Anda di halaman 1dari 67

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan sistem pengkomputeran dalam arus pemodenan telah merubah


tanggapan bahawa sistem teknologi maklumat hanya untuk mereka yang
berkemampuan sahaja. Justeru itu perkembangan dalam teknologi maklumat bukan
saja banyak membantu memudahkan tugas harian malah telah menyelesaikan
permasalahan yang timbul dalam melaksanakan kerja harian individu mahupun
dalam kumpulan atau organisasi.
Sistem Pengurusan Cuti anggota di IKED ini akan ditumpukan berpandukan
kepada pengurusan Cuti di IKED. Institut Komunikasi dan Elektronik TD, Kem
Perdana Sungai Besi. Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED)
merupakan sebuah insitiut bagi pasukan KOR SEMBOYAN, dimana segala kursus
berkaitan dengan Semboyan dianjurkan oleh IKED dan dijalan di sini. Rejimen
Semboyan ditubuhkan pada 1949.
Pada mulanya kebanyakkan data yang hendak disimpan dimuatkan secara
manual. Oleh itu projek ini boleh membantu pihak pengurusan cuti di institut ini
untuk memasukkan data yang diproses ke dalam satu fail khas dalam
pengkomputeran. Segala pengurusan cuti dibuat dalam borang-borang tertentu dan
disimpan ke dalam fail. Sekiranya penyemakan hendak dibuat, maka data disimpan
dalam fail akan dipunggah dan perlu dirujuk satu persatu.
Terdapat banyak masalah yang telah dikenal pasti apabila pemerhatian dibuat,
ini mendorong kepada pembangunan sistem bagi mengatasi kehilangan data yang
telah lama disimpan. Masalah kerja penyemakan semula yang lambat akan
menyokong dan mendorong kepada wujudnya pembangunan sistem ini. Selama ini
banyak penggunaan kertas dan memakan kos yang tinggi dan kesulitan kerja dapat
dikurangkan dengan adanya pembangunan sistem ini.

1
Pembangunan sistem yang diwujudkan ini dapat membantu menyelesaikan
kerja-kerja penyemakan semula dan ianya lebih cepat, mudah dari capaian data yang
diperlukan. Selain dari itu penjimatan masa dapat ditingkatkan.

1.2 Pernyataan Masalah

Antara masalah yang terdapat pada sistem lama ialah mereka masih
menggunakan sistem kerja yang dikendalikan secara manual di mana setiap
maklumat mengenai cuti direkodkan secara bertulis dan disimpan didalam fail.
Antara masalah yang terdapat pada sistem lama ialah:

a. Borang permohonan cuti hilang sebelum diperiksa dan diluluskan


oleh pegawai.
b. Sukar untuk mencari data staf dengan cepat.
c. Berlaku perlambakan fail.
d. Sistem ini tiada ciri-ciri keselamatan.
e. Kos penyelengaraan yang besar untuk membeli alat tulis, kertas dan
fail.
f. Penggunaan masa yang panjang untuk mencarai dan menyemak
semula maklumat cuti seorang staf.

Diharap sistem yang akan dibangunkan ini dapat mengurangkan atau


menyelesaikan masalah yang timbul pada masa kini atau masa hadapan serta dapat
meningkatkan mutu kerja pihak pengurusan kerani cuti di institut ini.

1.3 Matlamat Projek


Matlamat projek ini adalah untuk membina satu sistem maklumat pengurusan cuti
anggota iked secara berkomputer. Data-data yang dikumpulkan akan disimpan
didalam pangkalan data. Sistem ini akan menyediakan antaramuka pengguna yang
rama pengguna sistem ini juga berkebolehan untuk mengeluarkan laporan
mingguan, bulanan, tahunan.

2
1.4 Objektif Projek
Objektif projek seharusnya boleh diguna pakai oleh pihak pengurusan taman
bimbingan kanak-kanak. Objektif utama Projek Pengurusan Cuti IKED adalah
seperti berikut:
a. Mengoutomasikan sistem manual sedia ada kepada sistem
pengkomputeran yang terkini.
b. Membina satu sistem di mana segala maklumat pengurusan cuti
direkodkan secara berkomputeran.
c. Rujukan akan datang boleh dibuat dari masa ke masa dengan mudah
tanpa gangguan.
d. Sistem yang dibina boleh digunakan oleh penyelia serta staf yang
berkenaan dengan mudah tanpa perlu melalui proses pembelajaran
yang panjang.
e. Mengurangkan kerja-kerja yang bersangkut paut dengan maklumat
kerani. Pengurangan ini adalah untuk pengumpulan maklumat yang
dibuat secara manual.
f. Menjimatkan masa semasa proses kemasukan data atau maklumat
yang berkaitan.
g. Mengelakkan keciciran atau risiko kehilangan maklumat yang
terkumpul.
h. Capaian data atau maklumat mudah diperolehi
i. Penjimatan penggunaan kertas serta mengurangkan kos pengurusan.

1.5 Skop Projek


Skop kajian projek ini akan menjelaskan keperluan yang perlu ada dalam
sistem maklumat yang bakal dibangunkan tanpa menghilangkan konsep asal terhadap
transaksi yang digunakan oleh pengurusan Cuti. Sistem ini juga perlu menyediakan
kepentingan pihak pengurusan Cuti dalam mengenalpasti sistem maklumat yang
bakal dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan mereka. Diantaranya seperti
berikut:
i. Mengautomasikan sistem manual kepada sistem berkomputer.
ii. Menjana laporan Cuti dalam bentuk manual atau automatik.
iii. Menyediakan antaramuka pengguna yang interaktif serta

3
iv. Membina sistem yang mudahguna.
v. Menyediakan tahap penggunaan yang berbeza antara pentadbiran
(administrator) dan pengguna biasa (user).

1.6 Kepentingan Projek


Projek Sistem Pengurusan Cuti IKED ini akan memenuhi dasar atau
keperluan semasa oleh pihak pengurusan Cuti di IKED, Kem Perdana Sungai Besi.
Segala proses kerja-kerja akan dapat dibuat dengan berkesan dan mudah dengan
adanya sistem pengkomputeran. Segala kerja-kerja penyemakan maklumat
berkenaan cuti anggota dengan tersusun dan mudah dikemaskini dari masa ke masa
tanpa mengira waktu yang sesuai.
Melaui projek ini juga, terdapat borang yang boleh diperolehi dengan
penghasilan maklumat yang terkumpul di mana dapat memenuhi kehendak serta
kemahuan pihak pengurusan Cuti di Iked. Penyimpanan maklumat yang efektif serta
mudah diguna pakai dengan antaramuka sistem yang dibangunkan mesra pengguna.

1.7 Perancangan Projek


Perancangan kajian serta pelaksanaan projek merangkumi perkara-perkara
berikut:
a. Sistem yang dibina ini akan dikendalikan oleh seorang kerani yang
ditugaskan untuk mengurus
b. Sistem ini juga akan diperiksa oleh ’Pegawai yang meluluskan cuti’ bagi
tujuan kelulusan cuti.
c. Staf akan menggunakan sistem ini apabila membuat permohonan cuti.
d. Sistem ini akan digunakan untuk merekod maklumat cuti staf.
e. Memandangkan organisasi ini mempunyai ramai staf, maka organisasi ini
memerlukan satu sistem bagi menguruskan cuti.

4
Bab II

KAJIAN LITERASI

2.1 Pengenalan
Institut komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) merupakan sebuah
institut bagi pasukan KOR SEMBOYAN, dimana segala kursus berkenaan semboyan
dianjurkan oleh IKED dan dijalankan di sini. Rejimen Semboyan ditubuhkan pada
tahun 1949 di Port Dickson. Secara keseluruhannya, para peserta di Institut
Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat ini adalah terdiri daripada Pegawai tinggi
dan Pegawai peringkat bawah.

2.2 Sistem Maklumat Pengurusan


Setelah saya melihat sendiri cara pengurusan cuti di Institut Komunikasi dan
Elektronik Tentera Darat (IKED), saya dapati ianya tidak sesuai mengikut perederan
zaman. Sepatutnya, sebagai sebuah organisasi yang mempunyai ramai staf , mereka
tidak sesuai untuk menyimpan segala data yang penting didalam fail kerana
berlakunya perlambakan fail dan kehilangan data atau borang-borang permohonan
cuti.

2.2.1 Takrifan Sistem Maklumat Pengurusan


Menggunakan sistem secara menual, iaitu menyimpan data atau maklumat
samaada yang penting mahu pun yang tidak penting di dalam fail adalah tidak
terjamin akan keselamatannya dan sistem seperti ini memerlukan penggunaan kertas
yang banyak. Untuk membuat permohonan cuti, staf perlu mengisi borang
permohonan cuti terlebih dahulu. Borang ini akan diserahkan kepada kerani. Setelah
borang permohonan ini diperiksa atau disemak oleh kerani, borang ini akan
dimajukan kepada pegawai yang meluluskan cuti dan sekiranya borang tidak
lengkap, borang akan dikembalikan kepada staf tersebut. Pegawai akan memeriksa
permohonan cuti staf dan akan meluluskan atau tidak diluluskan permohonan cuti
tersebut. Borang cuti yang tidak diluluskan akan dikembalikan semula kepada kerani.
Manakala permohonan cuti yang diluluskan akan dikeluarkan satu pas cuti iaitu, Pas
Cuti Angkatan Tentera Malaysia. Kerani akan memaklumkan kepada staf mengenai

5
status permohonan mereka dan borang permohonan cuti tersebut akhirnya akan
dimasukan di dalam fail bagi tujuan penyimpanan dan penyemakan pada masa yang
akan datang..

2.2.2 Ciri ciri Sistem Maklumat Pengurusan


Di antara ciri-ciri Sistem Maklumat Pengurusan
(i) Kecekapan pengoperasian.

(ii) Keberkesanan fungsian.

(iii) Perkhidmatan yang lebih baik.

(iv) Penghasilan dan penbaikan produk.

(v) Penukaran asas persaingan.

(vi) Mengesan dan mengambil peluang dari peluang-peluang yang ada.

(vii) Menambahkan baik pelanggan dan mengurangkan pesaing.

2.2.3 Komponen Sistem Maklumat Pengurusan


Komponen-komponen sistem maklumat pengurusan ini adalah salah satu
komponen yang penting dalam menyokong sistem maklumat pengurusan itu sendiri.
Elemen dan komponen lengkap sistem maklumat pengurusan terdiri daripada tujuh
komponen seperti berikut:

(i) Data
(ii) Perisian
(iii) Perkakasan
(iv) Pengguna
(v) Proses
(vi) Rangkaian
(vii) Pangkalan Data

6
2.2.4Model Sistem Maklumat

2.2.5 Kategori Sistem Maklumat Pengurusan

Terdapat 6 kategori Sistem Maklumat Pengurusan iaitu


(i) Sistem Pemprosesan Transaksi. Sistem pemprosesan transaksi terdiri
daripada operasi-operasi perakaunan yang rutin. Ia menyediakan
pautan antara pelanggan, organisasi, gudang dan kilang yang
melibatkan akaun boleh terima, akaun boleh bayar, kawalan inventori
dan beberapa operasi yang lain.
(ii) Sistem Maklumat Pengurusan. Sistem maklumat pengurusan
merupakan sistem maklumat yang menyediakan pengguna akhir
pengurusan dengan hasil maklumat yang menyokong keperluan
membuat kata putus harian. Sistem ini juga menyediakan pelbagai
laporan yang boleh dipamerkan kepada pihak pengurusan.
Kandungan hasil maklumat ditentukan terlebih dahulu oleh pihak
pengurus, dengan itu sistem mengandungi maklumat yang
diperlukannya. Sistem melapor maklumat mendapat maklumat
mengenai operasi-operasi dalaman daripada pengkalan data yang telah
dikemaskini oleh sistem pemprosesan urusniaga. Ia juga
mengandungi data mengenai persekitaran perniagaan daripada
sumber-sumber luaran. Tegasnya, ia adalah sistem yang menjana
laporan yang dirancang dan laporan bercetak yang membantu
pengurus untuk membuat keputusan.
(iii) Sistem Sokongan Keputusan. Sistem sokongan keputusan adalah
sistem yang memberi satu set alat sokong maklumat yang dijanakan
kepada pengurus. Ia merupakan lanjutan daripada sistem melapor
maklumat dan sistem pemprosesan urusniaga. Sistem bantuan
keputusan adalah sistem maklumat yang berasaskan komputer yang
interaktif, yang menggunakan model-model dan pengkalan data yang
khusus untuk membantu proses membuat kataputus pengguna-
pengguna akhir pengurusan. Ia juga menyediakan pengurus-pengurus

