Anda di halaman 1dari 23

MPU 1312

INTRODUCTION TO THEOLOGY AND PHILOSOPHY

TAJUK:
PANDANGAN ATEIS TERHADAP KONSEP KETUHANAN

NAMA PELAJAR:
ZIKRY ADAMI BIN MUHAMMAD DAHLAN (1711172056)
SYAHRONI BIN BAKRI (1711172042)
MUHAMAD FARIS AZIZI BIN MOHD. FADIL (1711171905)
MUHAMAD NUR MUSTAQIM BIN ABD. MALEK (1711172165)
MUHAMMAD HAZEEM AIMAN BIN ISMADI (1711171930)
IMAN HAIKAL BIN HEISHAM (1711172156)
MUHAMMAD HANIF HAKIMI BIN NORDIN (1711172170)

KELAS:
CAT 2A

NAMA PENSYARAH:
USTAZ MOHD. MUTAWALLI SYA’RAWI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 KONSEP KETUHANAN
2.0 FAKTOR KEWUJUDAN ATEIS
3.0 HUJAH ATEIS MENAFIKAN KEWUJUDAN TUHAN
4.0 CARA MENANGANI FAHAMAN ATEIS
5.0 PENUTUP
1.0 KONSEP KETUHANAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, konsep boleh
diterjemahkan sebagai pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu, manakala
‘ketuhanan’ pula memberi maksud segala sesuatu mengenai tuhan atau kepercayaan
atau kebaktian kepada tuhan. Secara amnya, konsep ketuhanan memberi gambaran
tentang satu pemikiran atau ideologi atau satu pegangan terhadap sesuatu yang
dipercayai sebagai tuhan. Konsep ketuhanan ini dilihat sebagai satu pegangan atau
garis panduan terhadap hidup seseorang bagi kelangsungan hidup. Konsep ketuhanan
ini kemudiannya berkait rapat dengan agama. Dasarnya, komsep ketuhanan ini
dianggap sebagai rasional bagi golongan teisme yang percaya terhadap sekurang
kurangnya kewujudan satu tuhan.

Berbeza dengan golongan ateis, mereka percaya bahawa tidak wujudnya


kewujudan sebarang tuhan di muka Bumi ini, Persoalan yang timbul sekarang adalah,
jika mereka tidak mempercayai kewujudan sesuatu entiti sebagai tuhan, atas dasar
apakah pegangan hidup mereka di muka bumi ini? Golongan ateis ini lebih
mengamalkan nilai nilai murni sebgai pedoman hiudp mereka. Mereka percayai
kepada prinsip ‘freethinker’ iaitu berfikiran bebas daripada sebarang sesuatu
perundangan yang melarang seseorang daripada melakukan sebarang perkara yang
pada awalnya kelihatan salah, namun dilihat betul selagi tidak melanggar hak asasi
sebagai seorang manusia. Contoh yang dapat dilihat adalah pada isu LGBT yang
dilihat semakin berkembang pada era globalisasi ini. Golongan ini percaya adalah satu
lumrah manusia jika ia ingin menjadi seorang lesbian ataupun gay ataupun
transgender atau biseksual kerana ianya datang dari naluri mereka sendiri dan tidak
dapat dikawal.

Namun, konsep ketuhanan ini masih lagi dimalakna oleh penganut penganut
agama yang lain sebagai tunjang pedoman hidup mereka. Berikut merupakan antara
konsep ketuhanan yang masih diamalkan oleh agama agama besar di dunia,
1.1 Agama Islam

Konsep ketuhanan dalam Islam digolongkan menjadi dua konsep yang berdasarkan
al-Quran dan hadis. Al-Quran merupakan kitab suci umat ISlam yang diturunkan
kepada nabi Muhammad (s.a.w) untuk menjadi panduan dan teladan bagi umat Islam
sepanjang zaman manakala hadis merupakan segala apa sahaja yang dinisbahkan
kepada nabi Muhammad (s.a.w) dari segi perkataan, perbuatan ataupun sifat sama ada
secara fizikal ataupun akhlah sama ada sebelum ataupun selepas menjadi Rasul.
Menurut al-Quran, Allah menunjukkan ia merupakan sebagai pengajar kepada
manusia berbagai hal termasuklah tentang konsep ketuhanan. Selain itu, turut jelas di
dalam al-Quran bahawa pengakuan Tuhan telah ada dalam diri manusia sejak manusia
pertama kali manusia diciptakan . Ketika manusia dalam bentuk roh, dan sebelum
dilahirkan ke Bumi, Allah telah menguji keimanan manusia terhadap-Nya dan saat itu
manusia mengiyakan Allah dan menjadi saksi. Manakala, menurut dari segi hadis,

Tauhid ataupun keesaan Allah adalah mempercayai dan beriman dengan sepenuh
hati bahawa Allah itu Maha Esa dan al-Quran menegaskan bahawa kebenaran-Nya
yang tunggal dan mutlak yang melebihi alam semesta. Konsep tauhid merupakan asas
kepada orang Islam. Adalah satu dosa besar yang tidak dapat diampuni sekiranya
seseorang itu menyamakan Tuhan dengan ciptaanNya. Umat Islam percaya bahawa
keseluruhan ajaran Islam bersandar pada konsep tauhid.

Tauhid Rububiyyah mengakui Allah dalam perbuatan-Nya. Maksudnya adalah


meyakini hanya Allah lah yang boleh melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi
kekhususann-Nya, seperti menciptakan makhluk, mengaturnya, memberi rezeki,
memberi manfaat, menimpakan musibah atau keburukan, menghidupkan, mematikan,
dan selebihnya yang menjadi kekhususan Allah.

Tauhid Uluhiyyah pula adalah mengakui Allah dalam beribadah kepada-Nya.


Maksudnya adalah meyakini hanya Allah lah yang berhak disembah, tidak boleh
mempersembahkan ibadatnya kepada selain-Nya dalam bentuk ibadah lahiriyah
mahupun yang batin, ucapan mahupun perbuatan.
Tauhid Asma` was Shifat adalah tauhid nama dan sifat adalah mengakui Allah
dalam nama-namaNya yang terindah dan sifat-sifatNya yang termulia,yang bersumber
dari Al-Qur`an dan As-Sunnah,dan beriman terhadap makna-makna dan
hukum-hukumnya. Selain itua adalah meyakini hanya Allah lah yang memiliki nama
yang husna (baik) dan sifat yang ‘ulya (tinggi). Sedangkan selain Allah tidaklah
berhak dikatakan memiliki nama dan sifat tersebut

Al-Quran menyatakan bahawa sifat Allah terdapat sebanyak 99 (Asmaul-Husna)


dan antara sifat tersebut terdapat 20 sifat wang wajib difahami oleh umat Islam.
Antara sifat 20 itu merupakan wujud iaitu mempercayai bahawa Allah itu ada dan
mustahil bahawa Allah itu tidak ada. Selain itu, sifat baqo’ iaitu bersifat kekal dan
mustahil Allah itu akan binasa ataupun musnah. Sifat mukhollafatuhu lil hawaadits
menyatakan bahawa Allah tidak menyerupai apa apa pun makhluk ciptaan-Nya. Sifat
qudrat menyatakan bahawa Allah yang Maha Berkuasa.
1.2 Agama Kristian

Agama Kristian merupakan salah satu agama langit. Maksud agama langit adalah
agama yang berasal daripada ajaran Tauhid yang mengakui Allah sama ada masih
kekal atau telah berubah. Mereka juga disebut sebagai Ahli Kitab (Empunya Kitab).
Oleh sebab itu,penilaian perlu dibuat sejauh mana kebenaran dakwaan Kristian
bahawa mereka adalah agama Tauhid (monotheism) sedangkan yang diketahui kaum
muslimin hanya Islam sahaja dalam alam ini yang mengesakan Allah (Tauhid).

Agama Kristian telah berpecah menjadi puluhan agama baru, dari yang sifatnya
besar dan merata dunia hingga yang lokal dan kurang popular. Setiap agama
pecahannya pasti mengkafirkan agama pecahan yang lainnya pula.

Secara umum, agama Kristian terbagi menjadi tiga agama baru, yang
masing-masing memiliki gereja dan tokoh agama sendiri-sendiri. Tiga agama terbesar
dari lingkunga agama Kristian ini ialah Katholik, Ortodoks dan Protestan. Meskipun
mereka berbeza dalam tempat ibadah dan pimpinan spiritualnya, bahkan dalam kitab
injilnya, namun mereka semua sepakat dengan prinsip ajaran trinitas atau tritunggal.

