Anda di halaman 1dari 9

1

SISTEM KAWALAN

1.0 PENGKELASAN DAN PENJENISAN

Sistem kawalan masa kini banyak menjurus kepada Sistem Kawalan Automasi. Kemana
saja kita pergi, kita dikelilingi oleh sistem ini contohnya di rumah, di jalan, di dalam
kenderaan dan di bangunan-bangunan. Di industri pula, Sistem Kawalan Automasi ini
sangat diperlukan kerana ianya dapat meningkatkan kualiti dan menambahkan produktiviti.
Boleh dikatakan sistem kawalan automasi ini banyak mempengaruhi cara hidup masa
depan.

1.1 KEPERLUAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI DI INDUSTRI

Sistem Kawalan Automasi ialah sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan
pertolongan insani yang minima atau tanpa insani dan mempunyai keupayaan untuk
memulakan, melaras, bertindak memapar atau mengukur pembolehubah di dalam proses
dan memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan.

Tujuan utama Sistem Kawalan Automasi digunakan di dalam industri adalah untuk
meningkatkan produktiviti dari segi :-

Meningkatkan kuantiti keluaran.


Memperbaiki kualiti keluaran.
Mengawal kos perbelanjaan.
2

1.2 PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI


Sistem Kawalan Automasi boleh dikelaskan kepada DUA (2) bahagian iaitu :

1.2.1 Automasi Tetap (Fixed Automation / Hard-Wire Control)

Sistem kawalan ini direka untuk melakukan satu tugas yang khusus. Fungsi litar
kawalannya adalah tetap dan kekal. Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin
melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan
jenis ini.

1.2.2 Automasi Boleh Aturcara / Automasi Bolehlentur


(Flexible Automation / Programmable Control System)

Automasi Boleh Aturcara atau Automasi Bolehlentur adalah sistem kawalan yang
kompleks yang dapat melakukan berbagai tugas.
Fungsi litar kawalannya diaturcarakan oleh pengguna dan boleh diubahsuai.
Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh mesin bertukar, perubahan cuma perlu
dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin
tersebut.

1.3 PERBANDINGAN ANTARA AUTOMASI TETAP DENGAN AUTOMASI BOLEH


ATURCARA
3

AUTOMASI AUTOMASI
TETAP BOLEH
ATURCARA

Kegunaan Khusus Berbagai

Kemudahan membuat Sukar Mudah


perubahan / penambahbaikan

Penyelenggaraan Mudah Sukar

Bergantung kepada
Keupayaan rekabentuk dan Sangat tinggi
pembuatan

Kelajuan Laju Perlahan


Sesuai untuk sistem Sesuai untuk semua
Kecekapan dari segi yang kecil jenis sistem
ekonomi

Contoh 1.3.1

Kawalan Tetap

S1 S2 mentol

VBbB

Kawalan Boleh Aturcara


ATURCARA
S2
00000 00001 10000
LD 00000
AND 00001
OUT 10000
END (01)
4

PLC
I O
N U
P T
U P
T U
T
mentol
S1
S2 COM
COM
VB
VB

Contoh 1.3.2

Kawalan Tetap

S1
mentol

S2

VBB

Kawalan Boleh Aturcara


Litar kawalan

00000 10000
ATURCARA

LD 00000
OR 00001
OUT 10000
END (01)
5

S2
00001

PLC
I O
N U
P T
U P
T U
T
mentol
S1
S2 COM
COMM

Vb
Vb

1.4 JENIS-JENIS SISTEM KAWALAN

Terdapat TIGA (3) jenis sistem kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan. Sistem-
sistem tersebut adalah seperti berikut:

i. Sistem kawalan pneumatik.


ii. Sistem kawalan hidraulik.
iii. Sistem kawalan elektrik.

1.5 SISTEM KAWALAN PNEUMATIK

Sistem kawalan pneumatik ialah satu sistem yang menggunakan udara yang di mampatkan
untuk menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem pneumatik banyak di
dapati dalam sistem perindustrian seperti industri makanan, petrokimia dan industri yang
menggunakan robotik. Secara amnya sistem pneumatik memerlukan

i. Bekalan udara mampat


ii. Injap kawalan
6

iii. Tiub penghubung


iv. Pemindaharuh (Transducer)

Sistem kawalan pneumatik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini
boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.5a dan Rajah 1.5b.

Insani

Pemampat Injap Tiub Isyarat


Penapis keluaran
kawalan Penghubung

Rajah 1.5a : Gambarajah blok asas sistem kawalan pneumatik secara insani

PLC

Pemampat Injap Tiub Isyarat


Penapis Penghubung keluaran
kawalan

Rajah 1.5b : Gambarajah blok asas sistem kawalan pneumatik secara automatik
dengan menggunakan PLC
1.6 SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

Sistem kawalan hidraulik ialah satu sistem yang menggunakan bendalir untuk
menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem hidraulik banyak di gunakan
di dalam industri automobil seperti sistem kuasa, sistem brek, kren, jek kereta, satelit dan
sebagainya. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak. Secara amnya sistem hidraulik
memerlukan :

i. Bekalan Bendalir Hidraulik


ii. Injap kawalan
iii. Silinder

Sistem kawalan hidraulik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini
boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.6a dan Rajah 1.6b.
7

Bekalan Hidraulik

Silinder

Injap pelega

Injap
kawalan
Pemacu Pam

Penapis
Manual
bendalir

Rajah 1.6a : Gambarajah blok sistem kawalan hidraulik secara insani

Bekalan Hidraulik
Silinder

Injap
pelega

Injap
Pemacu Pam kawalan

Penapis PLC

bendalir

Rajah 1.6b : Gambarajah blok sistem kawalan hidraulik secara automatik


dengan menggunakan PLC
8

1.7 SISTEM KAWALAN ELEKTRIK

Sistem Kawalan Elektrik ialah satu sistem kawalan yang menggunakan arus
elektrik samada arus terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber
bekalan. Secara amnya Sistem Kawalan Elektrik memerlukan:

i. Bekalan elektrik (AT) atau (AU)


ii. Elemen masukan (Suis, penderia, pemindaharuh, injap, komponen-
komponen elektronik dan sebagainya)
iii. Elemen keluaran ( Motor, lampu dan sebagainya)
iv. Kabel penyambung

Sistem Kawalan Elektrik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini
boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.7a dan Rajah 1.7b.
Suis

VB Lampu

Rajah 1.7a : Litar sistem kawalan elektrik secara insani

Suis
Lampu

PLC

VB VB
9

Rajah 1.7b : Gambarajah blok sistem kawalan elektrik secara automatik


dengan menggunakan PLC

1.8 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM KAWALAN PNEUMATIK, SISTEM


KAWALAN HIDRAULIK DAN SISTEM KAWALAN ELEKTRIK

Sistem kawalan pneumatik

Sistem pemasangannya mudah.


Rekabentuk sistemnya ringkas.
Menggunakan udara mampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.

Sistem kawalan hidraulik

Sistem pemasangannya rumit.


Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.
Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran.

Sistem kawalan elektrik

Sistem yang mudah.


Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.
Penggunaannya meluas.

Anda mungkin juga menyukai