7
dengan keupayaan-keupayaan permodelan analitik, mendapatkan
semula data dan pembentangan maklumat

(iv) Sistem Maklumat Pejabat. Sistem maklumat pejabat termasuklah


teknologi-teknologi seperti pemprosesan perkataan, penerbitan atas
meja dan mel elektronik. Perkembangan sistem maklumat adalah
secara berperingkat. Pada awal 1950an, Sistem Pemprosesan
Transaksi dibangunkan. Pada tahun 1960an, Sistem Melapor
Maklumat pula wujud. Sistem Bantuan Keputusan dan sistem
Maklumat Pejabat mula dibangunkan pada tahun 1970an. Seterusnya,
pada tahun 1980an, penggunaan Sistem Maklumat Strategik bagi
kelebihan persaingan pula muncul.
(v) Sistem Maklumat Eksekutif. Sistem Maklumat Eksekutif merupakan
satu sistem sokongan keputusan khusus untuk kegunaan pihak
pengurusan eksekutif dalam membuat keputusan. Ia merupakan satu
alat yang menyediakan akses dalam talian secara online ke maklumat
yang relevan, di dalam format yang berguna dan boleh dilayari.
Maklumat yang relevan ialah maklumat yang mengikut masa, tepat
dan maklumat yang boleh digunakan di dalam semua aspek
perniagaan, pengikut minat tertentu. Format yang berguna dan mudah
dilayari bermaksud sistem dibina khas untuk kegunaan oleh individu
masa yang singkat, kurang mahir menggunakan papan kekunci dan
kurantg pengalaman dengan komputer.
(vi) Sistem Pakar. Sistem pakar merupakan satu aturcara yang
menghasilkan keputusan yang hampir sama dengan keputusan yang
diambil oleh seorang pakar dalan sesuatu bidang. Sistem ini berupaya
meniru cara manusia berfikir dan membuat pertimbanngan dalam
membuat keputusan. Satu Sistem Pakar akan menggabungkan
penggunaan pengetahuan, fakta dan teknik pertimbangan untuk
membuat keputusan.

2.2.6 Individu Yang Bertangungjawab

8
Untuk mengendalikan sesuatu projek sistem maklumat kita perlu mempunyai
rangka kerja yang sistematik. Seni bina sistem maklumat menyediakan satu rangka
kerja yang unik di mana pelbagai individu dengan perspektif yang berlainan boleh
mengurus dan melihat asas blok pembangunan sistem maklumat. Diantara individu
yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

(i) Pemilik Sistem Maklumat. Pemilik sistem maklumat ini menanggung


kos pembangunan dan penyelenggaraan sistem. Mereka ini berhak ke
atas sistem, menentukan kepentingan ke atas sistem dan menetapkan
polisi ke atas kegunaannya. Pemilik sistem bertanggungjawab ke atas
menjustifikasikan sistem dan penerimaan sistem

(ii) Pengguna Sistem. Pengguna Sistem merupakan individu yang


menggunakan sistem untuk menghasilkan sesuatu atau menggunakan
sistem untuk membantu melakukan tugas seharian. Pengguna sistem
boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama

1. Pengguna Dalaman. Ia merupakan kakitangan dalam sesebuah


organisasi.

2. Pengguna Bergerak. Pengguna bergerak merupakan pengguna


yang sering bertugas di luar syarikat contoh jurujual.

3. Pengguna Luaran. Pengguna yang tiada kaitan langsung


dengan Syarikat. Contoh seseorang yang mendaftar untuk
kemasukan sesebuah universiti.

(iii) Pereka Bentuk Sistem. Pereka bentuk sistem merupakan pakar-pakar


dalam bidang tekniklal yang mereka bentuk sistem untuk memenuhi
keperluan pengguna. Mereka ini bertanggungjawab untuk mengolah
keperluan perniagaan pengguna dan kekangan kepada penyelesaian
teknikal. Mereka ini mereka bentuk fail komputer, pengkalan data,
input, output skrin, rangkaian dan atur cara yang dapat memenuhi
keperluan sistem pengguna. Mereka juga bertanggungjawab untuk

9
mengintegrasikan penyelesaian teknikal kepada persekitaran
perniagaan seharian.

(iv) Pembangun Sistem. Pembangun sistem merupakan seorang pakar


dalam bidang teknikal yang membangunkan, menguji dan
menghasilkan sistem yang boleh beroperasi dengan jayanya. Mereka
membina komponen sistem berdasarkan kepada spesifikasi
rekabentuk daripada pereka bentuk sistem. Dalam banyak situasi,
pereka bentuk sistem merupakan pembangun sistem. Mereka
menggunakan teknologi untuk membangunkan sistem maklumat.

2.2.7 Laporan Di dalam Sistem Maklumat Pengurusan

Laporan merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan di


sepanjang proses Sistem maklumat pengurusan dan ianya merupakan antara aktiviti
yang penting dalam memastikan perkembangan sesebuah projek. Terdapat 4 Laporan
utama yang dijana Oleh Sistem Maklumat Pengurusan seperti berikut:

(i) Dokumen turnaround. Dokumen turnaround merupakan laporan yang


mempunyai input dan output. Contoh, bil yang dihantar kepada
pelanggan yang mengandungi maklumat jumlah bayaran dan turut
mengandungi borang yang perlu diisi dan dikembalikan oleh
pengguna berserta pembayaran.

(ii) Laporan Rumusan. Laporan ini biasanya hasil daripada tindakbalas


daripada pertanyaan tentang item yang memenuhi kriteria-kriteria
tertentu, tetapi ia boleh menjadi pangkalan data yang lengkap.
Laporan ini sering dibaca bagi tujuan membandingkan beberapa item
antara satu sama lain. Susunan sesuatu item ini adalah sangat penting.

(iii) Laporan Lengkap. Laporan ini biasanya disediakan hasil tindakbalas


daripada pertanyaan tentang item yang memenuhi kriteria-kreteria

10
tertentu. Laporan ini biasanya dibaca satu persatu bagi membantu
pemahaman tentang satu atau lebih item dengan jelas dan terang.

(iv) Graf. Graf yang baik berupaya membantu pengguna membandingkan


dua atau lebih item dan memahami bagaimana sesuatu item berubah
mengikut masa. Graf Bar adalah lebih baik daripada jadual dan graf-
graf yang lain apabila ia melibatkan perbandingan nilai antara item-
item. Graf Garis memudahkan perbandingan nilai mengikut masa.
Carta Pai pula menunjukkan bahagian atau pengagihan daripada
keseluruhan item.

2.3 Sistem Pengurusan Cuti

Sistem Maklumat Pengurusan Cuti menjadi satu bidang kajian yang besar
akibat daripada pembangunan computer dan teknologi-teknologi yang berkait dengan
computer. Istilah SMP membentangkan konsep yang berkembang. SMP pada
asalnya dipanggil dengan istilah Pemproses Data Elektronik dan Pemprosesan Data
Automatik. Istilah-istilah ini digunakan bagi menerangkan persekitaran
pengkomputeran perniagaan pada tahun 1950an. Pada pertengahan tahun 1960an,
suasana mula berubah di mana kemajuan teknologi cakera telah memungkinkan
capaian data yang cepat dan dengan cara yang berbeza-beza. Pembangunan demi
pembangunan terus berlaku sehingga muncul istilah Sistem Maklumat Pengurusan.

Ekonomi sektor maklumat pada masa kini adalah segmen ekonomi yang paling
dominan. Hampir 90 peratus kerja-kerja yang wujud semenjak 1970 bergantung
kepada maklumat. Oleh kerana maklumat adalah sumber organisasi terpusat bagi
ekonomi, maka kajian terhadap sistem maklumat adalah penting.

2.3.1 Takrifan Pengurusan Cuti

Pengurusan Cuti menggunakan sistem manual, ia amat penting bagi


memudahkan penyimpanan data atau maklumat samaada yang penting mahu

11
pun yang tidak penting di dalam fail adalah tidak terjamin keselamatannya
dan sistem seperti ini memerlukan kerja yang lambat dan mengunakan kertas
yang banyak.

2.3.2 Struktur Organisasi Pegawai Cuti

KOMANDAN
LT KOL RUSLI BIN DARIAH

CAWANGAN TADBIR
MEJ MOHD AZIDIN

CAWANGAN LATIH
MEJ NASRIZAL BIN RUS

KUMPULAN PENYELIA
KAPT SAZALI

2.3.3 Peranan dan tugas Pegawai Cuti

Peranan dan tugas Pegawai cuti adalah untuk meluluskan setiap permohonan
cuti anggota yang ingin memohon untuk bercuti samaada cuti pendek atau cuti tahun.
Pegawai cuti juga berhak membatalkan atau meluluskan setiap permohonan anggota
tersebut.

***insert table

2.3.4 Teknik Pengurusan Cuti.

12
Sistem Maklumat Pengurusan merupakan salah satu daripada lima subsistem
Sistem Maklumat Berasaskan Komputer Yang bertujuan untuk memenuhi keperluan
maklumat umum bagi semua pengurus dalam sesebuah firma atau subunit organisasi
firma tersebut. Subunit-subunit ini pula boleh didasarkan kepada kawasan-kawasan
berfungsi atau peringkat-peringkat pengurusan.

Berikut disenaraikan beberapa definasi atau takrifan yang diberikan kepada


Sistem Maklumat Pengurusan.

Menurut Peter Norton dalam bukunya Peter Norton’s Introduction to


Computer, “Sistem Maklumat Pengurusan adalah satu sistem atau set peraturan dan
prosedur untuk menyampaikan maklumat pada masanya dan tepat kepada kakitangan
dalam organisasi terutama pihak pengurusan.”

Menurut James A. O’Brien dalam bukunya Introduction to Information


System, “Apabila sistem maklumat memfokus kepada penyediaan maklumat dan
bantuan untuk membuat kataputus yang berkesan oleh pengurus, ia dipanggil Sistem
Maklumat Pengurusan.”

Menurut Charles Parker & Thomas dalam bukunya Management Information


Systems: Strategy and Action, “Sistem Maklumat Pengurusan adalah sebarang sistem
yang menyediakan manusia samaada dengan data atau maklumat yang berkait
dengan operasi-operasi organisasi. Ia membantu aktiviti-aktiviti pekerja, pemilik,
pelanggan dan pengurus dalam persekitaran organisasi samada dengan memproses
data secara berkesan untuk membantu transaksi beban kerja atau membekal
maklumat secara berkesan kepada pengurus-pengurus yang memerlukannya dalam
masa yang cepat.”

Menurut H.L Capron dalam bukunya Computer Tools for an Informatian Age,
“Sistem maklumat pengurusan boleh didefinasikan sebagai satu set sistem
perniagaan formal yang direkabentuk untuk menyediakan maklumat bagi
organisasi.”

13
Menurut Raymond Mcleod, Jr. dalam bukunya Management Information
Systems, “Sistem Maklumat Pengurusan adalah sebuah sistem berasaskan komputer
yang menjadikan maklumat tersedia kepada pengguna-pengguna dengan keperluan-
keperluan yang sama. Pengguna-pengguna biasanya mengubah satu entiti organisasi
formal iaitu firma atau subunit subsidiary. Maklumat menerangkan perihal firma atau
salah satu daripada sistemnya yang utama dalam bentuk apakah yang telah berlaku di
masa lalu, apakah yang berlaku sekarang, dan apakah agaknya yang akan berlaku di
masa depan.”

Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, bolehlah disimpulkan bahawa


Sistem Maklumat Pengurusan merujuk kepada sebarang sistem yang membekalkan
manusia samada data atau maklumat operasi dalam sesebuah organisasi. Ia
menyokong aktiviti-aktiviti pekerja, tuan punya, pelanggan dan orang-orang
terpenting seperti pengurus dalam persekitaran organisasi samada dengan
membekalkan data dengan lebih cekap untuk membantu beban kerja transaksi atau
dengan lebih berkesan membekalkan maklumat kepada mereka yang
memerlukannya.

