Anda di halaman 1dari 21

C 2006/UNIT 11/ 1

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

UNIT 11

PENGENALAN SYARAT-SYARAT
KONTRAK SETARA

OBJEKTIF

Objektif am: : Mengetahui dan memahami kandungan Borang Kontrak Setara


JKR 203 & JKR 203A, kelebihannya serta menentukan kehendak
Fasal-fasal yang berkaitan iaitu Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 5,
Fasal 9 dan Fasal 10.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:


 Menerangkan kandungan – kandungan yang terdapat di dalam Borang
Kontrak Setara JKR 203 & JKR 203A.
 Menerangkan kelebihan Borang Kontrak Setara.
 Menerangkan kehendak – kehendak Fasal 1 : Takrif dan Tafsiran.
 Menerangkan kehendak – kehendak Fasal 2 : Tugas Pegawai Penguasa
dan Wakil Pegawai Penguasa.
 Menerangkan kehendak – kehendak Fasal 3 : Hak Pegawai Penguasa
untuk mengambil tindakan.
 Menerangkan kehendak – kehandak Fasal 5 : Arahan Pegawai
Penguasa
 Menerangkan kehendak – kehendak Fasal 9 : Bahan Dan Mutu Hasil
Kerja
 Menerangkan kehendak – kehendak Fasal 10 : Bahan-bahan Dan

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 2

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Barang Tak Pasang.

INPUT

11.0 Pengenalan

Merujuk pada tugasan yang telah diberikan kepada anda pada Unit 6 (Penilaian
Kendiri) tentu anda telah memperolehi Borang Kontrak Setara JKR 203 & JKR
203A. Tahniah diucapkan diatas usaha anda itu. Sekarang marilah kita sama-
sama mempelajari dan seterusnya memahami kehendak-kehendak fasal yang
terkandung di dalam Borang Kontrak ini.

11.1 Kandungan Borang Kontrak Setara


Semua kontrak kerajaan adalah berpandukan kepada borang kontrak Setara 203 –
Sem. 10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83. Di dalam Borang Kontrak Setara ini
mengandungi syarat-syarat kontrak yang mesti dipatuhi dalam perlaksanaan
sesuatu kontrak. Terdapat 56 Fasal di dalam syarat-syarat ini.
Anda hanya akan mempelajari 6 Fasal sahaja di dalam Modul ini manakala
selebihnya akan dipelajari di dalam Modul yang lain.

56
Fasal !!!!!!
Macamana
nak ingat
nanti ?

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Sabar !!!!!!!!
Cuma
……
Fasal
sahaja.
12.2 Kelebihan Borang Kontrak Setara
Borang Kontrak Setara mempunyai banyak kelebihannya, di antaranya ialah :
12.2.1 Bagi melicinkan atau memudahkan perlaksanaan kontrak kerana
semua pernyataan dan penyelesaiannya ada dinyatakan di
dalamnya.
12.2.2 supaya kedua-dua pihak dapat merlaksanakan kerja bagi sesuatu
projek mengikut prosedur-prosedur yang telah ditentukan di dalam
kontrak.
12.2.3 Dengan menggunakannya segala bentuk perselisihan atau
pertikaian semasa kontrak berjalan dapat diselesaikan dengan adil
dan saksama.

Anda dikehendaki merujuk Borang Kontrak


Setara semasa pembelajaran & pengajaran
input yang seterusnya. (jika tiada borang
boleh rujuk lampiran yang diberi)

12.3 Fasal 1 : Takrif Dan Tafsiran


Sub Fasal (a)
Di dalam kontrak ini terdapat beberapa istilah :
i. Kontrak atau Dokumen Kontrak

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 4

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Ialah dokumen perjanjian yang mengandungi syarat-syarat tertentu serta


segala butir-butir lanjut mengenai satu-satu projek. Syarat-syarat ini
telahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara pihak majikan dan
kontraktor. Lanjutan daripada dokumen-dokumen yang menjadi tender
dan setuju terima tender. Kandungan dalam dokumen tersebut antaranya
adalah :

