Anda di halaman 1dari 11

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN

CARA-CARA MENANGANINYA

1.0 Pengenalan

Sejajar dengan peningkatan kualiti sistem pendidikan negara, Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah memainkan peranan yang amat penting
dalam menjadi batu asas rujukan buat semua warga pendidik untuk dijadikan
sebagai garis panduan dalam melaksanakan hasrat negara melalui program
transformasi pendidikan. FPK menekankan aspek perkembangan potensi
individu secara menyeluruh yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan juga terkini sosial yang bertunjangkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Bagi memenuhi tuntutan matlamat FPK tersebut, satu
penyelarasan dan penyesuaian ditetapkan terhadap Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) negara Malaysia.

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negaraserta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
(Sumber : Ee Ah Meng, 2005)

FPG yang dinyatakan menggambarkan bagaimana sistem pendidikan


negara amat menitikberatkan aspek personaliti dan profesionalisme seseorang
guru. Untuk mencapai tahap yang dikehendaki melalui FPK tersebut, para guru
terlebih dahulu perlu membentuk sahsiah serta peribadi diri berteraskan kepada
nilai-nilai yang digaris dalam FPG. Namun begitu, disebabkan oleh perubahan
arus modenisasi serta globalisasi telah menjadikan pendidikan di negara
Malaysia telah berubah bidang cakupan ilmunya kepada aspek yang lebih
meluas serta keperluan didikan kemahiran yang pelbagai.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 1


Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah, proses perubahan yang berlaku
sedikit sebanyak telah memberi impak positif juga negatif terhadap matlamat
yang ingin dicapai berdasarkan niali-nilai yang terdapat dalam FPG itu sediri.
Kini, para guru terpaksa “membayar” bakti mereka sebagai seorang guru dengan
nilaian harga yang tinggi melalui bebanan tugas sebagai seorang guru. Bidang
tugas guru yang semakin meluas telah memberi kesan mendalam terhadap
profesionalisme keguruan.

Kebanyakkan nilai-nilai murni yang ditetapkan dalam FPG tidak dapat


dipenuhi disebabkan oleh terdapat ramainya di kalangan para guru mengalami
tekanan perasaan. Didapati bahawa, arus pendidikan pada hari ini semakin lama
semakin mendesak para profesional pendidik untuk terus bekerja keras dan lebih
had masa yang ditetapkan demi memenuhi kehendak dunia pendidikan kini.
Secara tidak sedar, kelancaran proses pendidikan kini terganggu disebabkan
oleh hasil daripada bebanan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap
orang guru.

Walaupun begitu, isu berkenaan dengan ketegangan perasaan atau


tekanan emosi dalam kalangan para guru ini merupakan suatu lumrah dan fitrah
semula jadi sifat kemanusiaan yang selalu berlaku. Namun, adalah perlu bagi
seseorang individu tersebut tahu cara dan langkah yang terbaik untuk
menangani dan mengatasi permasalahan yang berlaku dengan bijaksana. Oleh
yang demikian, tugasan yang dilaksanakan ini akan membincangkan mengenai
topik isu guru yang mengalami tekanan emosi serta cara-cara untuk tangani
masalah yang dihadapi tersebut dengan baik berdasarkan kepada aspek emosi
dan perundangan keguruan.

2.0 Konsep Tekanan Emosi

Tekanan berasal daripada kata akar tekan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005), menyatakan bahawa tekan merujuk kepada perkara yang

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 2


mendesak kuat-kuat atau menindih kuat-kuat manakala tekanan merupakan satu
keadaan di mana terdapat sesuatu perkara yang menekan dengan kuat,
desakan atau paksaan. Kedua-dua tafsiran yang diberikan adalah lebih menjurus
kepada suatu keadaan atau situasi seseorang yang menerima tekanan atau
ditekan.

Tafsiran ini selaras dengan pendapat yang diberi oleh McGrath (1974),
yang menyatakan bahawa tekanan boleh dieertikan juga toleransi yang mana
persekitaran yang mengalami keadaan tekanan boleh dianggap berada pada
luar batasan toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan
rangsangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat
tertinggi. Ketiga-tiga definisi yang dinyatakan boleh dikait rapat dengan aspek
tekanan emosi. Secara kasarnya, dengan merujuk kepada ketiga-tiga definisi
tersebut, tekanan emosi boleh ditafsirkan sebagai suatu keadaan perlakuan yang
tidak menentu oleh seseorang disebabkan bebanan atau desakan yang
dihadapinya.