2.3.5 Peralatan membuat Cuti

Empat Laporan utama yang dijana Oleh Sistem Maklumat Pengurusan.

****laporan cuti seperti

Laporan tahunan cuti


Laporan bulanan mengikut jenis cuti anggota kerja seperti
* Cuti rehat
* cuti bersalin

2.3.6 Peraturan Keselamatan Cuti

2.3.7 Prosedur Pengurusan Cuti

2.3.8 Prosedur Penyelenggaraan Cuti

14
2.3.9 Jenis-jenis borang Cuti

2.3.10 Pendaftaran Cuti


2.3.11 Laporan Pengurusan Cuti Tahun
2.3.12 Kelemahan Sistem Semasa

Setiap apa sahaja pengurusan pasti ada kelemahannya tersendiri.


Sistem Pengurusa Cuti masakini mempunyai kelemahan yang mungkin boleh
dielakkan. Sistem penyimpanan maklumat secara manual kurang selamat,
data-data yang terkumpul yang disimpan di dalam fail berkemungkinan
mudah rosak dan hilang. Sekiranya penyemakan semula diperlukan, ianya
amat sukar untuk dicari dalam masa yang singkat. Ini akan menyebabkan
pihak pengurusan kerani dan institut khasnya mendapat kesukaran bagi
pentadbiran untuk mengemaskini data-data anggota yang diperlukan.
Pembaziran juga berlaku, iaitu penggunaan kertas secara tidak terkawal yang
banyak juga menyukarkan kerja pentadbiran dan juga meninggikan kos
penyenggaraan sesuatu data yang diperlukan.

2.4 Sistem Pengurusan Cuti


2.4.1 Rekabentuk Antaramuka Pengguna
2.4.2 Rekabentuk Modul

2.5 Sistem Pengurusan Cuti Di IKED


2.5.1 Rekabentuk Antaramuka Pengguna
2.5.2 Rekabentuk Menu
2.5.3 Rekabentuk Laporan

2.6 Cadangan Penyelasaian Masalah

15
BAB III
METODOLOGI
3.1 Pengenalan

Metodologi pembangunan sistem ditakrifkan sebagai satu panduan lengkap


yang harus diikuti untuk melakukan semua aktiviti yang terdapat di dalam Kitar
Hayat Pembangunan Sistem.

Metodologi juga merupakan maklumat bertulis dalam bentuk buku atau


dokumen bertulis, yang terperinci pada setiap aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh
pembangunan sistem. Terdapat juga metodologi yang diambil dan diadun dari
metodologi lain yang disesuaikan dengan kehendak pembangunan sistem untuk
setiap aktiviti pembangunan sistem.

3.2 Metodologi Pembangunan Sistem

Metodologi pembangunan sistem terdapat beberapa model seperti model


prototaip, model air terjun , model pembangunan aplikasi pantas (RAD) dan model
pembangunan aplikasi kerjasama (JAD). Bagi kajian ini, model air terjun telah
dipilih sebagai metodologi kajian.

Model air terjun adalah satu porses bagi pembangunan sebuah sistdem
maklumat yang bermula dengan fasa penyiasatan awal dan berakhir dengan fasa
operasi da sokongan.

16
3.3 Fasa-Fasa Model Air Terjun.

Rajah 3.3 menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti dalam kitar hayat


Model Air Terjun dilaksanakan.

FASA 1
Penyiasatan
Awal

FASA 2
Analisa
Keperluan

FASA 3
Rekabentuk Sistem

FASA 4
Pembangunan
Sistem

FASA 5
Pelaksanaan
dan Pengujian

Rajah 3.3: Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)

Fasa- fasa yang terdapat dalam Model Air Terjun diterangkan secara ringkas seperti
di bawah ini

3.3.1 Fasa Penyiasatan Awal

17
Di dalam Fasa Penyiasatan Awal ini pembangun sistem akan membuat kajian
secara terperinci tentang objektif projek, skop projek, matlamat projek, jadual dan
segala keperluan berkaitan sistem yang akan dibangunkan. Disamping itu terdapat
beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti
temubual, soal selidik, pemerhatian dan dokumentasi. Fasa ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan juga penyelesaian masalah yang timbul.

3.3.2 Fasa Analisa Keperluan

Di dalam Fasa Analisa Keperluan, segala keperluan untuk proses


pembangunan sistem seperti keperluan perkakasan dan perisian perlu dikenalpasti.
Fasa ini bertujuan untuk menganalisis masalah atau penyelesaian atau sebelum
mendifinasi keperluan kepada sistem yang baru. Fasa ini juga merupakan contoh
dokumentasi keperluan bagi sistem.

3.3.3 Fasa Rekabentuk Sistem

Dalam fasa ini ianya melibatkan senibina sistem. Dalam fasa ini reka bentuk
logikal dan fizikal akan dihasilkan. Rekabentuk logikal akan menunjukkan bentuk
sistem seperti input, output, antara muka, pangkalan data dan dialog. Rekabentuk
fizikal pula akan menunjukkan struktur bagi data dan aturcara yang membolehkan
sistem yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik. Ianya bertujuan bagi
menghasilkan reka bentuk projek dan lebih kepada cara-cara penyelesaian di buat
hasil daripada analisa keperluan.

3.3.4 Fasa Pembangunan Sistem

Fasa ini merupakan fasa yang menterjemahkan rekabentuk yang telah


dihasilkan kepada bentuk kod aturcara mengikut perisian yang digunakan dan
difahami oleh sistem komputer. Segala arahan aturcara akan disemak dan
diperbetulkan sehingga mendapatkan satu aturcara yang tidak mempunyai ralat yang
boleh merosakkan aturcara. Aturcara yang ditulis seharusnya menepati kehendak

18
sistem yang akan dibangunkan. Antara perisian yang digunakan bagi perlaksanaan
projek ini adalah seperti Microsoft Access.

3.3.5Fasa Perlaksanaan dan Pengujian

Fasa terakhir ini merupakan peringkat penggunaan di mana perisian dipasang


dan digunakan. Pengujian sistem ini melibatkan pengguna-pengguna yang akan
menggunakan sistem ini untuk melakukan tugas-tugas mereka. Penilaian juga akan di
buat terhadap sistem ini samada ianya menghasilkan output yang dikehendaki
dengan tepat tanpa sebarang ralat. Perubahan pada peringkat ini boleh dilakukan bagi
meningkatkan keupayaan perisian yang ada. Proses penyelenggaraan akan
melibatkan perubahan pada beberapa fasa dalam Model Air Terjun.

3.4 Justifikasi Pemilihan Metodologi

Kitar Hayat Pembangunan Sistem merupakan suatu metodologi yang


bersesuaian dengan kaedah pembangunan sistem. Metodologi ini dipilih kerana
terdapat di dalamnya beberapa fasa yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu
sistem dengan lebih tersusun atau teratur serta berstruktur dan mengikut perancangan
yang telah dirancangkan. Kaedah yang digunakan bagi projek ini berasaskan Model
Air Terjun kerana di dalam model ini ianya bersesuaian. Di dalam model ini juga
terdapat fasa-fasa yang disusun secara berjujukan dan sistematik. Pendekatan fasa
tersebut dikenali sebagai Model Air Terjun kerana ia bermula pada peringkat awal
perancangan dan berterusan secara berjujukan keperingkat seterusnya iaitu peringkat
fasa penyiasatan awal, fasa analisa sistem, fasa reka bentuk sistem, fasa
pembangunan sistem dan fasa perlaksanaan dan penilaian. Model Air Terjun begitu
meluas digunakan bagi tujuan pembangunan sistem. Model ini juga memudahkan
pengurusan projek kerana peringkat fasa permulaan hingga fasa penamat begitu jelas
dan teratur.

Semua aktiviti yang telah dijalankan dalam Model Air Terjun, mestilah
berturutan dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Sekiranya terdapat aktiviti yang
belum selesai, maka aktiviti selepasnya boleh dilakukan sehingga aktiviti tersebut

19
lengkap. Hal ini disebabkan keluaran dari aktiviti sebelumnya menjadi kemasukan
kepada aktiviti seterusnya. Hal ini bertujuan untuk mengelak daripada berlaku
kesilapan walaupun sedikit kerana ia menyebabkan masalah pada fasa pembangunan
dan fasa seterusnya jika pengujian gagal dilakukan. Oleh itu justifikasi pemilihan
Metodologi boleh dilihat di dalam Jadual 3.4

Jadual 3.4: Justifikasi Pemilihan Metodologi

Kriteria pemilihan Model Air Terjun Model Prototaip Pembangunan Aplikasi


Jangkamasa 1 Tahun 4 Bulan 2 Tahun
Fasa 6 Fasa 5 Fasa 3 Fasa
Lapuran Tahunan/Bulanan Mingguna Haarian

Oleh yang demikian, penulis telah mengambil keputusan untuk menggunakan


Model Air Terjun sebagai pemilihan Metodologi bagi membangunkan projek ini.

3.5 Teknik-teknik Pengumpulan Data

Teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mencari fakta termasuklah


temubual, soal selidik, pemerhatian, dokumentasi, penyelidikan dan sebagainya.
Kadangkala, mencari fakta juga dipanggil mengumpul maklumat atau mengumpul
data. Dalam kajian ini beberapa teknik telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang maksimum.

3.5.1 Teknik Temubual

Teknik pertama yang telah digunakan ialah temuramah. Teknik ini adalah
teknik yang selalu digunakan dalam mencari fakta. Temubual merupakan satu
perjumpaan yang telah dirancang di mana penganalisis sistem akan menjadi orang
yang menemubual. Beliau akan mengaturkan segala-gala yang berkaitan dengan
temubual ini. Soalan yang akan dikemukakan akan lebih berat kepada pengguna
sistem kerana golongan inilah yang akan menggunakan sistem. Satu siri soalan akan

20
dikemukakan kepada pihak yang akan ditemubual. Temubual dilakukan di
Perpustakaan Kementah bersama dengan Pengurus Perpustakaan dan anggotanya.
Pelbagai maklumat penting telah didapati mengenai perjalanan sistem semasa.
Teknik ini lebih mudah kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan
cepat dan mudah. Temubual dan pertanyaan juga dapat mengetahui kehendak
pengguna terhadap sistem yang akan dibangunkan.

3.5.2 Teknik Soal Selidik

Selain teknik temubual, teknik soal selidik juga turut dijalankan yang
bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai ataupun pekerja-
pekerja. Penyediaan borang soal selidik turut digunakan untuk membuat analisa dan
kesimpulan ke atas maklumat yang telah diperolehi. Hasil daripada soal selidik yang
telah dijalankan, maklumat yang telah diperolehi dapat dianalisa dan perbandingan
ke atas maklumat tersebut dapat di buat.

Teknik soal selidik ini menimbulkan masalah kerana jawapan yang diberikan
oleh orang ramai tidak begitu tepat dan kurang berfikir semasa memberikan
maklumat. Ini adalah kerana ada di antara mereka menjawab dengan tergesa-gesa
dan acuh tak acuh semasa menjawab soalan yang diberikan. Teknik ini juga
memerlukan kos yang agak tinggi kerana pembangun sistem perlu membuat salinan
borang soal selidik dalam kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.

3.5.3 Teknik Pemerhatian

Pada pemerhatian dijalankan yang telah dibuat untuk mengetahui cara atau
proses perkhidmatan yang dilakukan terhadap pelanggan hingga pengambilan
katalog. Pemerhatian juga terhadap cara pekerja merekod katalog dan jumlah yang
baru sampai di perpustakaan tersebut. Selama tempoh hampir dua jam pemerhatian
tertumpu kepada jumlah buku baru yang di susun masuk ke dalam rak yang telah
disediakan oleh pihak perpustakaan.

3.5.4 Teknik Menganalisis Dokumen

21
Dalam teknik dokumentasi ini melibatkan pengumpulan berbagai jenis borang yang
digunakan di dalam aktiviti-aktiviti di Perpustakaan Kementah. Diantara borang-
borang yang dapat dikumpulkan adalah seperti berikut:
(i) Borang Pesanan buku.
(ii) Borang Pinjaman buku.
(iii) Borang pengagihan.
(iv) Laporan pesanan buku.
BAB IV

ANALISIS SISTEM

4.1 Pengenalan

Setelah mengetahui dan memahami metodologi yang ingin digunakan, maka


langkah seterusnya adalah analisa sistem. Analisa sistem menerangkan tentang
gambaran awal bagaimana sesuatu sistem itu akan dibina. Gambaran akan
diwakilkan dengan gambarajah. Gambarajah yang terlibat adalah gambarajah
konteks, gambarajah aliran data aras sifar dan gambarajah aliran data aras satu dan
juga carta alir.

