Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA ORIENTASI PUSAT SUMBER SKG 2018

1. PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan murid dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan
Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan
dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu
proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan
prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para murid untuk
mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari
masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan
Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat murid untuk mengunjungi Pusat
Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2. NAMA PROGRAM
Orientasi Pusat Sumber Tahun 1 2018

3. MATLAMAT
Menarik minat para murid untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan
berfungsi.

4. OBJEKTIF
i.Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber kepada murid-murid tahun 1.
iii.Menerangkan tentang peraturan Pusat Sumber SK Galing kepada murid-
murid tahun 1.

5. TEMA
“PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI
TERBILANG”

6. TARIKH PELAKSANAAN
5 Januari 2018

7. TEMPAT
Pusat Sumber SK Galing.
8. SASARAN PESERTA
Semua murid Tahun 1 SK Galing

9. AKTIVITI DAN PROGRAM

Masa: 8.45-9.45 pagi

Aktiviti yang dijalankan adalah taklimat kepada murid-murid tahun 1 tentang Pusat
Sumber SK Galing serta kemudahan yang ditawarkan dan juga peraturan PSS SK
Galing.

10. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Noriati binti Yusof (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hjh Foziah binti Abdullah (PK Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Nor Aziana binti Saian (Guru Media & Perpustakaan)

Naib Setiausaha : Pn. Intan Safinat binti Yaacob

Ahli Jawatankuasa : Pn. Rosniza binti Yusof


Ustaz Ahmad Zulhari bin Yahaya

13. PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SK Galing ini
dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada
Pusat Sumber SK Galing yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………………. ……………………………
Pn. Nor Aziana binti Saian En. Noriati binti Yusof
Guru Media dan Perpustakaan Guru Besar
PSS SK Galing Sekolah Kebangsaan Galing

Anda mungkin juga menyukai