 Perkara-perkara perjanjian
 Borang tender
 Syarat-syarat kontrak dan lampiran
 Peruntukan-peruntukan khas syarat-syarat kontrak
 Pelan-pelan kontrak
 Senarai kuantiti/ringkasan tender
 Spesifikasi
 Arahan Perbendaharaan
 Jadual kadar harga
 Surat setuju terima tender

ii. Kontraktor
Ialah orang atau orang-orang atau perkongsian atau firma atau syarikat
yang tendernya untuk kerja itu telah disetuju terima dan yang telah
ditandatangani kontraknya oleh beliau dan termasuk wakil peribadinya,
penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan orang lain yang
kepadanya kontraktor telah menyerah hak atau membuat sub sewa.

iii. Jumlah Harga Kontrak

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 5

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Ialah sejumlah wang yang diperuntukkan untuk kerja itu yang telah
disetujui terima dan ditandatangani kontraknya.

iv. Pegawai Penguasa


Ialah orang yang dilantik oleh majikan dan diberikuasa mutlak untuk
membuat atau bertindak bagi pihak majikan untuk mengeluarkan arahan
atau kelulusan bagi apa-apa kerja kerja tersebut. Beliau hendaklah
menamakan penggantinya dan wakilnya.

v. Wakil Pegawai Penguasa


Ialah mana-mana orang atau orang-orang yang telah diwakilkan kuasanya
atau dibenarkan dari semasa ke semasa oleh P.P untuk menjalankan mana-
mana atau semua kewajipan P.P sebagaimana yang dimaklumkan secara
bertulis kepada kontraktor dari semasa ke semasa.

vi. Tapak Bina


Ialah tanah dan tempat-tempat lain di atas, di bawah atau melaluinya kerja
akan dilaksanakan atau mana-mana tanah atau tempat lain yang
diperuntukkan atau diluluskan bagi kawasan kerja atau untuk apa-apa
maksud sebagaimana yang ditetapkan dengan khususnya dalam Dokumen
Kontrak sebagai sebahagian dari tapak bina.

vii. Kerja
Ialah kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak dan termasuk semua
atau mana-mana bahagian daripada kerja, bahan dan barang di mana jua ia
dikilangkan atau disediakan dan akan digunakan dalam melaksanakan
kontrak dan sama ada ia berada di atas tapak bina atau tidak.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 6

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Sub Fasal (b)


Istilah “diluluskan” atau “diarahkan” adalah merupakan kelulusan atau arahan
yang dikeluarkan secara lisan terdahulunya oleh P.P dan kemudiannya disahkan
secara bertulis oleh P.P.
Manakala “kelulusan” atau “arahan” ialah kelulusan dan arahan yang dikeluarkan
secara bertulis oleh P.P.

11.4 Fasal 2 : Tugas Pegawai Penguasa Dan Wakil Pegawai Penguasa


Sub Fasal (a) : Tugas Pegawai Penguasa
i. Menyelia dan mengawasi perjalanan kerja
ii. Sebagai tempat rujukan atau pertanyaan yang berkaitan dengan kontrak
kerana semua pertanyaan oleh kontraktor hendaklah dibawa kepada
Pegawai Penguasa.
iii. Menentukan kontraktor melaksanakan kerja mengikut kehendak kontrak
serta obligasi kerajaan. Di dalam hal ini P.P mestilah sentiasa :
 Menentukan kualiti bahan dan mutu kerja mengikut penentuan kontrak
 Menentukan peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan
dipatuhi
 Menentukan kebajikan pekerja yang diambil oleh kontraktor tidak
diabaikan, khususnya dari segi keselamatan dan perlindungan insuran
dan pekerja menerima upah sepatutnya.
 Menentukan tempoh perlindungan insuran yang ditetapkan dalaam
kontrak tidak luput semasa perlaksanaan kerja dan mengambil
tindakan melanjutkannya sekiranya kontraktor enggan

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

 Mengawasi kemajuan kerja kontraktor serta mengambil tindakan awal


untuk memberi lanjutan masa atau mengenakan denda dan /atau
menamatkan pengambilan kerja kontraktor.
 Menentukan bahawa pihak kerajaan memenuhi tanggungjawaabnya
mengikut kontrak kepada kontraktor seperti :
 Kontraktor tidak dihalang dari menjalankan kerjanya
 Kelulusan dan keputusan awal diberikan
 Pembayaran kepada kontraktor dibuat mengikut tempoh serta
kehendak yang ditentukan dalam syarat-syarat kontrak.