Menurut Kristian, Bapa adalah pencipta dan pentadbir alam, anak adalah kalimah
Allah yang diturunkan ke bumi dalam perut Maryam (Isa al-Masih)kepadanyalah
diberi usrusan al-Fada (Tebus Dosa) dan Ruh pula adalah sifat hidup dan ilmu Allah
yang berpindah-pindah dari jasad Isa ke tubuh-tubuh Santos (Saints)dan kepadanya
diberi urusan tathir(penyucian). Menurut mereka juga, setiap satu Oknum ini berdiri
dengan sendiri dan mempunyai ada tugas tersendiri dan setiap satunya mempunyai
sifat ketuhanan yang sempurna.Namun, ketigs-tiga ini adalah tuhan yang satu kerana
ketiga-tiganya bukan makhluk. Konsep mudah untuk akidah ini adalah: 1+1+1=1.

Bagi individu yang beragama kristian yang memegang akidah ajaran Gereja
Katholik, bagi mereka orang-orang Kristian percaya bahawa Pencipta dan Pentadbir
Alam ini sekaliannya adalah Tuhan yang satu iaitu Allah. Maka jika dilihat dari segi
ini ternyata mereka agama Tauhid. Tetapi jika dilihat dari sudut ibadat dan al-Asma
was Sifat maka jelas agama ini agama syirik.

Manakala bagi mereka yang berpegang kepada akidah Geraja Ortodoks mereka
menafsirkan Taslis (Triniti) pada gereja ini pula adalah Allah swt, Isa as dan Ruh
Qudus adalah 1 tetapi berada 9berpindah) dalam 3 Oknum yang berbeza. Pada
mulanya Allah di langit kemudian turun masuk ke dalam perut Maryam dan
bersembunyi dalamnya selama 9 bulan kemudian keluar berjasad dalam Isa as dan
penghubung di antara Allah di langit (bapa) dan Allah di bumi (anak) adalah Ruh
(Holy Spirit).

Akhir sekali Gereja Protestan adalah pengikut Martin Luther yang menyimpang
dari agama Katholik kerana menganggap banyak hal yang tidak masuk akal dari
agama Katholik. Mereka digelar Protestan kerana sikap mereka yang memprotes
Gereja Lama atau kaum Katholik. Mereka menyebut dirinya dengan Gereja Penginjil
karena pengakuan mereka yang hanya mahu mengikuti Injil semata-mata.
Kadang-kadang mereka disebut dengan Kristian saja. Agama Protestan di antara
agama yang melarang membuat patung dan gambar untuk disembah. Walaupun
demikian, mereka tetap meyakini ajaran trinitas yang intinya adalah Tuhan itu satu
tetapi terdiri dari tiga oknum.
1.3 Agama Hindu

Apakah Tuhan agama Hindu mempunyai wujud? Hal ini berkait dalam sistem
pemujaan agama Hindu para pemeluknya membuat bangunan suci, arca
(patung-patung), pratima, pralinga, mempersembahkan bhusana, sesajen dan lain-lain.
Hal ini menimbulkan prasangka dan tuduhan yang bertubi-tubi dengan mengatakan
umat Hindu menyembah berhala.

Penjelasan lebih lanjut tentang pelukisan Tuhan dalam bentuk patung adalah
suatu cetusan rasa cinta (bhakti). Sebagaimana halnya jika seorang pemuda jatuh cinta
pada kekasihnya, sampai tahap tergila-gila maka bantal guling pun dipeluknya
erat-erat, diumpamakan kekasihnya., dia pun ingin mengambarkan kekasihnya itu
dengan sajak-sajak yang penuh dengan perumpamaan. Begitu pula dalam peribadatan
membawa sajen (yang berisi makanan yang lazat dan buah-buahan) ke Pura, apakah
berarti Tuhan umat Hindu seperti manusia, suka makan yang enak-enak? Pura dihias
dan diukir sedemikian indah, apakah Tuhan umat Hindu suka dengan seni? Tentu saja
tidak. Semua sajen dan kesenian ini hanyalah sebagai alat untuk mewujudkan rasa
bhakti kepada Tuhan.

1.3.1 Brahman/ Tuhan Yang Maha Esa:

Tuhan dalam agama Hindu sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Veda adalah
Tuhan tidak berwujud dan tidak dapat digambarkan, bahkan tidak bisa dipikirkan.
Dalam bahasa Sanskrit keberadaan ini disebut Acintyarupa yang ertinya tidak
berwujud dalam alam pikiran manusia. Tuhan Yang Maha Esa ini disebut dalam
beberapa nama, antara lain:

 Brahman: asal muasal dari alam semestea dan segala isinya


 Purushottama atau Maha Purusha
 Iswara (dalam Weda)
 Parama Ciwa (dalam Whraspati tatwa)
 Sanghyang Widi Wasa (dalam lontar Purwabhumi Kemulan)
 Dhata: yang memegang atau menampilkan segala sesuatu
 Abjayoni: yang lahir dari bunga teratai
 Druhina: yang membunuh raksasa
 Viranci: yang menciptakan
 Kamalasana: yang duduk di atas bunga teratai
 Srsta: yang menciptakan
 Prajapati: raja dari semua makhluk/masyarakat
 Vedha: ia yang menciptakan
 Vidhata: yang menjadikan segala sesuatu
 Visvasrt: ia yang menciptakan dunia
 Vidhi: yan menciptakan atau yang menentukan atau yang mengadili.

Tuhan Yang Maha Esa ini apapun namaNya digambarkan sebagai:

 Beliau yang merupakan asal mula. Pencipta dan tujuan akhir dari seluruh alam
semesta.
 Wujud kesadaran agung yang merupakan asal dari segala yang telah dan yang
akan ada
 Raja di alam yang abadi dan juga di bumi ini yang hidup dan berkembang
dengan makanan
 Sumber segalanya dan sumber kebahagiaan hidup.
 Maha suci tidak ternoda
 Mengatasi segala kegelapan, tak termusnahkan, maha cemerlang, tiada
terucapkan, tiada duanya.
 Sempurna dalam segala-galanya, tidak dilahirkan karena Beliau ada dengan
sendirinya (swayambhu)

Penggambaran tentang Tuhan Yang Maha Esa ini, meskipun telah berusaha
menggambarkan Tuhan secara maksimum mungkin, tetap sahaja ada yang terbatas.
Oleh itu kitab-kitab Upanisad menyatakan definisi atau pengertian apapun yang
ditujukan untuk memberikan batasan kepada Tuhan Yang Tidak Terbatas itu tidaklah
menjangkau kebesaranNya. Sehingga kitab-kitab Upanisad menyatakan tidak ada
definsi yang tepat untukNya, Neti-Neti (Na + iti, na + iti).
Untuk memahami Tuhan, maka tidak ada jalan lain kecuali mendalami ajaran
agama, memohon penjelasan para guru yang ahli di bidangnya yang mampu
merealisasikan ajaran ketuhanan dalam kehidupan pribadinya. Sedangkan kitab suci
Veda dan temasuk kitab-kitab Vedanta (Upanisad) adalah sumber yang paling diakui
otoritasnya dalam menjelaskan tentang Brahman (Tuhan Yang Maha Esa).

Brahman memiliki 3 aspek:

1. Zat: sebagai Maha Ada satu-satunya, tidak ada keberadaan yang lain di luar beliau:

Dengan kekuatanNya Brahman telah menciptakan bermacam-macam bentuk, warna,


serta sifat banyak di alam semesta ini. Planet, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
serta benda yang disebut benda mati berasal dari Tuhan dan kembali pada Tuhan bila
saatnya pralaya tiba. Tidak ada satupun benda-benda alam semesta ini yang tidak bisa
bersatu kembali dengan Tuhan, karena tidak ada barang atau zat lain di alam semesta
ini selain Tuhan.

2. Cit: sebagai Maha Tahu:

Beliaulah sumber ilmu pengetahuan, bukan pengetahuan agama, tetapi sumber segala
pengetahuan. Dengan pengetahuan maka dunia ini menjadi berkembang dan
berevolusi, dari bentuk yang sederhana bergerak menuju bentuk yang sempurna. Dari
avidya (absence of knowledge- kekurangtahuan) menuju vidya atau maha tahu.

3. Ananda:

Ananda adalah kebahagiaan abadi yang bebas dari penderitaan dan suka duka. Maya
yang diciptakan Brahman menimbulkan illusi, namun tidak berpengaruh sedikitpun
terhadap kebahagiaan Brahman. Pada hakikatnya semua kegembiraan, kesukaran, dan
kesenangan yang ada, yang ditimbulkan oleh materi bersumber pula pada Ananda ini
bersumber pula pada Ananda ini, bedanya hanya dalam tingkatan. Kebahagiaan yang
paling rendah ialah berwujud kenikmatan instingtif yang dimiliki oleh binatang pada
waktu menyantap makanan dan kegiatan sex. Tingkatan yang lebih tinggi ialah
kesenangan yang bersifat sementara yang kemudian disusul duka. Tingkatan yang
tertinggi adalah suka tan pawali duhka, kebahagian abadi, bebas dari daya tarik atau
kemelekatan terhadap benda-benda duniawi.

