Anda di halaman 1dari 8

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(1), 2015:

Nur Farahkhanna
59 - 66 Mohd Rusli  59

Konflik Kejiwaan dalam Novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996)

Life Conflict in Novel Interlok by Abdullah Hussain (1996)

Nur Farahkhanna Mohd Rusli

ABSTRAK

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan konflik jiwa yang dialami Maniam dalam novel Interlok karya Abdullah
Hussain (1996). Watak Maniam dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan kepelbagaian konflik yang dialami dalam
usaha mencapai kehidupan yang sempurna. Maklumat kajian diperoleh melalui teknik kepustakaan, iaitu meneliti
sumber-sumber bertulis yang berhubung kait dengan permasalahan jiwa yang dialami oleh watak-watak dalam
sesebuah karya. Tiga pendekatan akan digunakan untuk menganalisis aspek kejiwaan, iaitu Psikoanalisis Sigmund
Freud, Humanistik Abraham Maslow dan Psikologi Islam. Setiap pendekatan berperanan mencetus dan mengawal
konflik jiwa yang dialami watak dalam karya. Hasil kajian mendapati konflik kejiwaan yang dialami Maniam bermula
dari rangsangan luaran yang mendorong pembentukan id dan akhirnya mempengaruhi tindakan separa sedar untuk
menangani konflik tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan kegagalan menggunakan akal untuk berfikir secara logik
dan rasional dalam menangani permasalahan menyebabkan manusia bertindak melakukan perkara yang mendatangkan
keburukan kepada diri sendiri seperti yang berlaku pada watak Maniam.

Kata kunci: Interlok, konflik kejiwaan; Psikoanalisis Sigmund Freud; Humanistik Abraham Maslow; Psikologi Islam

ABSTRACT

The aim of this article is to explain life conflict experience by Maniam in Interlok by Abdullah Hussain (1996). Maniam
was chosen as samples due to the conflict that he need to face off in order to get a perfect life. The information obtained
through literature technique, which identifies written sources which are related to conflict in live experience by the
characters. The study employs the framework of Sigmund Freud Psychoanalysis, Humanistic Abraham Maslow and
Islamic Psychology. Each framework play important rule in order to trigger and control the life conflict of the character.
The results of this study explain the life conflict by Maniam was started form external factor that cause id and ultimately
influence the subconscious action to handle the conflict. In addition, this study show that failure of using the function
of brain to think logically and rational in order to face problems cause immoral feedback by human such as Maniam.

Key words: Interlok; life conflict; Sigmund Freud Psychoanalysis; Humanistic Abraham Maslow; Islamic Psychology

Pengenalan Psikologi membolehkan pembaca meneroka alam


batin manusiawi bagi memahami kemanusiaan dan
Kesusasteraan merupakan kesenian persuratan sikap hidupnya yang diterjemahkan dalam bentuk
yang bersifat halus dan indah dengan medium karya oleh pengarang (Mana Sikana 1998:158).
penghantarnya ialah bahasa. Walau bagaimanapun, Psikologi berkait rapat dengan watak yang
bidang kesusasteraan tetap berhadapan dengan sering berhadapan dengan konflik kejiwaan.
apresiasi dan kritikan khalayak, iaitu suatu proses Konflik kejiwaan yang dialami menjadi motivasi
yang merangkumi aspek penghayatan, proses dan dorongan yang membawa kepada tingkah laku
menganalisis serta penilaian dengan kaedah yang positif atau negatif yang digambarkan oleh watak-
beralasan dan bersistem bertujuan menentukan nilai watak tersebut. Dorongan inilah yang menjadi fokus
hakiki sesebuah karya sastera. utama dalam pendekatan psikologi supaya gerakan
Malah, bidang kritikan telah diterima sebagai satu watak dapat diikuti dan difahami pembaca. Interlok
genre yang penting serta dapat membawa pelbagai (1996) karya Abdullah Hussain merupakan sebuah
kesan positif khususnya dalam perkembangan novel yang sarat dengan permasalahan jiwa dengan
kesusasteraan Melayu itu sendiri. Sesebuah karya hampir keseluruhan watak mengalami masalah
dihasilkan melalui suatu proses mental yang kompleks sama ada dengan diri sendiri, keluarga atau dengan
yang mempunyai kaitan dengan bidang psikologi. masyarakat sekeliling.
60 Nur Farahkhanna Mohd Rusli

