Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja

Projek Ternakan Itik Daging

Disediakan oleh:
MOHD OMAR BIN YAACOB
K/P: 770425-03-6705
KG. BUKIT BUDU LATA REK
18000 KUALA KRAI
KELANTAN
1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon bantuan pinjaman bagi menjalankan projek
ternakan itik daging dalam kandang atau kawasan berpagar di KG. Bukit Budu Lata
Rek. Anggaran pinjaman yang diperlukan adalah RM20,000.00 bagi membeli baka
induk, membina kolam, membina bangsal dan pagar kawasan.

2. LATAR BELAKANG PROJEK

Perusahaan menternak itik daging ini dijalankan sendiri secara persendirian dengan
dibantu oleh isteri. Projek ini sedang berjalan secara kecil-kecilan di belakang rumah
dengan jumlah induk sebanyak 100 ekor dengan modal pusingan sebanyak RM2000.

3. KEPERLUAN KEWANGAN

Modal asal yang diperuntukkan bagi menjalankan projek ini sebanyak RM2000 tidak
mencukupi bagi membesarkan perusahaan ini. Oleh itu modal tambahan sangat
diperlukan iaitu sebanyak RM20,000.00 untuk membeli keperluan sebagaimana
berikut:-

3.1 Membina 2 bangsal / kandang(10’ x 20’) RM 4,500.00


3.2 Membina kolam dan paip air (20’ x 20’) RM 1,500.00
3.3 Membeli baka induk (600 ekor x RM4.50) RM 2,700.00
3.4 Membina pagar zink (40m x 40m) RM 4,000.00
3.4 Makanan dan ubat-ubatan RM 7,300.00
RM20,000.00
4. ANGGARAN PENDAPATAN

4.1 Empat bulan pertama

600 ekor x 3kg (seekor) = 1800kg


1800kg x RM7/sekilo = RM12,600.00

4.2 Empat bulan kedua

600 ekor x 3kg (seekor) = 1800kg


1800kg x RM7/sekilo = RM12,600.00

4.3 Empat bulan ketiga

600 ekor x 3kg (seekor) = 1800kg


1800kg x RM7/sekilo = RM12,600.00

Anggaran pendapatan setahun adalah RM37,800.00


5. PELAKSANAAN PROJEK

5.1 Cara menternak

Pemeliharaan itik daging dilakukan di dalam kawasan lot dusun yang berpagar dalam
keluasan 1600 meter persegi dan dibina sebuah kolam simen seluas 400 kaki persegi.
Dengan menggunakan sistem paip PVC, air kolam akan ditukarganti setiap hari untuk
menjaga kebersihan air dan kesihatan itik.

6. PENGALAMAN

Projek ternakan itik daging ini telah dimulakan oleh kami pada tahun 2010 dengan
permulaan induk 100 ekor. Hasil jualan itik daging yang diperolehi sehari ialah 9kg
(tiga ekor). Disebabkan projek ini dijalankan dibelakang rumah, maka projek ini tidak
dapat dikembangkan kerana tempat yang sempit dan tidak bersesuaian.

7. PEMASARAN

Dianggarkan dalam masa 4 bulan itik daging akan mencapai berat 3kg. Harga
pasaran pula bagi setiap 3kg adalah RM7. Buat masa sekarang pasaran kami hanya
terhad disekitar Lata Rek dan Laloh sahaja. Ini kerana kekurangan bekalan yang ada.

Sekiranya projek ini mendapat sokongan dari pihak tuan serta meluluskan
permohonan pinjaman yang diperlukan kami bercita-cita untuk meluaskan
pasarannya. Sehubungan itu kami juga bercadang untuk menjadi pembekal anak-
anak itik daging kepada penternak-penternak yang lain setelah adanya mesin
pengeraman telur.

8. KEPERLUAN PEKERJA

Buat masa ini kerja-kerja dibantu sepenuhnya oleh isteri, tenaga kerja masih
mencukupi dan dijalankan secara sendiri. InsyaAllah sekiranya projek ini berjaya
maka dengan sendirinya keperluan pekerja diperlukan dan dengan ini secara tidak
langsung dapat membantu orang kampung melakukan pekerjaan.

9. PENUTUP

Projek ini akan beroleh hasil pulangan yang lumayan sekiranya mendapat bantuan
dan modal serta sokongan dari KESEDAR dan Bank Pertanian. Secara keseluruhannya
rancangan untuk memohon bantuan adalah sebagai modal untuk penyediaan
kawasan ternakan yang lebih luas dan lebih baik supaya kerja-kerja dapat
dilaksanakan tanpa sebarang masalah atau gangguan persekitaran.
PENYATA UNTUNG RUGI
BAGI TAHUN PERTAMA

TAHUN PENJUALAN DAGING RM


2012 5400KG 37,800.00

PERBELANJAAN UNTUK SETAHUN

I. Penyediaan tempat / kawasan : RM 10,000.00


II. Beli anak / baka 1800 ekor : RM 8,100.00
III. Belian makanan : RM 7,000.00
IV. Belian ubat-ubatan : RM 500.00
RM 25,600.00

PENDAPATAN

I. Hasil daging : RM 37,800.00


II. Perbelanjaan pengurusan : RM 25,600.00

Baki : RM 12,200.00
LEHA BT BESAR,
KG. Bukit Budu Lata Rek,
18000 Kuala Krai,
KELANTAN. 23/06/2011

Kepada,

Tuan Pengurus Operasi,


Pejabat Operasi KESEDAR,
Chuchuh Puteri,
18000 Kuala Krai,
KELANTAN.

Tuan,

KEBENARAN MENDUDUKI DAN MENGGUNAKAN TANAH LOT DUSUN NO. LOT 1669
MUKIM MANJOR

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan saya adalah pemilik bagi tanah yang tersebut di atas dengan ini
memberi kebenaran kepada anak saya iaitu Mohd Omar Bin Yaacob, No. K/P: 770425-03-
6705 untuk tujuan menjalankan Projek Ternakan Itik Daging tanpa sebarang tempoh masa.

Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

______________
(LEHA BT BESAR)
No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai