Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk
berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai
kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke-21 ialah kemahirankemahiran
yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis),
kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang
dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan
akhlak dan sahsiah yang baik.

Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup.
Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran
abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;

Kreativiti dan Inovasi

Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah

Komunikasi dan Kolaborasi

Literasi Maklumat

Literasi Media

Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi

Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri

Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri

Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya

Produktiviti dan Akauntabiliti

Kepimpinan dan Tanggungjawab


Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;

Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

Memahami psikologi pembelajaran

Memiliki kemahiran kaunseling

Menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;

Berupaya membuat hubung-kait

Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Mengambil risiko

Dahagakan ilmu

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

Mendengar dan membuat refleksi

Berkemahiran kritis

Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba

Mampu berfikir sendiri

Membuat inisiatif

Mampu bekerja dengan orang lain

Membuat perubahan

Anda mungkin juga menyukai