Anda di halaman 1dari 8

1|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

MILIK ABADI : …………………..………………………………

Tingkatan 5

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


2|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


1) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar • ... adalah perubahan dalam kuantiti bahan tindak balas atau
tindak balas? hasil tindak balas per unit masa (definisi umum)
• Cth.: ... adalah isipadu gas karbon dioksida yang dibebaskan
dalam tempoh sesaat (khusus)
2) Nyatakan 2 cara yang berbeza untuk • Jenis penentuan kadar tindak balas;
mengukur kadar tindak balas bagi tindak 1. Kadar tindak balas purata (kadar dalam tempoh masa yang
balas kimia. tertentu)
2. Kadar tindak balas pada masa tertentu (kadar khusus pada
suatu masa dinyatakan)
3) Apakah yang dinyatakan dengan teori • Menurut teori perlanggaran, untuk tindak balas yang akan
perlanggaran? berlaku, zarah bahan tindak balas mesti:
 berlanggar antara satu sama lain pada orientasi yang betul,
 mencapai jumlah tenaga yang menyamai tenaga pengaktifan.
4) Apakah itu tenaga pengaktifan? • ...ialah tenaga minimum dalam sistem tindak balas yang mesti
diatasi oleh tenaga yang dikumpul oleh zarah-zarah yang
berlanggar untuk berlakunya tindak balas kimia itu.
5) Apakah perlanggaran berkesan ? • Perlanggaran zarah-zarah dengan orientasi yang betul dan
tenaga dihasilkan dapat mengatasi tenaga pengaktifan sistem.
6) Nyatakan faktor-faktor yang • Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas;
mempengaruhi kadar tindak balas kimia. 1. Saiz bahan tindak balas (pepejal)
2. Kepekatan bahan tindak balas (larutan)
3. Suhu bahan tindak balas
4. Kehadiran mangkin
5. Tekanan bahan tindak balas (gas)
7) Terangkan bagaimana jumlah luas • Apabila saiz bahan tindak balas pepejal adalah lebih kecil.
permukaan (saiz bahan tindak balas) boleh • Jumlah luas permukaan yang terdedah kepada perlanggaran
meningkatkan kadar tindak balas meningkat.
berdasarkan teori perlanggaran. • Frekuensi perlanggaran antara zarah kalsium karbonat dan ion
(Spesifik : tindak balas antara kalsium
hidrogen (zarah2 bertindak balas) meningkat.
karbonat dan larutan asid hidroklorik )
• Ini meningkatkan frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah.
• Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.
8) Terangkan bagaimana kepekatan larutan • Apabila kepekatan larutan bertambah, bilangan zarah per unit
boleh meningkatkan kadar tindak balas isipadu bertambah.
berdasarkan teori perlanggaran. • Zarah mempunyai lebih banyak peluang untuk berlanggar
(Spesifik : tindak balas antara kepingan dengan lebih kerap.
zink dan larutan asid hidroklorik pekat)
• Frekuensi perlanggaran antara atom zink dan ion hidrogen
(zarah2 bertindak balas) meningkat.
• Frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah bertambah.
• Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.
9) Jelaskan bagaimana suhu boleh • Apabila suhu bahan tindak balas bertambah, tenaga kinetik
meningkatkan kadar tindak balas zarah bertambah.
berdasarkan teori perlanggaran. • Zarah bergerak dan berlanggar dengan lebih kerap.
(Spesifik : tindak balas antara larutan • Frekuensi perlanggaran antara ion thiosulpahte dan ion
natrium tiosulfat dengan larutan asid
hidrogen meningkat.
sulfurik)
• Frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah meningkat.
• Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.
10) Definisikan istilah mangkin. • ... adalah bahan yang boleh mengubah kadar tindak balas kimia
sedangkan ia tidak berubah secara kimia di akhir tindak balas.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


