Anda di halaman 1dari 12

AL-MASAD(sabut) / AL-LAHAB(merah api)

KOMPAS FIKRAH MUWASAFAT MAZHAHIR BAHAN TAMBAHAN VID N


GAMES
Surah 1. Allah swt memberi 01 Suka duduk AQ VIDEO
makiyyah jaminan supaya jangan dlam biah islam -Tafsir surah an-Nas
takut apabila ada orang 1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul atau cuba bina (gangguan perasaan dan https://w
menentang seruan Aqidah) biah islam/ fikiran ww.youtu
Islam, mereka pasti akan Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh mindset untuk - cinta harta (QS. 9:24) be.com/w
binasa dan masuk sustain (QS.9:120) atch?v=xT
neraka. Ini merupakan 3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul tarbiyah pada - ayat pasal isteri nabi hud dn 8zVbA8vP
berita gembira kepada Khuluq) waktu cuti nuh dn Maryam dan asiah A
Rasulullah saw dan Tidak takabbur (pasal wanita dan tentangan
pendakwah Islam. Mempunyai pendirian (berhadapan Rasa nak bgtau family) https://w
dgn org menntang) family dn ww.youtu
Abu Lahab merupakan Tidak memperlekehkan sesuatu kawan dekat HADIS be.com/w
simbol penentang Islam. kumpulan (mcm -Hadis 2 dn 3 rukun iman dn atch?v=2
Akan ada penentangan Tidak berkawan dengan orang yang roommate islam NWJ1Z6sy
dari keluarga terdekat berkelakuan buruk housemate -hadis mencintai Allah dn mc
dan dari musuh Islam Cemburu terhadap isteri classmate) rasul lebih dr diri sendiri
jika dakwah Islam Mempunyai perasaan cemburu atas menunjukkan movie
dilaksanakan. agamanya qudwah SIRAH moana
hasanah family (parent
2. Apa pun usaha untuk 5) Berpengetahuan luas kepada mereka -kisah sahabat bunuh family: dia tk bg
melawan Rasulullah saw (Mutsaqqaf-ul Fikri) Abdullah bin huzaifah dia ke
(juga pendakwah Islam) Sentiasa peka akan serangan Zionis Ambil tahu -kisah sahabat dengan ibu: laut)
tidak akan berjaya terhadap Islam pasal apa yg musab bin umair, saad bin
walaupun mereka Mengetahui pertubuhan-pertubuhan jadi kt umat abi waqqas GAMES
mempunyai kekayaan yg menyeleweng islam, isu -kisah Abu jandal, Abdullah vs -
harta yang banyak. Ini Tidak menerima syubahat yang semasa dan Suhail bin amru
kerana Allah swt beserta dilemparkan keatas kita -firaun dan nabi musa
dengan Rasulullah saw sedih dengan harta
dan sesiapa penyambung 8)Teratur urusannya kondisi umat -Perang Badar (kemenangan
tugasnya. (Munazhzhamun Fi Syu'unihi) daripada Allah dan tidak
Tidak mempunyai hubungan dengan Buat tak tahu bergantung kepada jumlah
Harta yang banyak tidak pihak yang menentang Islam pada mereka kekuatan tentera serta
memberi makna jika yg dok persiapan perang secara
tidak digunakan ke jalan 10)Bermanfaat Kepada Orang Lain kutuk/ngata material)
yang benar. Yaitu jalan (Nafi'un Li Ghairihi) - Kisah Qarun dan Firaun
penyeruan kepada Islam. Berkahwin dengan pasangan yang Yakin dan wanita
sesuai bersungguh- - taktik 4S & 4F orang barat
3. Balasan neraka pasti sungguh untuk menjatuhkan Islam
akan ada untuk orang 02 melaksanakan - Zainab al-Ghazali
yang menentang dakwah dan firaun dan asiah
dakwah dan Islam tarbiyah serta -isteri nabi nuh dn nabi hud
sanggup untuk
4. Kaum wanita juga melakukan BAHAN LAIN
akan menerima nasib pengorbanan -hadis ghulam
sama seperti (cth usrah di ri, -qhazwul fikr
Arwa/Ummu Jamil jika usrah lama
bertindak sama sikit, keluarkan
sepertinya. duit utk ke
usrah or
daurah)
Latar belakang Surah

