Anda di halaman 1dari 20

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Objektif Latihan Industri

Objektif utama On-Job-Training (OJT) adalah untuk mendedahkan kepada para


pelajar kepada alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi selepas tamat
pembelajaran di Kolej Vokasional kelak . Antara tujuan lain Latihan Industri boleh
dinyatakan seperti berikut

i. Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pekerjaan sebenar yang


bersesuaian dengan bidang yang diceburi.

ii. Menilai kebolehan pelajar di alam pekerjaan untuk persediaanmenghadapi


alam pekerjaan yang sebenar kelak.

iii. .Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar

iv. Memberi peluang kepada pelajar mengaitkan teori-teori praktikal dengan


modul yang telah dipelajari.

v. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

vi. Meluaskan pengalaman dengan kumpulan masyarakat di industri

vii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik


antarapelajar dengan kakitangan.
Kepentingan On-Job-Training (OJT)

Kolej Vokasional telah menetapkan bahawa OJT merupakan khusus yang wajid dijalani oleh
setiap pelajar sebelum menamatkan pembelajaran mereka Oleh itu, para pelajar haruslah
melibatkan diri sepenuhnya dalam praktikal ini kerana ia akan diberikan penilaian markah
sebagai syarat lulus. Banyak kepentingan yang akan diperolehi dalam latihan tersebut.
Antaranya ialah :

i. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi dunia kerja yang sebenar yang lebih
mencabar. Pelajar perlu menerima kenyataan jika menghadapi kesukaran dalam kerja yang
dilakukan dan berusaha menanganinya.

ii. Membolehkan pelajar hubung kait antara teori yang dipelajari dengan alam pekerjaan yang
sebenar. Ini dapat membantu pelajar memberikan idea-idea yang lebih bernas dan berkesan.

iii. Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar tentang teknik berkomunikasi dengan
pelbagai golongan pekerja. Ketika waktu bekerja, pelajar berkomunikasi dengan pihak
profesional.

iv. Menilai keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengendalikan sesuatu tugas dan
tanggungjawab yang diberikan. Pelajar perlu melakukan yang terbaik terhadap tugas yang
diamanahkan.
Ciri Ciri On-Job-Training (OJT)

Penyelenggaraan (Maintenance): Latihan yang meliputi proses pemantauan dan pemeriksaan


berkala yang memenuhi piawaian dan jadual yang telah ditetapkan.

I. Reka Bentuk (Design): Latihan yang tertumpu kepada kerja mereka bentuk yang
mengikut spesifikasi,piawaian dan keperluan syarikat.
II. Perundingan (supervisory): Latihan yang menumpukan kajian terhadap sesuatu
topik atau kes. Kajian ini merangkumi segala aspek yang boleh mendatangkan
kesan terhadap kes atau topik berkenaan.
III. Pemasangan (Installation): Latihan ini menumpukan kepada kerja pemasangan
perkakasan, aksesori dan alatan baru yang memenuhi permintaan syarikat.
IV. Penyeliaan (Installation): Satu latihan berasaskan kepada penyeliaan proses kerja
yang mengikut keperluan teknikal dan tugas tertentu.
V. Penyelenggaraan (Maintenance): Latihan yang meliputi proses pemantauan dan
pemeriksaan berkala yang memenuhi piwaian dan keperluan semasa.
BAB 2 :
LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Lysaght Galvanized Steel Berhad (LGS) telah disenaraikan didalam KLSE pada 28 June 1994.
Pada sebelum ini syarikat ini dikenali sebagai Lysgaht Galvanising Service Sendirian Berhad
yang telah bermula beroperasi pada 4 April 1979 di Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965
sebagai syarikat persendirian terhad. Syarikat ini berpusatkan daripada sebuah syarikat induk
iaitu Lysaght Corrugated Pipe Sendirian Berhad (LCP). Ia bermula bekerjasama dengan John
Lysaght Ltd dari Australia, United Engineers Ltd dari Singapura dan sekumpulan usahawan dari
Malaysia.

LGS bermula dengan pengeluaran paip besi beralun, dan juga besi penghadang. Kemudian,
syarikat ini mula membuat tiang lampu, tiang pemancar alat komunikasi dan juga struktur untuk
sub-stesen.

Pembangunan bisnes, penjualan dan fungsi pemasaran bagi LGS Group berlandaskan Lysaght
Marketing (LM) yang sepenuh dimilik oleh anak syarikat LGS.

