Anda di halaman 1dari 12

Cara Mengubati Masalah Kutu telinga Pada Kucing

Adakah kucing kesayangan anda mempunyai masalah jangkitan kutu telinga ?

jangkitan Kutu di telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit
dan saluran di dalam telinga kucing. Biasanya jenis Otodectes , Cynotis dan Demodex Cati.

Kutu ini hidup dengan memakan tisu kulit kucing dan keadaan ini menyebabkan kucing selalu
menggaru telinganya.jika dibiarkan Parasit akan merangkak jauh ke dalam telinga kucing
kesayangan anda.

kutu telinga ini juga Amat mudah berjangkit dengan binatang yang lain. Sekiranya tidak dirawat,
kucing boleh dapat jangkitan telinga dan juga berkemungkinan akan pekak jika dibiarkan.

Tanda-tanda kucing anda mengalami jangkitan kutu telinga

• kekerapan menggaru telinga

• menggoyangkan kepala dengan kasar (violent head shaking)

• banyak tahi telinga yg mengering, berwarna kehitaman

• Merah dan radang kulit berlaku di cuping telinga (bengkak)

Rawatan

Terdapat dua jenis rawatan untuk merawat kucing yang telah dijangkiti kutu telinga.
pertama sekali ialah Rawatan secara luar (topical treatments) dan juga secara suntikan.

1. Untuk rawatan luar anda boleh menggunakan larutan pembersih (cleaning solution) yang
dibekalkan oleh klinik veterinar atau yang di bekalkan oleh kedai penjagaan haiwan.

Tempoh rawatan bergantung kepada jenis ubat yang digunakan dari 10 hari hingga 3 minggu.

2. Untuk rawatan secara suntikan, Ivermectin sering digunakan oleh vet kita untuk merawat kutu
telinga kucing. Lazimnya ubat ini digunakan untuk merawat kutu telinga jenis Demodex Cati.

Terdapat juga rawatan menggunakan ramuan sendiri di dapur (home remedy) dengan
menggunakan minyak zaitun (olive oil). Tujuan minyak ini digunakan ialah untuk melemaskan
parasit dan juga mencegah kutu memperolehi makanan dari tisu kulit kucing.

Untuk kes yang lebih berat, anda boleh juga mencampurkan 3 ulas bawang putih hancur ke
dalam minyak zaitun dan rendam semalaman. kemudian Asingkan bawang sebelum sapu ke
telinga kucing. Bawang putih dipercayai boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan
jangkitan telinga kucing.

selain itu anda juga boleh membawa kucing anda ke klinik veterinar yang berdekatan untuk
pemeriksaan lanjut dan untuk lebih menyeluruh. dibawah ini ada 3 kaedah yang digunakan dan
anggaran kosnya.
1) Suntikan anti parasit.

Suntikan diberikan mengikut dos yang ditetapkan. Perlu ulang rawatan selepas 12-14 hari. (Kos
– RM15-RM30)

2) Spot-on-cat
Ubat ini dititik di kawasan tengkuk. Selepas 24 jam, ia akan meresap keseluruh bahagian kulit.
Ia dapat membasmi ektoparasit dan boleh bertahan 4 hingga 6 minggu di bahagian kulit badan.
Perlu ulang semula selepas jangkamasa tersebut untuk perlindungan seterusnya. (Kos – RM55-
RM60)

3) Mandikan kucing secara berkala.

Mandikan kucing dengan air suam dan syampu yang bersesuaian seminggu sekali. Kos –
sangat murah!

Masalah jangkitan Kurap pada kucing

Masalah jangkitan Kurap pada kucing adalah salah satu penyakit


yang paling mudah dihidapi oleh kucing samada berbulu pendek
ataupun panjang dan kesannya begitu ketara kerana kegatalan yang
dirasainya amat menyakitkannya.

Tindakbalasnya secara spontan adalah mengaru-garu sehingga kulit


serta bulunya mengalami kerosakan teruk. Mesti ramai di antara kita
tertanya-tanya cara untuk mengubati dan merawati jangkitan kurap
pada kucing ini.

Jangkitan Kurap pada kucing terjadi disebabkan sejenis kulat atau


“Fungus” yang menyebarkan “spora’ benih dan akan menyerap ke
dalam kulit kucing. spora ini biasanya tidak dapat dilihat oleh mata
kasar manusia dan ia bertindak dari dalam sehingga ke permukaan
kulitnya serta juga menganggu akar umbi bulu kucing.

Spora ini pula sangat aktif jika persekitaran yang mempunyai kadar
kelembapan tinggi serta bercuaca panas seperti negara kita.

Malahan “spora” ini boleh bertahan sehingga 2 tahun dan masih kekal
lagi di dalam persekitaran kerana dapat menumpang hidup di “rumah
tumpangan” lain seperti anjing, kucing, arnab dan lain-lain.