Surah ini berkisar kepada kisah Abu Lahab dan isterinya terhadap dakwah Rasulullah saw. Sebelum dakwah Nabi saw, Abu Lahab tidak
bermusuhan dengan Baginda. Beliau telah memerdekakan hambanya bernama Tsuwaibah kerana tanda terlalu gembiranya beliau ke atas anak
saudaranya Abdullah yang telah meninggal memperolehi anak lelaki iaitu Nabi Muhammad saw. Tsuwaibah sempat menyusui Rasulullah saw
dalam beberapa hari sebelum disusui oleh Halimah bin Abi Zuaib.

Selepas Rasulullah saw menerima wahyu supaya berdakwah secara terang-terangan (al-Hijr 15:94-95), Baginda menerima lagi wahyu supaya
memperingatkan kepada kerabat-kerabat Baginda yang terdekat dahulu (asy-Syu’ara 26:214-216). Baginda berasa runsing sehingga sebulan
tidak keluar rumah menyebabkan bapa saudaranya Abu Thalib dan isterinya, serta pakcik-pakciknya datang menziarahinya untuk bertanya
khabar. Baginda mendapat peluang ini menyatakan yang sebenarnya bahawa dia diminta oleh Allah swt supaya menyeru mereka mentauhidkan
Allah swt. Pakcik dan makciknya tidak melarang beliau untuk berdakwah tetapi meminta supaya tidak diketahui oleh Abu Lahab, pakciknya.

Justeru itu, Rasulullah saw memanggil orang kampungnya untuk berkumpul di Bukit Shafa. Abu Lahab telah turut serta.

Rasulullah saw memulakan bicaranya; “Bagaimanakah pendapat kamu jika aku memberitakan kepada kamu bahawa ada musuh berkuda keluar
dari sebalik gunung ini lalu ia berkehendak merubah kamu sekelian, adakah kamu membenarkan daku?”

Sekelian yang hadir menjawab; “Ya kami percaya, kami tidak pernah mengetahui bahawa engkau(Muhammad) seorang yang berdusta.”

Rasulullah saw bersabda; “Bahawa sesungguhnya aku ini pemberi peringatan kepada kamu, dihadapan sana terdapat siksa Tuhan yang sangat
keras.”

Tiba-tiba Abdul Uzza(Abu Lahab) berteriak mengejutkan para hadirin: “Celakalah kamu! Hai Muhammad! Apakah hanya untuk ini saja kamu
kumpulkan kami semua?” Kemudian mengutip batu ingin dilemparkan kepada Nabi saw.

Rasulullah saw terdiam, kemudian mengatakan dengan muka yang merah padam; “Sama sekali belum pernah aku melihat seorang yang datang
pada keturunan orang tuanya dan kaumnya yang lebih keji daripada apa yang engkau perlihatkan itu.”

Kemudian pada saat itu turunlah ayat pertama dari surah al-Masad; “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sangat celakanya.”
Dalam pada itu Abu Lahab masih marah-marah dan mengomel; “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar(nyata), maka aku tebuslah
darinya dengan harta benda dan anakku,”

Kemudian turunlah ayat kedua surah ini; “Tidaklah berguna darinya(Abu Lahab) harta bendanya dan segala usahanya.”

Abu Lahab terus mengomel dan mengganggu pertemuan ini, maka Rasulullah saw membubarkan pertemuan ini.

Rasulullah saw telah mengadakan pertemuan yang kedua atas permintaan sebahagian besar hadirin di pertemuan yang pertama. Pertemuan ini
juga berlaku di kaki Bukit Shafa. Rasulullah saw sempat berpidato memberi tahu kepada hadirin bahawa beliau adalah utusan Allah, mengajak
kepada mentauhidkan Allah, menyeru setiap kaum menyelamatkan diri dari api neraka. Dikala itu Abu Lahab mula marah dan mengomel-ngomel
lagi.

Kemudian Rasulullah saw mengajak sesiapa yang ingin turut serta bersama beliau untuk berdakwah. Diwaktu itu lebih kurang 40 -45 orang
hadirin mula bangun seorang demi seorang meninggalkan tempat duduknya. Dikala itu Abu Lahab mula menengking Nabi saw dan mengajak
yang lain menangkapnya dan memenjarakannya. Maka keadaan menjadi tegang semula. Rasulullah saw membubarkan pertemuan ini.