Alam semesta ini adalah fragmenNya Tuhan. Brahman memiliki prabawa sebagai
asal mula dari segala yang ada. Brahman tidak terbatas oleh waktu tempat dan
keadaan. Waktu dan tempat adalah kekuatan Maya (istilah sansekerta untuk
menamakan sesuatu yang bersifat illusi, yakni keadaan yang selalu berubah baik nama
maupun bentuk bergantung dari waktu, tempat dan keadaan) Brahman.

Jiwa atau atma yang menghidupi alam ini dari makhluk yang terendah sampai
manusia yang tersuci adalah unsur Brahman yang lebih tinggi. Adapun bnda-benda
(materi) di alam semesta ini adalah unsur Brahman yang lebih rendah. Walaupun
alam semesta merupakan ciptaan namun letaknya bukan di luar Brahman melainkan
di dalam tubuh Brahman.

1.3.2 Devata atau Deva

Prasangka banyak orang yang menganggap konsep teologis Hindu adalah politeistik
berangkat dari pemahaman yang salah tentang Deva. Deva adalah sesuatu yang
memancar dari Tuhan Yang Maha Esa. Beraneka Deva itu adalah untuk memudahkan
membayangkanNya.

Dewa-dewa atau devata digambarkan dalam berbagai wujud, yang menampakkan


diri sebagai yang personal, yang berpribadi dan juga yang tidak berpribadi. Yang
Berpribadi dapat kita amati keterangan tentang dewa Indra, Vayu, Surya, Garutman,
Ansa yang terbang beas di angkasa, dan sebagainya. Sedang Yang Tidak Berpribadi,
antara lain sebagai Om (Omkara/Pranava), Sat, Tat, dan lain-lain.
Dalam kitab suci Rgveda seperti halnya Atharvaveda disebutkan jumlah
dewa-dewa itu sebanyak 33 dewa. Bila kita membaca mantram-mantram lainnya dari
kitab suci Rgveda ternyata jumlah Dewa-dewa sebanyak 3339

1.3.3 Personal God dan Impersonal God

Tuhan menurut monotheisme Trancendent digambarkan dalam wujud Personal


God (Tuhan Yang Maha Esa Berpribadi). Sedangkan menurut monotheisme
Immanent, Tuhan Yang Maha Esa selalu digambarkan Impersonal God. Memang
menyembah Tuhan Yang Maha Esa yang abstrak (Impersonal God) tanpa
mempergunakan sarana jauh lebih sulit dibandingkan dengan menyembah Tuhan
Yang Personal God melalui Bhakti dan Karma Marga.

Tuhan Yang Maha Esa di dalam Veda digambarkan sebagai Personal God, dapat
dibagi menjadi tiga kategori:

1. Penggambaran Antrophomorphic: sebagai manusia dengan berbagai kelebihan


seperti bermata seribu, berkaki tiga, bertangan empat dan sebagainya.

2. Penggambaran Semianthrophomorphic: sebagai setengah manusia atau setengah


binatang. Hal ini lebih menonjol dalam kitab-kitab Purana seperti dewa Ganesha
(manusia berkepala gajah), Hayagriwa (manusia berkepala kuda, dan sebagainya.

3. Penggambaran Unantrophomorphic: tidak sebagai manusia melainkan sebagai


binatang saja, misalnya Garutman (Garuda), sebagai tumbuh-tumbuhan, misalnya
Soma dan lain-lain.
1.4 Agama Buddha

Pada umumnya bila orang membicarakan tentang agama yang di bicarakan meski
tentang keyakinan kepada tuhan, bahkan kepercayaan atau keyakinan kepada tuhan
yang maha kuasa itu di jadikan pandangan pertama. Akan tetapi kupasan kepercayaan
kepada tuhan dalam agama Buddha jarang sekali di kemukakan. Perlu di tekankan
bahwa di dalam ajaran Buddha yang sesungguhnya (aslinya) sang Buddha Sidharta
Gautama bukanlah Tuhan melainkan hanyalah seorang guru, juru pandu bagi manusia.
Konsep ketuhanan dalam agama buddha berbeda dengan konsep dalam agama
samawi dimana alam semesta diciptakan oleh tuhan dan tujuan akhir dari hidup
manusia adalah kembali ke surga ciptaan tuhan yang kekal, tetapi konsep didalam
agama Buddha bahwasannya asal muasal dan penciptaan alam semesta bukan berasal
dari Tuhan, melainkan karena hukum sebab dan akibat yang telah disamarkan oleh
waktu, dan tujuan akhir dari hidup manusia adalah mencapai kebuddhaan (anuttara
samyak sambodhi) atau pencerahan sejati dimana batin manusia tidak perlu lagi
mengalami proses tumimbal lahir.