Jika dilihat dari aspek pendidikan pula, tekanan emosi di kalangan guru
ditakrifkan sebagai satu pengalaman yang kurang disenangi oleh seseorang
guru dari aspek perasaannya yang meliputi ciri-ciri ketegangan, kebimbangan,
kemarahan dan keseluruhannya yang berkaitan dengan pengalaman sedih
melalui dunia pekerjaannya sebagai seorang guru. Tafsiran tersebut adalah
hampir sama ertinya dengan tafsiran yang diberikan oleh Morstt dan Furst pada
tahun 1979. Morstt dan Furst menanyatakan bahawa tekanan emosi merupakan
suatu keadaan yang dipengaruhi oleh ganggu mental dan emosional yang boleh
mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu
ditanggung oleh tubuh badan (Fariza Md. Sham, 2005). Secara ringkasnya,
tekanan emosi dan perasaan di kalangan guru ini boleh dikatakan sebagai kesan
dan tindak balas negatif seperti kemarahan, kemurungan atau sebarang bentuk
tingkah laku yang tidak diingini yang berpunca daripada peristiwa yang
mendesak pelaku atau situasi yang sedih.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 3


3.0 Analisis Artikel

Artikel yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah berkait rapat dengan
kejadian sedih yang menimpa negara pada April 2011 yang lalu yang mana
peristiwa seorang guru agama membelasah seorang murid tahun satu sehingga
menyebabkan kematian terhadap murid tersebut. Secara ringkasnya, akhbar
berita harian membuat kenyataan bahawa situasi sedemikian bermula apabila
murid tersebut telah disyaki mencuri duit belanja rakannya sebanyak RM 7.00.
berikutan daripada itu, guru agama tersebut telah mengikat mangsa ditingkap
asrama kemudian telah membelasah mangsa secara bertubi-tubi hampir 2 jam
lamanya.

Akibat daripada penderaan yang berlaku mangsa yang dibelasah pengsan


dan kemudiannya dibawa terus ke hospital berdekatan. Namun begitu, nasib
tidak menyebelahi guru agama tersebut. Anak murid yang didera olehnya
meninggal dunia pada pagi hari seterusnya. Merujuk kepada berita lanjutan, guru
agama tersebut telah didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan untuk diadili
sewajarnya.

Berdasarkan kepada artikel yang diperolehi, secara umumnya didapati


bahawa guru agama sekolah tersebut gagal untuk megawal emosinya dengan
baik. Beliau dengan sewenangnya menghukum murid tersebut dengan
memukulnya bertubi-tubi sehingga menyebabkan murid tersebut mengalami
lebam dan pendarahan dalaman yang teruk. Tambahan daripada itu, guru
agama tersebut telah gagal menjalankan fungsinya sebagai seorang guru
dengan baik. Beliau telah terus menerus menghukum murid tersebut tanpa
terlebih dahulu menyiasat kesahihan pertuduhan yang dibuat terhadap mangsa.

Namun begitu, sebagai seorang yang berperikemanusiaan dan masih


berada pada keadaan yang normal, guru agama tersebut telah menyedari

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 4


kesilapan yang dilakukannya dan seterusnya dengan sendirinya menghantar
murid tersebut setelah mangsa pengsan kerana didera dengan teruk. Guru
kepada mangsa tersebut telah mengakui kesalahannya dan seterusnya
bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun beliau telah
gagal menjalankan tugas dan peranan sebagai seorang guru, beliau tetap
bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dilakukan.

4.0 Langkah Menangani Isu Berbangkit

Langkah mengatasi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan


mengurangkan masalah tekanan dikalangan guru demi kebaikan perjalanan
pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi
kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal
antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya
tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet
Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).

Tambahan daripada itu lagi, Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakannya
menyatakan bahawa, ‘anggapan’ menjadi seorang guru adalah mudah perlu
dibuang daripada mentaliti setiap pihak memandangkan tugas guru semakin
mencabar dari hari ke hari. Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas
mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya
pengorbanan yang tinggi. Berikutan daripada itu, sikap dan mentaliti masyarakat
dunia kini perlu berubah sama sekali dengan tidak hanya memandang remeh
dunia keguruan ini. Berikut merupakan antara cadangan yang perlu
dipertimbangkan berkaitan tekanan emosi dalam kalangan guru dengan merujuk
kepada catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005).