Selepas daripada ini, Abu Lahab dan Isterinya Ummu Jamil mula giat ke ceruk kampung menentang Rasulullah saw. Mereka dibantu oleh Amr bin
Hisyam(Abu Jahal). Abu Lahab menghasud kaum lelaki, Ummu Jamil menghasud kaum perempuan dan Abu Jahal menghasud pemuda-
pemudanya.

Maka turunlah ayat al-Masad yang ke 3-5. “Ia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. Dan isterinya(Ummu amil) pembawa
kayu bakar itu. Kelak pada lehernya ada tali dari sabut.” Menjadi kebiasaan setiap wahyu yang diterima akan dibacakan kepada pengikut-
pengikutnya. Pengikut-pengikutnya juga akan menyebut-nyebut wahyu tersebut sehinggalah suatu ketika sampailah ketelinga Ummu Jamil
bahawa ia telah diejek dan dihina dengan tali sabut.

Ummu Jamil telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw; “Adakah engkau melihat aku membawa kayu api bakar, dan adakah engkau melihat
di leherku ada tali dari sabut?”

Rasulullah saw mendiamkan diri.

Pada hari yang lain, Ummu Jamil telah datang berjumpa dengan Nabi saw yang ketika itu Abu Bakar ada disebelah beliau. Abu Bakar berkata
kepada nabi saw; “Lebih baik engkau menjauhkan diri dari sini!”
Rasulullah saw berkata; “Biarlah, akan terdinding antara aku dan dia.”

Lantas datanglah Ummu Jamil di hadapan Abu Bakar dengan tidak melihat Rasulullah saw ; “Hai Abu Bakar, betulkah sahabatmu selalu
menghinakan daku begini….dan begitu…?”

Abu Bakar menjawab; “Tidak! Ia tidak menghinakan kamu, hanya membacakan firman Tuhan.”
Ummu Jamil berkata; “Memang engkau yang membenarkan dia.”
Kemudian Abu Bakar berkata kepada Nabi saw; “Dia tidak melihat engkau.”
Rasulullah saw menjawab; “Malaikat selalu menutup-nutupi sehingga ia berpaling lalu pergi.”

Hari demi hari semakin ramai yang mengikuti Rasulullah saw. Abu Lahab dan isterinya semakin giat menghasut kaumnya. Maka berlakulah
pertelingkahan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin Mekkah sehingga pemuka-pemuka musyrikin Quraisy dan Abu Lahab pergi berjumpa
dengan Abu Thalib bapa saudara Nabi saw supaya menasihati Rasulullah saw berhenti dari berdakwah. Namun tidak diambil berat oleh bapa
saudaranya.

Suatu ketika, jari Rasulullah saw bengkak dibaling batu dan menyebabkan Rasulullah saw demam. Selama 3 hari Baginda tidak keluar rumah.
Arwa binti Harb bin ‘Umayyah (Ummu Jamil) datang kononnya ingin menziarahi Baginda tetapi telah mengejek mengatakan; “Muhammad,
mengapa engkau tidak keluar-keluar dari rumah dan membawa berita yang sangat ajaib? Saya menyangka syaitanmu telah meninggalkan
kamu kerana dua atau tiga hari tidak berkunjung kepadamu, dan barangkali ia tidak sudi lagi mendekatimu atau barangkali ia telah marah
kepadamu.”

Ejekan ini telah tersebar di kalangan musyrikin Quraisy dan mula bersangka-sangka; “Oh, sekarang Muhammad telah ditinggalkan oleh
Tuhannya, kerana Tuhannya telah memarahinya, maka sekarang ia sangat malu keluar rumahnya untuk menampakkan air mukanya.”

Rasulullah saw sangat berdukacita dengan ejekan-ejekan itu. Maka turunlah wahyu kepada Baginda; “Demi Matahari apabila telah meningkat.
Demi malam hari apabila telah kelam, Tuhanmu tidaklah meninggalkan dikau dan tidak pula marah(kepadamu).” – (adh-Dhuha 93:1-3)

Seketika itu juga Rasulullah saw rasa sangat gembira , kemudian bertakbir dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Besar.

Usaha Abu Lahab langsung tidak berjaya untuk memberhentikan dakwah Nabi saw. Maka beliau mula menyakiti Nabi saw. Suatu ketika Abu
Lahab melemparkan kotoran najis di hadapan rumah Baginda. Lantas Baginda membersihkannya sendiri.
Pada suatu waktu, Abu Lahab sekali lagi membuang kotoran di hadapan rumah Rasulullah saw. Sambil membersihkannya Rasulullah saw
berkata; “ Hai anak cucu Abdu Manaf! Beginikah cara orang-orang bertetangga?”

Pada suatu pagi, semasa Abu Lahab sedang membuang najis di hadapan rumah Rasulullah saw, telah diketahui oleh Hamzah(pakcik Nabi saw
sebelum masuk Islam), lalu Hamzah mengambil najis tersebut dilemparkan kepada Abu Lahab. Lantas Abu Lahab memaki Hamzah dengan suara
yang kasar.

Ummu Jamil pula mengadu domba kepada Abu Sufyan abangnya; “Hai abang! Engkau marah tak jika engkau mendengar adikmu dicaci orang?”
Abu Sufyan menjawab; “Sudah tentu aku marah.”
Ummul Jamil menyambung; “Muhammad sekarang selalu mencaci maki aku dan mengata-ngata aku dengan perkataan jijik dan keji.”
Abu Sufyan menambah; “ Kalau begitu sekarang juga Muhammad aku bunuh.” Sambil mengambil pedangnya dan ke rumah Rasulullah saw.
Sampai sekerat jalan, ia berpatah balik dengan tergesa-gesa.
Ummu Jamil bertanya; “Adakah engkau sudah membunuh Muhammad?”
Abu Sufyan menjawab; “Oh adik ku, adakah engkau suka abangmu dimakan ular?”
Ummu Jamil terus menjawab; “Demi Latta tentu aku tidak akan suka, bahkan sangat merisaukan.”
Abu Sufyan menceritakan; “ Sewaktu aku ditengah jalan, ada seekor ular yang sangat besar ingin menelanku jika aku menghampiri rumah
Muhammad. Ular itu mengejarku, maka aku lari dengan tergesa-gesa kerana aku takut.”

Setelah kematian bapa saudaranya Abu Thalib dan isterinya Khadijah r.a, Rasulullah saw merasa sedih sehingga jarang Baginda keluar rumah.
Abu Lahab pakciknya datang menziarahi dan berkata; “Ya Muhammad! Teruskanlah oleh mu apa-apa yang yang telah kamu kehendaki, dan
kerjakanlah oleh mu segala apa yang pernah kamu perbuat di kala Abu Thalib masih hidup. Maka sekarang akulah yang membela kamu!”

Dengan perkataan ini, Rasulullah saw keluar rumah sebagaimana biasa. Pemuka Quraisy tidak berani mengganggu Nabi saw. Selang beberapa
hari, Datanglah pembesar dan pemuka Quraisy bertanyakan kepada Abu Lahab; “Hai Aba Atbah(Abu Lahab)! Betulkah engkau sekarang telah
keluar dari agama orang tuamu, Abdul Muthalib?”
Abu Lahab menjawab; “Tidak! Saya tidak keluar dari agama orang tuaku, Abdul Muthalib.”
Mereka yang lain berkata; “Janganlah begitu, katakanlah yang sebenarnya kepada kami, kerana kami telah mendengar bahawa kamu sekarang
telah keluar dari agama orang tuamu, Abdul Muthalib dan mengikut agama Muhammad.”
Abu Lahab menjawab; “Tidak! Sesekali tidak. Saya hanya menghalangi orang yang hendak membuat sewenang-wenang dan menganiaya anak
saudaraku, agar dia dapat meneruskan kehendaknya sebagaimana semasa Abu Thalib masih hidup.”
Mendengarkan itu, mereka pun berkata; “Kalau begitu baiklah, memang engkau seorang yang baik budi, dan engkaulah orang yang memelihara
kehormatan saudaramu dan engkaulah tidak suka memutuskan persaudaraan.”

Selang beberapa hari, datanglah Abu Jahal dan Uqbah bin Abi Mu’aith menghasut Abu Lahab supaya tidak memberi perlindungan kepada
Rasulullah saw. Dengan menimbulkan kemarahan Abu Lahab terhadab Baginda. Maka kembalilah Abu Lahab memusuhi Rasulullah saw.

Rasulullah saw mengambil pendekatan dakwah dengan menghampiri kabilah-kabilah Arab dari luar Mekkah yang datang ke Mekkah. Sewaktu
mereka beristirehat, Rasulullah saw datang bertanya khabar dan menyampaikan seruannya. Setiap kali selepas seruannya, datang Abu Lahab
mencantas dakwah Nabi saw.

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai sekalian manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu sekalian supaya menyembah kepada-Nya,
dan jangan kamu menyengutukan Dia dengan sesuatu.”
Abu Lahab akan pasti mencantas dengan berkata; “Hai sekalian manusia, sesungguhnya orang ini memerintahkan kamu sekelian supaya
meninggalkan agama orang-orang tuamu dahulu.”

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai sekalian manusia! Ucapkanlah olehmu, Tiada Tuhan melainkan Allah, supaya kamu berbahagia.”
Datang Abu Lahab membangkang; “Hai sekalian manusia, janganlah kamu dengarkan perkataan orang ini kerana dia itu pendusta!”

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai keturunan Fulan! Sesungguhnya aku ini Rasul Allah yang diutus untuk kamu sekalian, aku memerintahkan
kepada kamu supaya menyembah kepada Allah dan janganlah kamu menyengutukan Dia dengan sesuatu. Dan hendaklah kamu melepaskan
segala sesuatu yang kamu sembah dari selain Allah dari persekutuan-persekutuan ini, dan hendaklah kamu percaya kepadaku dan
membenarkanku!”
Lantas Abu Lahab mencantas; “Hai keturunan Fulan! Sesungguhnya orang ini hanyalah mengajak kamu supaya kamu melepaskan berhala Latta
dan Uzza dari sesembahanmu, kamu diajak olehnya untuk mengerjakan perbuatan bid’ah dan kesesatan kerana itu janganlah kamu mengikut
dia dan janganlah kamu dengarkan dia.”

Tariq al-Muharibi menceritakan; “Ketika kami di pasar Dhi al-Majaz, saya ternampak seorang lelaki separuh umur berkata; ‘Wahai saudara-
saudara sekelian! Ucapkanlah Tiada Tuhan melainkan Allah. Kelak kamu akan berjaya’. Tiba-tiba saya nampak seorang lelaki melemparkan
sesuatu kepadanya dari belakang sehingga betis dan tumitnya berdarah. Lelaki itu mencelah; ‘Wahai saudara-saudara! Dia ini seorang pendusta
dan janganlah kamu mempercayai cakapnya.’ Maka aku pun bertanya; ‘Siapakah lelaki itu?’ Ayahku menjawab itulah Muhammad yang
mendakwa dirinya seorang Nabi dan itu pula bapa saudaranya Abu Lahab yang mendakwa ia seorang pendusta.”

Abu Lahab telah tidak ikut serta dalam peperangan Badar bersama pemuka-pemuka Quraisy kerana takut. Beliau telah menghantar ‘Ash bin
Hisyam dengan bayaran 4000 dirham sebagai bayaran hutangnya dengan Abu Lahab.

Abu Lahab telah menganjurkan anak lelakinya menceraikan anak perempuan Rasulullah saw Ruqayyah dan Ummu Kalsum sebagai penghinaan
kepada Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw kematian anak lelakinya Abdullah, Abu Lahab melompat kegembiraan dan menghebahkan kepada kawan-kawan beliau
bahawa Rasulullah saw keputusan zuriat.

Ummu Jamil telah menghalangi laluan Rasulullah saw dengan duri-duri dan menyebarkan fitnah. Beliau juga telah mendermakan barang
kemasnya dalam usaha menjatuhkan Rasulullah saw.

Abu Lahab telah mendapat penyakit pelik seperti tidak siuman dan telah mati di Mekkah.

