Anda di halaman 1dari 2

Doa Pelembut Hati

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah
Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca,
hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan
oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai
kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

‫الفاحتة‬
Baca Ayat di Bawah:

‫اخل‬.............‫لَ ْو اَْنَزلْنَا َهـ َذا اَلْ ُق ْرآ َن‬  

Baca ayat 1-5 Surah Taha


(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
 
‫ت لِ َداُْو َد احْلَ ِدي ْد‬ ‫ن‬
ْ ‫ي‬
ِّ‫ل‬
َ ‫ه‬‫ب‬
َ َُ ْ ْ ُ‫ل‬ْ ‫ق‬
َ ‫يِل‬ َ
‫نِّي‬‫ل‬ ‫م‬
َّ ‫ه‬َّّ‫اَلل‬
 

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut
kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan
di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis
dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di
bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui
wakil, air diberikan untuk diminum. 

* di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr.
Haron Din

Anda mungkin juga menyukai