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 5


4.1 Mengkaji Semula Beban Tugas Guru

Berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan oleh warga


pendidik, terdapat beberapa kajian lengkap telah dilaksanakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran bagi memenuhi kehendak warga pendidik
tersebut. Kajian keseluruhannya mendapati bahawa, para guru
memperoleh kembali tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak
ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu memberi
tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki.

Di antara langkah yang akan diambil adalah penambahan guru,


pengurangan muird dalam sebuah bilik darjah dan mengambil lebih
banyak kakitangan perkeranian supaya guru dapat memberi lebih
tumpuan kepada tugas teras mereka iaitu mengajar. Secara ringkasnya,
guru tidaklah seharusnya dibebani oleh tugas-tugas sampingan yang
bukannya berada dibawah bidang keguruan ini. Tambahan daripada itu,
guru tidak seharusnya dibebani oleh kerja individu yang lain dalam
menjalani tugas sebagai seorang guru.

4.2 Sokongan Pihak Pengurusan

Sokongan daripada pihak pengurusan amat diperlukan oleh mana-


mana jua guru dalam proses menangani tekanan emosi yang dihadapi.
Pada kebiasaannya, guru-guru akan merasa lebih selamat dan terjamin
apabila pihak sekola lebih memihak kepada guru apabila berlakunya
suatu kejadian atau desakan daripada pihak luar. Dunham, tahun 1977,
dalam catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005),
menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan
murid-murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan
dan rakan sekerja.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 6


Tambahan daripada itu, dalam catatan yang sama, Abdel Halim
tahun 1978, mencadangkan bahawa untuk mengurangkan kesan yang
tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan, sesebuah organisasi
boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula pekerjaan
untuk memperkayakan peranan guru. Organisasi yang dimaksudkan
dalam dunia pendidikan ini adalah pihak pentadbir itu sendiri termasuklah
rakan sejawatnya.

Dalam usaha lanjutan, pihak pengurusan boleh campur tangan


dalam permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dengan cara
menggunakan khidmat pakar kaunseling terhadap guruguru yang
bermasalah. Tindakan yang dilaksanakan secara tidak langsung
menunjukkan sokongan sosial pihak pengurusan terhadap guru berlaku
dengan baik. Untuk tambahan cadangan, pihak boleh melaksanakan
beberapa program semangat berpasukan atau sebarang program cara
menangani tekanan emosi.

4.3 Suasana Kerja Kondusif

Ternyata iklim persekolahan amat memainkan peranan yang


penting dalam usaha untuk menangani masalah tekanan emosi di
kalangan guru. Menurut Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005),
persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-
bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat
diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Tambahan daripada itu,
pendidikan adalah komunikasi di antara pelajar dan pengajar di mana
kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada keselesaan.

Schonfeld, tahun 2001, melalui catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan
rakan-rakan (2005), telah menjalankan kajian yang menyatakan bahawa
kemerosotan persekitaran kerja adalah antara peyumbang yang utama

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 7


kepada faktor keletihan dan kemurungan guru. Tambahan lagi, Mohd
Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan (2005) menyatakan bahawa, profesion
keguruan sendiri merupakan satu proses motivasi kendiri dan kawalan
lokus dalaman guru untuk tujuan memotivasikan mereka supaya dapat
mengingatkan semula mereka agar mempertingkatkan kualiti pengajaran
yang kemudiannya menyebabkan tekanan yang besar kepada para guru.

4.4 Insentif Perguruan

Insentif perguruan membawa maksud kepada satu pembalasan


yang berbentuk benda atau wang ringgit terhadap hasil kerja yang telah
dilakukan oleh seseorang guru tersebut. Dalam erti kata lain, pihak
pengurusan memberi hadiah sama ada berupa wang atau benda kepada
guru-guru yang telah berjaya menunjukkan prestasinya yang baik dan
cemerlang. Dengan kata mudah, insentif yang diberikan merupakan satu
faktor cara terbaik merangsang guru-guru untuk terus kekal dalam prstasi
kerja yang cemerlang.

Tafsiran awal berkenaan dengan insentif yang diberikan adalah


selaras dengan pendapat Johnston, tahun 1996, yang mana beliau juga
berpendapat bahawa penyataan intensif yang jelas merupakan salah satu
daripada faktor yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan
mengurangkan tekanan dalam bidang pendidikan (Mohd Fadzil Abu
Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah
Jamaludin, 2005).