4.2 Gambarajah Konteks

Gambarajah konteks merupakan rajah aliran data yang menunjukkan entiti-


entiti luaran yang terlibat. Rajah konteks menunjukkan secara keseluruhan perjalanan
aliran masuk dan keluar data. Rajah ini hanya memaparkan proses utama di dalam
sistem ini sahaja. Ianya dapat dilihat dalam LAMPIRAN A.

4.3 Gambarajah Aliran Data Aras Sifar

Rajah aliran data adalah satu cara berstruktur dalam rekabentuk logikal untuk
menggambarkan sistem dari aspek pengaliran data, proses serta spesifikasi input dan
output. Rajah aliran data hanya digunakan untuk menghasilkan model logikal bagi

22
sesuatu sistem. Terdapat beberapa simbol yang digunakan dalam rajah aliran data.
Penggunaan simbol-simbol tersebut ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Komponen Dalam Rajah Aliran Data

Simbol Nama Penerangan


Entiti luaran yang terdiri daripada
orang, jabatan, organisasi atau
Entiti Luaran sistem maklumat lain yang
membekalkan data kepada sistem,
menerima data atau maklumat
daripada sistem.
Proses yang akan mengubahsuai
atau menukar data dari satu
Proses bentuk kepada bentuk yang lain.
Biasanya input kepada proses
ialah data dan output daripada
proses ialah maklumat yang
bermakna.
Storan adalah gudang data untuk
menyimpan data iaitu data yang
Storan Data akan digunakan oleh proses yang
lain. Biasanya data disimpan
dalam fail.
Aliran data merupakan arah
pergerakan data atau maklumat. Ia
Aliran Data boleh menunjukkan dari satu
proses ke proses yang lain, dari
entiti luaran ke proses atau
sebaliknya.

23
Rajah aliran data bermula dengan rajah konteks yang akan menggambarkan
semua entiti yang terlibat dalam setiap modul dan kemudiannya dipecahkan
mengikut paras sesuatu proses berlaku. Kemudian ia diikuti dengan Gambarajah
Aliran Data Aras Satu yang akan menggambarkan dengan lebih terperinci lagi
mengenai sistem tersebut dan sehingga paras yang seterusnya dengan lebih terperinci
berdasarkan kepada proses yang ada dalam Gambarajah Aliran Data Aras Sifar. Ia
dapat dilihat dalam LAMPIRAN B.

4.4 Gambarajah Aliran Data Aras Satu

Gambarajah Aliran Data Aras Satu ini adalah pemecahan proses daripada
Gambarajah Aliran Data Aras Sifar kepada beberapa sub proses yang tidak dapat
dipecahkan lagi. Dalam rajah ini terdapat enam proses dan setiap proses mempunyai
entiti, proses, storan dan aliran data yang dapat menunjukkan keseluruhan sistem.
Gambarajah adalah seperti di LAMPIRAN C.

4.5 Mendokumenkan Komponen DFD

Komponen-komponen dalam DFD iaitu proses, aliran data dan storan data
diterangkan dengan lebih terperinci dengan menggunakan beberapa alat sama ada
secara manual atau berkomputer. Penerangan proses mendokumenkan tentang
fungsian primitif iaitu proses yang paling mudah di dalam DFD. Proses dokumentasi
boleh dilakukan dengan tiga cara, iaitu:

(i) Bahasa Malaysia berstruktur


(ii) Jadual keputusan
(iii) Pokok keputusan

4.5.1 Bahasa Malaysia Berstruktur

Bahasa Malaysia berstruktur menerangkan proses logikal yang menggunakan


ayat-ayat mudah di dalam Bahasa Malaysia. Struktur bahasanya jelas dan
menunjukkan logik proses dengan teratur dan tepat. Biasanya, Bahasa Malaysia

24
berstruktur akan menggunakan pernyataan jujukan, pilihan dan pengulangan serta
Indentasi supaya mudah difahami.

4.5.2 Jadual Keputusan

Jadual keputusan menunjukkan struktur logikal yang terdiri daripada gabungan


semua syarat dan tindakan proses. Ia boleh mewakilkan logik dalam bentuk yang
lebih ringkas berbanding dengan Bahasa Malaysia berstruktur. Ia lebih sesuai
digunakan bagi mewakilkan logik yang lebih kompleks. Jadual keputusan sering
digunakan untuk menyemak ketepatan logik yang ditulis di dalam Bahasa
Malaysia berstruktur.

4.5.3 Pokok Keputusan

Ia menunjukkan struktur logik secara melintang. Ia kelihatan seperti pokok,


bermula dengan akar dan pada sebelah kiri dan dikembangkan kepada ranting-
ranting pada sebelah kanan. Pokok keputusan adalah sama dengan jadual
keputusan. Kedua-duanya mewakilkan elemen yang sama (syarat, tindakan dan
peraturan) tetapi di dalam bentuk yang berbeza, satu dalam bentuk jadual dan
satu lagi di dalam bentuk grafik.

4.6 Cartalir Sistem

Cartalir Sistem digunakan untuk menerangkan jujukan perjalanan sistem


mengikut sesuatu fungsi atau tugas yang ditetapkan. Dengan adanya carta alir sistem
akan menjadi lebih lancar dan teratur. Beberapa proses yang akan dilakukan oleh
sistem ini adalah seperti berikut :
(i) Login pengguna.
(i) Proses kemasukan data.
(ii) Proses penyimpanan data.
(iii) Proses penambahan data.

25
(iv) Proses penghapusan data.
(v) Proses pengubahsuaian data.
(vi) Proses kemaskini data.

Bagi melihat perjalanan proses sistem ini, ianya akan ditunjukkan di LAMPIRAN D.
4.6.1 Cartalir Menu Utama

Cartalir menu utama melibatkan beberapa proses yang dibuat di dalam sistem
pemprosesan. Ianya menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh sistem di atas
permintaan pengguna.

4.6.2 Cartalir Kemasukan Data

Dalam proses ini segala maklumat berkenaan dengan aktiviti penerimaan dan
penyimpanan akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Kesemua data yang
dimasukkan akan disimpan di dalam satu persekitaran. Data-data yang
dimasukkan akan dihimpunkan mengikut medan-medan yang ditetapkan. Data-
data yang dimasukkan amat penting untuk menjalankan setiap aktiviti-aktiviti di
dalam organisasi. Gambarajah carta alir kemasukan data ditunjukkan di
LAMPIRAN D.

Dalam proses ini semua data yang dimasukkan akan disimpan dalam
pangkalan data. Ini kerana data-data merupakan aset penting bagi sesuatu organiasi
dan ianya amat sukar untuk diperolehi. Data-data yang disimpan adalah bagi
mengelakkan daripada organisasi kehilangan data yang akan menyebabkan
kekeliruan dalam organisasi. Data-data yang disimpan akan dicapai oleh pihak
tertentu sahaja bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini
dilakukan ke atas data-data seperti kecurian, kemusnahan atau sebagainya.
Gambarajah cartalir proses penyimpanan data ditunjukkan dalam LAMPIRAN D.

4.6.3 Cartalir Kemaskini Data

26
Dalam proses ini pengubahsuaian data dilakukan ke atas sesuatu data atau medan
yang berubah. Pengubahsuaian akan melibatkan semua rangkap bagi
mengelakkan pengulangan atau kelewahan data akibat kewujudan data yang
sama.

4.6.4 Cartalir Hapus Data

Dalam proses ini data-data yang tidak diperlukan akan dihapuskan dalam
pangkalan data. Penghapusan akan dilakukan ke atas jadual bagi sesuatu medan
yang tidak wujud lagi dalam organisasi.

4.6.5 Cartalir Pertanyaan

Dalam proses carian data atau pertanyaan ialah pencarian data-data dalam
simpanan pangkalan data dengan menggunakan arahan queri. Proses ini akan
melibatkan proses di atas bagi mewujudkan carian data di dalam satu pangkalan
data dengan cepat dan mudah.

4.6.6 Cartalir laporan

Dalam proses ini data-data yang dikehendaki akan di proses dalam bentuk
laporan mengikut kehendak pengguna. Pengguna hanya perlu memohon dari
pangkalan data yang telah dimasukkan atau telah dikemaskini.

27
BAB VI

PERLAKSANAAN SISTEM

6.1 Pengenalan

Perlaksanaan sistem bermaksud menterjemahkan dan melaksanakan satu


sistem yang telah dibuat perancangan, analisis dan rekabentuk sistem. Perlaksanaan
sistem ini melibatkan proses pembangunan sistem dan implemintasi sistem.
Perlaksanaan sistem pula bertujuan untuk menghasilkan sistem baru yang boleh
digunapakai oleh organisasi [2]. Semasa implementasi sistem berlangsung, sistem
lama akan ditukar kepada sistem baru. Sistem baru akan menunjukkan
kemampuannya yang sebenar sama ada ia boleh beroperasi di dalam persekitaran
yang sebenar ataupun tidak.

Di dalam perlaksanaan sistem terdapat dua fasa iaitu fasa pengujian dan fasa
pembangunan. Fasa pengujian akan menerangkan tentang pengujian yang dilakukan
terhadap projek perisian yang dibangunkan. Di dalam fasa pembangunan pula akan
menerangkan tentang bagaimana sistem ini dibangunkan dan dilaksanakan.
Pemilihan perkakasan dan perisian mestilah seimbang dangan sistem yang akan
dibangunkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kegagalan sistem berfungsi akibat
daripada perkakasan atau perisian yang tidak dapat menyokong keperluan sistem.
Perkakasan dan perisian juga dibuat mengikut keperluan semasa di mana ia mudah
didapati dan kos pembelian yang rendah.

28
6.2 Pembangunan Sistem

Pembangunan sistem merupakan proses yang dilakukan untuk membangun,


memasang dan menguji komponen-komponen yang membentuk satu sistem.
Manakala implementasi sistem bertujuan untuk menguji keupayaan sistem untuk
beroperasi dengan beban kerja yang pelbagai dalam persekitaran sebenar [2]. Fasa
pembangunan dab implementasi boleh menjadi panjang dan berkos tinggi sekiranya
perancangan dibuat secara tidak teliti. Sebaliknya, ia juga boleh menjadi sesuatu
yang menepati masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi sekiranya perancangan
yang teliti dilakukan.

Fasa pembangunan sistem adalah membangunkan dan melaksanakan sistem


yang telah dirancangkan. Fasa ini melibatkan pengkodan aturcara dan perlaksanaan
pangkalan data. Pengkodan aturcara dan perlaksanaan pangkalan data ini
berdasarkan kepada algoritma yang telah dilaksanakan pada fasa rekabentuk. Pada
fasa ini juga pemahaman yang tinggi terhadap pangkalan data akan digunakan untuk
tujuan pembangunan sistem. Pembangunan sistem mengandungi aktiviti rekabentuk,
pengkod dan pengujian dokumentasi. Rujukan diwakilkan di dalam rajah 6.1.

Strategi Reka Bentuk


Perancangan

Reka Bentuk Pengkodan Pengujian Dokumentasi

Pengujian Bersepadu

Pengujian Sistem

Dokumentasi

Rajah 6.1: Langkah-langkah di dalam pembangunan aplikasi

29
6.3 Pengujian Sistem

Pengujian sebenarnya bermula semasa pembangunan lagi. Apabila aturcara


dikompil, pengkompil akan memeriksa sintaks aturcara untuk mengesan ralat sintaks.
Ralat sintaks akan dibaiki oleh pengaturcara sehingga aturcara dilaksana tanpa
sebarang mesej ralat sintaks. Pengujian sistem merupakan proses menguji semua
fungsi dan ciri-ciri program mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pengujian
melibatkan perkara-perkara di bawah:

(i) Pengujian antaramuka pengguna


(ii) Pengujian pengesahan keselamatan
(iii) Bebas kesilapan

Setiap kali sistem digunakan, ia sebenarnya diuji secara tidak langsung. Oleh
itu penguji hendaklah mengesan dan menyingkir sebanyak mungkin kesilapan
sebelum ianya digunakan oleh pelanggan. Aktiviti penyelenggaraan sistem
merupakan pengemaskinian sistem yang berterusan selepas sistem tersebut
digunapakai. Ini termasuk berdasarkan kepada tindakbalas masalah baru bisnes,
maklumat keperluan yang baru atau cadangan baru untuk perkembangan.
Penyingkiran kesemua kesilapan daripada satu sistem yang besar adalah mustahil.
Oleh itu pereka sistem perlu membuat perancangan dan rekabentuk yang teliti supaya
kesilapan boleh dikurangkan ke tahap paling minima. Terdapat 3 pengujian yang
dilakukan iaitu ujian unit, ujian integrasi dan ujian sistem.