Tiga kaum utama yang diketengahkan oleh iaitu nilai kepatuhan kepada orang tua yang telah
pengarang, iaitu Melayu, India dan Cina dengan tertanam sekian lama dalam diri.
setiap satunya diwakili oleh watak Seman, Ching Kehadiran Haji rahmat telah menggugat
Huat dan Maniam. Ketiga-tiga watak digambarkan ketenangan jiwa Siti sekali gus mencabar nilai diri
sebagai pemuda yang berhadapan dengan masalah (ego) yang dipegang selama ini. Keinginan untuk
dalam usaha mencapai taraf hidup yang lebih memperoleh jodoh berdasarkan pilihan sendiri tidak
baik. Setiap permasalahan yang dialami telah kesampaian apabila wujud ketidakserasian antara
mewujudkan tekanan dalam jiwa watak dan hal memenuhi tuntutan id dengan pembentukan ego
inilah yang akan dikaji untuk menjelaskan faktor yang bertentangan dengan persekitaran atau realiti.
pencetus setiap tekanan dan cara watak menangani Selain itu, penganalisisan konflik jiwa berdasarkan
tekanan tersebut. unsur id, ego dan superego turut diterapkan dalam
novel Juara karya S. Othman Kelantan (1976) yang
digambarkan melalui watak Mamat.
SorotAN KAJIAN Walaupun Mamat telah berpindah ke selatan
Siam kerana kecewa dengan kegagalannya dalam
Sigmund Freud (1972) melihat minda daripada pilihan raya serta bersumpah tidak mahu melibatkan
tiga sudut pandangan, iaitu dinamik, ekonomi dan diri dalam politik, namun dalam diam keinginan untuk
topografi. Minda dinamik wujud apabila kehendak menjadi juara tetap ada dan ini sebenarnya didesak
dalaman (internal values) bertembung dengan oleh minda bawah sedarnya atau id. Keinginan bawah
kehendak luaran (external reality). Sekiranya sedar amat mempengaruhi diri Mamat hingga unsur
kehendak luaran lebih banyak mempengaruhi egonya dizahirkan dengan cara melalukan penipuan,
manusia maka perasaan dalaman akan tertekan kezaliman dan pembunuhan kepada pihak lain yang
hingga mendorong kepada masalah kejiwaan cuba menghalang pencapaian cita-citanya.
(Wright 1984). namun, masyarakat sekeliling, anak buah dan
Minda ekonomi pula wujud apabila manusia undang-undang negeri bertindak sebagai super-ego
menghadapi rangsangan luaran yang mendorong yang mengawal sikap Mamat daripada melakukan
perasaan ‘senang’ dan ‘tidak senang’ dalam diri tindakan yang tidak wajar. Hal ini diperlihatkan
contohnya tekanan akibat faktor ekonomi dan sosial. melalui kerjasama dan sumbangan pemikiran
Desakan perasaan ‘tidak senang’ menyebabkan yang bijak dan rasional antara masyarakat yang
kestabilan emosi terganggu maka, manusia perlu membolehkan Mamat berjaya mengalahkan Pak
bijak mengawal tuntutan dalaman (will pleasure) Isa dengan cara yang lebih berkesan dan diterima
dan tuntutan luaran (will power) supaya prinsip masyarakat (Hashim Awang dalam Hamzah
kesenangan dan prinsip realiti dapat dibezakan bagi Hamdani 1988:145-147). Kemenangan yang
membantu menyelesaikan masalah dengan tindakan diperoleh juga berhasil memenuhi hierarki kehendak
yang positif selain dapat membatasi nafsu ketika yang menginginkan ketinggian darjat dalam bidang
berhadapan dengan konflik. politik yang menjadi cita-cita utamanya sebelum ini.
Secara tidak langsung, manusia dapat belajar
menerima keadaan yang tidak menyenangkan selain
menyesuaikan diri dengan kehendak persekitaran MetodoLoGI
yang sering berubah. Minda topografik pula
mempunyai tiga bentuk, iaitu id, ego dan superego objektif kajian adalah untuk menganalisis konflik
(Sigmund Freud 1972). Ketiga-tiga unsur saling kejiwaan dalam novel Interlok karya abdullah
berkait antara satu sama lain dengan id merupakan Hussain (1996). watak Maniam dipilih sebagai
keinginan dalaman, ego pula terbentuk daripada sampel disebabkan kehidupannya yang sering
id dan superego sebagai suatu bentuk transformasi dirundung masalah dalam usahanya untuk keluar
daripada id dan ego. dari hidup yang serba kesusahan demi mencapai
unsur id dalam cerpen Perempuan karya taraf hidup yang lebih baik bermula sejak dia tinggal
Shahnon ahmad dinyatakan melalui watak Siti yang di India atau setelah berhijrah ke Malaya. Setiap
terperangkap antara keinginan untuk memenuhi usahanya mendatangkan pelbagai konflik kejiwaan
kehendak keluarga supaya menerima pinangan Haji sekali gus memberi kesan kepada perkembangan
Rahmat, atau mahu memenuhi kehendak sendiri jiwa watak tersebut hingga mempengaruhi
yang sebenarnya tidak berminat dengan pinangan pembentukan aksi dan reaksi watak itu sendiri
tersebut. Siti takut untuk memecahkan egonya, dalam memperkembangkan cerita.
Nur Farahkhanna Mohd Rusli 61

Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan keperluan diri demi mencapai taraf hidup yang
dengan meneliti sumber-sumber bertulis termasuk lebih baik. namun, kegagalan menjadi insan yang
teks, jurnal dan novel Interlok (1996). Kajian juga baik menyebabkan mereka tidak mampu berkembang
menerapkan tiga pendekatan utama yang sering ke arah kesempurnaan diri akibat desakan hidup
digunakan untuk menganalisis konflik kejiwaan hingga mendorong mereka melakukan perkara
watak dalam karya, iaitu Psikoanalisis Sigmund negatif (Mahmood nazar Mohamed 2001).
Freud, Humanistik Abraham Maslow dan Psikologi akibatnya, kelalaian penerapan nilai humanistik
Islam dengan ketiga-tiganya memainkan peranan telah mendorong pelbagai masalah hingga
yang tersendiri dalam permasalahan jiwa manusia. mengakibatkan pemberontakan mental dan fizikal
Dalam bidang kritikan, psikoanalisis Freud seperti yang digambarkan oleh watak. Watak-
melihat minda manusia dari tiga sudut pandangan, watak turut didorong oleh tuntutan nafsu (al-Nafs)
iaitu minda dinamik (pertentangan antara kehendak yang dizahirkan dalam bentuk tingkah laku. Id dan
dalaman dan luaran), minda ekonomik (pengaruh nafsu merupakan dua unsur yang berkehendakkan
daripada rangsangan luaran yang melahirkan keseronokan semata-mata demi mencapai kepuasan
perasaan senang atau tidak senang) dan minda diri. Setiap manusia diberikan hati (al-Qalb) dan akal
topografik yang terdiri daripada tiga bentuk, iaitu id, (al-Aql) yang seharusnya digunakan sebaik mungkin
ego dan superego. Minda topografik terdiri daripada ketika berhadapan dengan situasi yang sukar.
tiga unsur dengan setiap satunya mempunyai Malah, setiap pegangan agama turut menekankan
hubungan tersendiri dengan konflik yang dialami nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk menjadi
manusia dan dijelaskan melalui teori ‘Iceburg’ manusia yang baik. namun, kegagalan fungsi hati
seperti dalam Rajah 1. (al-Qalb) dan akal (al-Aql) menyebabkan watak
menyalurkan keinginan dengan cara yang tidak
wajar. Oleh itu, pengkaji ingin menganalisis sejauh
mana pengabaian dasar-dasar Islam mempengaruhi
SUPEREGO (minda sedar)
tingkah laku watak dalam menyelesaikan konflik
Permukaan yang dialami.
EGO (minda separuh sedar) Laut

Laut wAtAK MANIAM


ID (minda tidak sedar)
dalam novel Interlok (1996), Maniam digambarkan
Rajah 1. Teori ‘Iceburg’ sebagai pemuda India yang mengalami pergelutan
rAJAH 1 Teori ‘Iceburg’ jiwa akibat kehadiran watak Supiah yang dianggap
mengancam kehidupan rumah tangga dengan isteri
Unsur id merupakan keadaan bawah sedar barunya yang bernama Malini. Hal ini kerana,
yang wujud dalam diri manusia untuk mencapai sebelum berhijrah ke Tanah Melayu, Maniam telah
kepuasan dalam hidup manakala unsur ego pun berkahwin di India dan mempunyai isteri yang
merupakan keadaan separa sedar yang bertindak bernama Ambika. demi mencapai kehidupan yang
balas dengan kehendak id samada dalam bentuk lebih baik Maniam meninggalkan tanah airnya dan
positif (memenuhi kehendak id) atau negatif berhijrah ke Tanah Melayu.
(menangani kehendak id). Unsur superego pula Walau bagaimanapun, perihal berkenaan
merupakan minda sedar manusia yang menggunakan perkahwinan pertamanya itu dirahsiakan daripada
fungsi akal untuk berfikir secara logik tentang baik pengetahuan isteri baharunya yang akhirnya
buruk dalam memenuhi atau menangani kehendak mendatangkan masalah kepada Maniam sendiri.
id. Maka, pengkaji ingin menganalisis sejauh mana Ketika di Tanah Melayu Maniam bekerja di kawasan
ketiga-tiga unsur ini menyumbang kepada konflik kebun dan telah mengahwini gadis bernama Malini.
kejiwaan pada watak Maniam secara menyeluruh. Namun, konflik Maniam bermula dengan kehadiran
berdasarkan Humanistik Abraham Maslow Supiah, iaitu rakannya yang berasal dari India yang
(1984), manusia berkeinginan mencapai sememangnya telah mengetahui perihal Maniam
kesempurnaan diri dalam hidup berdasarkan hierarki yang sudah mempunyai isteri yang ditinggalkan
kehidupan daripada peringkat paling rendah ke di India.
peringkat paling tinggi yang terdaya dicapai oleh Supiah yang berperanan sebagai watak
manusia. Manusia ingin memenuhi keperluan asas antagonis menginginkan rumah tangga Maniam
62  Nur Farahkhanna Mohd Rusli

dan Malini berakhir kerana Supiah menaruh hati keseronokan semata-mata. Keseronokan dalam
kepada Malini. Disebabkan keinginan itu, maka konteks permasalahan Maniam merujuk kepada
Supiah mencari jalan untuk memporak-perandakan kepuasan yang diperoleh sekiranya dia berjaya
kehidupan rumah tangga mereka dengan cara menghalau Supiah demi menjamin ketenteraman
mengugut Maniam bahawa dia akan menceritakan hidup dengan keluarga barunya. Berikut adalah
kisah perkahwinan pertamanya kepada Malini dan dorongan id dalam diri Maniam:
semua penduduk di kawasan kebun itu. “Waktu itu timbul satu perasaan baru yang mendesak
Hal ini sangat membimbangkan Maniam, dalam hatinya, supaya dia mengambil sesuatu
malah Maniam khuatir dengan penerimaan Malini tindakan. Mengapa tidak dihalau sahaja Supiah
jika mengetahui perkara tersebut. Maniam juga daripada kebun itu? Tetapi bagaimana mahu
bimbang akan tanggapan penduduk yang tinggal di menghalaunya? Maniam kemudian mengambil
keputusan. Dia akan membiarkan Supiah itu tinggal
kawasan kebun jika berita tersebut tersebar kerana dahulu, kalau nanti dia mahu membuat kacau, kalau
Maniam tidak mahu dianggap sebagai lelaki yang ada riak dia mahu menimbulkan huru-hara, dia mesti
jahat dan tidak bertanggungjawab. Maka, ancaman disingkirkan.”
daripada Supiah mencetuskan tekanan jiwa dalam (Abdullah Hussain 1996:282)
diri Maniam dan akhirnya mendorong pelbagai Petikan menunjukkan unsur id Maniam
tindakan yang dizahirkan oleh Maniam. atau suatu bentuk tenaga bagi segala kehendak
manusia yang mendorong tingkah laku yang baik
Psikoanalisis Freud atau sebaliknya. Perasaan id Maniam merupakan
rasa tidak puas hati yang terjadi akibat dorongan
biologikal, iaitu tekanan terhadap ancaman yang
Dalam diri manusia terdapat dua jenis kehendak,
diberikan oleh watak Supiah terhadap kebahagiaan
iaitu kehendak dalaman dan kehendak luaran.
rumah tangganya bersama Malini. Tekanan ini
Jika kehendak luaran lebih banyak mempengaruhi
memotivasikannya berbuat apa yang dikehendaki
manusia, maka perasaan dalaman akan tertekan.
termasuk keganasan yang terarah kepada kelazatan
Dalam kes Maniam, kehendak dalamannya
(Mahmood Nazar Mohamed 2001), iaitu perasaan
menginginkan kehidupan yang bahagia di samping
puas yang diperoleh sekiranya Supiah berjaya diusir
keluarga baharunya di Tanah Melayu, iaitu bersama
keluar daripada kebun itu.
Malini dan bapa mertuanya Perumal. Kehendak
Rangsangan luaran yang wujud akan melahirkan
luaran pula menginginkan watak Supiah dihalau
perasaan ‘senang’ (pleasure) dan ‘tidak senang’
daripada kawasan tempat tinggalnya kerana
(unpleasure) dalam diri manusia. Namun, perasaan
Supiah dianggap mengancam kehidupan rumah
‘tidak senang’ akan lebih mendominasi sekiranya
tangganya. Hal ini disebabkan ugutan Supiah yang
rangsangan atau tekanan luar meningkat. Pada
ingin membocorkan rahsia tentang perkahwinan
peringkat ini unsur ego memainkan peranan sama
pertamanya di India pada masa dahulu yang akhirnya
ada menuruti perasaan ‘senang’ atau perasaan ‘tidak
mewujudkan tekanan jiwa kepada Maniam.
senang’. Mekanisme ego bertindak mengawal
Dari sudut psikologi, konflik kejiwaan
keseronokan id kerana ego merupakan bahagian
yang dialami Maniam didorong oleh tuntutan id
personaliti yang rasional, logikal dan beroperasi
atau keadaan bawah sedar (subconscious) yang
berdasarkan prinsip realiti. Ego bertindak
berkehendakkan unsur keganasan terhadap watak
menggunakan pemikiran proses sekunder, iaitu
Supiah. Bagi D. Nye, unsur id merupakan bahagian
strategi penyelesaian masalah yang lebih kritikal,
personaliti manusia yang paling primitif. Terry
tersusun dan realistik.
Eagleton pula menjelaskan tuntukan id rakus dan
Dalam situasi Maniam, perasaan tidak senang
tidak pernah puas (Arba’ie Sujud et al. 2010).
wujud akibat tekanan emosi yang disalurkan akibat
Jelasnya, id merupakan tempat terletaknya keinginan
ancaman daripada Supiah yang cuba merosakkan
atau gesaan yang memerlukan pengluahan.
rumah tangganya. Maniam tidak selesa dengan
Unsur id Maniam dapat dilihat melalui
keadaan tersebut, bimbang dan khuatir dengan
keinginan menghalau Supiah agar perihal
penerimaan keluarga Malini jika mendapat tahu
perkahwinan pertamanya dapat disembunyikan
kisah lamanya ketika di India dahulu. Dalam hal
daripada pengetahuan Malini dan bapanya.
ini, ego yang seharusnya menggantikan nilai negatif
Hal ini menunjukkan pengaruh id mengundang
kepada positif tidak dapat dicapai kerana naluri id
perasaan resah gelisah (chaotic) yang terletak di
yang memuncak yang disalurkan secara tidak teratur
minda bawah sedar manusia dan berprinsipkan
Nur Farahkhanna Mohd Rusli  63