LM membantu dalam bidang pemasaran produk-produk yang dikeluarkan oleh LGS. Selain itu,
kumpulan pemasaran teknikal terus menerus mempromosi produk syarikat kepada klien-klien
dan juga konsultan melalui seminar di pelbagai Institusi Kejuruteraan atau pada permintaan khas
tidak kira di dalam atau luar negara.
2.2 CARTA ORGANISASI KILANG
2.3 LOKASI KAWASAN INDUSTRI

Alamat : 66, Tasek Square, Tasik Industrial Estate, Medan Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek,
31400 Ipoh, Perak, Malaysia

No. Pejabat : +60 5-545 1822

Jumlah Kakitangan : Anggaran seramai 550 orang pekerja.

Gambar Pintu Utama Kilang


2.4 WAKTU BERURUSAN KILANG

Hari Masa
Isnin Jumaat 8:30 pagi 4:30 petang
Sabtu 8:30 pagi 3:00 petang

2.5 FASILITI BISNES


Produk yang dikeluarkan oleh LGS mempunyai aplikasi yang meluas yang bersesuaian dengan
projek-projek pembangunan infrastruktur. Syarikat ini secara langsung terlibat dalam pembuatan
tiang besi tergalavani dan juga menara. Tiang besi selalunya diguna pakai pada jalan raya
sebagai lampu jalan, dan juga lampu isyarat. Manakala bagi produk menara pula, ia sering sekali
diguna pakai pada bekalan tranmisi talian aerial dan juga sebagai struktur untuk sub-stesen.
Produk-produk ini selalunya dilabel oleh LGS sebagai Lycropole dan Safe-T-Pole.
2.6 BARANGAN KELUARAN LGS

Jenis Kegunaan
Tiang Lampu Taman Sebagai lampu di kawasan taman rekreasi,
taman permainan dan taman bunga
Tiang Lampu Jalan Raya Sebagai tiang lampu bagi jalan utama dan
juga jalan alternatif.
Tiang Lampu Perhiasan Sebagai tiang lampu perhiasan bagi jalan
utama dan juga jalan alternatif, kediaman
persendirian dan juga kawasan landskap.
Tiang Antenna Radio Sebagai tiang transmisi bagi alat komunikasi
dan sebagainya.
Tiang Lampu Limpah Diguna sebagai pembantu dalam sistem
pencahayaan seperti di stadium dan gudang.
Tiang Transmisi Tenaga Sebagai tiang yang diguna untuk
penghantaran tenaga dari sempadan dan
sempadan yang lain.
Tiang Lampu Isyarat Diguna untuk lampu isyarat di jalan raya.
Contoh, di simpang jalan.
Tiang Keselamatan Khas direka sebagai tiang lampu yang
mampu menyerap tenaga semasa
berlakunya kemalangan bagi mengurangkan
risiko kecederaan pada mangsa.
2.5 LESEN PERSIJILAN SYARIKAT LYSAGHT
BAB 3 :RINGKASAN MINGGUAN

MINGGU TARIKH TUGASAN YANG DILAKSANKAN


1 5/12/16 11/12/16 MELAPOR DIRI PADA PENYELIA
YANG TELAH DISEDIAKAN
MELAKUKAN PENGUBAH SUAIAN
LITAR PLC
MENGESAN KEROSAKKAN
CONTACTOR (PENYENTUH)
PEMERIKSAAN MOTOR KREN
PEMASANGAN DIRECT ON-LINE
(D.O.L)
PENYELENGGARAAN PENDANT
KREN
MENGESAN KEROSAKKAN
METER SENSOR SUHU (BURNNER
14M KETTLE)
PENYELENGGARAAN GRINDER

2 13/12/16 PENYELENGGARAAN MESIN CNC


17/12/16 (ADAPTOR)
PENGAWALAN PENDANT
PENYELENGARAAN PENDANT
KREN
PENYELENGGARAAN MESIN CNC
(FLASHBACK ARRESTER)
MEMBAIKPULIH SENSOR JENIS
NORMALLY CLOSE
3 19/12/16 - PENYAMBUNGAN BEKALAN
24/12/16 KUASA KREN
PEMBAIKAN GRINDER
(KARBON)
PENYELENGGARAAN HIDRAULIK
(VALVE 3/2 , MOTOR , PENEL
BEKALAN KUASA)
PEMERIKSAAN KELAJUAN
MOTOR KREN
PENAMBAHBAIKAN BAHAGIAN
KREN (PUSH BUTTON)

4 26/12/16 PEMASANGAN BEKALAN KUASA


31/12/16 415V
PEMASANGAN MCB 63
MENGGUNAKAN KABEL 4MM
PEMASANGAN RELAY PADA
PINTU AUTOMATIK
PEMASANGAN POWER FACTOR
REGULATOR
PEMERIKSAAN ATURCARA PLC