6.3.1 Ujian Unit

Ujian unit dilakukan ke atas aturcara atau modul individu. Ujian ini akan
memeriksa kefungsian modul secara individu untuk mengesan sebarang pepijat.
Ujian ini juga dikenali sebagai ujian modul. Ujian ini bertujuan untk mengenal pasti
dan menghapuskan ralat logik yang menyebabkan aturcara gagal berfungsi
sebagaimana yang sepatutnya.

6.3.2 Pengujian Integrasi

30
Ujian ini dilakukan kepada sekumpulan modul yang membentuk aturcara atau
dilakukan kepada beberapa aturcara yang saling bergantung antara satu sama lain.
Ujian ini dijalankan secara beransur-ansur. Pada mulanya, mungkin dua modul yang
berhubung diuji bersama. Kemudian, modul-modul yang lain akan digabungkan
untuk pengujian seterusnya. Pengujian ini diteruskan sehingga semua modul yang
membentuk sesuatu aturcara diuji sekali.
6.3.3 Ujian Sistem

Setelah ujian unit dan ujian integrasi dilakukan, keseluruhan aturcara-aturcara


akan diuji sebagai sebuah sistem yang lengkap. Dalam ujian sistem pula, aturcara-
aturcara yang berbeza digabungkan ke dalam satu sistem dan diuji. Ujian ini juga
dilakukan secara beransur-ansur. Ujian sistem dilakukan dengan data-data sebenar di
dalam persekitaran kerja yang sebenar, bersama sistem-sistem lain yang sedia ada di
dalam persekitaran kerja. Menerusi ujian sistem, sistem akan diuji sama ada ia telah
bersedia unutk mengendalikan beban kerja yang sebenar dengan berkesan.

6.4 Dokumentasi Sistem

Dokumentasi merupakan aktiviti untuk merekodkan segala spesifikasi dan


fakta mengenai sebuah sistem maklumat sebagai rujukan di masa hadapan. Rujukan
diperlukan sama ada untuk tujuan penyelengaraan atau untuk melakukan sebarang
perubahan di masa hadapan. Sesuatu sistem yang siap diimplementasikan tidak akan
kekal begitu sahaja. Dari semasa ke semasa, terdapat perubahan yang akan
dilakukan. Pengaturcaraan yang melakukan perubahan pada aturcara memerlukan
dokumentasi yang tepat. Selain daripada itu, penyelengaraan yang berlaku di
sepanjang hayat projek juga perlu merujuk kepada dokumentasi.

6.4.1 Dokumentasi Aturcara

Dokumentasi aturcara bermula semasa fasa analisa sistem lagi. Seterusnya,


dokumentasi ini bersambung semasa implementasi sistem. Juruanalisa sistem
menyediakan dokumentasi keseluruhan seperti penerangan proses dan bentangan

31
laporan. Pengaturcara menyediakan dokumentasi dengan menyediakan modul yang
disertakan dengan komen dan penerangan yang mudah difahami dan diselenggara.
Juruanalisa akan mengesahkan bahawa dokumentasi aturcara telah lengkap dan tepat.

6.4.2 Dokumentasi Sistem

Jika dokumentasi aturcara mendokumenkan maklumat tentang aturcara,


dokumen sistem pula akan menerangkan kefungsian sistem dan bagaimana
kefungsian ini diimplementsikan. Antara perkara di dalam dokumentasi sistem
adalah :

(i) Kamus Data.


(ii) Rajah aliran data.
(iii) Model objek.
(iv) Bentangan skrin.
(v) Dokumen sumber.
(vi) Permintaan sistem yang telah memulakan projek.

Semasa implementsi sistem, juruanalisa akan memeriksa dokumentasi sistem


untuk mengesahkan bahawa ianya telah lengkap, tepat dan dikemas kini.
Dokumentasi sistem perlu menyertakan sebarang perubahan yang dibuat dalam
proses implementasi.

6.4.3 Dokumentasi Operasi

Dokumentasi operasi membantu pekerja bahagian operasi untuk menjalankan


perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah sistem maklumat.
Dokumentasi operasi mengharungi semua maklumat yang diperlukan untuk
memproses dan menyebarkan output bercetak. Antara perkara-perkara yang
terkandung di dalam dokumentasi ini adalah:

32
(i) Maklumat ruang storan sistem.
(ii) Manual larian.
(iii) Kekerapan operasi.
(iv) Pengurusan laporan sistem.

Pekerja operasi tidak mungkin dapat mengendalikan sistem tanpa manual


larian kerana manual larian mengandungi cara-cara:

(i) Mengendalikan sistem.


(ii) Menguruskan kesilapan.
(iii) Mendapatkan borang.
(iv) Mencapai fail serta persediaan keselamatan sistem.

Dokumentasi operasi sepatutnya jelas, mudah difahami dan boleh dicapai


secara atas talian.

6.4.4 Dokumentasi Pengguna

Dokumentasi ini mengandungi arahan dan maklumat untuk pengguna yang


berinteraksi dengan sistem. Dokumentasi pengguna perlu ditulis dalam bahasa
yang mudah difahami oleh pengguna. Penggunaan istilah-istilah yang terlalu
teknikal perlu dielakkan kerana pengguna tidak mengetahui apa-apa mengenai
pembangunan sistem. Dokumentasi pengguna mengandungi bahan-bahan
berkaitan dengan sistem yang membantu pengguna semasa dia menggunakan
sistem tersebut. Dokumentasi penggunaan menyediakan:

(i) Manual pengguna.


(ii) Skrin bantuan.
(iii) Tutorial.

6.5 Spesifikasi Perkakasan Komputer

33
Perkakasan yang dipilih mestilah bersesuaian untuk memastikan sistem yang
dibangunkan akan dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Ianya bertujuan untuk
menyokong perisian yang telah dipilih dalam pembangunan projek ini. Ciri-ciri
perkakasan yang baik dan telah dikenal pasti adalah seperti berikut :

6.5.1 Komputer

Perkakasan yang diperlukan bagi membuat projek ini ialah seperti berikut:

i) Pemproses Intel Pentium 41 GHz dan ke atas.


ii) Memori (RAM) 128MB dan ke atas.
iii) Kad VGA.
iv) Pemacu cakera keras atau Hard Disk Drive (HDD).
v) CD ROM.
vi) Papan Induk.
vii) Modem.
viii) Monitor.
ix) Papan Kekunci.
x) Tetikus.

6.5.2 Pencetak

Manakala penggunaan pencetak adalah bergantung kepada pengguna. Bagi


membuat projek ini, penulis telah menggunakan pencetak berjenis Epson Stylus
CX2900.

Ciri-ciri yang dipaparkan di atas adalah ciri-ciri asas bagi keperluan sesuatu
komputer untuk membangunkan sistem. Ciri tersebut boleh ditambah atau diubah
mengikut keadaan semasa dan kemampuan sesuatu organisasi bagi membangunkan
sesuatu sistem yang lebih baik dan canggih.

6.6 Spesifikasi Perisian Komputer

34
Dalam membuat pemilihan perisian pula, terdapat beberapa faktor penting
yang mendorong kepada penggunaan perisian terbabit. Di antara faktor-faktor yang
perlu diambil kira dalam pemilihan perisian bagi projek ini adalah seperti berikut :

(i) Kesesuaian perisian dengan sistem yang dibangunkan.


(ii) Keberkesanan sistem untuk jangkamasa yang panjang.
(iii) Jenis perkakasan yang digunakan boleh berinteraksi dengan perisian
yang ada.
(iv) Jumlah dan harga perisian yang ditawarkan.
(v) Kepuasan pengguna kepada perisian yang dipilih.
(vi) Dapat memenuhi kehendak pembangun sistem dan pengguna.

Perisian yang telah dipilih dalam membangunkan sistem ini adalah Microsoft
Access dan Sementara Microsoft Windows XP pula adalah sebagai sistem
pengoperasian.

6.6.1 Windows XP Professional

Windows XP/Windows 2000 dipilih bagi sistem pengoperasian untuk projek


yang akan dibangunkan. Tetingkap ini direkabentuk secara optimum supaya
mempunyai prestasi yang baik sebagai aplikasi pelayan dan mempunyai peralatan
tambahan untuk membantu menyelesaikan masalah pentadbiran sistem rangkaian.
Windows XP/Windows 2000 mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(i) Keselamatan yang terjamin dan pengesahan kesilapan yang baik.


(ii) Menyokong aplikasi pembangunan pelayan pelanggan yang banyak
(iii) Kecapaian maklumat yang maksimum, pantas dan terkini.
(iv) Pengecualian perkhidmatan pemfailan serta pencetakan.

(v) Selain itu ia juga boleh digunakan bersama-sama dengan Windows


lain, MS DOS, OS 2, Linux, Unix dan Macintosh.
(vi) Perkhidmatan di direktori yang disediakan juga dapat membantu
dan mengawal sumber-sumber rangkaian komputer.

35
6.6.2Microsoft Words

Microsoft Word XP merupakan sebuah pakej perisian pemproses perkataan


yang lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen teks yang
berkualiti. Disamping itu ia juga membenarkan elemen-elemen sokongan lain
diintegrasikan ke dalamnya bagi membolehkan sebuah dokumen yang lebih menarik,
tersusun rapi dan sistematik dihasilkan. Microsoft Word XP juga merupakan antara
perisian pemproses perkataan utama yang menggabungkan pelbagai kemudahan
penyuntingan, penetapan reka letak, pencetakan dan penyebaran yang menyeluruh
serta mudah untuk digunakan. Ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menghasilkan
dokumen bercetak malah ia juga boleh dimanafaatkan bagi tujuan persembahan
secara elektronik meliputi penghasilan halaman web yang menarik dan interaktif.

6.6.3 Microsoft PowerPoint

Salah satu penggunaan multimedia yang utama ialah dalam bidang


persembahan ataupun penyampaian maklumat. Sama ada ianya bagi tujuan
pendidikan, latihan, perniagaan, pemasangan, hiburan dan sebagainya. Persembahan
secara elektronik berasaskan multimedia semakin mendapat tempat dan digemari
ramai. Microsoft PowerPoint XP merupakan sebuah pakej perisian persembahan
elektronik yang lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen
multimedia yang utama seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti.
Ianya menyediakan segala kemudahan bagi membolehkan sebuah persembahan
elektronik yang berkualiti dihasilkan. Selain dari itu, Microsoft PowerPoint XP juga
membolehkan fail yang dihasilkan olehnya mudah untuk disebarkan dalam pelbagai
bentuk atau format mengikut keperluan seseorang.

6.6.4 Microsoft Access

Microsoft Access merupakan sebuah perisian pangkalan data yang


mempunyai pengurusan yang baik dari segi pengurusan pangkalan data. Ia mudah
dipelajari dan mempunyai ciri-ciri baru dalam langkah melindungi serta menjaga

36
sesuatu keselamatan pangkalan data melalui kata lalauan. Kata laluan di buat bagi
mengelakkan pengguna yang tidak mempunyai hak terhadap sistem mencapai dan
mengubah data-data yang tersimpan di dalam pangkalan data. Kelebihan di dalam
perisian ini ialah kerana ianya merupakan modul yang sedia ada dalam program
Visual Basic 6.0. Selain daripada itu ianya mudah diperolehi, mudah untuk
digunakan, harga yang berpatutan dan yang paling penting ialah data yang ada di
dalamnya mudah untuk dicapai dan digunakan.

6.6.7 Microsoft Visual Basic 6.0

Perisian ini merupakan satu perisian yang mudah untuk diperolehi dan senang
untuk digunakan oleh sesiapa sahaja diperingkat pengguna komputer. Perisian ini
menggunakan teknik pengaturcaraan visual. Microsoft Visual Basic 6.0 dipilih
kerana ia dapat memendekkan masa pemproses yang diperlukan bagi
membangunkan sesebuah aplikasi. Perisian hanya wujud dalam persekitaran
Windows.

6.7 Pengguna Sistem

Pengguna sistem adalah orang perseorangan yang telah menggunakan satu-


satu sistem sesebuah komputer. Pengguna Sistem bagi projek ini ialah seorang
Pegawai Staf Pembinaan Koleksi Pengurusan Cuti Anggota IKED. Maklumat
terperinci bagi pengguna sistem ini adalah seperti di bawah:

(i) Nama Pengguna ialah Kapt Mohammad Hasfanizam bin Hassan.


(ii) Jawatan: Pegawai Staf Pembinaan Koleksi.
(iii) Alamat Pegawai: Sel Perpustakaan, Jalan Padang Tembak 50634
Kuala Lumpur.
(iv) No Telefon pengguna: 03-20713561.

37
BAB VII

PENUTUP

7.1 Pengenalan

Di dalam bab ini akan merangkumi ringkasan keseluruhan projek


termasuklah keupayaan, kebaikan, keburukan dan pembangunan masa depan untuk
sistem. Pada dasarnya Sistem Maklumat Pengurusan Cuti Anggota di IKED
dibangunkan untuk memenuhi keperluan kepada penyelesaian masalah sistem
manual semasa. Sistem ini direka menggunakan konsep persekitaran yang mesra
pengguna dan pengkodan yang stabil.

7.2 Cadangan

Pembangun sistem mempunyai beberapa perancangan untuk meningkatkan


keupayaan dan penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Cuti Anggota di IKED
iaitu:

(i) Pembangun sistem bercadang untuk mempelbagaikan fungsi sistem,


contohnya mengira jumlah keseluruhan anggota yang telah
mengambil cuti dan laporan berbentuk graf secara bulanan.
(ii) Sistem yang telah dibangunkan adalah tidak meliputi keseluruhan
persekitaran dan penggunaannya adalah terbatas kepada satu
cawangan sahaja. Pembangun sistem bercadang untuk

38
menggabungkan kesemua persekitaran ke dalam sistem yang lebih
kompleks dan sofisikated.
(iii) Sistem ini dimuatkan ke dalam komputer setempat di mana ia hanya
boleh diakses dan diguna pada komputer tertentu sahaja. Penulis
bercadang untuk menghubungkan sistem ke dalam LAN Sistem
Pengurusan Cuti ATM. Dengan ini maklumat boleh di akses dan di
manipulasi oleh berbagai kategori anggota dari pejabat yang
berlainan. Maka dengan ini penggunaan sistem adalah maksimum.

7.3 Perbincangan

Pada dasarkan kajian yang telah dibuat terhadap sistem semasa, terdapat
beberapa langkah perlu dibuat sebagai jalan penyelesaiannya. Dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi bagi pengurusan Cuti Anggota IKED, langkah-langkah
penyelesaian yang diambil adalah mewujudkan sistem pangkalan data yang
berasaskan modul antaramuka Microsoft Access. Maklumat perolehan baki cuti
dipohon, ia akan dimasukan ke dalam pangkalan data yang akan diuruskan oleh
pihak pengurusan rekod cuti dengan cara yang sistematik.

7.3.1 Kelebihan Sistem

Secara keseluruhannya, sistem yang dibangunkan ini mempunyai kebaikan


yang tersendiri. Antara kebaikan yang terdapat pada sistem ini adalah:

(i) Merekodkan segala maklumat yang melibatkan segala proses cuti


pendek, dan cuti panjang anggota yang telah dilakukan.

(ii) Segala maklumat dapat disemak melalui komputer pada bila-bila


masa dengan cepat dan tepat.
(iii) Pengguna boleh menguasai sistem ini sepenuhnya dalam masa yang
singkat.
(iv) Antaramuka yang mesra pengguna akan memudah dan
mempercepatkan proses pembelajaran.

39
7.3.2 Kelemahan Sistem

Sesuatu sistem yang baru dibangunkan pasti mempunyai kekurangan atau


kelemahan samada disedari atau tidak. Sistem Maklumat Pengurusan Cuti Anggota
di IKED yang dibangunkan ini mempunyai beberapa kelemahan dan diantara
kelemahan yang terdapat di dalam sistem ini adalah seperti berikut:

(i) Sistem tidak dapat beroperasi sekiranya terdapat gangguan

bekalan elektrik.

(ii) Pengguna yang bertugas untuk mengendalikan sistem mestilah tahu

cara mengendalikan komputer.

(iii) Sekiranya berlaku kerosakan pada sistem hanya pembangun sistem

saja yang mampu memperbaikinya.

7.4 Kesimpulan

Sistem Maklumat Pengurusan Cuti Anggota di IKED ini telah siap seratus
peratus (100%) dibina dan telah mencapai objektif projek yang digariskan. Sistem ini
telah berjaya dipasang di Cawangan Latih Institut Komunikasi dan Elektronik
Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur. Pegawai Staf
Pembinaan Koleksi (Kapt Mohammad Hashim bin Manan) yang bertanggungjawab
melaksanakan atau menjalankan telah diberi latihan atau demostrasi oleh penulis.

40
Sistem maklumat pada masa kini bukanlah suatu yang asing lagi dalam
zaman serba canggih ini. Penggunaannya adalah amat meluas dan sangat diperlukan
bagi menguruskan maklumat-maklumat yang ada dalam sesuatu organisasi. Demi
keperluan dan perkembangan teknologi maklumat, setiap organisasi juga perlu
membuat transformasi dari sistem manual kepada sistem berkomputer selaras dengan
keperluan semasa. Dengan terciptanya Sistem Maklumat Pengurusan Cuti Anggota
di IKED, pembangun sistem percaya ia bakal menjadi perintis kepada semua Pejabat
Kerani Cuti untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Selain daripada itu diharap ianya juga akan menjadi inspirasi bagi mereka-mereka
yang kreatif dan berinovasi tinggi untuk membangunkan sistem baru yang lebih
canggih.

Sistem ini akan dapat membantu menguruskan maklumat di dalam Pejabat


Kerani Cuti dengan lebih cekap, lancar dan menjimatkan masa. Laporan dapat dijana
dengan mudah dan menarik seterusnya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Ia
juga memudahkan pihak pentadbiran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
dengan pantas dan tepat. Selain itu, sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan bebanan tenaga kerja.

Perjalanan sistem ini dipantau oleh penulis selama 1 bulan bagi tujuan
tempoh percubaan sistem. Seterusnya sistem ini akan beroperasi dengan sempurna di
bawah pengawasan Pegawai Staf Pembinaan Koleksi.

41
Data Flow Diagram (Sistem Menual)

1
STAF Mengisi borang KERANI
permohonan cuti

Semak boring permohonan


cuti staf

D1 Data Cuti Staf dan Awam


2
Memfailkan permohonan
Cuti Staf

Pegawai

3
Merujuk data
Cuti Staf

Semak boring permohonan


cuti staf

42
4
Pas cuti dan waran cuti
Dikeluarkan untuk cuti
yang diluluskan

3.6 Context Diagram

NAMA SISTEM : SISTEM PENGURUSAN CUTI IKED

Masukkan data permohonan cuti staf Merujuk permohonan cuti staf

SISTEM
PENGURUSAN PEGAWAI
Mengemaskini data CUTI IKED
permohonan cuti staf

1
BAHAGIAN Rekod cuti staf
KERANI PENERIMA
Masukkan permohonan
cuti PERMOHONAN CUTI
staf

D1 Maklumat Cuti Staf

Maklumat terkumpul

1
BAHAGIAN
PEGAWAI KELULUSAN Rekod disimpan
Pengesahan Rekod dirujuk
PERMOHONAN CUTI
Kelulusan

43
3.7 Data Flow Diagram(Sistem)

3
KERANI Mengeluarkan pas
cuti
Masukkan data

1
Masukkan data D1 Maklumat Cuti Staf
Permohonan cuti staf

Data cuti staf

PEGAWAI

Rujuk data cuti staf

2
Meluluskan
Permohonan cuti staf

44
BAB IV
PERMODELAN SISTEM

4.1 Pengenalan

Dalam merealisasikan sesuatu projek pembangunan sistem, perlulah diingat


bahawa setiap projek yang dibangunkan mestilah diuji sebelum perlaksanaan
dilakukan. Tujuan pengujian adalah bagi memastikan sistem yang dibangunkan
berjaya dan boleh digunakan. Sistem pengurusan Cuti Staf Iked yang hendak
dibangunkan ini berasaskan Pengaturcaraan Micrisoft Visual Basic 6.0 dan perisian
pengkalan data Microsoft Access. Kedua-dua perisian ini mudah digunakan bagi
membangunkan sistem. Modul-modul akan salin berhubungan antara saatu sama
lain.
Model proses pula adalah kaedah yang formal untuk menerangkan bagaimana
sistem akan beroperaasi. Ia menunjukkan proses, aktiviti atau fungsi sesuatu
organisasi dan aliran data di antaranya. Model proses boleh digunakan untuk
mendokumentasikan sistem semasa atau sistem cadangan. Terdapat beberapa teknik
permodelan proses, diantaranya ialah teknik Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram-
DFD).

4.2 Rajah Aliran Data (DFD)

Rajah Aliran Data (DFD) fokusnya adalah kepada permodelan data proses
perniagaan walaupun ianya mengandungi perkataan “data”. DFD dikategorikan
kepada dua bahagian iaitu logical dan fizikal. DFD logical adalah menunjukkan
proses yang dilaksanakan oleh organisasi tanpa menyentuh bagaimana proses
tersebut dilakukan. DFD fizikal pula menerangkan bagaimana proses yang

45
ditakrifkan di dalam DFD logical dilaksanakan oleh sistem. Sebagai contoh, logikal
bagi sistem tempahan tiket bole sepak mengandungi proses tempahan tiket dan
pengeluaran tiket. DFD fizikal bagi sistem ini menunjukan cara kedua-dua proses
dilaksanakan: proses tempahan tiket melalui telefon dan mencetak tiket daripada
sistem komputer. Sistem logikal tidak akan memberi maklumat samaada sesuatu
prose itu dilaksanakan secara manual atau berkomputer, data disimpan di dalam fail
kertas atau cakera liut dan data diperolehi melalui telefon atau e-mel.

4.2.1 Simbol DFD

DFD mempunyai empat simbol yang mewakili: -


a. proses
b. aliran data
c. storan data
d. entiti luran
DFD mempunyai beberapa notasi yang berlainan tetapi setiap notasi ini
mempunyi tujuan dan perwakilan yang sama. Dalam projek ini menggunakan notasi
DFD yang dikenali sebagai Gane dan Sarson. Notasi Yourdon juga sering digunakan.

Simbol DFD Gane and Sarson:

Simbol ini mewakili proses

Simbol anak panah mewakili Aliran Data

Simbol ini mewakili Storan data

46
Simbol ini mewakili Entiti Luaran

Simbol DFD Yourdon:

Simbol ini mewakili Proses

Simbol anak panah mewakili aliran data

Simbol ini mewakili Storan data

Simbol ini mewakili entiti luran

4.2.2 Peraturan DFD

Terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa melukis DFD.


Peraturan ini perlu disemak untuk memastikan bahawa DFD yang dilukis betul dan
peraturan DFD adalah seperti berikut: -
Simbol DFD bagi Proses dan peraturan yang perlu diikuti proses tidak boleh
mempunyai output sahaja. Output tidak mungkin dihasilkan tanpa input. Sekiranya
keadaan ini berlaku ia dikenali sebagai miracle. Proses juga tidak boleh mempunyai
input sahaja. Jika ia mempunyai input sahaja, maka tiada output yang dihasilkan. Jika
keadan ini berlaku ia dikenali sebagai black hole. Proses juga memerlukan input
yang sesuai untuk menghasilkan output. Bayangkan input NOMBOR AKAUN
adakah memadai untuk proses PENGELUARAN TUNAI bagi mendapatkan WANG.
Jika keadaan ini berlaku ia dikenali sebagai gray hole.