3|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

11) Terangkan bagaimana pemangkin boleh • Apabila mangkin positif digunakan, ia menyediakan laluan
meningkatkan kadar tindak balas alternatif dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah.
berdasarkan teori perlanggaran. • Lebih banyak molekul2 hidrogen peroksida berlanggar dan dapat
(Spesifik : tindak balas penguraian mengatasi tenaga pengaktifan baru yang lebih rendah.
hidrogen peroksida dengan menggunakan
• Ini meningkatkan frekunsi perlanggaran berkesan antara
serbuk mangan(IV) oksida)
molekul2 hidrogen peroksida (zarah bertindak balas).
• Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.
Mangkin tidak meningkatkan frekuensi perlanggaran antara zarah-zarah
yang bertindak balas dan tidak meningkatkan kuantiti hasil.
12) Jika graf tindak balas antara pita
magnesium dan larutan asid sulfurik 0.1
mol dm -3 diperoleh seperti dalam graf
berikut (dilabelkan sebagai X), cadangkan
bagaimana untuk mendapatkan graf Y
dengan kecerunan yang lebih tinggi?
Isipadu H2 (cm3)
• Graf Y boleh diperoleh dengan;
1. gunakan serbuk magnesium (saiz lebih kecil)
2. gunakan asid sulfurik 2.0 mol dm-3 (lebih pekat)
Y
X 3. panaskan campuran bahan tindak balas (suhu tinggi)
4. tambahkan kuprum(II) sulfat (kehadiran mangkin)

Masa (s)

13) Nyatakan secara ringkas, bagaimana • Aplikasi daripada pengetahuan kadar tindak balas ;
pengetahuan tentang faktor-faktor yang 1. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk
mempengaruhi kadar tindak balas 2. Masak makanan dalam saiz yang lebih kecil
digunakan dalam kehidupan seharian 3. Gunakan serbuk besi dalam proses Haber
manusia.
4. Gunakan vanadium(V) oksida dalam proses Sentuh

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


14) Apakah itu sebatian hidrokarbon ? • … ialah sebatian (organik) yang mengandungi hanya atom
karbon dan atom hidrogen sahaja dalam molekulnya.
15) Apakah hidrokarbon tepu dan hidrokarbon • Hidrokarbon tepu adalah sebatian hidrokarbon yang
tak tepu? mengandungi hanya ikatan kovalen tunggal dalam molekulnya.
Nyatakan satu contoh bagi setiap Contoh: etana.
daripada mereka. • Hidrokarbon tak tepu adalah sebatian hidrokarbon yang
mengandungi ikatan kovalen berganda (ganda dua atau tiga)
(antara atom-atom karbon) dalam molekul itu.
Contoh: etena.
16) Nyatakan kumpulan berfungsi dan
formula am bagi setiap siri homolog yang Siri Homolog Kumpulan berfungsi Formula am
berikut; Alkana - CnH2n+2
(a) Alkana Alkena Ikatan ganda dua
CnH2n
(b) Alkena karbon-karbon, -C=C-
(c) Alkohol Alkohol hidroksil, -C-OH CnH2n+1OH
(d) Asid karboksilik Asid karboksilik karboksil, -COOH CnH2n+1COOH
17) Apakah itu isomerisme? • ... adalah fenomena di mana dua atau lebih molekul yang
mempunyai formula molekul yang sama, tetapi formula
struktur yang berbeza.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


4|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

• Semua isomer mempunyai sifat kimia yang sama (kerana


mempunyai kumpulan berfungsi yang sama) tetapi sifat-sifat
fizik yang berbeza (kerana cara susunan atom berbeza).
18) Terangkan mengapa gas etena boleh • Etena merupakan hidrokarbon tak tepu ; ia mengandungi ikatan
menyahwarna warna ungu larutan kalium karbon-karbon ganda dua.
manganat(VIl) berasid tetapi etana tidak • Oleh itu, ia boleh mengalami tindak balas penambahan /
boleh menyahwarnakan larutan tersebut. pengoksidaan dengan larutan manganate(VII) berasid.
• Etana adalah hidrokarbon tepu ; mengandungi ikatan tunggal
sahaja.
• Oleh itu ia tidak boleh menjalani tindak balas penambahan.
19) Selain larutan kalium manganat (VII), 1. Air bromin, Br2(aq)
nyatakan bahan kimia lain yang boleh Heksena menyahwarnakan warna perang air bromin.
digunakan untuk membezakan antara dua
cecair tidak berwarna heksana dan 2. Larutan kalium dikromat (VI) berasid, K2Cr2O7(aq)/H+
heksena. Nyatakan juga pemerhatiannya.
Hexena menukarkan warna jingga larutan dikromat(VI) ke hijau.
20) Kedua-dua heksana dan hexena • Ini kerana hexena mengandungi peratusan jisim atom karbon
mempunyai enam atom karbon per per molekul yang lebih tinggi berbanding dengan haxana.
molekul, tetapi hexena terbakar dengan • % atom C dalam heksana, C6H14 = 83.72%
nyalaan api yang lebih hitam. Terangkan • % atom C dalam heksena, C6H12 = 85.71%
mengapa.
21) Pentana dan propana adalah ahli keluarga • Saiz molekul pentana adalah lebih besar daripada propana.
alkana. Terangkan mengapa takat lebur • Daya van der Waals antara molekul dalam pentana lebih kuat.
pentana adalah lebih tinggi daripada • Ia memerlukan tenaga haba yang lebih tinggi untuk mengatasi
propana. daya tarikan yang lebih kukuh antara molekul.
22) Nyatakan 5 ciri-ciri sesuatu siri homolog 1. Ahli diwakili oleh formula am yang sama.
sebatian karbon. 2. Ahli berikutnya dalam siri adalah berbeza dengan -CH2 dengan
jisim molar 14
3. Sifat-sifat fizik ahli berubah secara beransur-ansur mengikut
bilangan atom C yang meningkat.
4. Sifat-sifat kimia ahli adalah sama kerana mereka mempunyai
kumpulan berfungsi yang sama.
5. Ahli-ahli boleh disediakan dengan kaedah yang sama.
23) Nyatakan nama tindak balas bagi
penghasilan bahan-bahan berikut: • Nama tindak balas;
a) Etena menghasilkan etana a) penghidrogenan
b) Etena menghasilkan haloetana b) penukargantian oleh halogen dalam sinar uv
c) Etena menghasilkan etanol
c) penghidratan
d) Etena menghasilkan kloroetana
e) Etanol menghasilkan etena d) penghalogenan / pengklorinan
f) Etanol hasilkan karbon dioksida + air e) pendehidratan
g) Etanol menghasilkan asid etanoik f) pembakaran
g) Etanol + etanoik hasilkan etil etanoat + g) pengoksidaan
air h) pengesteran
24) Huraikan satu ujian untuk membezakan 1) Tuang 3 cm3 cecair heksana ke dalam sebuah tabung uji.
antara heksana dan heksena. 2) Tambah 3 titik air bromin dalam 1,1,1-trikloroetana ke dalam
heksana dalam tabung uji tersebut lalu ditutup dengan gabus.
3) Goncang campuran dengan sempurna.
4) Rekod perubahan warna larutan dalam tabung uji itu.
5) Ulangi Langkah 1-4 menggunakan cecair heksena.
Keputusan:
Hexena menyahwarnakan air bromin yang perang.
Heksana tidak mengubah warna perang air bromin.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


5|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

25) Tuliskan persamaan kimia bagi setiap Persamaan kimia melibatkan sebatian karbon;
tindak balas berikut ;
a) C2H4 + H2  C2H6
a) Penghidrogenan etena
b) C3H6 + H2O(g)  C3H7OH
b) Penghidratan propena
c) Pembrominan etena c) C2H4 + Br2  C2H4Br2
Kaji dan
d) Etena + KMnO4 (aq) berasid d) C2H4 + H2O + [O]  C2H4(OH)2 tulis
semula!
e) Pempolimeran etena e) n C2H4  -[- C2H4 -]n-
f) Ethanol + asid propanoik pekat f) C2H5OH  C2H4 + H2O
g) Ethanol + K2Cr2O7 (aq) berasid
g) C2H5OH + 2[O]  CH3COOH + H2O
h) Asid etanoik + pita Mg
h) CH3COOH + Mg  (CH3COO)2Mg + H2
i) Asid propanoik + CaCO3
i) 2 C2H5COOH + CaCO3  (C2H5COO)2Ca + H2O + CO2
26) Terangkan proses pembekuan susu getah • Zarah getah diperbuat daripada molekul getah rantai panjang
(lateks) apabila asid formik ditambah. yang diliputi oleh lapisan membran protein. Membran protein
ini bercas negatif dan menyebabkan zarah getah menolak
antara satu sama lain.
• Apabila asid cair seperti asid metanoik (asid formik)
ditambahkan, ion hidrogen, H+ daripada asid meneutralkan cas
negatif pada membran protein.
• Oleh itu, zarah getah menjadi neutral dan tidak lagi menolak
antara satu sama lain. Zarah getah berlanggar antara satu sama
lain dan memecahkan membran protein yang nipis itu.
• Molekul getah (polimer) di dalamnya dibebaskan.
• Molekul getah bergerak bebas dan mendekati untuk bergabung
antara satu sama lain lalu menggumpal.
• Ini membolehkan susu getah untuk membeku (memejal).
27) Terangkan bagaimana untuk mencegah • Larutan alkali seperti ammonia akueus, NH3 (ak) biasanya
pembekuan susu getah. Terangkan ditambah kepada susu getah untuk mengekalkan susu getah
bagaimana ia berfungsi. dalam keadaan cecair.
• Larutan ammonia, NH3 (ak) mengandungi ion hidroksida, OH- yang
meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
• Ini membantu zarah getah kekal bercas negatif pada membran
protein dan mencegah lateks dari membeku.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