menyebabkan Maniam nekad ingin mencederakan bimbang dalam batiniah Maniam telah mendorong
Supiah setelah mendapat tahu Supiah memburuk- pembentukan unsur anxieti dalam diri Maniam.
burukkan namanya: Hal ini menyebabkan unsur ego mengaktifkan
“Beberapa orang kuli lelaki ikut Perumal mengejar mekanisme helah bela diri dan Maniam berfikir dia
Maniam. Tetapi Maniam tidak peduli, dia sudah perlu mempertahankan dirinya daripada tindakan
mabuk seperti babi gila. Dia mahu membunuh Supiah yang mengancam kehidupan rumah
Supiah. Itu yang ada dalam kepalanya.” tangganya.
(Abdullah Hussain 1996:29) Maka, mekanisme helah bela diri Maniam
Unsur id ternyata tidak dapat dibendung terjelma dengan tindakannya mengejar
menyebabkan Maniam tidak berupaya mengarahkan Supiah dan mengancam mahu membunuhnya.
mekanisme ego supaya mengawal kehendak id. Maniam merasakan tindakannya itu wajar demi
Menurut A. Othman Kelantan (1985), konflik yang mempertahankan rumah tangganya serta ingin
berat akan menekan unsur bawah sedar. Ego yang membuktikan bahawa tindakan Supiah mengada-
gagal menjadi jaringan kepada id akan berkelakuan adakan cerita yang dia tidak mengirim wang dan
ganjil malah memperlihatkan keadaan yang amat meninggalkan isteri pertamanya di kampung adalah
terdesak hingga berniat untuk mencederakan orang tidak benar. Hal ini kerana Maniam sudah pun
lain. Seharusnya, Maniam perlu merangsang ego menceraikan isteri pertamanya itu, maka Supiah
supaya berfikiran positif dengan membaiki keadaan tidak seharusnya menyebarkan fitnah seperti
dengan cara yang betul, namun ego yang kalah itu. Khabar yang diceritakan Supiah seolah-olah
dengan tuntutan id memakan diri sendiri kerana menggambarkan Maniam sebagai lelaki jahat dan
tidak berjaya menjadikan ego sebagai jaringan tidak bertanggungjawab:
kepada kehendak id. Maniam terus menyambar tongkat semambu bapa
Kegagalan ego mengawal kehendak id mentuanya dan berlari keluar. ... “Eh, Supiah,” pekik
menggambarkan unsur super ego Maniam yang Maniam dari jauh. “Mari sini, aku mau ajar mulutmu.
tidak mantap. Menurut Arba’ie Sujud et al. (2010), Binatang! Kau mau rosakkan rumah tanggaku ya?
Binatang!”
super ego berperanan menentukan baik buruk (Abdullah Hussain 1996:298)
sesuatu perkara. Oleh itu, manusia yang berhadapan
dengan konflik perlu bijak membuat pertimbangan Perasaan bimbang, cemas dan marah
antara memenuhi tuntutan dalaman (will pleasure) menyebabkan unsur anxieti mendorong ego
atau tuntutan luaran (will power). Manusia perlu mengaktifkan mekanisme helah bela diri. Pergolakan
mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara jiwa yang kuat menyebabkan Maniam berperang
selain belajar membatasi nafsu dan menerima dengan perasaannya sendiri hingga unsur ego yang
keadaan yang tidak menyenangkan agar dapat sepatutnya mengaktifkan mekanisme helah belah
menyesuaikan diri dengan kehendak persekitaran. diri berbentuk positif gagal membendung konflik
Namun, keadaan ini tidak dapat dicapai oleh jiwa yang dialami. Ketidakmampuan menyelesaikan
Maniam kerana tuntutan id yang terlalu menguasai konflik akibat desakan id yang kuat serta pembentukan
diri hingga gagal membezakan baik buruk tindakan unsur anxieti akibat perasaan takut dan cemas telah
yang dilakukan olehnya. Kegagalan unsur super ego mempengaruhi emosi Maniam hingga mendorongnya
menjadikan Maniam sebagai manusia yang unggul melakukan tindak balas yang negatif.
sekali gus telah mencerminkan anxieti yang negatif
dalam diri Maniam. Anxieti merupakan keadaan
Humanistik Abraham Maslow
negatif gabungan perasaan takut, seram, gentar,
runsing dan cemas akibat faktor-faktor yang sukar
diketahui individu berkenaan (Arbai’ie Sujud et al. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, manusia
2010). berusaha mencapai tahap kesempurnaan kendiri
Bagi mengawal anxieti, ego memainkan yang paling tinggi dalam hidup mereka. Berdasarkan
peranan penting dengan mengaktifkan pertahanan teori Humanistik Abraham Maslow, keperluan asas
yang dikenali sebagai mekanisme helah bela diri. merupakan kehendak paling utama untuk mencapai
Gabungan perasaan marah akibat tindakan Supiah kesempurnaan diri yang unggul. Manusia akan
menjaja cerita perkahwinan pertamanya di India sentiasa berusaha mencapai sesuatu yang lebih
serta khuatir penerimaan Malini dan keluarganya bermakna dalam dirinya bermula daripada tahap-
telah membentuk perasaan takut, runsing dan tahap keperluan fisiologi hinggalah kepada tahap
kesempurnaan diri yang lebih baik. Berikut adalah
64 Nur Farahkhanna Mohd Rusli

