Anda di halaman 1dari 8

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI

PENUH TANPA BIASISWA SESI 2018


❖ Kecekapan dan prestasi operasi rumah pam
yang melibatkan pengoperasian berbilang unit
pam adalah bergantung kepada kecekapan
sistem pam dan juga rekabentuk pump sump
intake.
❖ Dengan menggunakan analisa pengkomputeran
dinamik bendalir, parameter aliran air ke dalam
kawasan pump sump intake dan sistem pam
dapat diramal pada peringkat awalan
rekabentuk. Dengan itu, rekabentuk kedua-dua
sistem ini dapat dioptimumkan dari sudut
kecekapan aliran air dan prestasi sistem pam
sebelum projek dilaksanakan.
1
1. Pam tidak dapat beroperasi dengan optimum sekiranya terdapat kesilapan dalam
rekabentuk sistem pam. Antara masalah yang boleh berlaku adalah cavitation,
vortex, gegaran, sedimentasi tanah pada muka sauk dan lain-lain.
2. Sistem pam pengairan turut menghadapi masalah apabila berlakunya penurunan
paras air sungai. Penurunan air sungai ini akan mengundang masalah vortex,
cavitation dan gegaran kepada sistem pam.
3. Pam sering rosak apabila sudah digunakan melebihi 10 tahun. (Peningkatan kos
penyelenggaraan tahunan). Kaedah pengenalpastian punca utama kerosakan
sistem pam dari sudut kecekapan penghantaran adalah sukar dilakukan kerana ia
melibatkan kos penyewaan instrument pengukuran yang mahal.
4. Kaedah pengkomputeran dinamik bendalir (CFD) masih lagi kurang meluas
penggunaan di Malaysia dalam penganalisaan rekabentuk sistem pam pengairan
dan saliran.

2
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji prestasi form suction intake (FSI) dalam meningkatkan
kecekapan aliran air dan fenomena adverse hydraulic yang berlaku di
kawasan intake pump sump semasa pengoperasian pam.
2. Menganalisa dan menentusahkan model CFD 3 Dimensi secara
perbandingan prestasi dengan model fizikal berskala dan kajian yang
terdahulu.
3. Menilai rekabentuk optimum FSI yang boleh digunapakai di rumah pam
pengairan dan saliran.

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini adalah terdiri daripada penghasilan model 3 dimensi komponen kajian
menggunakan perisian Solidworks dan analisa fenomena adverse hydraulic dilakukan
dengan menggunakan perisian ANSYS. Tumpuan utama kajian ini adalah mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan aliran air seperti profail halaju, paras air
sungai, gegaran dan geometri pump sump. Kaedah meningkatkan kecekapan turut
dikaji dengan menggunaakan FSI. Kadar alir pam yang akan digunakan adalah pada
kadar 2m3/s sehingga 5m3/s yang merupakan kadar alir yang besar dan digunakan
dalam sistem pengairan dan saliran di Malaysia.
3
4
Tempoh (Bulan)
Aktiviti
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24
Penentuan tajuk kajian
Kenalpasti objektif kajian

Menentukan skop dan kepentingan


kajian

Kajian literatur
Menentukan rekabentuk sebagai
cadangan penyelesaian
Kaedah kajian
Pengumpulan dan ujilari data
Penghasilan model 3D
menggunakan perisian Solidworks
Analisa model menggunakan
kaedah Pengkomputeran Dinamik
Bendalir menggunakan perisian
ANSYS
Verifkasi komputer model dengan
fizikal model
Keputusan & perbincangan
Menulis disertasi

5
▪ Penggunaan formed suction intake dapat diaplikasikan di rumah-rumah pam
yang menghadapi masalah dengan penurunan paras air.
▪ Kecekapan aliran air dapat ditingkatkan sekaligus dapat mengurangkan
kerosakan kepada sistem pam yang beroperasi dan menjimatkan ratusan ribu
kos penyelenggaraan khususnya bagi pam-pam pengairan dan saliran yang
berkapasiti besar (kadar alir antara 2m3/s sehingga 5m3/s).
▪ Meningkatkan kepakaran dalam bidang pengkomputeran dinamik bendalir,
yang telah diperakui diperingkat antarabangsa sebagai satu alat untuk
menganalisa rekabentuk sistem pam pada peringkat awalan rekabentuk.
▪ Kedah analisa ini dapat diaplikasikan di jabatan teknikal dalam penilaian
rekabentuk struktur rumah pam, rekabentuk sistem penghawa dingin
bangunan dan lain-lain lagi.
6

Anda mungkin juga menyukai