28) Apakah yang dimaksudkan dengan • Pengoksidaan melibatkan penerimaan oksigen.
pengoksidaan dan penurunan berdasarkan • Penurunan melibatkan kehilangan oksigen.
penerimaan atau kehilangan oksigen?

29) Apakah maksud pengoksidaan dan • Pengoksidaan adalah proses kehilangan elektron. ( OIL )
penurunan berdasarkan pemindahan • Penurunan adalah proses mendapat elektron. ( RIG )
elektron?
30) Apakah itu pengoksidaan dan penurunan • Pengoksidaan berlaku apabila nombor pengoksidaan bertambah.
berdasarkan perubahan nombor • Penurunan berlaku apabila nombor pengoksidaanberkurang.
pengoksidaan ?
31) Apakah itu tindak balas redoks ? • … ialah tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan
dan penurunan yang berlangsung secara serentak.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


6|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

32) Apakah maksud agen pengoksidaan dan • Agen pengoksidaan adalah bahan kimia / reagen yang menerima
agen penurunan berdasarkan pemindahan elektron dan ia sendiri menjalani proses penurunan.
elektron? Contoh : air klorin, larutan KMnO4 berasid.
Nyatakan satu contoh agen pengoksidaan • Ajen penurunan adalah bahan kimia / reagen yang kehilangan
dan agen penurunan.
elektron dan ia sendiri menjalani proses pengoksidaan.
Contoh: magnesium, larutan kalium iodida
33) Tentukan sama ada tindak balas antara • Tidak.
asid hidroklorik dan natrium hidroksida • Peneutralan bukan tindak balas redoks.
adalah tindak balas redoks. • Tiada sebarang perubahan nombor pengoksidaan pada mana-
Jelaskan jawapan anda berdasarkan mana atom atau zarah dalam bahan atau hasil tindak balas.
perubahan nombor pengoksidaan .
34) Tindak balas antara zink dan larutan • Zink mengalami pengoksidaan kerana atomnya mendermakan 2
kuprum(II) sulfat adalah tindak balas elektron untuk membentuk ion zink, Zn2+.
redoks. Terangkan mengapa. • Ion kuprum(Il), Cu2+ menjalani penurunan kerana ia menerima 2
elektron daripada atom zink untuk membentuk atom kuprum.
• Proses-proses pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak.
35) Air klorin ditambah kepada larutan • Air klorin adalah agen pengoksidaan.
kalium iodida di dalam tabung uji. 2 cm3 • Klorin (molekul klorin) mengoksidakan ion iodida kepada iodin.
cecair 1,1,1-trikloroetena ditambah ke • Kehadiran iodin memberikan warna ungu di lapisan 1,1,1–
dalam tabung uji dan campuran digoncang trikloroetena (lapisan atas) dari lapisan larutan akueus iodin
dengan teliti. Warna 1,1,1-trikloroetena
yang berwarna kuning gelap.
berubah dari tak berwarna kepada ungu.
Jelaskan.
36) Huraikan proses pengaratan pada • Permukaan besi di bawah pusat titisan air bertindak sebagai
sebatang besi . anod (terminal negatif).
• Permukaan besi di pinggir titisan air berfungsi sebagai katod
(terminal positif).
• Di anod, atom besi kehilangan elektron untuk membentuk ion
ferum(II).
Fe(p)  Fe2+(ak) + 2e (pengoksidaan)
Ion ferum(Il) larut dalam air.