47
Simbol DFD bagi Storan Data dan peraturannya, data tidak boleh mengalir
dari satu storan data ke storan data yang lain tanpa melalui proses. Storan data juga
tidak boleh dihubungkan secara langsung dengan entiti luran melalui aliran data.
Aliran data daripada entiti luran mesti memasuki proses terlebih dahulu sebelum
disimpan di dalam storan, atau aliran data daripada storan data mesti melalui proses
sebelum dihantar kepada entiti luaran.
Simbol DFD bagi Entiti luaran. Peraturan yang perlu diikuti entiti luran tidak
boleh dihubungkan secara langsung dengan entiti luaran yang lain melalui aliran
data. Aliran Data daripada satu entiti luaran perlu diproses terlebih dahulu dan output
daripada proses ini boleh dihubungkan dengan entiti luaran lain.
Simbol DFD bagi Aliran Data. Peraturan yang perlu diikuti aliran data yang
dihubungkan dengan proses dan entiti luaran mempunyai satu arah sahaja. Aliran
data hanya dibenarkan mempunyai dua arah ketika dihubungkan dengan storan data
untuk menunjukkan data yang dicapai sebelum diproses. Aliran data yang bercabang
menandakan data yang sama daripada sumber yang sama mengalir ke beberapa
proses, storan data atau entiti luaran. Biasanya keadaan ini menunjukkan beberapa
salinan data yang sama dihantar ke lokasi yang berlainan. Beberapa aliran data yang
digabungkan menandakan data yang sama daripada sumber yang berlainan mengalir
ke lokasi yang sama. Aliran data juga tidak boleh dihantar kembali ke proses yang
menghasilkannya. Aliran data itu perlu melalui satu proses lain sebelum dihantar
balik ke proses yang pertama.

4.3 Rajah Konteks

Rajah Konteks menunjukan sempadan dan skop sistem serta bagaimana


sistem berinteraksi dengan persekitaran luar. Konteks bermaksud konteks di mana
sistem berada. Setiap proses model dimulakan dengan Rajah Konteks. Rujuk rajah
4.5.1. Rajah konteks hanya ada satu proses, yang dilabelkan sebagai sistem
maklumat yang diwakili. Proses ini dihubungkan denga beberapa aliran data dan
entit luran utama. Dengan menyemak keperluan sistem, kita boleh mengetahui entiti
luaran yang menjadi sumber atau destinasi sistem.

48
Maklumat Penyelia Kelayakan
Sistem Penyelia
Maklumat
Pengurusan Kursus yang dihadiri
Cuti Iked
Staf

Ketua Kelayakan Staf


Cawangan

Cawangan
Latih Pelawat

4.5.1 Rajah Konteks Sistem Maklumat


TABIKA
4.4 Rajah 0 (Sifar)

Rajah 0 sama seperti Rajah Konteks kerana ia masih lagi memaparkan


komponen yang lebih ringkas. Tujuannya ialah untuk menunjukkan proses-proses
sistem yang utama sahaja. Proses yang dilabel mengikut paras pertama pernomboran
iaitu 1, 2, 3, sehingga 9. Semua entiti luaran, aliran data dan storan data yang
berkaitan dengan proses ditunjukan di rajah. Setiap proses model mempunyai satu
DFD paras 0. selain daripada perincian, perkara kedua yang terpenting di dalam
melukis DFD ialah keseimbangan. Keseimbangan bermaksud setiap aliran data input
dan output pada paras DFD yang lebih tinggi dikekal pada paras DFD yang lebih
rendah untuk memastikan DFD yang konsisten dan seimbang.

49
Proses Input Sumber Output Destinasi

1
Penyelia Permohonan cuti
Permohonan
Kerani Cuti 1 Fail cuti
Pengesahan

Memeriksa 2
Staf
Permohonan
cuti

Penilaian 3
4
Cuti Rekod
Laporan
3 Prestasi Staf
Laporan
Kelulusan
Cuti

Rekod Cuti 5n Menghadiri


Fail Cuti 5 Kursus Kursus dan
dan Cuti
Cuti
Fail Kursus 4 Penyelia

50
Rajah 4.6.1 Rajah 0 (Sifar)

4.5 Rajah Dekomposisi

Sebuah sistem dipecahkan kepada proses dan proses dipecahkan kepada sub
proses; proses pemecahan ini berterusan sehingga ke proses yang paling ringkas yang
dipanggil sebagai fungsian primatif. Pemecahan ini bertujuan untuk melihat sistem
secara keseluruhan, daripasda gambaran kasar sehingga ke peringkat yang paling
mudah. Pemecahan proses ini boleh dijadikan panduan dalam membina DFD yang
paling tinggi (Rajah Konteks) dan sehingga DFD pada paras yang paling rendah
(Rajah Primatif). Teknik pemecahan proses ini dikenali sebagai dekomposisi. Rajah
dekomposisi merupakan salah satu kaedah dekomposisi yang popular. Ia juga
dikenali sebagai carta hierarki

4.5.1 Objektif Sistem Baru

Objektif bagi sistem ini adalah untuk meningkatkan mutu kerja


supaya lebih mudah, konsisten dan bersistematik.

4.5.2 Objektif Umum

Objektif bagi sistem baru ini adalah untuk mewujudkan satu sistem
kerja yang konsisten dan bersistematik supaya setiap kerja yang dilakukan
lebih teratur dan menarik. Berpandukan pada objektif ini dapat saya nyatakan
bahawa sistem baru ini adalah lebih baik, dapat menjimatkan kos disamping
melahirkan tenga kerja yang cekap san mahir mengendalikan komputer.
Antara objektif umum adalah:

51
a. Pekerja lebih muda melakukan kerja dengan hanya
berpandukan pada sistem yang ada. Mereka tidak perlu lagi untuk
berjalan bagi mencari data yang diperlukan.
b. Dapat menjimatkan masa dan kos. IKED tidak perlu lagi
mengeluarkan kos yang banyak untuk membeli alat tulis, fail, kertas
dan lain-lain lagi, kerana dengan menggunakan sistem tempahan
makanan IKED, semua ini dapat dikurangkan.
c. Dapat meningkatkan mutu kerja.
d. Maklumat mudah dicari apabila diperlukan.

4.5.1 Keperluan Pengguna

Oleh kerana dibahagian pentadbiran ini tidak mempunyai seorang

pegawai IT jadi, saya cuba untuk mebina satu sistem yang mudah difahami

oleh seorang kerani yang dilantik untuk melaksanakan urusan berkenaan

pemohonan cuti. Untuk itu, sistem yang saya bina perlulah sesuai mengikut

kehendak pengguna sistem ini dan saya perlu mengambil masa untuk

mengajar pekerja tersebut cara mengendalikan sistem baru ini agar pekerja

tersebut tidak menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri menggunakan

sistem baru ini.

Antara kehendak pengguna di dalam penggunaan sistem ini ialah,

mereka inginkan satu sistem yang dapat membantu mereka menjalankan

tugas dengan cekap.

a. Mereka juga inginkan sistem yang mudah untuk urusan

permohonan cuti.

b. Sistem yang boleh menjana Pas Cuti Angkatan Tentera

Malaysia.

c. Ia juga inginkan sistem yang dapat mengemaskini data dengan

lebih terperinci.

52
4.5.2 Kekangan Dan Kelemahan

4.5.3 Skop Sistem Baru


a. sistem ini lebih tertumpu kepada maklumat cuti staf.
b. Selain daripada itu, sistem ini juga boleh menjana laporan senarai staf
yang cutinya telah diluluskan.
c. Dapat mengeluarkan Pas Cuti Angkatan Tentera Malaysia.
d. Boleh membuat semakan status permohonan cuti dengan hanya
memasukkan nombor tentera.
e. Oleh yang demikian, sistem ini dapat berjalan dengan baik dan
sempurna.

53
BAB V
REKABENTUK SISTEM

5.1 Pengenalan

Rekabentuk Sistem Maklumat yang akan dibangunkan melibatkan semua


fungsi dan tugas yang tertumpu kepada spesifikasi terperinci berasaskan
penyelesaian masalah berbantukan komputer. Rekabentuk sistem maklumat turut
dipanggil sebagai sekabentuk fizikal sistem di mana ia tertumpu kea rah aspek
teknikal dan perlaksanaan sesebuah sistem. Rekabentuk seni bina menerangkan
tujuan persekitaran teknikal bagi sistem baru. Persekitaran teknikal ini mengandungi
perkakasan, perisisian, dan infrastruktur komunikasi pada sistem yang baru. Reka
bentuk seni bina turut menerangkan kaedah untuk menyokong keperluan sokongan
sistem, spesifikasi perisian dan perkakasan dan rancangan keselamatan dan sokongan
menyeluruh.

5.2 Kamus Data

Nama Table Nama Data Jenis Data Saiz Data


MAKLUMAT CUTI No_Tentera Text 20
STAF
Pangkat Text 15
Nama Text 50
Unit Text 50
Tarikh Mula Cuti Number Long Integer
Tarikh Akhir Cuti Number Long Integer
Alamat_Bercuti Text 200

54
Tempat_Lapor Dir Text 50
Rumah Sakit/ Perubatan Text
Status_Cuti Text 11
No_Waran Number Long Integer
Nama_Pegawai Text 50

KERANI No_Pekerja Text 15


Nama Pekerja Text 50

PEGAWAI Nama Pegawai Text 50


Password Pegawai Number Long Integer

5.3 Rekabentuk Antara Muka Pengguna

Reka bentuk antara pengguna adalah proses menakrif cara pengguna


berinteraksi dengan sistem dan bentuk input dan output yang diterima dan dihasilkan
oleh sistem. Antara muka melibatkan tiga bahagian asas seperti yang ditunjukkan
dirajah 5.1.2

Mekanisma
Navigasi

Bahagian asas
Mekanisma Mekanisma
input Output

Rajah 5.1.2 Bahagian Asas Antara Muka

5.3.1 Rekabentuk Input

Input menyediakan kemudahan kemasukan data ke dalam sistem


komputer, samaada data yang berstruktur atau maklumat tidak berstruktur.
Rekabentuk input bermaksud merekabentuk skrin yang digunakan untuk
memasukan maklumat, begitu juga sebagai borang yang membolehkan
pengguna menulis atau menaip. Terdapat pelbagai kaedah terbaik untuk
memasukan data ke dalam sistem. Jenis-jenis peranti input yang boleh
digunakan untuk, memasukan data adalah seperti berikut:

55
a. Papan Kekunci

b. Tetikus

c. Skrin sentuh

d. Pengecam suara

e. Pengimbas

f. Pengecam Tanda Optik

g. Pen Elektronik

h. Biometrik

i. Kad Pintar

j. Dakwat Magnetik

5.3.2 Reka bentuk Output.

Output adalah komponen yang dihasilkan oleh sistem, samaada pada


skrin, kertas atau media. Output amat penting kerana ia merupakan media
untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna. Sekiranya reka bentuk
output yang dibina adalah baik, pengguna mudah memahami mesej yang
hendak disampaikan. Selain itu, maklumat yang berkaitan dapat disalurkan
dengan cara yang baik. output merupakan komponen sistem maklumat yang
boleh dilihat dengan jelas. Rajah 5.3.3 memaparkan tiga jenis output.

56
3 jenis Output

Output Skrin Output Bercetak Output Dalam


Format lain

5.3.3 Output Skrin


Output skrin hanya boleh diperolehi dengan menggunakan peranti berasaskan
komputer. Skrin komputer merupakan pengantara paparan maklumat atas talian yang
sering digunakan. Paparan visual melalui terminal CRT (chatode Ray Tube) atau
monitor komputer menyediakan kemudahan paparan maklumat on demand dan amat
praktikal untuk digunakan.

5.3.4 Output Bercetak.


Output bercetak atau cetakan atas kertas juga sering digunakan oleh
pengguna komputer. Ini adalah kerana cetakan di atas kertas boleh dismpan
dan tahan lama. Ia boleh diperolehi dengan dua cara iaitu:

a. Output dalaman adalah cetakan di atas kertas kosong yang


dipanggilo stock paper

b. Output luaran dicetak di atas kertas khusus seperti kepala surat


(letter head).

5.3.5 Output Format lain

Terdapat pelbagai kaedah lain untuk output maklumat, antaranya ialah


terminal tanda julan (point of sale-Pos). Urusan jualan runcit dan transaksi
masa kini banyak menggunakan terminal tanda jualan menggabungkan
kedua-dua komponen peranti input dan output contoh seperti POS bayaran
tunai di pusat membeli belah yang memaparkan jumlah pembelian dan
seterusnya mencetak dan mengeluarkan resit.

Bab VI

57
PELAKSANAAN SISTEM

6.1 Pelaksanaan Sistem

Pelaksanaan Sistem amat penting kerana ia memainkan peranan samaada


projek yang akan dilaksanakan berjaya atau tidak serta memakan kos yang murah
atau mahal dan penyelenggaraannya menghadapi kesukaran atau tidak.

6.2 Keperluan Perkakasan dan Perisisan

Pemilihan perkakasan dan perisisan merupakan faktor yang utama dan


penting dalam membangunkan sesuatu sistem. Kini terdapat pelbagai perkakasan
yang ada di pasaran untuk membangunkan sesuatu sistem. Diantara perisisan yang
sering digunakan bagi membangunkan projek ini ialah Microsoft Visual Basic 6.0,
Microsoft Access dengan menggunakan perantaraan Windows XP.

6.2.1 Pemilihan Perkakasan

Perkakasan yang dipilih mestilah bersesuaian untuk memastikan


sistem yang dibangunkan akan berfungsi dengan baik dan lancar, ianya
bertujuan menyokong perisian yang telah dipilih dalam pembangunan projek.
Ciri-ciri perkakasan yang baik yang telah dikenalpasti, diantaranya ialah:

a. Packard Bell PC atau setaraf

b. Memori 128 MB RAM dan ke atas

c. Pemprosesan Intel Inside Celeron atau setaraf

d. Dell Monitor atau lain-lain monitor yang setaraf

e. Papan Kekunci

58
f. Tetikus

g. Printer Lexmark Z12 atau setaraf.

Ciri-ciri yang dipaparkan di atas adalah ciri-ciri asas bagi keperluan sesuatu
perkakasan untuk membangunkan sistem. Ciri-ciri tersebut boleh berubah mengikut
keadaan semasa bagi membangunkan sesuatu sistem.

6.2.2 Pemilihan Perisian

Dalam membuat pemilihan perisian, terdapat beberapa faktor penting


yang mendorong kepada penggunaan perisian terbabait. Diantara faktor yang
perlu diambil kira dalam pembangunan projek adalah seperti berikut:

a. Kesesuaian perisisan dengan sistem yang dibangunkan

b. Keberkesanan sistem untuk jangjamasa yang panjang

c. Perkakasan yang digunakan

d. Harga perisisan yang digunakan

e. Kepuasan kepada perisian yang dipilih

f. Dapat memenuhi kehendak pembangun dan pengguna

Perisisan yang dipilih dalam membangunkan sistem ini adalah Microsoft


Visual Basic 6.0 sebagai perisisan antaramuka, Microsoft Access untuk
pembangunan pengkalan data dan Microsoft XP sebagai sistem pengoperasian.

6.2.2.1 Microsoft Visual Basic 6.0

59
Perisisan ini merupakan satu perisian yang mudah untuk diperolehi
dan senang untuk digunakan oleh sesiapa sahaja peringkat pengguna
komputer. Perisian ini menggunakan teknik pengaturcaraan visual. Microsoft
Visual Basic 6.0 dipilih kerana ia dapat memendekkan masa pemproses yang
diperlukan bagi membangunkan sesebuah aplikasi. Perisian hanya wujud
dalam persekitaran Windows.

6.2.2.2 Microsoft Access

Microsoft Access merupakan sebuah perisian pangkalan data yang


mempunyai pengurusan yang baik dari segi pengurusan pengkalan data. Ia
merupakan perisian yang boleh berantara muka dan sesuai digandingkan
dengan Visual Basic. Perisian ini juga mudah dipelajari dan mempunyai ciri-
ciri baru dalam melindungi serta menjaga keselamatan pengkalan data
melalui satu kata laluan. Kata laluan ini dibuat bagi mengelakan pengguna
yang tidak mempunyai hak terhadap sistem mencapai dan mengubah data
yang tersimpan dalam pengkalan data. Kelebihan di dalam perisian ini ialah,
merupakan modul sedia ada dalam Visual Basic. Selain itu ia mudah didapati,
mudah digunakan, harga berpatutan dan yang paling penting ialah data yang
ada mudahg dicapai.

6.2.2.3 Windows XP

Windows XP dipilih bagi pengoperaasian sistem untuk projek yang


akan dibangunkan. perisian ini direka bentuk secara optimum supaya
mempunyai prestasi yang baik sebagai aplikasi pelayan dan mempunyai
peralatan tambahan untuk membantu masalah pentadbiran sistem rangkaian.
Windows XP mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Keselamatan yang terjamin dan pengesahan kesilapan yang


baik

60
b. Menyokong aplikasi pembangunan pelayan pelanggan yang
banyak
c. Kecapaian maklumat yang maksimum, pantas dan terkini.

d. Pengecualian perkhidmatan pemfailan serta percetakan.

e. Selain itu ia juga boleh digunakan bersama-sama dengan


windows lain seperti MSDOS, OS 2, Linux, Unix dan Macintosh.

f. Perisisian ini juga boleh digunakan bersama dengan pelbagai


perkakasan komputer lain seperti tetikus, papan kekunci, printer,
power pc, Pentium, Celeron dan sebagainya.

g. Perkhidmtan direktori yang disediakan juga dapat membantu


dan mengawal sumber-sumber rangkaian komputer.

h. Mempunyai kemudahan yang hampir sama dengan windows


yang lain.

i. Windows XP juga memudahkan perpindahan maklumat


windows yang lain tanpa keraguan. Contoh sekiranya fail telah
disimpan pada CD atau diskets maka data tersebut boleh dibuka pada
windows yang lain.

6.3 Cadangan Penyelesaian

Bagi membangunkan sesuatu projek ialah objektifnya. Objektif utama


pembangunan projek ini adalah untuk mengautomasikan sistem manual yang sedia
ada kepada sistem pengkomputeran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat terhadap
sistem semasa, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebagai jalan
penyelesaian. Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi pengurusan terup,
langkah penyelesaian yang diambil adalah mewujudkan sistem pengkalan data yang
berasaskan modul antaramuka Visual Basic. Butir-butir peribadi Staf/Jurulatih

61
merupakan maklumat terup, ia akan dimasukan ke dalam pengkalan data yang akan
diuruskan oleh pihak pengurusan institut dengan sistematik.

BAB VII

62
KESIMPULAN DAN CADANGAN
7.1 Kesimpulan

Sistem maklumat yang ada pada masa kini bukan sesuatu yang asing kepada
kita semua di kala zaman yang serba moden dan canggih. Penggunaan secara meluas
sistem maklumat sekarang sangat-sangat diperlukan bagi menguruskan maklumat-
maklumat yang terkumpul untuk dijadikan data yang tersimpan dalam komputer.

Sistem yang dibangunkan ini ialah Sistem Pengurusan Cuti Iked, merupakan
satu sistem yang dibangunkan untuk menguruskan data yang terkumpul dalam
Pejabat secara berkomputer. Sistem yang dibangunkan ini sebenarnya memberikan
kemudahan kepada pihak pengurusan institut bagi menjana segala maklumat tentang
Staf. Sistem ini juga boleh mempercepatkan pihak terup dan untuk capaian
maklumat dengan mudah dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Apabila capaian
maklumat mudah, maka segala pentadbiran untuk mendapatkan maklumat menjadi
capat dan pantas. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan mengurangkan
bebanan kerja kepada pihak pengurusan.

Kesimpulannya dengan dengan perlaksanaan sistem ini diharapkan ia


mungkin dapat membantu sedikit sebanyak pihak pengurusan cuti terutama bahagian
pengurusan untuk menyimpan dan merekodkan maklumat staf dan anggota serta
penuntut ke dalam sistem pengkomputeran

7.2 Cadangan

Projek ini hanya menjurus kepada skop Sistem Pengurusan Cuti Staf Iked.
Selain Sistem Pengurusan Dobi skop-skop untuk sistem-sistem yang lain dan boleh
dibangunkan untuk para anggota adalah seperti berikut:

i. Sistem senarai bilangan staf.

ii. Sistem cuti pendek, cuti panjang dan cuti kebajikan.

63
iii. Sistem cuti seberang laut.

iv. Rekod peribadi anggota bercuti.

Senarai sistem yang boleh dibangunkan di atas adalah sebahagian daripada


cadangan sistem yang akan dibangunkan sahaja mungkin terdapat banyak lagi
sistem-sistem lain yang boleh dibangunkan dan diketengahkan bergantung kepada
penglibatan anggota penuntut untuk projek-projek akan datang.

64
Entity-Relationship Diagram (ERD)

Pangkat
No_tentera
Nama

1 masukkan M
KERANI MAKLUMAT CUTI STAF
Unit
M

Nama_pekerja Tarikh_mula_cuti
periksa

No tentera Tarikh_akhir_cuti

No waran
Pangkat
1 Alamat_bercuti
PAS CUTI M Luluskan 1
PEGAWAI

Tarikh akhir cuti Tarikh mula cuti Tempat_lapordiri

Unit
Nama pegawai Tempat_lapordiri

Alamat cuti
Tempat melapor diri
Nama hospital berdekatan

65
Interface Borang Permohonan Cuti
KEMBARAN A KEPADA
PERINTAH TETAP IKED

BORANG PERMOHONAN CUTI UNTUK ANGGOTA LLP

(Melainkan cuti ikhsan dan cuti sakit permohonan mestilah dimajukan sekurangnya 21 HARI sebelum
tarikh cuti)

Kepada :

Tuan ,

Adalah saya No ………...…Pangkat ……………... Nama…………………………………………

Memohon untuk bercuti TAHUN/MENYAMBUNG PERKHIDMATAN/IKHSAN


selama………..hari

Mulai…………………………jam….…….hingga………..…………..…….jam………….

Alamat bercuti adalah :………………………………………………………………………………

Pejabat Pos Berdekatan :……………………………………………………………………………

1. Tarikh Masuk Berkhidmat :……………………………………….…………………………

2. Saya berkehendakan Waren BAS/KERETAPI/BAUCHER bayaran murah dari :…

………………………ke………………………………(PERGI/BALIK).

3. Butir-butir keluarga saya yang akan bersama di dalam perjalanan :

a. Nama Isteri :…………………………………………………….

Nombor Kad Pengenalan :……………………………………………….

b. Nama Anak :…………………………………………………….

Nombor Kad Pengenalan :……………………………………………….

c. Nama Anak :…………………………………………………….

Nombor Kad Pengenalan :……………………………………………….

4. Sekiranya tuntutan minyak petrol dibuat,potong perenggan 2 dan 3 di atas dan masukan YA
disini

:………………………………………………

5. Sepeninggalan saya bercuti,tugas saya diambil oleh :………………….……………

Saya Yang Menurut Perintah

66
Tarikh :……………………………… ........……………………………

6. Catatan Kerani Cuti

Kenyataan cuti-cuti yang diambil di tahun yang lalu.Jumlah tiket-tiket Waren yang telah

Diambil ditahun yang lalu.Jumlah cuti ambil :………………………………………Hari.

(termasuk beberapa banyak kali tuntutan minyak telah dibuat)

Baki cuti (Tahun ini dan tahun lalu) :………………………………………………..Hari.

Cuti akhir yang diambil :…………………………….hingga……………………………..

Tarikh :…………………….. Tandatangan :…………………..

7. Sokongan daripada Ketua Terup : SOKONG/TIDAK SOKONG

Tarikh ;……………………. Tandatangan :……………………

8. Sokongan daripada Ketua Cawangan : LULUS/TIDAK LULUS

Tarikh :…………………… Tandatangan :…………………….

9. Sokongan Komandan : LULUS/TIDAK LULUS

Tarikh :………………….. Tandatangan :…………………….


Lt Kol
Komandan
Institut Komunikasi Dan Elektronik TD

10. Catatan Pegawai Gaji :


Pembayaran Gaji pendahuluan/bulanan untuk bulan :…………….Dibayar pada…………………

Tarikh :…………………. Tandatangan :………………………

67

Anda mungkin juga menyukai