Anda di halaman 1dari 3

Dokumen Rasmi

MPP SMKA Inanam


Kertas Kerja Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam tahun 2008

Pengenalan

Badan Pengawas atau Majlis Pimpinan Pelajar(MPP) SMKA Inanam merupakan


badan pelajar yang membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama dalam
usaha mengurus, memantau, mendisiplin dan mentadbir pelajar demi mencapai
visi dan misi sekolah.

Setakat ini, Badan Pengawas atau MPP SMKA Inanam dapat menjayakan
segala tugas yang diberikan dengan memuaskan. Ia telah menjadi contoh ikutan
dalam beberapa aspek apabila sekolah-sekolah lain membuat lawatan penanda
aras atau benchmarking.
MPP SMKA Inanam mempunyai beberapa kelebihan yang ketara seperti:
1. Kekemasan berpakaian dan personaliti yang menarik.
2. Kebolehan mengelolakan majlis rasmi mengikut protokol yang betul
3. Keupayaan yang baik dalam persembahan multimedia dan ICT
4. Membantu sekolah dalam menjalankan urusan pengurusan dan
pentadbiran pelajar.

Namun begitu, badan pelajar ini belum mempunyai kertas konsep yang
menggariskan perjalanan kerja dan perlaksanaan tugas pengawas atau MPP.
Sehingga setakat hari ini, pengawas atau MPP hanya bertugas mengikut aturan
terdahulu atau tradisi sepertimana yang telah dilakukan oleh pengawas atau
MPP sebelum ini.

Ini tidak bermaksud MPP sekolah ini agak statik dalam pengurusan dan
pentadbirannya. Memang berlaku penambahbaikan dari setahun ke setahun,
tetapi ia agak terhad, tidak tersusun dan bersifat ad-hoc atau mengikut keperluan
semasa.

Ini memerlukan satu perancangan semula untuk menyusun-atur semula


pengurusan dan pentadbiran badan pengawas atau MPP ini. Ini perlu
memandangkan badan ini memerlukan satu garis panduan yang lebih tersusun
dan sesuai mengikut kehendak dan hala tuju baru sekolah ini.

Matlamat

Menambah-baik dan memperkasakan pengurusan dan pentadbiran serta


individu MPP dengan menyediakan satu sistem kerja dalaman yang boleh
digunapakai MPP semasa dan MPP masa depan.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam
Objektif

1. Menyediakan Kertas Kerja Pengurusan MPP SMKA Inanam


2. Menyediakan Fail Meja MPP SMKA Inanam
3. Menyediakan semua borang dan dokumen berkaitan
4. Menyediakan kertas konsep latihan kepimpinan dan kemahiran MPP

Visi

Ke arah melahirkan MPP cemerlang menjelang akhir 2010

Misi

1. Menjenamakan semula MPP dalam segi penampilan, ketrampilan dan


personaliti
2. Menjadikan MPP modal insan yang berminda kelas pertama dengan
latihan atau kursus kepimpinan, kemahiran dan kursus-kursus lain yang
berkaitan yang terarah sifatnya.
3. Menyediakan satu sistem kerja dalaman yang merangkumi semua
dokumentasi berkaitan termasuk carta alir dan fail meja MPP.

Perlaksanaan

Untuk mencapai visi dan misi ini, perkara-perkara berikut akan dilaksanakan

Bil Perlaksanaan Tarikh


Menyediakan kertas kerja bertajuk ’ Ke arah
1 Mei 2008
memperkasakan MPP SMKA Inanam.
Menyediakan Fail Meja MPP dan perincian fail
2 Mei 2008
meja
Menyediakan borang-borang dan dokumentasi
3 yang akan digunakan oleh MPP dalam Jun 2008
melaksanakan tugas mereka.
Menyediakan contoh-contoh laporan rasmi,
kertas kerja, kertas konsep dan dokumentasi
4 Jun 2008
lain yang diperlukan dalam memantapkan
sistem dokumentasi dan fail MPP
Menjalankan kaji selidik untuk untuk
Sepanjang
5 pemantapan individu dan organisasi MPP dari
tahun
semasa ke semasa.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam

Melaksanakan tugas dan program sekolah,


6 Jun
asrama dan MPP mengikut fail meja terkini
Melaksanakan program-program pemantapan Sepanjang
7
diri dan organisasi MPP tahun

Penutup

Besarlah harapan kami agar kertas kerja ini dapat dilaksanakan dan
disempurnakan supaya visi dan misinya dapat dicapai dengan baik. Ia penting
dalam memperkasakan MPP, supaya badan pelajar ini dapat menyumbang
tenaga dan kemahiran dalam mencapai visi dan misi sekolah.

Disediakan oleh:

..........................
(MATDIRIS ISMAIL)
Guru Penasihat MPP
SMKA Inanam

Disahkan oleh:

...........................
(SHARIFULBAHRI RAHMAT)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMKA Inanam

Diluluskan oleh:

......................
(IDRUS ABD RAHMAN)
Pengetua
SMKA Inanam

Anda mungkin juga menyukai