Secara keseluruhannya, apa yang perlu dinilai semula adalah


mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana
tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet
Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).
Setakat yang difahamkan, kerajaan tidak memperuntukan langsung

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 8


sebarang duit elaun tambahan kepada guru-guru yang terpaksa bekerja
pada hari Sabtu walaupun ada kakitangan awam lain yang dibayar elaun
khas jika bekerja lebih masa. Amnya, dapat dikatakan bahawa,
pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan
isu guru yang tidak bertanggungjawab, walaupun bayaran yang diberikan
tidak begitu besar.

4.5 Pendedahan Cara Mengawal Tekanan

Kehidupan para guru sememangnya tidak lekang daripada


dipengaruhi oleh aspek tekanan emosi. Sebagaimana para profesional
dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk
menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya
sendiri. Selye dalam catatan Mohd Fadzil Abu Bakar dan rakan-rakan
(2005) menyatakan bahawa, tekanan hidup adalah tidak harus dielak
kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat
menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan
cara berada dalam tahap berjaga- jaga.

Terdapat beberapa langkah yang terbaik untuk dibuat oleh para


guru jika sedang berada dalam situasi tertekan. Pertamanya, para guru
perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka
terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson dan Janis
menyarankan kaedah inokulasi tekanan (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet
Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).
Kaedah yang dimaksudkan ini bertujuan untuk meningkatkan pertahanan
terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Tambahan lagi,
Janis tahun 1982, teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu
telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk
perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu
adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 9


yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet
Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin, 2005).

5.0 Penutup

Zaman kini, tugas sebagai seorang guru bukan lagi perkara yang mudah
untuk dilakukan. Terdapat banyak pengorbangan dan keikhlasan yang perlu
disemai dan dipupuk dalam diri guru masing-masing. Secara puratanya,
memang terdapat pada setiap pekerjaan tekanan kepada individu. Namun
begitu, bukanlah beerti perkara sedemikian dijadikan sebagai alasan untuk kita
semakin merosot prestasinya dalam bidang kerjaya yang diceburi. Perkara
seumpama ini perlu dititikberatkan dan ditangani dengan segera agar setiap
pihak dapat mengelakkan diri dari terjebak ke dalam budaya kerja yang tidak
sihat disebabkan oleh tekanan emosi.

Isu yang dibangkitkan ini bukan hanya perlu dipandang oleh sebelah
pihak yang menghadapinya sahaja, pihak atasan yang berkaitan turut perlu
memainkan peranan mereka dalam usaha untuk tangani gejala tekanan emosi di
kalangan guru. Ini bermakna, tidak ada pihak yang hanya sekadar menunding
jari dan menyalahakan pihak yang lain. Kesemuanya harus sama-sama memikul
tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh yang demikian, kesimpulannya dapat
dikatakan bahawa, cara yang terbaik untuk menangani isu tekanan emosi di
kalangan guru ialah melalui penglibatan semua pihak termasuklah pihak
kementerian, pengurusan sekolah, rakan sejawat, murid-murid dan yang paling
utama sekali ialah diri guru itu sendiri. Segala usaha menangani haruslah
berpaksikan kepada mempertingkatkan dan memartabatkan semula status
pendidikan negara Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan melalui program
transformasi pendidikan negara.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 10


BIBBLIOGRAFI

Ah Meng, E. (2005). Pengetahuan dan Keterampila Ikhtisas. Selangor : Penerbit Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Berita Semasa. (2011). Pelajar Mati Dipukul Guru Agama-Mengapa?. Diperolehi pada
Ogos 24, 2011 daripada http://beritasemasa.com.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fariza Md. Sham. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam. Diperolehi pada September 2,
2011 daripada http://www.ukm.my.

McGarth, J. (1974). Social and Psychological Factors in Stress. New York: Holt,
Rinehart & Winston.

Mohd Fadzil Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah
Jamaludin. (2005). Tekanan Guru Dalam Menyampaikan Pendidikan dan Resolusi
Penyelesaiannya. Diperolehi pada September 3, 2011 pada http://web1.fp.utm.my.

Mutakhir. (2011). Ustaz Pukul Murid Sampai Mati Minta Maaf. Diperolehi pada Ogos 23,
2011 daripada http://www.bharian.com.my.

Nasional. (2011). Guru Pukul Murid Sampai Mati Hadapi Tuduhan Membunuh.
Diperolehi pada Ogos 23, 2011 daripada http://www.bharian.com.my.

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU DAN CARA TANGANINYA 11

Anda mungkin juga menyukai