Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU SPM TEKNIK PENULISAN RUMUSAN YANG BETUL

1. Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15
patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.

2. Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah kelebihan) Salah satu kelebihan makan bersama keluarga ialah
(isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping
itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana. Kalau isi tersurat sudah ditulis 6 isi, kira jumlah
perkataan. Kalau baru 60 perkataan, anda boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula isi
kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja
ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

3. Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. Contoh: Halangan untuk makan bersama
keluarga ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi lagi. Selain itu, (isi 3). Jangan tulis
isi tersirat melebihi 3 ayat atau 3 isi.
4. Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu
apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan
daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, ibu bapa harus makan bersama anak-anak untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan (unsur pertama) agar anak-anak berasa dihargai. (unsur kedua).

PERKATAAN YANG SESUAI DITUKAR UNTUK


SPM SKOP SOALAN
PENDAHULUAN

NOV 2001 Tanggungjawab penulis Peranan / sumbangan/ tugas


Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam
JUN 2002 sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas
pembangunan ekonomi negara

Langkah-langkah untuk meningkatkan


usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/
NOV 2002 penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan
teknik-teknik/ strategi/tindakan
kakitangan kerajaan

Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/


JUN 2003
moral masyarakat. pendekatan/ strategi/tindakan
NOV 2003 Kepentingan pelabelan makanan faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
Masalah yang dihadapi oleh sektor
JUN 2004 kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
perubatan awam di Malaysia.
Faedah penubuhan badan khas bagi membantu
NOV 2004 manfaat/kebaikan/kelebihan/kepentingan
pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
Cara-cara mengurus tekanan
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/
JUN 2005 dan kepentingan pengurusan tekanan kepada
strategi
individu
Faedah-faedah hidup berjiran
NOV 2005 manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan
dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
Kelebihan kerja berpasukan dan
JUN 2006 faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan
cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/
NOV 2006 bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi
pendekatan/ strategi
bahasa dalam masyarakat
JUN 2007 Kepentingan terumbu karang di faedah-faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
NOV 2007 Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah/ langkah-langkah /
sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. pendekatan / teknik-teknik / strategi
CONTOH JAWAPAN
Kelebihan makan bersama keluarga.

Petikan membincangkan kesan positif makan bersama-sama keluarga dalam kalangan masyarakat.(P)

Salah satu kelebihan makan bersama keluarga ialah ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik.
(S1) Selain itu, ibu bapa boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. (S2) Seterusnya ibu bapa boleh
berinteraksi dengan anak-anak. (S3) Seperkara lagi, ibu bapa juga boleh mengesan pergerakan anak-anak.(S4) Pada masa
yang sama ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. (S5) Di samping
itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin.(S6) Kelebihan terakhir ialah dapat melatih anak-anak
berfikir dan bertutur. (S7)

Halangan untuk mengamalkannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan urusan pejabat. (T1) Selain itu,
anak-anak menganggap makan bersama membuang masa.(T2)

Kesimpulannya, ibu bapa perlu makan bersama anak-anak supaya dapat mengetahui perkembangan semasa
anak-anak mereka.(K)

(121 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai