Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih diucapkan kepada pengawas bertugas

Yang berusaha, Encik Samsuki b. Sudin, Pengetua SMK Ideal Heights

Encik Kamarudin b. Kudong, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Jamilah bt. Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Fawojan b. Abd. Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru serta rakan- rakan yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita
berkumpul pada pagi ini bagi menyempurnakan majlis penutupan minggu bahasa
dan minggu sains dan matematik tahun 2017.Untuk pengetahuan rakan-rakan
sekalian, pada 13 hingga 27 Februari yang lepas, Bidang Bahasa telah
berkolaborasi dengan Bidang Sains dan Matematik dalam menjayakan Minggu
Bahasa dan MInggu Sains dan Matematik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan
sepanjang 2 minggu lepas dalam panitia masing-masing. Tanpa melengahkan
masa, majlis mempersilakan Tuan Pengetua, En. Samsuki b. Sudin untuk
memberikan ucapan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

*******************************************

Terima kasih diucapkan kpd En. Samsuki b. Sudin atas ucapan itu tadi. Seterusnya,
majlis mempersilakan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa Pn. Maheswary a/p
Suppiah dan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik Pn. Zaleha bt. Abu.
Samah naik ke pentas untuk mengiringi En. Samsuki b. Sudin menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

**********************************************************

(Lampiran senarai pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian beliau untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Seterusnya, dipersilakan Pn. Zaleha bt. Abu Samah untuk menyampaikan
cenderahati kepada En. Samsuki b. Sudin.

**********************************************************

Terima kasih diucapkan kpd Pn. Zaleha. Sekarang, marilah kita sama-sama
saksikan persembahan yang hebat daripada Johan pertandingan Idealian Got
Talent. Dipersilakan ______________________________

Persembahan yang sangat memukau. Terima kasih diucapkan kepada


Saudara______________________ atas persembahan itu tadi.

Dengan itu, berakhirlah sudah minggu Bahasa dan Minggu Sains dan Matematik.
Semoga segala aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 minggu ini memberikan impak
yang positif kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid
yang turut menjayakan minggu Bahasa dan Minggu Sains dan Matematik. Akhir
kata daripada saya,

HEBAT BERBAHASA TANPA DARVIH

DAN

CEMERLANG SAINS DAN MATEMATIK TANPA DARVIH.

SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM

Anda mungkin juga menyukai