Anda di halaman 1dari 5

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN

TAMADUN LAIN DI DUNIA


a) Kawasan pertembungan tamadun.

1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan


tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.

2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan


pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.

3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol


berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.

b) Cara pertembungan berlaku.

1. Perdagangan Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di


Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi
hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).

2. Diplomatik kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke


utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu
petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk
membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami
konsep aman dalam cara hidup orang Islam.

3. Penaklukan kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan


bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq
(tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar
Byzantine).

4. Kebudayaan kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan


bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab
iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya
Islam dan berbahasa Arab.

5. Intelektual Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan


berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan


sosial.

1. Keagamaan mengubah akidah penduduk taklukan kepada


kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat
dan budaya yang tidak bertentangan Islam.
2. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam kawasan
penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.

3. Lahir pelbagai kerajaan Islam kerajaan Delhi/Mughal di India,


kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.

4. Penguasaan ekonomi keselamatan lalauan pedagang dikawal


oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India,
Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.

5. Urbanisasi berlaku kesan kemajuan pedagang Islam.

6. Organisasi sosial Islam memberi penyelarasan undang undang


yang saksama kepasa semua lapisan masyarakat.

7. pendidikan merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains,


teknologi, sejarah, matematik.

8. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir,


bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani
Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti
orang Islam.

9. Golongan Mudejar ialah orang Islam minority di bawah


pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam
tersebut.
d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.

1. Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan


ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato,
Galen.

2. Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang


membolehkan bahan kajian ini disimpan.

3. Ilmu perubatan Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen


menghasilakn kitab Al-Hawi.

4. Matematik dan astronomi al-Khawarizmi, al-Batani.

5. Politik dan undang-undang al Farabi, al-Mawardi.

6. Ilmu Mantik dan falsafah Ibn Sina, Ibnu Rushd.

7. Seni bina Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.

8. Kesusteraan Omar Khayyam, Jalal ad-Din.

9. Pengembaraan Ibn Battuta, al Mascudi.

Anda mungkin juga menyukai