Untuk mencapai itu pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya,
tidak ada dewa-dewi yang dapat membantu, hanya dengan usaha sendirilah
kebuddhaan dapat dicapai. Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru
bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai pencerahan rohani,
dan melihat kebenaran serta realitas sebenar- benarnya. Bila kita mempelajari ajaran
agama Buddha seperti yang terdapat dalam kitab suci Tipitaka, maka bukan hanya
konsep ketuhanan yang berbeda dengan konsep ketuhanan dalam agama lain, tetapi
banyak konsep lain yang tidak sama pula.

Konsep - konsep agama Buddha yang berlainan dengan konsep-konsep dari


agama lain antara lain adalah konsep-konsep tentang alam semesta, terbentuknya
bumi dan manusia, kehidupan manusia di alam semesta, kiamat dan keselamatan atau
kebebasan. Tuhan dalam agama Buddha yang bersifat non-teis (yakni, pada umumnya
tidak mengajarkan keberadaan tuhan sang pencipta atau bergantung kepada tuhan
sang pencipta demi dalam usaha mencapai pencerahan, sang Buddha Gautama adalah
pembingbing atau guru yang menunjukkan jalan menuju nirwana ) serta selama
hidupnya Buddha Gautama tidak pernah mengajarkan cara-cara menyembah kepada
tuhan maupun konsepsi ketuhanan meskipun dalam wejangannya kadang - kadang
menyebut Tuhan, ia lebih banyak menekankan pada ajaran hidup suci, sehingga
banyak para ahli sejarah agama dan sarjana teologi islam mengatakan agama Buddha
sebagai ajaran moral belaka.

Jika diperhatikan dalam perkataan atau khutbah - khutbah Buddha Gautama dan
soal jawabnya dengan kelima temannya di Benares, ia tidak percaya kepada tuhan -
tuhan yang banyak, dewa-dewa, dan berhala berhala yang dipuja dan disembah
sepertihalnya dalam agama hindu, bahkan penyembahan demikian dicela dalam ajaran
Buddha dan oleh sang Buddha Gautama itu sendiri. Akan tetapi ketuhanan brahma,
tetap di akui oleh buddha Sidharta Gautama, ia tetap mengakui brahma sebagai
tuhannya. Dalam salah satu ucapannya Buddha Gautama pernah mengatakan :
“biarkan Tuhan menjadikan segala sesuatu, dan manusia hendaklah memelihara
kesucian ciptaan tuhan, kesucian yang sempurna itulah dia tuhan.

Kesucian demikian harus terdapat pada tiap-tiap manusia” dan didalam kitab
tipitaka ia juga mengatakan : “ketahuilah para bikkhu bahwa ada sesuatu yang tidak
dilahirkan, yang tidak menjelma, yang tidak tercipta, yang mutlak. Duhai para bikkhu,
apabila tidak ada yang tidak dilahirkan, yang tidak menjelma, yang tidak tercipta,
yang mutlak, maka tidak akan mungkin kita dapat bebas dari kelahiran, penjelmaan
pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu. Tetapi para bikkhu, karena ada yang
tidak dilahirkan, yang tidak menjelma, yang tidak tercipta, yang mutlak, maka ada
kemungkinan untuk bebas dari kelahiran penjelmaan, pembentukan pemunculan dari
sebab yang lalu. Ungkapan di atas adalah pernyataan dari sang Buddha yang terdapat
dalam sutta pitaka, udana VIII : 3, yang merupakan konsep ketuhanan yang maha esa
dalam agama Buddha.

Ketuhanan yang maha esa dalam bahasa pali adalah Atthi Ajatan Abhutam
Akatam Asamkhatam yang bermaksud : “suatu yang tidak dilahirkan, tidak dijelma,
tidak diciptakan dan yang mutlak”. Dalam hal ini, ketuhanan yang maha esa adalah
suatu yang tanpa aku (anatta), yang tidak dapat dipersonifikasikan dan yang tidak
dapat digambarkan dalam bentuk apa pun. Tetapi dengan adanya yang mutlak, yang
tidak berkondisi (asankhata) maka manusia yang berkondisi (sankhata) dapat
mencapai kebebasan dari lingkaran kehidupan (samsara) dengan cara bermeditasi.
Dengan membaca konsep ketuhanan yang maha esa ini, kita dapat melihat bahwa
konsep ketuhanan dalam agama Buddha adalah berlainan dengan konsep ketuhanan
yang diyakini oleh agama - agama lain.

Oleh karena ajarannya yg tentang ketuhanan yang tidak begitu banyak diuraikan
dan di jelaskan , maka sepeninggalan Buddha, patung Buddha sendiri telah menjadi
sembahan yang utama bahkan juga sisa peninggalannya zeperti abu mayatnya,
potongan kukunya, rambutnya yang tersimpan dalam stupapun telah dipuja dan
disembah. Padahal Buddha Gautama mencela penyembahan kepada patung dan
berhala tetapi penganut Buddha sendiri sepeninggalannya telah menempatkan patung
- patungnya didalam candi, kuil dan stupa untuk disembah. Dalam hal ini kita dapat
menyimpulkan bahwa Buddha Gautama sendiri tetap menuhankan brahma semata, ia
tidak menyakini ketuhanan yang lain hanya Buddha Sidharta Gautama tidak
menjelaskan dan menerangkan tentang dasar - dasar bagaimana cara beriman dan
menyembah kepada tuhan dalam agamanya. Dikutip dari blog Ade Setiawan "Konsep
Ketuhanan dalam agama Buddha”.
2.0 FAKTOR KEWUJUDAN ATEIS
Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat
moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:

 Perkembangan Teknologi dan Sains


Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa
ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup.
Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan
misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium
jawapan.

 Fahaman Sosial-Progresif

Fahaman sosial
progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu
pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa.
Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji
nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat,
orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu
nilai negatif dalam masyarakat ini.

 Faktor Moraliti
Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut
terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap
bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak
memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.
Tokoh Ateis Dunia

1. Richard Dawkins

 Merupakan pakar etologi, pakar biologi evolusi dan penulis England.


 Terkenal dengan kritikannya terhadap penciptaan dan reka bentuk pintar.
 Dalam buku yang paling popular, The God Delusion, yang diterbitkan
pada tahun 2006, Dawkins berpendapat bahawa pencipta ghaib hampir
pasti tidak wujud dan bahawa kepercayaan agama ialah khayalan.

2. Christopher Hitchens

 Seorang pengarang, jurnalis kelas dunia, pengkritik agama dan sosial serta
wartawan Anglo-Amerika.
 Menganggap bahawan konsep tuhan atau yang tertinggi sebagai konsep
‘totalitarian’ yang menghalang kebebasan individu.
3. Stephen Hawking

 Salah seorang ahli fizik teori yang terkemuka di dunia.


 Beliau berpendapat bahawa Tuhan tidak ada hubungan dengan penciptaan
alam semesta. hukum alam seperti gravitasi, alam semesta bisa mencipta
dirinya sendiri.
3.0 HUJAH ATEIS MENAFIKAN KEWUJUDAN TUHAN
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi
kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah:

3.1 Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan

Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria
manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai
kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.

3.2 Masalah kesengsaraan di atas bumi

Adanya kejahatan dan kesengsaraan di duniamenunjukkan bahawa Tuhan yang


mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang
berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan
kesengsaraan ini terus berlaku?

3.3 Masalah Logikal

Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang
tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha
Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian logik.

3.4 Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)

Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk
menghadapi kematian ataupun kesusahan.

3.5 Ketidaksinambungan

Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan
tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang
Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
4.0 CARA MENANGANI FAHAMAN ATEIS
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, golongan ateis mengemukan hujah- hujah
yang berdasarkan logik akal. Oleh kerana itu, kita sebagai golongan yang beragama
berisiko tinggi untuk dimanipulasi dengan hujah - hujah mereka. Kita seharusnya
tidak perlu berasa takut dan berpegang teguh pada kepercayaan masing masing. Oleh
itu, apakah cara kita untuk menangani atiest?

Pertama, menunjukkan asas pegangan agama dan mengaitkannya dengan bukti


saintifik atau logik. Sebagai contoh, kitab seperti Al- Quran atau Bible.

Kitab kitab ini sudah berabad lamanya digunakan sebagai rujukan agama dan masih
relevan digunakan sehingga sekarang. Lebih lebih lagi, terdapat pelbagai perkara yang
disebut dalam kitab-kitab ini yang berlaku sekarang. Adakah itu seseuatu kebetulan?

Kedua, tidak nampak bukan bermaksud tidak ada. Ini jugq merupakan cara yang
mudah untuk menangani mereka. Hujah seorang atiest hanya berlandaskan apa yang
telah dibuktikan dengan mata kasar. Konsep meminta/berdoa dalam agama ini
merupakan sesuatu yang kukuh untuk dihujahkan. Ini adalah kerana jika ditanya
kepada sesiapa yang meminta kepada tuhan sesuatu dengan bersungguh-sungguh,
mesti ramai diantara mereka mengatakan bahawa tuhan telah menyempurnakan hajat
mereka itu.

