Anda di halaman 1dari 11

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah.
Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang
sedang memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak
lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi
kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat
abang nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah,
majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin
diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk
di atas pelamin. “Cantik sungguh Kak Sarah,” bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan
Mak Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu
yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara
menepung tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang
awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum
pulang, Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi
menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan
yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.

1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?

A. Hari Sabtu
B. Hari Ahad
C. Hari Isnin
D. Hari Jumaat

2. Mengapakah abang “aku” nyaris-nyaris muntah ?


A. Kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
B. Kerana ayam sudah berbau busuk.
C. Kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D. Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.

3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali

A. menepung tawar
B. bersanding.
C. berarak
D. akad nikah

4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

A. Sekuntum bunga mawar.


B. Sekuntum bunga telur
C. Sebiji telur.
D. Sepotong kek.

5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?

A. Adik-beradik
B. Sepupu
C. Besan
D. Anak Saudara

SET 2
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para
Penolong Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan
ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada
pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu
daripada penaja utama kesihatan jasmani seseorang.

Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita
mestilah mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk
menjamin kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur
boleh membantu menyuburkan jasmani dan rohani seseorang.

Hadirin yang budiman,


Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya
murid-murid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong
murid-murid menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan
bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan
lenguh-lenguh badan.

Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini
membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi
letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam


diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih
cergas dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka
dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan
senaman setiap hari.

Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari
kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan.
Kita juga perlu berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri
kita, keluarga kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai


panduan. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya
terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan bicara.

Sekian, terima kasih.

Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah


1

A dapat menyelesaikan masalah dengan baik.


B menjauhkan kita daripada batuk dan selesema.
C dapat mengelakkan diri daripada membuat kerja sekolah.
D membebaskan diri daripada perasaan bimbang dan curiga.

Frasa “menanamkan satu kesedaran” bermaksud


2

A mewujudkan kebiasaan.
B mewujudkan keprihatinan.
C membentuk keinsafan diri.
D menjadikan amalan harian.

Rangkai kata “mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan”


3 bermaksud

A membentuk tubuh badan yang sihat.


B membentuk rasa rendah diri dan menyisihkan diri.
C membentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam.
D membentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.

Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan perkara-
4 perkara berikut, kecuali

A perjalanan darah menjadi kurang lancar.


B ketegangan dan perasaan bimbang kian menular.
C seseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit.
D hilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.

Mengapakah kita digalakkan bersenam secara bersistematik?


5

A Menyihatkan badan dan mencerdaskan fikiran


B Membebaskan diri daripada belenggu pelajaran
C Menguatkan ikatan persahabatan dan setia kawan
D Menguatkan otot dan melancarkan perjalanan darah

SET 3

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya.
Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku.
Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat
berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku
merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk
bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret
inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara
aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini
berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam


hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu.
Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya.
Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus
menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan
mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak
pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala
kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah
memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan
nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan.
Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di
pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat
damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.

6. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

A Adik tiri
B Adik angkat
C Adik kandung
D Anak saudara

7. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?


A Memeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya
B Menatap potret kenangan sambil menangis
C Bersedih dan menangis tidak berhenti-henti
D Mengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat

8. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat,


berapakah usia penulis sekarang?

A 5 tahun.
B 7 tahun.
C 10 tahun.
D 12 tahun.

9. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

A Terkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia


B Terkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia
C Cemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya
D Tidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah

10. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis, kecuali

A tinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.


B perbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.
C menjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.
D penulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya

SET 4

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 2005


7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai
perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan
kepada kami.
8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dengan iringan petikan gitar Cikgu Azmi.
10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti
khemah, peralatan memasak dan bekalan makanan.
11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang
murid perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk
memasak untuk makan tengah hari.
1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan
dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.
2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala
Kangsar yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan
kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak
perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.
4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai.
Kami bersorak kegembiraan.
8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan
setakat ini.
8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan.
Guru-guru pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona
menyampaikan lagu “Aci Aci Buka Pintu”. Cikgu Azmi pula menghiburkan kami
dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit hati.
Ahad 13 Mac 2005
6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas
Pendidikan Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti
dan telur setengah masak.
8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.
10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan
barang-barang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.
11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak
pengalaman dan kenangan kepada kami.

1. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?


A 40 orang
B 42 orang
C 45 orang
D 46 orang

2. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan


biawak bukit?
A Mereka berasa takut
B Biawak bukit sejenis haiwan berbisa
C Mereka berasa terkejut apabila melihat seekor biawak yang besar
D Biawak bukit itu menjelirkan lidahnya dan cuba mematuk mereka

3. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?


A Guru Pengakap
B Guru Disiplin
C Guru Muzik
D Guru Sains

4. Maksud “berduet” dalam petikan di atas ialah


A bersaingan.
B bersendirian.
C berkumpulan.
D berpasangan.

5. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?

A Cikgu Nona
B Cikgu Azmi
C Cikgu Nurul
D Cikgu Kamal
SET 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

JOHOR BAHRU, 3 Februari – Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir


Gudang Ketujuh akan bermula esok hingga 10 Februari ini. Pesta ini disertai
oleh hampir 600 orang peserta yang akan mewakili negara termasuk negara kita.
Pengerusi pesta itu, Tan Sri Mohamad Ali Hashim berkata, selain
penyertaan tempatan dan antarabangsa, pesta kali ini turut menyaksikan
penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi. Penganjur telah
membahagikan pesta tersebut kepada dua bahagian, iaitu pertandingan layang-
layang naik dan pertandingan layang-layang cantik. Setiap pertandingan
dibahagikan kepada dua kategori lagi, iaitu moden dan tradisional.
Selain dapat menyaksikan reka bentuk wau yang unik, orang ramai juga
berpeluang untuk melihat layang-layang tradisional yang diperbuat daripada
bahan semula jadi seperti daun. Negara tuan rumah pula akan mempamerkan
wau-wau dari seluruh negeri seperti wau kucing, wau bulan dan wau burung.
Beliau berkata, tarikan utama pesta kali ini ialah pertunjukan layang-
layang moden yang direka secara kreatif, unik dan berwarna-warni oleh peserta
tempatan dan luar negara. Seramai 15000 orang pengunjung dijangka
menyaksikan pesta yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Sempena pesta itu, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya
termasuklah pameran wau tradisional dan bengkel membuat wau. Yang
istimewa lagi ialah pengunjung berpeluang untuk menaikkan wau ciptaan
mereka.
Pesta ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar
Johor pada hari Sabtu ini. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pertunjukan
payung terjun oleh Angkatan Tentera Malaysia.
1 Apakah tarikan utama dalam pesta layang-layang tersebut?

A Pertunjukan layang-layang moden.


B Corak warna-warni layang-layang.
C Perasmian oleh Menteri Besar Johor.
D Bengkel membuat layang-layang sendiri.

2 Keistimewaan yang akan diperoleh pengunjung pesta tersebut ialah

A dapat menyertai pertandingan membuat wau moden.


B dapat menyertai pertunjukan payung terjun.
C dapat menyertai bengkel membuat wau.
D dapat menyertai pertandingan membuat wau tradisional.
3 Pernyataan yang manakah benar tentang pesta layang-layang tersebut?

A Pengunjung diberi kesempatan untuk menaikkan wau yang dipamerkan.


B Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis wau yang dipamerkan.
C Pesta ini akan disertai oleh institusi pengajian tinggi dan sekolah sahaja.
D Pesta tersebut bermula pada 3 Februari dan berakhir pada 10 Februari.

4 Perkataan pengiktirafan dalam petikan bermaksud

A Pengesahan
B Persetujuan
C Penyertaan
D Penghargaan

5 Yang berikut ialah kategori pertandingan layang-layang itu, kecuali

A pertandingan menaikkan layang-layang moden.


B pertandingan menaikkan layang-layang tradisional.
C pertandingan kecantikan layang-layang unik.
D pertandingan kecantikan layang-layang tradisional.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Home
Subscribe to: Posts (Atom)

click to create your own

Jom Chat Bersama Pakar


<a href="http://www5.shoutmix.com/?CikguAzahari">View shoutbox</a>
ShoutMix chat widget

Maklumat Terperinci
 RumahKu, SyurgaKu
 Salin semula contoh karangan Laporan di bawah.
 Salin semula contoh karangan Surat Kiriman Rasmi d...
 Salin semula contoh karangan Surat Kiriman Tidak R...
 Salin semula contoh karangan Dialog/Temu Ramah/Per...
 Salin semula contoh karangan Syarahan di bawah.
 Salin semula contoh karangan Perbahasan di bawah.
 Salin semula contoh karangan Berita di bawah.
 Salin semula contoh karangan Melengkapkan Cerita d...
 Salin semula contoh karangan Cereka/Pengalaman/Kep...
 Salin semula contoh karangan Perbincangan di bawah...
 Salin semula contoh karangan Peribahasa di bawah.
 Cari Jawapan Bagi Pantun Teka-Teki di Bawah.
 LATIHAN SISTEM BAHASA
 LATIHAN PERBENDAHARAAN KATA / KOSA KATA
 SET 2 - PENULISAN BAHAGIAN A
 SET 3 - PENULISAN BAHAGIAN A
 LATIHAN PEMAHAMAN
 LATIHAN PENULISAN BAHAGIAN C

Pengikut-Pengikutku!
Masa Itu Emas
KalenderKu
Pengenalan Diri

Azahari Bin Athman


View my complete profile

Ilmu Di Muka Buku


Azahari Athman

Reka Lencana Anda

Faizal Tahir - Superhero

Anda mungkin juga menyukai