• Elektron mengalir ke pinggir titisan air (katod) dan diterima oleh


molekul oksigen dan air untuk membentuk ion hidroksida.
O2(g) + 2 H2O(c) + 4 e  4 OH-(ak) (penurunan)

• Ion-ion Fe2+ bergabung dengan ion OH- membentuk ferum(II)


hidroksida.
Fe2+(ak) + 2 OH-(ak)  Fe(OH)2(p)
• Ferum(II) hidroksida kemudian terus dioksidakan oleh oksigen
untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat, Fe2O3.xH2O
(bahan coklat dikenali sebagai karat), di mana x ialah integer.
𝑜𝑥𝑖𝑑𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛
Fe(OH)2(p) → Fe2O3.xH2O(p)
37) Apabila besi bersentuhan dengan • Magnesium lebih elektropositif daripada besi.
magnesium, pengaratan besi dihalang dari • Magnesium dilarutkan / terkakis membentuk ion magnesium.
berlaku. Terangkan mengapa? Mg(p)  Mg2+(ak) + 2e
• Ion ferum(II), Fe2+ tidak hadir. Ini bermakna, besi dihalang
daripada berkarat.
38) Apabila besi bersentuhan dengan kuprum, • Besi adalah lebih elektropositif daripada kuprum.
pengaratan besi adalah dicepatkan. • Besi berkarat dengan membentuk ion ferum(II), Fe2+.
Terangkan mengapa? Fe(s)  Fe2+(aq) + 2e

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


7|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

• Kehadiran kuprum meningkatkan kadar pembentukan ion


ferum(II), Fe2+. Hasilnya, pengaratan besi dicepatkan.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


39) Apakah tindak balas eksotermik dan • Eksotermik adalah tindak balas kimia yang membebaskan haba
tindak balas endotermik? ke persekitaran.
Nyatakan satu contoh bagi setiap tindak Contoh : 2 Na(p) + 2 H2O(c)  2 NaOH(ak) + H2(g)
balas. • Endotermik adalah tindak balas kimia yang menyerap haba dari
persekitaran.
Contoh : NaHCO3(p) + HCI(ak)  NaCI(ak) + H2O(c) + CO2(g)
40) Apakah itu haba pemendakan? • Pembebasan haba apabila 1 mol mendakan garam tak larut
terbentuk daripada ion-ionnya dalam larutan akueus.
41) Apakah itu haba penyesaran logam? • Pembebasan haba apabila 1 mol logam disesarkan daripada
larutan garamnya oleh suatu logam yang lebih elektropositif.
42) Apakah itu haba peneutralan? • Pembebasan haba apabila 1 mol air terbentuk daripada tindak
balas antara larutan asid dan alkali.
43) Apakah itu haba pembakaran? • Pembebasan haba apabila 1 mol bahan api terbakar lengkap
dalam oksigen (berlebihan) di bawah keadaan piawai.
44) Terangkan mengapa haba pembakaran • Bilangan atom karbon dan atom hidrogen per molekul bagi
butanol adalah lebih tinggi daripada butanol adalah lebih tinggi daripada etanol.
etanol. • Apabila lebih banyak atom karbon dan atom hidrogen dibakar,
lebih banyak molekul karbon dioksida dan air terbentuk.
• Ini akan menyebabkan lebih banyak ikatan kimia akan dibentuk
dan tenaga haba yang lebih dibebaskan.
45) Terangkan mengapa haba peneutralan • Semua tindak balas peneutralan antara asid kuat dan alkali yang
antara asid kuat dan alkali kuat adalah kuat adalah sama.
sentiasa tetap, iaitu -57 kJmol-1. • Ia hanya melibatkan tindak balas antara ion hidrogen, H+
daripada asid dan ion hidroksida, OH- daripada alkali untuk
menghasilkan molekul air, H2O.
H+ + OH-  H2O
46) Terangkan mengapa haba peneutralan • Ini adalah kerana asid etanoik adalah asid lemah yang wujud
antara asid etanoik dan natrium sebagai molekul apabila larut dalam air.
hidroksida adalah kurang daripada -57 kJ • Molekul ini hanya mengion separa dalam air untuk
mol-1. menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.
• Sebahagian daripada haba yang dibebaskan semasa tindak balas
peneutralan digunakan untuk mengionkan molekul asid yang
tinggal untuk menghasilkan ion hidrogen yang lebih banyak.
• Oleh itu, nilai H adalah sentiasa kurang daripada -57 kJ mol-1.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


