Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus
dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang
dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh
membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi
bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batubatu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan
aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kumankuman akan merebak. Gangguan dan/
atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu
hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika
dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam
kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki
pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit
ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tandatandanya ?
Batu dalam ginjal jarangjarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batubatu itu
beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai
dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu
merebak. Bila ini berlaku, tandatanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan
air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batubatu ini dapat keluar dengan
spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh
minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit
juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu
keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan
sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi
mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam keskes yang lebih
serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah
perlu.
Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya
tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
Cara Atasi penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang
ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan
kesihatan:
✔Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
✔Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
✔Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli,
kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
✔Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan
teh.
✔Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
✔Banyak makan sayursayuran dan buahbuahan kaya serat.
✔Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuhtumbuhan.
✔Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi
juga dihadapi oleh orang tuatua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit
ini.
✔ Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.
Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasadjasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain.
Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutirbutir.
Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat
sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.
Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya
pengumpulan bakteria.
Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang
alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang
disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino,
karbohidrat dan lainlain).
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan
duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau
lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan
pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur
dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbezabeza.
Gejalagejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan
badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila
menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.
Pemakanan tradisional Cina
Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut
digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula
hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara
ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures Henry C Liu)
Perubatan tradisional Melayu
Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.
Contohnya ialah:
Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.
Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumatlumat, gelek; telan tiga pagi.
Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.
Pipis lumatlumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri
minum.
Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis
lumatlumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.
Kemudian minum airnya dan makan isinya.
(Warisan Perubatan Melayu A. Samad Ahmad DBP).
Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa
lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle
sibthorpioides)
Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jalijali (Coix lachryma jobi atu Job's tear); Jarong
(Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).
Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan
batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.
Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)
Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubatubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan
tidak ada kesan sampingan.
Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris juga
boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lainlain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah
Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun,
Magnesia Phos. Ubatubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.
(Penyakitpenyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)
Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis
menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan
zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi
masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.
Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat,
junk foods semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan
makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayursayuran segar baru, sayursayuran segar dari kampung atau
tanam sendiri dan banyak minum air bersih.