Anda di halaman 1dari 1

Senarai Semak Permohonan Pelancongan Sekolah

1. Berikut adalah senarai semak yang perlu ditelitikan oleh Pihak Sekolah untuk
memudahkan proses Permohonan. Kelewatan/Kegagalan Pelancongan
Sekolah akibat permohonan tidak lengkap adalah di bawah tanggungjawab
Pihak Sekolah.

2. Senarai semak ini juga perlu dibaca bersama dengan SPI bil 5 Tahun 2007, SPI bil
5 Tahun 2002, SPI bil 12 Tahun 2000, SPI bil 10 Tahun 2011, Surat KPM bertarikh 12
julai 1966, Panduan lawatan yang dikeluarkan JPNS dan lain-lain yang berkaitan.

3. Permohonan Pelancongan Sekolah

3.1 Surat Iringan Sekolah

3.2 Kertas Cadangan / Kertas Kerja (1 Salinan)

3.3 Borang Pelancongan JPNS


3.3.1 3 Salinan untuk Sekolah (Fail Lawatan, Guru Pengiring
dan Pemandu bas), Selebihnya dihantar Ke JPNS
3.3.2 Perlu dihantar 5 Minggu sebelum tarikh Pelancongan

3.4 Nisbah guru dan pelajar mengikut ketetapan berikut:


3.4.1 Arus Perdana 10 Murid : 1 Guru
3.4.2 PPKI 10 Murid : 3 Guru
3.4.3 Jumlah Guru pada waktu persekolahan Mesti mengikuti
nisbah yang ditetapkan, namun dibenarkan lebih ramai
Guru jika diluar waktu persekolahan.

3.5 Tentatif / Program Pelancongan yang Lengkap


3.5.1 Waktu Perjalanan yang dibenarkan dari Sekolah ke
Destinasi bermula pukul 5.00 am hingga 10.00 pm, (Bagi
Kawasan Tanah Tinggi hingga 7.00 pm).
3.5.2 Waktu Perjalanan yang dibenarkan dari Destinasi ke
Sekolah bermula pukul 5.00 am hingga 7.00 pm.

3.6 Maklumat Kewangan yang lengkap dengan jumlah :


3.6.1 Pendapatan dan perbelanjaan yang seimbang.

3.7 Nama Peserta Lawatan, Guru dan Pelajar mengikut bas :


3.7.1 Jumlah bagi sebuah bas tidak melebihi 40/44 Orang
dengan nisbah yang ditetapkan (Rujuk Perkara 3.4)

3.8 Analisa Maklumat Lawatan Sekolah :


3.8.1 Jumlah Keseluruhan Guru yang didaftar di Sekolah.
3.8.2 Jumlah Keseluruhan Murid yang didaftar di Sekolah.
3.8.3 No Telefon Ketua Rombongan
3.8.4 Alamat email Sekolah atau Peribadi

………………………… …………………………………………
Tarikh Tanda tangan dan
Cop Pengetua / Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai