Anda di halaman 1dari 1

Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

a) Kawasan pertembungan tamadun.



1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika
bertapak di Mesir.
2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan
tamadun Parsi dan Islam.
3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan
antara tamadun Islam dan Eropah.

b) Cara pertembungan berlaku.

1. Perdagangan Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam
juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun
China).
2. Diplomatik kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di
selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia
untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam
cara hidup orang Islam.
3. Penaklukan kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan
tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun
rom-empayar Byzantine).
4. Kebudayaan kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi
bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian
tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.
5. Intelektual Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan
antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

Anda mungkin juga menyukai