Salah Satu Kaedah Rawatan untuk merawat penyakit kurap ini ialah :

1.Berikan Shampoo berubat khas untuk merawat fungus seperti


Malaseb

2.Mandikan kucing anda sehingga 2-3 kali seminggu bergantung


kepada tahap penyakit kurap yang dialaminya

3.Dibiarkan selepas menyapu shampoo ini dalam masa 3- 5 minit


sebelum membilasnya

4.Pastikan kucing dikeringkan sepenuhnya selepas mandi dan boleh


keringkan bulu dengan menggunakan alat pengering rambut untuk
lebih cepat.
KUCING DEMAM

Suhu demam bagi seekor kucing dewasa adalah 38.5 darjah celsius
manakala suhu demam bagi seekor anak kucing adalah 39.5 darjah
celsius.

Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti hilang selera


makan mendadak, kelihatan monyok, mata berair, badan menjadi
panas dan bulu kelihatan kering, tidur yang berlebihan serta tubuh
kelihatan lemah menandakan kucing anda berada di dalam keadaan
tidak sihat dan mempunyai masalah kesihatan.

Seperkara lagi jika kucing sudah mula menunjukkan kemalasan


mendandan tidak berupaya menjilat bulu mereka, tentu sekali kucing
anda tidak sihat, demam atau sakit. Bersegeralah membawa kucing
anda untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di mana-
mana veterinar bagi membolehkan kucing anda mendapatkan
rawatan intensif segera.

sebagai pemilik kucing sebarang perubahan kucing mesti anda boleh


perasan.kalau agak-agak kucing itu tidak aktif macam selalu,selalu
termenung,malas makan mesti ada sesuatu masalah kesihatan pada
kucing itu. bawaklah jumpa veterinar.
Berikut adalah fakta-fakta yang
menarik mengenai kucing yang semua
mungkin belum tahu.

1. Rasa sayang pada kucing dipanggil


‘Ailurofobia’.

2. 25% pemilik kucing yang


memandikan kucing mereka akan
mengeringkan kucing mereka
menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung


kucing biasanya mempunyai jenis corak
yang unik seperti cap jari manusia.
4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing
tempatan diseluruh dunia yang
dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali


lebih pantas dari jantung manusia pada
kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah


Ragdoll yang mana spesis jantannya
boleh mencecah berat 12 paun
manakala betina antara 10 ke 15 paun.
7. Spesis kucing yang paling kecil di
dunia pula ialah dari jenis Singapura
dimana kucing jantannya hanya
mempunyai berat sekitar 6 paun
manakala betinanya pula dalam 4 paun.

8. Untuk menunjukkan rasa kasih


kepada pemiliknya, seekor kucing akan
menggetarkan ekornya ketika bersama-
sama tuannya kerana itulah cara terbaik
untuk kucing menunjukkan emosinya.

9. Kucing mempunyai 290 tulang di


dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah
otot-otot.
10. Adalah dikatakan manusia yang
membela kucing peliharaan akan
mempunyai hayat yang lebih panjang,
lebih kurang tekanan dalam hidup dan
kurang diserang serangan jantung.

11. Suhu normal bagi seekor kucing


ialah lebih hangat dari manusia.

12. Umur kucing jika dibandingkan


dengan manusia ialah, jika usianya 3
tahun, ia menyamai umur manusia 21
tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia
menyamai umur manusia 40 tahun dan
jika kucing mampu hidup selama 14
tahun, ia samalah dengan manusia
yang berumur 70 tahun.
13. Usia normal bagi kucing yang
tinggal didalam rumah ialah sehingga 15
tahun manakala yang tinggal diluar pula
ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.

14. Kucing paling tua pernah dicatatkan


ialah Puss, seekor kucing dari England
yang mati pada tahun 1939, sehari
selepas dia menyambut hari lahirnya
yang ke 36!

15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor


kucing betina dari Argentina yang bernama
Mincho yang telah lari memanjat sebatang
pokok dan langsung tidak turun sehinggalah
dia mati 6 tahun kemudian.

16. Kucing yang ‘bersosial’ dikatakan


akan mengikut pemiliknya dari satu bilik
ke satu bilik yang lain untuk
memerhatikan aktiviti tuan mereka.

17. Di Eropah dan Afrika, masih


terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang
meneruskan aktiviti mereka memburu.

18. Kucing akan membunuh mangsanya


melalui kaedah pergerakan namun tidak
semestinya mengenali yang mangsanya
ialah makanannya.

19. Pertunjukan kucing yang pertama


dianjurkan di dunia ialah di Madison
Square, New York City, New York pada
tahun 1895.

20. Catatan tikus yang dibunuh paling


banyak oleh seekor kucing ialah
sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun
hayat kucing yang bernama Towser.
Kucing ini mati pada tahun 1987.

Anda mungkin juga menyukai