 Memberi arahan yang perlu kepada kontraktor bagi


memastikan projek berjalan dengan lancar dan sempurna dari
semasa ke semasa sepanjang tempoh sah kontrak.

Sub Fasal (b) : Tugas Wakil Pegawai Penguasa


i. Bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa.
Dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Pegawai Penguasa :
 Wakil P.P tidak berhak memberi kelulusan atau
arahankepada kontraktor mengenai perkara-perkara yang
tidak diwakilkan kuasa kepadanya.
 Tidak diwakilkan lagi kuasa yang telah diperturunkan
kepadanya.
ii. Menjaga dan menyelia kerja
iii. Memeriksa dan menguji mana-mana bahan atau barang-barang yang akan
digunakan.
iv. Memeriksa dan menguji mutu hasil kerja yang berhubungan dengan kerja.

Sub Fasal (c) : Perwakilan Kuasa Pegawai Penguasa

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 8

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Pegawai Penguasa dari semasa ke semasa boleh mewakilkan kuasanya kepada


wakil P.P secara bertulis dan satu salinan mengenai penyerahan kuasa kepada
wakil P.P hendaklah diberikan kepada kontraktor untuk pengetahuannya. Surat
perwakilan kuasa dan pemberitahu kepada kontraktor adalah dibuat melalui surat-
surat piawai.
Di dalam sesuatu kontrak, kemungkinan terdapat lebih dari satu wakil P.P.
Pegawai Penguasa boleh mewakil kuasanya kepada satu atau lebih pegawai bagi
pihaknya seperti :

 Wakil P.P Utama


Pegawai JKR Daerah atau lain-lain pegawai yang diwakilkan kuasa
untuk menjaga dan menyelia perhubungan dengan pekerja.

 Wakil P.P Pakar


Seorang Jurutera Elektrik atau Mekanikal atau lain-lain pegawai
pakar yang diwakilkan kuasa untuk penjagaan dan penyeliaan
kerja-kerja elektrik , mekanikal atau lain-lain kerja pakar atau
pembekalan, sama ada dibawa Sun Kontrak Dinamakan atau Sub
Kontrak Kontraktor sendiri.

 Wakil P.P Jurukur Bahan


Seorang Jurukur Bahan yang diwakilkan kuasa untuk menjalankan
tugas-tugas Ukur Bahan.

Apa-apa arahan atau kelulusan yang diberi oleh wakil P.P kepada kontraktor
menurut syarat-syarat perwakilan tersebut hendaklah mengikat kontraktor dan
kerajaan sebagaimana ia telah diberikan kepada wakil P.P.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 9

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Walaupun P.P telah memberi kuasa kepada wakil P.P tetapi P.P masih ada kuasa
menolak apa jua kerja atau bahan yang telah diluluskan oleh wakil P.P.
 Fasal 2 (c) (i).

Jika kontraktor tidak berpuas hati oleh sesuatu sebab dari apa-apa keputusan
wakil P.P, kontraktor adalah berhak untuk merujukkan perkara ini kepada P.P.,
yang seterusnya P.P boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubahkan
keputusan wakil P.P.  Fasal 2 (c) (i).

Oh !!!!!!
Ada 3 Fasal
lagi……

Anda tentu telah memahami kehendak-kehendak Fasal 1 & Fasal 2. Kedua-dua


fasal ini menjelaskan takrif dan tafsiran terhadap istilah-istilah serta menggariskan
tugas-tugas Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 10

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Mari kita mengetahui syarat –syarat yang terkandung di dalam Fasal 3, fasal 5,
Fasal 9 dan Fasal 10 pula. Fahami betul-betul agar anda tidak keliru.

Anda dikehendaki merujuk Borang Kontrak


Setara semasa pembelajaran & pengajaran
input yang seterusnya. (jika tiada borang
boleh rujuk lampiran yang diberi)

11.5 Fasal 3 : Hak Pegawai Penguasa Untuk Mengambil Tindakan


Sub Fasal (a) (i)
Pada amnya, P.P merupakan seorang pegawai yang ditauliahkan oleh kerajaan
untuk menyelia dan mengawasi perjalanan keseluruhan kerja sesuatu kontrak
projek bagi pihak kerajaan. Pegawai ini akan ditentukan oleh kerajaan di dalam
syarat-syarat kontrak dan akan memberikan arahan-arahan kepada kontraktor dari
semasa ke semasa sepanjang tempoh Perjanjian Kontrak (Arahan Pegawai
Penguasa). Fasal 1(a)(iv) dan 2 (a)

Pegawai Penguasa ditauliahkan untuk membuat keputusan mengenai hal-hal


berkenaan Perjanjian kontrak kecuali hal-hal tertentu yang dinyatakan di dalam
kontrak yang mana ini dikhaskan kepada pegawai yang dinamakan dalam
Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak. Syarat-syarat Kontrak ini adalah untuk
perkara-perkara berkaitan dengan :

Fasal 40 - Ganti Rugi Kerana Tidak Siap


Fasal 43 - Kelambatan dan Lanjutan Masa

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 11

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Fasal 51 - Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor


Fasal 52 - Kesan Perang dan Gempabumi
Fasal 54 - Timbang Tara

Pegawai yang dikhaskan untuk membuat keputusan mengenai perkara-perkara di


atas pula tertakluk kepada anggaran Nilai Kontrak. (lihat appendix 9A)

Sub Fasal (a) (ii)


Kuasa Pegawai Penguasa untuk mengeluarkan arahan yang berkehendakan
perubahan adalah tertakluk kepada had-had kewangan yang dinyatakan mengikut
Arahan Perbendaharaan No.202. Jika Pegawai penguasa dikehendaki
mengeluarkan sesuatu arahan yang berkehendakkan perubahan di bawah Fasal 24
yang mana melebihi had yang dibenarkan kepadanya, dia perlulah terlebih dahulu
mendapat kelulusan dari pihak-pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan.

Sub Fasal (b)


Kontraktor tidak berhak menuntut apa-apa apa-apa kelambatan dan lanjutan masa
atau apa-apa kos atau perbelanjaan tambahan atau apaa-apaa yang berbangkit dari
pematuhan peruntukan-peruntukan syarat-syarat ini.

11.6 Fasal 5 : Arahan Pegawai Penguasa


Sub Fasal (a)

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 12

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Pegawai Penguasa boleh menurut budi bicaranya yang mutlak dari semasa ke
semasa, mengeluarkan arahan tertentu yang dipanggil Arahan P.P.
Cara / bentuk arahan yang boleh diterima oleh kontraktor adalah dalam bentuk :
i. mengeluarkan pelan-pelan
ii. mengeluarkan butir-butir (details)
iii. arahan-arahan bertulis

Arahan-arahan tersebut meliputi :


 Apa-apa perubahan Fasal 24 (a),(b)
- iaitu perubahan/ubahsuai tentang rekabentuk, kualiti atau kuntiti kerja.
 Apa-apa percanggahan dalam atau antara Dokumen-dokumen Kontrak

Fasal 8 (b)

 Pengalihan dari tapak bina apa-apa bahan atau barang-barang yang telah
dibawa oleh kontraktor ke tapak atau penggantinya dengan apa-apa bahan
atau barang lain.
 Penghapusan dan/atau perlaksanaan semula apa-apa kerja yang
telahdilaksanakan oleh kontraktor.
 Pembuangan kerja mana-mana orang pekerja yang tidak cekap dan tidak
berkelakuan baik.  Fasal 22
 Pendedahan untuk diperiksa apa-apa jua kerja yang tertutup.Fasal 9(b)
 Pemindahan dan pembaikan apa-apa jua kecacatan pada kerja yang telah
siap. Fasal 45
 Apa-apa perkara yang perlu dengan perlaksanaan dan penyiapan kerja.
 Apa-apa perkara yang mengenainya P.P diberi kuasa secara nyata oleh
kontrak untuk mengeluarkan arahan.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 13

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Sub Fasal (b) : Mematuhi Arahan P.P


Kontraktor dikehendaki dengan serta merta mematuhi semua arahan yang
dikeluarkan oleh Pegawai penguasa.

Jika kontraktor daalam tempoh 7 hari setelah menerima nota bertulis daripada P.P
enggan mematuhi arahan P.P, P.P boleh mengambil bekerja dan membayar orang-
orang lain untuk melaksanakan kerja tersebut. Semua kos yang ditanggung
berhubungan dengan pengambilan kerja itu akan dituntut daripada kontraktor asal.
Ini merupakan satu hutang dan P.P berhak memotong dari mana-mana wang yang
kena dibayar kepada kontraktor.
P.P juga berhak mengenakan tindakan disiplin ke atas kontraktor.

Sub Fasal ( c ) : Arahan P.P hendaklah secara bertulis


Semua arahan P.P hendaklah secara bertulis. Apa-apa arahan yang dikeluarkan
secara lisan tidak boleh terus berkuatkuasa, tetapi haruslah disahkan secara
bertulis oleh kontraktor kepada P.P dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima
arahan lisan tersebut. Jika tidak dibantah secara bertulis oleh P.P kepada
kontraktor, maka arahan itu berkuatkuasa mulai dari tamat tempoh tujuh (7) hari
yang disebutkan itu.

Jika P.P dalam tempoh tujuh (7) hari selepas memberi arahan secara lisan itu
sendiri mengesahkannya secara bertulis, maka kontraktor tidak diwajibkan
memberi pengesahan seperti tersebut. Arahan ini akan berkuatkuasa mulai dari
tarikh pengesahan P.P itu.

Sub Fasal 5 (d)


Jika pematuhan kepada arahan P.P ini melibatkan perbelanjaan atau kerugian lebih
daripada yang dijangkakan munasabahnya oleh kontraktor dan kontraktor tidak

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 14

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

akan dibayar gantirugi melalui bayaran yang dibuat, kontraktor hendaklah dalam
tempoh satu (1) bulan selepas menerima arahan tersebut, memberi notis

bertulis menyatakan cadangannya hendak menuntut perbelanjaan atau kerugian


beserta anggaran jumlah perbelanjaan dan/atau kerugian.
Namun begitu, segala tuntutan yang tersebut boleh dibuat selain daripada arahan
yang dikeluarkan oleh sebab sesuatu langgaran terhadap kontrak.

11.7 Fasal 9 : Bahan Dan Mutu Hasil Kerja


Sub Fasal (a)
Semua bahan, barang dan mutu hasil kerja yang digunakan dalam kerja itu
hendaklah mengikut jenis dan piawaian seperti yang dinyatakan dalam Senarai
kuantiti dan / atau Spesifikasi.

Kontraktor hendaklah memberi bukti kepada P.P jika diminta berbuat demikian
dengan mengemukakan baucer-baucer atau perakuan ujian dari kilang untuk
membuktikan bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi itu.

Sub Fasal (b)


Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas apa-apa kerja yang
tertutup, jika dikehendaki oleh P.P secara bertulis. Fasal 5 (a) (iv)

Kontraktor juga hendaklah mengadakan/menjalankan apa-apa ujian ke atas apa-


apa bahan/barang atau ke atas kerja yang telah dilaksanakan jika dikehendaki oleh
P.P secara bertulis.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 15

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Jika pemeriksaan/ujian itu menyebabkan penambahan kos atau perbelanjaan di


pihak kontraktor, maka ianya boleh ditambah ke dalam Jumlah Harga Kontrak
(JKH) melainkan jika ia ada peruntukan di dalam kontrak sebagai Wang
Peruntukan Sementara.

Jika pemeriksaan/ujian menunjukkan kerja, bahan atau barang-barang tidak


mengikut kontrak maka tambahan kos tidak boleh dilakukan.

11.8 Fasal 10 : Bahan Dan Barang Tak Pasang


Merupakan bahan-bahan atau barang-barang tak pasang yang diserahkan hantar
atau ditempatkan di atas atau berdampingan dengan tapak bina dan dicadangkan
untuk digunakan dalam tapak bina itu.

Bahan dan Barang Tak Pasang ini tidak boleh dipindah KECUALI untuk
digunakan dalam tapak bina itu melainkan mendapat persetujuan/kebenaran
secara bertulis dari P.P.

Jika sekiranya bahan/barang tersebut telah dibayar oleh kerajaan, maka ianya
adalah menjadi milik kerajaan.

Walaubagaimanapun, kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas segala


bahan/barang tersebut dari sebarang kehilangan atau kerosakan.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 16

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

AKTIVITI 11

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum


meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan
berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

Dengan merujuk kepada Borang Kontrak Setara JKR 203A – Sem.10/83

11.1 Takrifkan perkara-perkara berikut :


i. kontraktor
ii. Jumlah Harga Kontrak
iii. Tapak bina

11.2 Senaraikan perkara-perkara yang terkandung di dalam Dokumen Kontrak.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 17

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

11.3 Nyatakan 3 (TIGA) tugas Wakil Pegawai Penguasa.

MAKLUMBALAS 11

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat


menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 12.
11.1 i. Kontraktor ialah orang atau orang-orang atau perkongsian
atau firma atau syarikat yang tendernya untuk kerja itu telah disetuju
terima dan yang telah ditandatangani kontraknya oleh beliau dan
termasuk wakil peribadinya, penggantinya dan mana-mana orang
atau kumpulan orang lain yang kepadanya kontraktor telah
menyerah hak atau membuat sub sewa.

ii. Jumlah Harga Kontrak ialah sejumlah wang yang diperuntukkan


untuk kerja itu yang telah disetujui terima dan ditandatangani
kontraknya.

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 18

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

iii.Tapak bina ialah tanah dan tempat-tempat lain di atas, di bawah atau
melaluinya kerja akan dilaksanakan atau mana-mana tanah atau
tempat lain yang diperuntukkan atau diluluskan bagi kawasan kerja
atau untuk apa-apa maksud sebagaimana yang ditetapkan dengan
khususnya dalam Dokumen Kontrak sebagai sebahagian dari tapak
bina.

11.2 Kandungan di dalam Dokemen Kontrak ialah :


 Perkara-perkara perjanjian
 Borang tender
 Syarat-syarat kontrak dan lampiran
 Peruntukan-peruntukan khas syarat-syarat kontrak

 Pelan-pelan kontrak
 Senarai kuantiti/ringkasan tender
 Spesifikasi
 Arahan Perbendaharaan
 Jadual kadar harga
 Surat setuju terima tender

11.3 Tugas-tugas Wakil Pegawai Penguasa


i. Bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa
ii. Menjaga dan menyelia kerja
iii. Memeriksa dan menguji mana-mana bahan atau barang-
barang yang akan digunakan.

11.4 Rujuk nota muka surat 11

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 19

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

 ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.


BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB
SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG
MASALAH.
 RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 20

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

Mengikut fasal 5 terdapat beberapa perkara yang membolehkan P.P mengeluarkan


arahan. Jelaskan 6 (ENAM) daripada perkara-perkara tersebut.

SEMOGA
BERJAYA

 SUDAH MENCUBA ?
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN
JAWAPAN DI BAWAH.

JAWAPAN 1

Rujuk nota mukasurat 11 dan 12

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS
C 2006/UNIT 11/ 21

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

TAHNIAH DAN SYABAS SEKIRANYA ANDA TELAH


MENJAWAB DENGAN BETUL DAN MEMPEROLEHI
MAKLUMAT YANG DITUGASKAN

NOOR LIDA
KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

Anda mungkin juga menyukai