47) Apakah itu sabun? • Sabun adalah garam natrium atau kalium bagi asid lemak.
48) Apakah itu proses saponifikasi? • Ia adalah tindak balas hidrolisis beralkali ke atas ester semula
jadi untuk menghasilkan molekul sabun.
49) Apakah itu detergen? • Detergen adalah garam natrium bagi asid sulfonik atau asid
benzena sulfonik.
50) Apakah itu air liat? • … ialah air yang mengandungi ion magnesium, Mg2+ atau/dan
ion kalsium, Ca2+.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


8|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas F5

51) Nyatakan fungsi setiap bahan tambah


yang berikut dalam bahan pencuci • Fungsi bahan tambahan dalam bahan pencuci .
(detergen). a) Melunturkan warna kotoran tetapi tidak melunturkan
a) Ajen pemutih (contoh: sodium perborat) pewarna pada kain berwarna.
b) Pencerah optik (pewarna pendarfluor) b) Menukar beberapa sinaran ultraungu kepada cahaya biru
dan menyebabkan kain kelihatan lebih cerah dan lebih putih
c) Enzim biologi ( contoh: amilase, lipase, daripada kuning.
protease dan selulase ) c) Memecahkan dan mengeluarkan kotoran organik seperti
d) Bahan pewangi protein, lemak, karbohidrat , darah dan minyak.
d) Berikan bahan pencuci dan kain bau yang lebih menarik.
52) Terangkan mengapa tindakan pencucian • Sabun bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium
detergen adalah lebih berkesan daripada untuk membentuk mendakan tak larut dipanggil sebagai kekat.
sabun dalam air liat. • Buih tidak terbentuk dan sabun gagal untuk membersihkan.
• Detergen bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium
untuk membentuk bahan larut. Ia tidak membentuk kekat.
53) Nyatakan fungsi setiap dari bahan
tambah makanan berikut. • Fungsi bahan tambah makanan;
a) Pengawet (cth.: natrium nitrit, natrium a) Untuk melambatkan atau menghalang pertumbuhan
benzoat) bakteria atau kulat agar makanan dapat disimpan lebih lama.
b) Antioksida (cth.: asid askorbik) b) Untuk menghalang pengoksidaan yang boleh menyebabkan
lemak menjadi tengik dan buah2an melebam.
a) Perisa (cth.: mono natrium glutamat, c) Unutk meningkatkan rasa dan bau makanan dan
aspartam) mengekalkan rasa sewaktu pemprosesan makanan.
d) Penstabil (cth.: gelatin) d) Membantu mencampurkan air dan minyak agar membentuk
e) Pemekat (cth.:gam akasia) emulsi.
e) Memekatkan makanan agar makanan lebih keras, licin dan
kemas teksturnya.
54) Nyatakan fungsi setiap ubat-ubatan
moden berikut; • Fungsi ubatan moden;
a) Analgesik (cth.: parasetamol, aspirin, a) untuk melegakan kesakitan.
kodeina)
b) Antibiotik (cth.: penisilin, streptomisin) b) untuk merawat jangkitan yang disebabkan bakteria.

a) Ubatan psikoterapeutik (cth.: stimulan, c) untuk mengubah pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
antidepresen, antipsikotik) tidak normal.
Stimulan : Meningkat atau mengekalkan kesiagaan sistem
saraf pusat.
Antidepresen : Merawat kemurungan.
Antipsikotik : Merawat penyakit psikiatrik.
55) Terangkan mengapa pesakit yang
mengambil penisilin mesti menghabiskan • Untuk memastikan semua bakteria dihapuskan.
semua ubat tersebut seperti yang • Jika tidak, pesakit boleh jatuh sakit semula.
ditetapkan kepadanya walaupun dia • Bakteria akan menjadi lebih rintang / imiun antibiotik.
berasa sembuh lebih awal.
• Oleh itu, antibiotik tidak lagi berkesan // Pesakit perlu dapatkan
antibiotik lebih kuat untuk melawan jangkitan yang sama.

Selamat Maju Jaya!


Bertemu Anda Semua di Puncak Kegemilanagan

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions

Anda mungkin juga menyukai