hierarki keperluan yang disarankan oleh Maslow kerana kegigihannya untuk berubah demi mencapai
yang ingin dicapai setiap manusia: tahap kesempurnaan kendiri yang unggul. Maniam
juga berubah menjadi pemuda yang lebih matang,
lebih berpengetahuan untuk menangani suatu
being needs SELF-ACTUALIZATION (peace, knowledge, permasalahan berdasarkan pengalaman yang
understanding, meaning, beauty, self-fulfillment) diperoleh sepanjang hidupnya selain berupaya
mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling
yang sering berubah.
deficiency needs
Menurut Maslow (1984), individu yang
berusaha mencapai tahap ini akan beroleh kehidupan
yang lebih baik dan hal ini dapat dilihat dalam watak
Rajah 2. Hierarki keperluan Maslow
Maniam setelah dihalau daripada tempat tinggal
!
rAJAH 2 Hierarki keperluan Maslow lamanya. Hal ini bagi memenuhi keperluan diri
yang sebelum ini gagal diperoleh akibat pelbagai
Berdasarkan Rajah 2, manusia mempunyai tekanan dan konflik kejiwaan yang dialami. Maniam
keperluan dan keperluan asas. Tatatingkat keperluan tidak berputus asa dengan kegagalannya, sebaliknya
manusia bermula daripada kehendak untuk Maniam berusaha mengubah kehidupan ke arah
memenuhi keperluan asas seperti psikologi, yang lebih baik. Jelasnya, manusia perlu melakukan
keselamatan dan lain-lain hingga ke tahap apa sahaja yang difikirkan wajar untuk mendapatkan
kesempurnaan diri yang paling tinggi antaranya kesejahteraan hidup, iaitu mencapai kesempurnaan
keamanan, pengetahuan dan sebagainya. Jika diri yang unggul (arba’ie Sujud et al. 2010).
semua keperluan ini dipenuhi, maka individu dapat
memotivasikan diri untuk mencapai peringkat yang
PSIKoLoGI ISLAM
lebih tinggi untuk mencapai tahap kesempurnaan
diri. Dalam situasi Maniam, dia telah dihalau keluar
dari kawasan tempat tinggalnya selepas Supiah Walaupun Maniam merupakan pemuda berbangsa
berjaya menyebarkan fitnah yang memburuk- India, namun dalam setiap pegangan agama masing-
burukkan namanya. masing termasuk agama Hindu pasti terdapat
peringatan supaya penganutnya menitikberatkan
“Hati Maniam agak sedap. dia sudah mula yakin nilai-nilai murni dalam setiap perkara yang dilakukan
akan dirinya sendiri. dia percaya Malini akan
selamat tinggal dengan Perumal. Biarlah dia pergi
untuk menjamin kehidupan yang lebih baik. Dengan
dahulu mencari pekerjaan. Apabila sudah ada kerja kata lain, setiap agama mencegah manusia daripada
dan Malini melahirkan anak maka dia akan datang menjadi mangsa akibat tuntutan nafsu yang negatif.
menjemputnya.” Psikologi Islam turut menggalakkan manusia
(Abdullah Hussain 1996:317) yang tewas kepada tuntutan id supaya kembali
Setelah dihalau, Maniam perlu mencari keperluan memperbaiki diri dengan menggunakan fungsi akan
asasnya sendiri dan terpaksa memenuhi kehendak- dan hati yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah
kehendak seperti pekerjaan, keselamatan diri, Nabi (al-hadis). Hal ini penting untuk membantu
penghargaan diri dan sebagainya. Dalam keadaan dalam membuat pertimbangan baik buruknya
inilah dapat dilihat Maniam sebagai pemuda yang sesuatu perkara.
berusaha mencapai kesempurnaan diri dengan Hati (al-Qalb) secara semula jadinya terarah
bergerak dari hierarki tahap rendah hingga mencapai kepada sifat ketuhanan, iaitu cintakan kebenaran,
tahap tertinggi yang terdaya olehnya. Maniam perlu kebaikan dan keadilan (Mahmood nazar Mohamed
memenuhi kehendak pekerjaan untuk menampung 1990:32). Akal (al-Aql) pula berfungsi mencari
keperluan asasnya. Maniam perlu mencapai kehendak ilmu bertujuan untuk membersihkan hati supaya
keselamatan, iaitu dengan tidak membahayakan terdorong ke arah kebaikan. Sebagai manusia yang
dirinya dengan terus tinggal di kediaman lamanya mempunyai pegangan agama, Maniam seharusnya
dalam keadaan masyarakat yang sudah tidak mahu bijak menggunakan fungsi hati dan akal untuk
menerima kehadiran Maniam di sana. membezakan baik buruk sesuatu perkara kerana
Setelah kehendak-kehendak tersebut dipenuhi, dalam agamanya sendiri menitikberatkan amalan-
hierarki keperluan Maniam mula menempati amalan yang baik.
keperluan tertinggi apabila dia mula dihormati namun, jika manusia membiarkan nafsu (al-
nafs) menguasai diri maka peperangan antara
Nur Farahkhanna Mohd Rusli  65

