Anda di halaman 1dari 4

SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

(Za’ba)
SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za’ba)

A MAKSUD

RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk
membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang
demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja
keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai
tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam
tanpa henti.

RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan
sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan
di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan
sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang
penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan
diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki
kawasan anjung yang tinggi.

RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang
menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang
dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada
sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan
ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap
istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan
sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak
ukiran helang di sekelilingnya.

RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa,
yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan
lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat
daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik
dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di
sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran
dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau
nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga
amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan
istana raja yang siap dibina.

RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal
dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan
pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang
dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut.
Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab
dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada
baginda raja dan permaisuri.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh
jurubina yang setia. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina
istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan
memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Kepentingan istana kepada raja.
(b) Keunikan seni bina istana.
(c) Kesetiaan pembesar kepada raja.
(d) Kesempurnaan seni bina istana lama.

C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

D NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan
(e) Ketaatan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah
perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang
kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita
oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga
selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah
perintah baginda.

Anda mungkin juga menyukai