Muzik Filem Malaysia Gitaris utama Uk's Bujang laku di Malaysia Usahawan Malaysia Penerbit Album Malaysia
Log masuk / buka akaun

Laman pengguna Perbincangan

Baca Sunting Lihat sejarah


Top of Form

Bottom of Form

Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport Alatan
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:20, 7 Jun 2011. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons

Anda mungkin juga menyukai