kebaikan dan kejahatan akan berpihak kepada mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri
nafsu jahat tersebut. Hal ini menyebabkan jasad malah kepada orang lain.
manusia beraksi sebagai pengikut kepada tuntutan
kehendak jahat walaupun sedar perbuatan tersebut
tidak memberikan kebaikan sama ada pada diri Kesimpulan
sendiri atau orang lain. Keadaan id yang menekan
diri Maniam, peranan ego dan super ego yang gagal Apabila berbicara perihal motivasi dan tingkah
membentuk jaringan bagi menangani kehendak id laku, secara tidak langsung ia berkait rapat dengan
menambahkan kerumitan konflik jiwa yang dialami psikologi yang menilai segala perubahan oleh
oleh Maniam. watak sebagai satu gejala psikologikal yang perlu
Maniam terlalu memikirkan tanggapan penduduk diberi perhatian (S. Othman Kelantan, 1985:92).
di sekelilingnya selain khuatir dengan penerimaan Penemuan psikoanalisis Freud pada awal abad ke-20
keluarga baharunya tentang perihal perkahwinan menyebabkan bidang psikologi berkembang dengan
pertamanya ketika di India dahulu dibongkar memasuki dimensi baharu terutama dalam bidang
oleh Supiah. Malah, desakan untuk memperoleh kritikan sastera. Jelasnya, teori psikoanalisis Freud
kehidupan yang lebih baik dalam persekitaran masih lagi relevan untuk menjelaskan permasalahan
ekonomi dan sosial yang dipenuhi kesukaran berkaitan konflik kejiwaan yang berlaku pada watak
turut memberikan tekanan kepada Maniam sekali dalam sesebuah karya.
gus menambahkan konflik jiwa yang dialaminya. Dapat dirumuskan bahawa, dalam novel
Dalam Islam, manusia dituntut menangani kehendak Interlok karya Abdullah Hussain (1996), pengarang
nafsu berdasarkan pertimbangan akal dan hati. telah berjaya mengeksploitasi banyak punca
Dalam konteks Maniam, walaupun bukan yang mendorong kepada permasalahan jiwa oleh
beragama Islam namun Maniam seharusnya bijak watak-wataknya. Dalam kes Maniam, pengarang
bertindak menggunakan kewarasan akal dan hati mengaitkan punca ekonomi dan sosial untuk
daripada terus menjadi mangsa kepada kehendak mewujudkan minda pra sedar bagi membentuk
id yang akhirnya mendatangkan kesan buruk unsur id dalam diri Maniam. Dalam hal inilah ego
kepada diri sendiri hingga menyebabkannya dihalau memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah
daripada tempat tinggal sendiri. Maniam seharusnya akibat tekanan daripada id samada menghasilkan
bijak merancang penyelesaian bagi masalah yang ego positif-rasional atau secara negatif-irrasional.
dihadapi seperti berlaku jujur dengan menceritakan Walau bagaimanapun, kegagalan menangani
kepada Malini bahawa dia pernah berkahwin ketika kehendak id akan membendung pembentukan ego
di India dahulu. positif-rasional, sebaliknya ego negatif-rasional
Hal ini dapat menjelaskan situasi sebenar akan mempengaruhi tindakan manusia dengan
tentang peristiwa silam Maniam tanpa perlu melakukan perkara yang tidak sewajarnya seperti
berselindung dengan orang lain kerana dikhuatiri yang digambarkan dalam watak Maniam. Dalam
dianggap sebagai lelaki yang tidak jujur. Walau aspek inilah diselitkan mesej oleh pengarang bahawa
bagaimanapun, pengabaian fungsi hati dan akal pentingnya pertimbangan tentang baik buruk sesuatu
menyebabkan Maniam gagal menangani kehendak perkara sebelum tindakan yang tidak sewajarnya
id dalam dirinya. Malah, tekanan dan kesempitan diambil. Walaupun tidak dinyatakan secara tersurat,
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan namun pengarang cuba mengetengahkan nilai
antara punca utama yang menyebabkan Maniam kejujuran dalam watak Maniam terutama dengan
gagal menggunakan fungsi hati dan akal untuk ahli keluarga sendiri.
menyelesaikan masalah hidupnya. Maniam seharusnya berlaku jujur dengan
Sebaliknya Maniam mengambil langkah dengan menceritakan perkara sebenar tanpa berselindung
menuruti kehendak nafsu, iaitu menuruti perasaan sejak dari awal supaya mereka mengetahui setiap
marah hingga membawa kesan kepada diri sendiri. perkara yang pernah berlaku pada ahli keluarga
Jelasnya, manusia perlu bijak menggunakan akal yang lain. Hal ini penting bagi mengelakkan
dan hati ketika berhadapan dengan masalah supaya konflik kerana jika terdapat spekulasi negatif
pertimbangan tentang baik buruk sesuatu perkara yang disampaikan oleh orang luar, ahli keluarga
dapat dilakukan berbanding bertindak secara sudah pun menerima maklumat tersebut terlebih
melulu. Dengan kata lain, manusia diingatkan dahulu daripada keluarganya sendiri. Hal ini dapat
supaya berfikir dahulu sebelum bertindak supaya membendung permasalahan yang lebih berat
setiap tindakan yang bakal dilakukan tidak daripada berlaku, malah konflik yang wujud dapat
66  Nur Farahkhanna Mohd Rusli