RECORDING USTAZ NOUMAN ALI KHAN


 Hafal arab dn makna INTRO:
 Ada perkataan penting kene hafal?
Apa kaitan dengan al-ikhlas
Kecaman abadi utk abu lahab False bathil
Ada kisah ummu jamil marah lepas tp tk nmpk rasulullah Victory keimanan

Nama abu lahab Apa kaitan dengan an-nasr?


1: nama sebenar: abul uzza An-nasr – mercy on rasulullah
2: kuniyah- disandarkan pada anak sulung lelaki what apa yg benefit manusia kt next life (fasbbih fastaghfir) this
3: laqab/gelaran- cth doctor, salahuddin surah no benefit (hrta dn apa yg usaha) at all,
dlm al-baqarah dunia mentertawakan org kufar, people of taqwa
Abu lahab – terang bercahaya, handsome akan dok atas org kafir kt akhirat.. tpi dlm surah ni Allah give victory
over rasulullah kt dunia n akhirat
PERKAITAN SURAH
3 QUL SBELUM- sebab kene dakwah. jadi surah ni kita akan menhadapi Sejarah
tentangan
Kenapa this particular enemy yg Allah mention?
Abu lahab antara yg paling fames. Young guy. Good looking.
Treasurer of mekah. Family background: hashim. Abu lahab: sbb
reddish complexion (handsome) - mcm celebrity
Ummi jamil. Family background: umayyah. Cantik. High status
-Mcm powerful couple sbb good look, powerful, kaya, high status

Tapi dia ni musuh islam sangat2…tak dek org yg buat sedasyat abu
lahab….bukan setakat musuh mmg nak musnahkan dan sakitkan.
Dia mmg nak tunjuk. Sedangkan dia bapa sedara dan bapa mentua
kpd 2 anak rasulullah.

Cth: Spit, ltk tahi dpn rumah, hasut org lain, suruh anak dia ceraikan
anak rasulullah, celebrate anak rasulullah meninggal, ni yg 1st sekali
halang rasulullah ckp masa rasulullah buat seruan, 2nd time org lain
bg peluang ckp: tapi dia dok ngutuk islam (utk family rasulullah), 3rd
time masa rasulullah nak ajak quraisy lain dia buat hal gak.

Rasulullah doakan bila anak abu lahab spit. Abu lahab takut dengan
doa rasulullah. Sebenarnya dia ada je percaya rasulullah. Kalau
travel dia ltk guard special kt anak dia

Abu lahab: Enemy:


Friendly enemy: musuh yg baik abu talib
Noble enemy: ada potential utk baik tpi tak buat abu jahal
No gain enemy: tak dek pape pon nak protect…just nk musuh
umayyah bin khalaf
Worst enemy: abu lahab sebab dia mencemarkan diri. Worst
enemy worst neighbor, worst family, worst of the worst

Ummi jamil: 4 type of women


Wonderful lady wonderful guardian – Maryam
Wonderful lady terrible guardian – isteri firaun
Terrible women wonderful guardian – isteri nuh n hud
Terrible women terrible guardian – ummi jamil
Tabbat: femine:part of body yg ada pairs.
Past tense: for several reason; benda yg pasti- done deal,
referred to doa for someone or to somone- may cth jzkk=may Allah
AYAT 1 bless you,
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama Maksud:
- -to lose, to diminish, to suffer a lot
َ
‫ ت َّبت‬yang pertama merupakan doa ‘binasalah’ Abu Lahab. (doa) *cari ayat lain
َّ ‫ َو َت‬yang kedua adalah penyataan di mana doa yang pertama itu telah (surah hud) – tk dek benefit –apa yg tk benefit? Tgk ayat 2
‫ب‬ (surah )The plan of firaun landed on slow destruction: kisah nabi -
terlaksana. Memang Abu Lahab telah binasa nak tunjuk slow (mati dlm keadaan terseksa) gradually slowly
menyeksakan…cth: selalu guna utk pompuan tua…gradually slowly
merosot means I used to be young now I torn apart musa dlm istana
firaun

Yadak: tangan sebab dengan usaha kita sendiri. Rt hand attack, lt


hand defend (dia tk boleh buat dua2)

Abi lahab: good look-merah n panas baran. Tapi Allah tak guna
abul uzza (sbb ni false believe dia). Sebab lain nama ni ada maksud
baru adalah utk neraka baru forever tgk ayat 3.

Tabba: 1st may it happen. Ni guarantee! Sbb Allah konfemkan sbb


abu lahab ni penakut beza ngn abu jahal yg fight utk dignity… dia
pengecut…suruh org lain fight utk dia…

Ma: kenapa bukan lam? Sbb no nego, muktamad. Sebb lain nak
nafikan contra idea.
AYAT 2
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Aghna: past tense:konfem n guarantee.
His wealth n what his earn… apa yg dia sedia ada dn apa yg dia da
Kebinasaan Abu Lahab berlaku di Dunia lagi di mana semua usaha dan invest..both still no benefit
hartanya tidakَ dapat menolongnya untuk menghalangi kebinasaan ini.
Perkataan ‫ن‬ ‫ أغ َ ى‬memberi pengertian ; i) Kalau seseorang itu tiada harta Kasab:
tetapi dia membantu menyebarkan Islam, maka dia akan diselamatkan
di Akhirat. ii) Segala harta kekayaan tidak akan mampu menghalang
seruan Islam. Orang yang kaya seperti Qorun, Fir’aun, juga Bush pun
tidak dapat menghalang Islam.
Sayasla: Allah tuka tense: sa-akan, yasal-fiil mudharik sbb akan jadi
so soon..destruction tu akan dtg
AYAT 3
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

Pembalasan di Akhirat pula, Abu Lahab akan masuk ke dalam api neraka
yang marak dan menyala-nyala.
Nama sebenar Abu Lahab ialah Abu U’zza sempena nama berhala. Di
beri gelaran Abu Lahab kerana ‘Lahab’ bermaksud api yang menyala-
nyala. Jadi Abu Lahab ini seorang yang mukanya bercahaya. Malah
sejarah menyatakan dia mempunyai lesung pipit.

Imraatu: zauj: cari ayat nabi adam dn rsulullah, imraa: firaun, nabi
yusof, zakaria. Apa 2 fx of marriage: increase good in community
AYAT 4 (harmony), legitimate means to continou humanship (child). When
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. any of these is missing Allah use imraa. Firaun’s wife: no child
zakaria: no child lps ada anak Allah guna zaujat
Pembalasan di Akhirat pula, Abu Lahab akan masuk ke dalam api neraka
yang marak dan menyala-nyala. Kita selalu baca sekali? Kenapa? Baris dhammah sbb continuation.
Nama sebenar Abu Lahab ialah Abu U’zza sempena nama berhala. Di Sebba neraka ada quality. So dia dan bini dia akan dpt sama je.
beri gelaran Abu Lahab kerana ‘Lahab’ bermaksud api yang menyala- Sebab dia ikut awak masa kt duna dia akan ikut awak kt akhirat
nyala. Jadi Abu Lahab ini seorang yang mukanya bercahaya. Malah
sejarah menyatakan dia mempunyai lesung pipit Hamma lata: emotion pada baris fathah. Dn juga nouns bukan fiil
sebab seolah-olah itu mmg profesion dia…tu je kerja dia tk buat
benda lain.

Hatthab: dia carry kayu api kenapa? Sbb Allah nk ckp dia la
penyebab dia kene bakar. Atau makna lain dia yg selalu menjd batu
api

Fi jidiha: l
AYAT 5
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Isteri Abu Lahab akan turut sama dibakar oleh api neraka dengan
keadaan membawa kayu api dan lehernya terikat dengan sabut, yakni
tali yang mengikat kayu api yang berduri.
‫ َح َّما‬bermaksud pembawa kayu api.Kayu api berduri ini telah digunakan
untuk menghalang laluan Rasulullah saw.
َ
‫ َحطب‬bermaksud kayu api. Kiasan bagi membawa fitnah dan mengapi-
apikan.
‫ َّم َسد‬bermaksud sabut. Sabut adalah hodoh dan selalunya dibuat tali
untuk mengheret unta. Ini adalah satu penghinaan kepada Arwa
(Ummu Jamil).
Arwa bererti seseorang yang memberi minum sehingga puas. Jamil
bermaksud cantik.

Anda mungkin juga menyukai