5 3/1/17 7/1/16 PEMASANGAN INVERTER


MEMASUKKAN ARAHAN PADA
INVERTER (KAWALAN MOTOR
ROLLER)
PENYELENGGARAAN GRINDER
PENYELENGGARAAN MESIN
M.I.G (METAL
IRON GAS)
6 9/1/17 14/1/17 PENYELENGGARAAN GRINDER
PEMERIKSAAN MOTOR KREN
PEMASANGAN DIRECT ON-LINE
PEMASANGAN DAN KEKEMASAN
KABEL INTERNET (D-LINK) DAN
FOTOSTAT
PENYELENGGARAAN MESIN
T.I.G (TAG IRON GAS)
7 16/1/17 21/1/17 HIDRAULIK JACK (TRANFORMER)
PEMASANGAN INVERTER DAN
PENGUJIAN KREN
PEMASANGAN PANEL SUIS
PEMASANGAN CURRENT
COLLECTOR
8 23/1/17 - 23/1/17 PEMASANGAN CURRENT
CONNECTOR / VALHE
PENYELENGGARAAN SPEED
CONTROL
PENUKAR HALF WAVE RECTIFIER
PENYELENGGARAAN PENDANT
9 2/2/17 4/2/17 MEMBAIKI TOURCH WELDING
PEMERIKSAAN BREK KREN
PENYELENGGARAAN TRACK
VALHE
10 6/2/17 11/2/17 PEMASANGAN KABEL BUMI
PENUKARAN VALVE 3/2
PEMERIKSAAN MESIN WELDING
PEMERIKSAAN MOTOR
11 13/2/17 18/2/17 PEMERIKSAAN BREAK KREN
PEMERIKSAAN PENAL KAWALAN
GENERATOR
PEMASANGAN MOTOR
12 20/2/17 25/2/17 PEMASANGAN MOTOR DC
PENGUJIAN TRANFORMERS
PENYELENGGARAAN
KOMPRESSOR
13 27/2/17 4/3/17 MEMERIKSA ROTOR
MENUKAR KARBON KREN

14 6/3/17 11/3/17 PENYELENGARAAN GRINDER


PEERIKSAAN HIDRAULIK
PEMASANGAN MOTOR
KOMPRESSOR
15 13/3/17 18/3/17 PEMASANGAN SUIS GENERATOR
MEMASUKKAN PROGRAM PLC
PEMASANGAN KIPAS
16 20/3/17 25/3/17 MEMERIKSA PROGRAM PLC
PENYELENGGARAAN CNC
MEMASANG ENCODER CNC

17 27/3/1/17 1/4/17 MEMASANG BEKALAN KUASA


CNC 12VDC
PENGUJIAN HIDRAULIK
MEMBAIKI KABEL NEUTRAL CNC
18 3/4/17 7/4/17 PENUKARAN VALVE
KOMPRESSOR PADA CNC
MENUKAR SENSOR CNC
MEMASANG PLUG 3 PIN
BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

BAB 6 : KESIMPULAN

Langkah pihak Kolej menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalankan On-Job-Training


(OJT) merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak
menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem
pengurusan dan pentadbiran yang sempurna, sistematik dan stabil.

Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan berbanding
dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada
pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar untuk memahami alam pekerjaan yang
sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat.

Dengan adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk
menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada
seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk
bersaing di pasaran globalisasi. Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan
bakal pekerja yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.
Setelah menjalani On-Job-Training (OJT) selama 20 minggu di Lysaght Galvanized Steel
Berhad, saya memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan bermakna
kepada diri saya. Di sini, saya Berjaya mengaplikasikan hampir 70% peratus ilmu yang telah
saya pelajari di kuliah semasa saya menjalankan On-Job-Training (OJT)
Akhir kata, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa Latihan Industri dapat memberi masa kepada
pelajar-pelajar untuk melengkapkan diri dengan

ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, Latihan Industri telah memberi impak yang amat
positif dalam membentuk dan melahirkan para pelajar yang berkebolehan dalam aspek
pengurusan serta lebih profesional dalam semua aspek. Ianya juga telah mendedahkan pelajar
dengan suasana persekitaran pekerjaan yang sebenar. Bukan itu sahaja, malah On-Job-Training
(OJT) selama 5 bulan ini dapat mempertingkatkan lagi keyakinan diri dan keterampilan
seseorang itu dalam kehidupan seharian serta apa jua pengalaman dan segala kerja yang telah
dipelajari sewaktu menjalani latihan tersebut dapatlah diaplikasikan di alam pekerjaan kelak.

Anda mungkin juga menyukai