Ketiga, atiest akan sentiasa mempersoalkan tentang kewujudan tuhan namun


tidak pernah soalkan kewujudan diri mereka. Tidakkah mereka berasa pelik
bagaimana dia boleh diwujudkan tanpa apa apa yang berlaku. Lebih lebih lagi bahawa
sistem alam semesta ini cukup kompleks dan rumit. Tidak mungkin ini adalah
kebetulan. Ketepatan dari segi sains dan bukti agama boleh menjelaskan tentang
kewujudan tuhan.
Tambahan, baru baru ini Atiest Republic telah menentang Rukun Negara yang
mengatakan " Kebebasan beragama" dan tidak mengiktiraf golongan atiest kerana
tidak beragama. Kerajaan seharusnya memegang pada Dasar Negara dan kekal
dengan pendirian.

Akhir sekali, berjaga jaga lah dengan golongan ini kerana tanpa kepercayaan
kepada agama yang utuh, mereka boleh memanipulasi kita.
5.0 PENUTUP
Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas
bahawa fahaman ateisme telah berkembang dengan pesat pada peringkat domestik
mahupun antarabangsa. Masyarakat dan media massa memainkan peranan yang
singnifikan dan holistik untuk mendidik remaja supaya mempelajari ilmu agama
dengan lebih mendalam. Hal ini dapat menjadikan mereka lebih teguh pendirian dan
terpelajar untuk mengenal agama. Apabila diajar erti kebaikan beragama, mereka
akan lebih bertanggungjawab dan berwaspada dengan tomahan - tomahan yang
dilontarkan oleh pengaruh Ateis. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi rujukan dan
terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Walau bagaimanapun, kita
tidak seharusnya menunding jari kepada ibu bapa sahaja untuk memikul
tanggungjawab ini. Semua pihak seyogianya bersinergi ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat mementingkan agama pada
masa hadapan.

Wacana ilmu agama perlu dipergiat dan dipertingkatkan dari masa ke masa agar
agama tidak ditinggalkan oleh arus modenisasi yang kian bercambah. Hal ini amatlah
vital bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Sebuah
negara yang maju berakar-umbikan agama dan ketuhanan. Oleh itu, remaja yang
merupakan aset negara dan bakal menerajui pemerintahan negara haruslah
mementingkan keagamaan di negara kita. Nelson Mandela pernah berkata, “Jika
hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.” Jika remaja kita
mementingkan pegangan agama dalam kehidupan maka negara kita akan disegani
oleh negara lain lantas menjadi terkenal di seantero dunia.

Hakikatnya, naluri semula jadi setiap manusia yang berakal adalah mempercayai
kewujudan tuhan. Tuhan bermaksud sesuatu yang dipuja atau disembah oleh
golongan manusia yang beragama. Dalam sejarah manusia, Nabi Adam a.s. diakui
oleh setiap agama Samawi sebagai manusia pertama diciptakan oleh Allah SWT
dengan mempelopori tamadun terawal dunia yang dikatakan bermula di Mesopotamia
(Iraq) sekitar tahun 4000SM. Menurut ajaran Islam, Nabi Adam a.s. merupakan
seorang rasul yang diutuskan sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai seorang rasul,
sudah tentulah baginda mengimani kewujudan Tuhan, iaitu Allah SWT. Perkara ini
telah dirakamkan dalam al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 30.

Lantaran itu, negara memerlukan momentum yang padu dalam menangani


fahaman Ateisme daripada menjajah pemikiran masyarakat terutama generasi-Z yang
bakal mewarisi pemerintahan negara. Dalam masa yang sama, aktiviti dakwah
terutamanyanya kepada golongan remaja yang kurang pendidikan agama perlu
dipergiatkan dengan pelbagai kaedah, memandangkan mereka merupakan sasaran
yang terdedah dengan bahaya ateisme ini. Golongan remaja sebegini perlu didekati
secara bersahaja dan santai agar kefahaman tentang Islam dapat disampaikan juga
kepada mereka. Selain itu, pihak berautoriti disarankan memanfaatkan penggunaan
media sosial semaksimum yang mungkin dalam menyebarkan dakwah Islam. Hal ini
dikatakan demikian kerana majoriti manusia pada zaman globalisasi kini
menggunakan media sosial untuk mencari maklumat dan informasi. Maka, menjadi
kewajipan bagi umat Islam berjihad menguasai media sosial.

Anda mungkin juga menyukai