ditangani dengan lebih baik berpandukan ego Rujukan


positif-rasional.
Jelasnya, psikoanalisis mendasarkan Abdullah Hussain. 1996. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan
pemikirannya kepada proses bawah sedar yang Bahasa dan Pustaka.
Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Asiah
membentuk perilaku dan segala penyimpangan Abdul Rahman. 2010. Sastera Melayu Suatu Pengantar.
perilaku sebagai akibat daripada proses di bawah Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.
sedar dalam minda manusia (Freud dalam Freud, Sigmund. 1972. Two Short Accounts of Psycho-Analysis.
IraPuspitorini, 2002). Bagi menangani atau England Penguin Book.
memenuhi kehendak minda bawah sedar, pengarang Hamzah Hamdani. 1988. (Penyelenggara). Freud dan
Kesusasteraan Melayu dalam Konsep dan Pendekatan
mengekspresikan pelbagai tindakan yang disalurkan
Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
melalui watak-watak dalam karyanya samada Ira Puspitorini. 2002. (Penterjemah). General Introduction
tindakan yang mengarah kepada kebaikan atau to Psychoanalysis: Psychoanalysis Sigmund Freud.
kepada keburukan. Yogyakarta: Ikon Teralitera.
Secara tersirat, tindakan-tindakan ini Mana Sikana. 1998. Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera
mengandungi mesej berguna yang ingin disampaikan Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Satu
pengarang kepada pembaca. Oleh itu, psikoanalisis Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia.
Freud masih, Teori Humanistik Abraham Maslow Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
dan Pendekatan Psikologi Islam masih relevan untuk Maslow, A. 1984. Motivasi dan Keperibadian. Jakarta: Pustaka
menganalisis konflik jiwa yang dialami oleh watak. Binoman Pressido.
Secara tidak langsung, pendekatan-pendekatan yang S. Othman Kelantan. 1976. Juara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
digunakan dapat menyalurkan pengajaran kepada
S. Othman Kelantan. 1985. Teknik Mengkaji Novel (dalaman
pembaca terutama dalam cara-cara menangani dan luaran). Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.
masalah yang dicetuskan oleh minda primitif Wright, E. 1984). Psychoanalytic Criticism: Theory in Practice.
manusia. London: Methuen.

Nur Farahkhanna Mohd Rusli


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 upm, Serdang, Selangor
malaysia.
E-mail: farahkhannamohdrusli@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai