Anda di halaman 1dari 7

DOKUMENTASI LATIHAN

PERSONEL GURU-GURU
BAHASA MELAYU, BAHASA
INGGERIS DAN MATEMATIK
TAHAP 1 UNIT LINUS 2.0
TAHUN 2017
SK DESA BAIDURI, 56000 CHERAS, SELANGOR

UNIT LINUS 2.0 2017


SK DESA BAIDURI,
56000 CHERAS, SELANGOR
bba4043@moe.gov.my
http://skdesabaiduri-sel.blogspot.com
03-91003792
SK DESA BAIDURI

PESIARAN DESA BAIDURI

DOKUMENTASI

LATIHAN PERSONEL GURU-GURU BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN


MATEMATIK TAHAP 1

TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN

Program LINUS adalah singkatan daripada Literascy and Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah mensasarkan bahawa semua murid
normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah. Justeru, setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu
hasrat iaitu untuk memastikan semua murid menguasai saringan tersebut. Sehubungan dengan itu,
bagi merealisasikan hasrat ini, satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat
dan bermakna perlu direncanakan. Latihan Personel ini adalah salah satu usaha dalam memastikan
matlamat KPM ini dicapai di mana program ini bertindak sebagai pemantapan pelaksanaan PdPc
serta pelaksanaan saringan oleh guru-guru. Program ini harus dilaksanakan bagi memperkenalkan
guru dengan kaedah pelaksanaan PdPc yang terbaik yang melibatkan pembinaan BBB dan PLC.

2.0 OBJEKTIF

Program ini membolehkan guru;

2.1 Mengenalpasti dan memahami kaedah PdPc yang boleh dilaksanakan di dalam
kelas.

2.2 Memperkenalkan guru dengan BBB dan aktiviti yang boleh dijalankan di dalam
kelas yang melibatkan aktiviti kinestetik.
2.3 Memberi pembugaran mengenai kaedah penulisan RPH yang melibatkan
kelestarian di dalam kelas.

2.4 Memberi pembugaran akan pelaksanaan saringan yang dijalankan pada tahun ini.

2.5 Membantu gugu memahami matlamat sekolah dalam usaha merealisasikan harapan
seterusnya mencapai KPI yang ditetapkan.

3.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM

Program Tarikh Masa Tempat Sasaran


Taklimat Intervensi LINUS 6 Februari Bilik Wawasan
Bengkel Pembinaan BBB 11 Februari Bilik LINUS
Bengkel Inovasi BBB 11 Februari Pusat Sumber
Taklimat Saringan 1/2017 Bilik Wawasan
PLC Numerasi Tahun 3 Bilik APD
Taklimat DPI Bahasa Inggeris Bilik APD
Taklimat Saringan 2/2017 Bilik LINUS
Taklimat Pedagogi Bahasa Bilik LINUS
Melayu (LBM)
PLC Bahasa Inggeris Tahun 3 Kelas 3 Bakti
PLC Bahasa Inggeris Tahun 2 Kelas 2 Amal

4.0 LAPORAN

4.1 Kekuatan

4.1.1 Murid berasa seronok sepanjang tempoh kem dilaksanakan.

4.1.2 BBB yang disediakan didapati sangat membantu memulihkan kemahiran asas
phonics seperti blending dan phonemes.

4.1.3 Guru-guru juga memberikan kerjasama yang padu dengan membantu pembinaan
BBB yang digunakan serta pelaksanaan program.

4.1.4 Aktiviti berfokus kepada kemahiran asas melibatkan K1 sehingga K4, sangat
membantu murid mengenalpasti dan memahami konsep asas ini.

4.2 Kelemahan

4.2.1. Terdapat murid yang tidak hadir semasa kem dilaksanakan sedangkan murid ini
yang memerlukan lebh bimbingan.
4.3 Cadangan Penambahbaikan

4.3.1 Pengayaan dan pemulihan berterusan di dalam kelas.


4.3.1 Meneruskan aktiviti yang menyeronokkan ini di dalam kelas pula.

5.0 PENUTUP

Murid didapati dapat meningkatkan kemahiran asas mereka bagi K1-K4. Aktiviti berbentuk didik
hibur ini didapati memberi lebih kesediaan kepada murid untuk menyerap pembelejaran yang
membolehkan mereka belajar dengan fokus yang tinggi dalam tempoh yang agak lama. Program
sebegini wajar diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh :

………………………………….
(SITI HASYA BINTI YUSOF)
Penyelaras Induk Linus2.0,
SK Desa Baiduri,
56000 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.

Disemak oleh :
Disahkan oleh :
………………………………….
(SITI AISAH MOHD ALI) ………………………………….
GPK Kurikulum, (AZLINDA ABU)
SK Desa Baiduri, Guru Besar,
56000 Cheras, SK Desa Baiduri,
Selangor Darul Ehsan. 56000 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN
LAPORAN PROGRAM
LAMPIRAN
REKOD KEHADIRAN GURU SEMASA
LATIHAN DIJALANKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai