Anda di halaman 1dari 1

PENERAPAN UNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) OLEH

GURU PELATIH SEJARAH SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN TINJAUAN


DISEDIAKAN OLEH: Connie Liew Siew Chin

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaplikasian unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh para guru pelatih Sejarah Sekolah
Rendah dalam proses pengajaran.

Objektif Khusus:
1. Mengenal pasti kefahaman dan penguasaan guru pelatih Sejarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) terhadap konteks KBAT.
2. Menguji penguasaan para guru pelatih IPGKDA terhadap kaedah pengajaran
abad ke-21 yang berunsur KBAT.
3. Mengkaji pengaplikasian unsur KBAT oleh para guru pelatih Sejarah IPGKDA
dalam proses pengajaran mata pelajaran Sejarah semasa menjalani
praktikum di Sekolah Rendah.

PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah para guru pelatih Sejarah dapat menjelaskan unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang ada dalam Pengajaran Abad ke-21 (PAK-
21)?
2. Adakah para guru pelatih Sejarah menguasai sepenuhnya kaedah
pengajaran Abad ke-21 yang berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sejarah?
3. Sejauh manakah para guru pelatih Sejarah dapat mengaplikasikan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajarannya semasa
menjalani praktikum di sekolah?

Anda mungkin juga menyukai