Anda di halaman 1dari 2

SOP PENGURUSAN GURU TINGKATAN HARI PENETAPAN TARGET

1. Memastikan dokumen berikut telah disediakan dalam Fail Guru Tingkatan:


i) Senarai nama murid
ii) Kad Graf Prestasi Diri Murid yang telah dilengkapkan.
iii) Borang Sarana Ibu Bapa
iv) Takwim Peperiksaan dan Gred Peperiksaan
v) Slip Kehadiran Ibu Bapa

2. Memastikan kelas dalam keadaan bersih , ceria dan kemas. Sebanyak 10 buah kerusi perlu diletakkan di luar
kelas sebagai tempat menunggu ibu bapa.

3. Kehadiran ibu bapa / penjaga dicatat dalam senarai nama murid.

4. Memastikan semua murid mendapat latihan :


- Sains
- Matematik
** Ingatkan murid-murid untuk menyiapkan latihan dalam keadaan senyap dan tertib
supaya tidak mengganggu urusan penetapan target.

5. Jemput ibu bapa/ penjaga mengambil tempat duduk dan nombor giliran masing-masing. Kehadiran ibu bapa /
penjaga dicatat dalam Senarai Nama Murid.

6. Layan ibu bapa mengikut nombor giliran yang diagihkan, serta pastikan hanya berurusan dengan penjaga
yang sah sahaja.

7. Ibu bapa mengisi butiran dalam Borang Sarana Ibu Bapa

8. Memberi penerangan ringkas kepada ibu bapa berkaitan Penetapan Target PT3 / SPM yang telah diberikan
kepada murid sepertimana di dalam Kad Graf Prestasi Diri Murid.

9. Memastikan murid melafazkan aku janji seperti mana dalam Kad Graf Prestasi Diri Murid di hadapan ibu
bapa masing-masing. Ibu / Bapa / Penjaga serta murid menurunkan tanda tangan pada kad tersebut.

10. Kad tidak perlu diserahkan kepada Ibu / Bapa / Penjaga tetapi akan disimpan oleh Guru Tingkatan .

11. Pastikan ibubapa/penjaga menerima Takwim Peperiksaan dan Gred Peperiksaan.

Hari Penetapan Target diadakan di peringkat sekolah adalah bertujuan untuk:

A-Dasar kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


B-Memandu hala tuju dan sasaran murid dalam PT3 dan SPM
C-Memastikan berlakunya kolaborasi antara guru-ibubapa-murid dalam meningkatkan
pencapaian akademik murid.
D-Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid daripada awal tahun hingga
ke peringkat menduduki peperiksaan/pentaksiran sebenar.

**** Sekiranya ada ibubapa yang bertanya tentang tujuan Hari Penetapan Target diadakan.

12. Jangan ambil masa yang terlalu lama dengan ibubapa/penjaga: sekadar 5-10 minit setiap ibu bapa .

13. Sekiranya ada ibu bapa yang bertindak agresif, mohon dibawa ke pejabat untuk urusan selanjutnya.

14. Melengkapkan Slip Kehadiran Ibu Bapa dan diserahkan kepada Penyelaras Tingkatan.

15. Menyerahkan kembali Borang Sarana Ibu Bapa kepada Setiausaha PIBG.

16. Memastikan keadaan kelas bersih, kemas dan teratur sebelum bersurai.
“SEMOGA HARI PENETAPAN TARGET 2018 BERJALAN DENGAN JAYANYA”
\

Anda mungkin juga menyukai